The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sofeahmaira, 2021-09-19 09:20:16

Kajian Kes Sejarah

Kajian Kes Sejarah

KEGEMILANGAN
KESULTANAN
JOHOR RIAU
DALAM ASPEK

PERDAGANGAN

NAMA SOFEAH UMAIRAH BINTI
HAFEEZ REDZUAN
KELAS 2 DEDIKASI
NAMA GURU
HJH. NAZRAH BT HJ.
JAMALUDIN

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan
limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kajian kes
sejarah ini. Kajian kes ini tidak akan berjaya disiapkan jika
tanpa bantuan dari guru Sejarah saya, Puan Nazrah yang
telah banyak membimbing, tunjuk ajar dan memberi
panduan sepanjang proses untuk menyempurnakan kajian
kes ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa saya kerana telah memberi sokongan dan dorongan
kepada saya. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya
yang turut membantu menyelesaikan tugasan ini.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih
kepada yang terlibat dalam tugasan ini dan saya berharap
segala maklumat yang ada dalam kerja kursus ini dapat
memberi manfaat kepada mereka yang sudi membaca.

PERNYATAAN MASALAH

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh Sultan Alauddin Riayat
Shah. Terdapat beberapa usaha memajukan kerajaan Johor Riau
termasuklah memajukan aktiviti perdangan. Namun, maklumat
perdagangan di Johor Riau di dalam buku teks adalah terhad.
Oleh itu, kajian kes ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang mendorong kepada kegemilangan perdagangan
di Johor Riau.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian kes ini dijalankan bagi mencapai empat objektif
yang telah ditetapkan:

1. Menerangkan latar belakang pengasasan Kesultanan Johor
Riau.

2. Mengenalpasti ciri-ciri perdagangan Kesultanan Johor Riau
yang gemilang.

3. Menghuraikan faktor-faktor yang menjadikan Johor Riau
sebagai sebuah pelabuhan entrepot sehingga menyumbang
kepada kegemilangan kerajaan Johor Riau.

4. Menghuraikan kesan perdagangan ke atas kemajuan kerajaan
Johor Riau dan kerajaan pada masa kini.

KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian kes ini, terdapat 3 jenis kaedah kajian yang dapat
kita lakukan iaitu kaedah lisan, kaedah bertulis dan kaedah
arkeologi. Namun, dalam kajian kes ini saya menggunakan
kaedah tersebut:

1. Kaedah Lisan

 Saya telah menemu bual ibu bapa saya dan rakan-rakan untuk
mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Kerajaan Johor Riau
serta cara menyelesaikan tugasan ini.

2. Kaedah Rujukan

 Saya telah membuat rujukan ke atas beberapa bahan rujukan.
Antaranya, buku teks dan juga carian di Internet untuk
menambahkan maklumat mengenai Kerajaan Johor Riau.

JADUAL KERJA

BIL TARIKH PERKARA CATATAN

1 29/7/2021 Taklimat Kjian Kes Tingkatan 2 daripada guru subjek Panduan pemilihan tajuk
Sejarah oleh guru

2 17/9/2021 Melengkapkan perancangan awal kajian kes: Usaha sendiri

i. Menulis Penghargaan
ii. Pernyataan Masalah

iii. Objektif Kajian

iv.Kaedah Kajian

3 17/9/2021 - Membuat jadual kerja Penerangan dari guru dan

- Membuat kerangka kasar usaha sendiri

4 19/9/2021 Melengkapkan jadual kerja dan kerangka kasar Usaha sendiri

5 19/9/2021 Membuat kerangka kasar kajian kes mengikut pecahan Penerangan dari guru dan
tajuk di bawah: usaha sendiri

i.Sejarah pengasasan Kesultanan Johor Riau

ii. Ciri-ciri perdagangan di Johor Riau

iii. Faktor-faktor Johor Riau sebagai sebuah pelabuhan
entrepot

iv. Bukti Kesultanan Johor Riau sebagai sebuah negeri

yang mempunyai sistem perdagangan yang gemilang

v. Pandangan anda terhadap sistem ekonomi negara

kita
vi. Langkah untuk memajukan sistem ekonomi negara

hari ini

vii.Nilai dan iktibar

viii. Harapan

6 19/9/2021 Memasukkan maklumat tambahan hasil dari pencarian Penerangan dari guru dan
maklumat dari buku teks dan juga sumber Internet. usaha sendiri

7 19/9/2021 Menulis langkah untuk memajukan sistem ekonomi Usaha sendiri
negara

8 19/9/2021 Menulis nilai dan iktibar Usaha sendiri

9 19/9/2021 Menulis harapan dan menyiapkan laporan akhir Usaha sendiri

10 19/9/2021 Sumber rujukan Usaha sendiri

11 19/9/2021 Menghantar tugasan Penerangan dari guru dan

- menghantar link Anyflip kepada guru usaha sendiri

KERANGKA KASAR

i. Sejarah pengasasan 1. Pengasasan Kerajaan
Kesultanan Johor Riau
 Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali,
ii. Ciri-ciri perdagangan di putera Sultan Mahmud Shah dan Tun Fatimah. Baginda
Johor Riau menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I
(1528-1564).

 Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan
rakyat untuk membuka negeri di pesisir Sungai Johor.

2. Pusat Pemerintahan Kota Kara, Pekan Tua

 Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat
pemerintahan di Kota Kara, Pekan Tua pada tahun 1528.

 Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampiran sungai
yang lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar
masuk.

 Kawasan berbukit bukau di sekitar Kota Kara menjadi
benteng pertahanan daripada ancaman luar.

3. Pusat Pemerintahan Kota Sayong, Sayong
Pinang

 Pada tahun 1535, Kota Kara di Pekan Tua telah diserang
dan dimusnahkan oleh Portugis.

 Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka
pusat pemerintahan di Kota Sayong.

 Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh
sukar melintasi sungai yang sempit.

4. Pusat Pemerintahan Kota Batu, Johor Lama

 Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I
memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu, Johor
Lama.

 Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu.

 Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar
dan dalam memudahkan kemasukan kapal dagang.

1. Kedudukan Strategik

 Pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah
dimudiki oleh kapal besar kerana Sungai Johor yang
lebar dan dalam.

 Lokasi pelabuhan di kawasan selatan Selat Melaka
membolehkannya mengawal lalu lintas kapal dagang dari
Timur dan Barat.

 Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas
maritim yang strategik menjadi tumpuan para pedagang
luar untuk berurus niaga.

2. Tumpuan Para Pedagang

iii. Faktor-faktor Johor Riau  Tumpuan pedagang dari China, Gujerat, Belanda dan
sebagai sebuah pelabuhan pedagang Inggeris.

entrepot  Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai Pelabuhan
pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan
Portugis di Melaka.

 Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti
beras.

 Turut menjadi tumpuan pedagang dari tanah jajahan dan
naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu.

3. Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai
Barangan Dagangan

 Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat
pertukaran barangan keluaran Alam Melayu dengan
barangan dari China, India dan Arab.

 Barangan dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan
dan naungan Johor ialah lada hitam, biji timah dan
emas.

 Biji timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong da
Bernam serta Pulau Bangka, Sumatera.

 Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas pula dari
Inderagiri.

 Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu,
damar, kelembak, sagu, pinang, ikan masin, periuk
belanga, lilin dan garam yang didatangkan dari Pahang,
timur Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang,
Naning dan Rembau.

 Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat perdagangan
untuk barangan yang dibawa dari China.

 Antaranya termasuklah benang emas, kain sutera putih,
barang tembikar, seramik, kuali besi, the dan tembaga.

 Pedagang Jawa membawa beras.

 Pedagang Gujerat pula membawa kain, wangian dan
manik.

 Johor juga mendapat bekalan beras yang diniagakan oleh
pedagang Siam.

4. Kesibukan Pelabuhan Johor Riau

 Terdapat 500 hingga 600 buah kapal dagang pelbagai
bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di
pelabuhan Riau.

 Antara kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal
Siam, Portugis, Inggeris dan pulau-pulau di Alam
Melayu.

1. Kemudahan Pelabuhan

 Menyediakan gudang bawah tanah untuk menyimpan
barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran.

iv. Bukti Kesultanan Johor  Menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan
Riau sebagai sebuah negeri urusan perdagangan.

 Membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang
seperti lada hitam dan rempah-ratus.

2. Urusan Jual Beli

 Perdagangan dijalankan secara tukar barang dan
menggunakan mata wang.

 Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan mata
wang emas yang dikenali sebagai mas, wang perak
sebagai kupang dan wang timah sebagai katun.

 Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar
Sepanyol, Dolar Mexico dan duit Belanda turut
digunakan.

 Syahbandar merupakan pembesar yang
bertanggungjawab mengurus sistem jual beli dan kutipan
cukai pelabuhan. Cukai pelabuhan yang dikenakan
terhadap pedagang adalah berpatutan. Syahbandar juga
menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan.

3. Sistem Naungan

 Pedagang luar dan pedagang tempatan mendapat
naungan daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana
dan Raja Indera Bongsu.

 Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak
yang memberikan naungan dalam bentuk cukai
perdagangan berdasarkan sistem naungan.

 Melalui sistem ini pedagang mudah mendapat surat
kebenaran daripada Belanda dan dapat belayar tanpa
gangguan di Selat Melaka.

4. Peranan Orang Laut

 Orang Laut ditugaskan sebagai pengawal pelabuhan,
penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para
pedagang dan pengawal di pengairan Johor dan Selat
Melaka.

 Orang Laut juga terlibat mengawal keselamatan
Kesultanan Johor Riau dengan menjadi tentera angkatan
laut.

5. Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal

 Pelabuhan di Johor juga mempunyai kemudahan
membaiki dan membina kapal bersaiz kecik.

 Orang Laut mahir dalam pembinaan kapal. Mereka
membuat kapal pesisir pantai seperti jolek, banteng,
penjajap, balok dan pencalang. Kemahiran ini telah
membantu memajukan Kesultanan Johor Riau.

 Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M
sebagai petempatan perdagangan yang penting. Asal usul
nama Johor ialah Tanjung Puteri.

yang mempunyai sistem  Johor telah mewujudkan matawang emas dan diedarkan
perdagangan yang gemilang semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah I
(1527/28-1564). Matawang ini merupakan yang tertua
v. Pandangan anda terhadap pernah digunakan di negeri Johor.
sistem ekonomi negara kita
 Menurut Mohd Kassim Haji Ali (1984), duit itu
vi. Langkah untuk dibahagikan kepada dua jenis nilai, iaitu dinar dan
memajukan sistem kupang dan ianya diterima oleh sebahagian besar Asia
ekonomi masa kini Tenggara dengan kadar tukaran antarabangsa yang
ditetapkan pada setengah (1/2) seperlapan (1/8) Dolar
Sepanyol.

 Satu emas bersamaan dengan empat Kupang.

 Mulai pertengahan abad ke-16, emas dianggap bernilai
separuh dari dolar Sepanyol atau bersamaan dengan
empat tanga perak Portugis.

 Duit-duit emas ini berbentuk persegi lapan, ianya hanya
diguna pakai pada pemerintahan Sultan Abdul Jalil
(1571-1597) dan Sultan Abdullah Riayat Shah (1615-1623)
sahaja.

 Menurut Abdullah Zakaria dan Zainal Abidin (1994), duit
emas ia adalah berbentuk bulat, permukaan depan
tertera tulisan jawi atau Arab dengan nama Sultan
yang memerintah, manakala bahagian belakang pula
terdapat kata-kata pujian Khalifatul Mukminin.

 Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1623-1677) dan
Sultan Sulaiman Badrul Alam (1722-1760), terdapat juga
syiling berbentuk segi lapan yang diperbuat daripada
perak.

Malaysia berpotensi menjadi kuasa ekonomi dunia

 Ramai pelabur asing ternama melabur di Malaysia.

 Malaysia merupakan negara hab halal, hab elektronik,
hab perlancongan dan industri yang mapan.

 Nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding nilai mata
wang lain di dunia.

 Penggunaan teknologi termaju dalam bidang
pembangunan ekonomi serta sosial.

 Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti
PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan
sebagainya.

 Malaysia kaya dengan hasil bumi seperti petroleum, kayu
dan sebagainya.

1. IPTA menyediakan kursus dalam bidang berkaitan
ekonomi

 Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu
menyediakan kursus berkaitan ekonomi seperti bidang
keusahawanan.

vii. Nilai dan Iktibar 2. Menyediakan pinjaman modal dan bantuan teknologi
serta konsultasi

 Pihak berkaitan digalakkan untuk menyediakan
pinjaman modal atau konsultasi bagi menangani
masalah pencarian sumber pendapatan bagi golongan
yang kurang berkemampuan.

3. Mengenal pasti sumber negara yang berpotensi untuk
digunakan

 Antara contoh sumber negara yang boleh dimajukan
adalah sektor pelancongan memandangkan Malaysia
kaya dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik
untuk dilawati.

4. Menghasilkan produk tempatan yang bertaraf dunia

 Pada masa kini banyak produk-produk pengeluaran
tempatan mendapat tempat di mata orang luar.
Contohnya jenama Getha (jenama pengeluaran tilam),
Yokohama (jenama pengeluar tayar dan bateri kereta),
Mamee (jenama makanan), Fujiaire (jenama penghawa
dingin) dan Joven (jenama pemanas air).

5. Mengadakan program pembangunan seperti FELDA
dan FELCRA

 Mengadakan program pembangunan bertujuan bagi
membantu rakyat miskin menaik taraf sumber
pendapatan sekaligus mengembangkan sektor ekonomi
negara.

6. SPRM sebagai badan berkuasa menangani rasuah
ekonomi

 Hal ini adalah bagi memastikan sistem ekonomi negara
bersifat bersih dan bebas daripada jenayah rasuah.

1. Kita mestilah mementingkan strategi yang berkesan

 Strategi yang berkesan amatlah diperlukan bagi
memastikan kelancaran sesuatu bidang. Strategi
ekonomi/perdagangan perlu diperkukuhkan lagi bagi
memastikan sistem ekonomi negara semakin
berkembang.

2. Mempunyai pentadbiran yang berkesan

 Tidak dinafikan pentadbiran yang berkesan amatlah
penting dalam membentuk sistem ekonomi yang kukuh.
Contohnya dalam Kesultanan Johor Riau yang
mementingkan peranan Syahbandar dalam memastikan
sistem perdagangan yang sistematik selain merancang
Undang-undang Laut Melaka.

3. Mempunyai pemimpin berwibawa

 Seorang pemimpin mempunyai peranan yang penting
dalam pelbagai sektor negara selaku ketua negara.
Pemimpin yang berwibawa boleh merancang strategi

viii. Harapan yang berkesan bagi memastikan kemajuan negara
semakin berkembang.

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan, adalah
penting untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka
untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan
kerajaan Melayu suatu ketika dahulu. Melalui pemahaman
ini, kita dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya
satu ketamadun Melayu yang tinggi pada zaman dahulu.
Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-
negeri Melayu yang lain membuktikan bahawa setiap
negeri ini mempunyai kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa pentingnya
pengetahuan yang ditinggalkan kepada kita sejak dari
zaman sejarah kegemilangan Johor Riau. Oleh kerana,
subjek sejarah merupakan subjek yang wajib lulus jadi
para pelajar hanya mempelajarinya untuk lulus tanpa
memahami topik-topiknya dengan lebih mendalam.

Dengan itu, saya berharap agar generasi muda kini
dapat menghayati dan menghargai sejarah negara dan
seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.

LAPORAN AKHIR

Kesultanan Johor Riau telah diasaskan oleh Raja Ali, putera Sultan Mahmud Shah
dan Tun Fatimah. Baginda menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah I (1528-
1564). Bendahara Seri Nara Diraja dititahkan menghimpunkan rakyat untuk membuka
negeri di pesisir Sungai Johor.

Sultan Alauddin Riayat Shah I membina pusat pemerintahan di Kota Kara, Pekan
Tua pada tahun 1528. Kedudukan Kota Kara yang terletak berhampirang sungai yang
lebar dan dalam memudahkan kapal untuk keluar masuk. Kawasan berbukit bukai di
sekitar Kota Kara menjadi benteng pertahanan daripada ancaman luar.

Pada tahun 1535, Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh
Portugis. Sultan Alauddin Riayat Shah I berundur dan membuka pusat pemerintahan di
Kota Sayong. Kawasan ini lebih selamat kerana kapal perang musuh sukar melintasi
sungai yang sempit.

Pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan
ke Kota Batu, Johor Lama. Kawasan ini juga dikenal sebagai Tanjung Batu.
Kedudukannya yang strategik di Sungai Johor yang lebar dan dalam memudahkan
kemasukan kapal dagang.

Ciri-ciri perdagangan di Johor Riau ialah Kedudukan Strategik. Sebagai contoh yang
pertama, pelabuhan Johor Lama, Batu Sawar dan Panchor mudah dimudiki oleh kapal
besar kerana Sungai Johor yang lebar dan dalam. Lokasi pelabuhan di kawasan selatan
Selat Melaka membolehkannya mengawal lalu lintas kapal dagang dari Timur dan
Barat. Pelabuhan Riau yang terletak di persimpangan lalu lintas maritim yang strategik
menjadi tumpuan para pedagang luar untuk berurus niaga.

Ciri yang kedua ialah Tumpuan Para Pedagang. Tumpuan pedagang dari China,
Gujerat, Belanda dan pedagang Inggeris. Pedagang Jawa menjadikan Johor sebagai
pelabuhan pilihan disebabkan tidak berminat berdagang dengan Portugis di Melaka.
Pedagang Siam memasarkan hasil pertanian seperti beras. Turut menjadi tumpuan
pedagang dari tanah jajahan dan naungan serta kerajaan lain di Alam Melayu.

Ciri yang ketiga pula ialah Pusat Pengumpulan dan Pengedaran Pelbagai Barang
Dagangan. Pelabuhan Johor Riau berperanan sebagai pusat pertukaran barangan
keluaran Alam Melayu dengan barangan dari China, India dan Arab. Barangan
dagangan yang dibekalkan oleh tanah jajahan dan naungan Johor ialah lada hitam, biji
timah dan emas. Biji timah dibawa masuk dari Klang, Sungai Ujong dan Bernam serta
Pulau Bangka, Sumatera. Lada hitam dibawa dari Jambi dan emas pula dari Inderagiri.
Barang tempatan lain ialah kelapa kering, kayu gaharu, damar, kelembak, sagu, pinang,
ikan masin, periuk belanga, lilin dan garam yang didatangkan dari Pahang, timur
Sumatera, Kepulauan Riau, Sungai Ujong, Klang, Naning dan Rembau.

Pelabuhan Batu Sawar juga menjadi pusat perdagangan untuk barangan yang
dibawa dari China. Antaranya termasuklah benang emas, kain sutera putih, barang
tembikar, seramik, kuali besi, teh dan tembaga. Pedagang Jawa membawa beras
manakala pedagang Gujerat pula membawa kain, wangian dan manik. Johor juga
mendapat bekalan beras yang diniagakan oleh pedagang Siam.

Ciri yang terakhir ialah Kesibukan Pelabuhan Johor Riau yang terdapat 500 hingga
600 buah kapal dagang pelbagai bangsa berlabuh di pelabuhan Johor terutamanya di
pelabuhan Riau. Antara kapal yang berlabuh di Riau termasuklah kapal Siam, Portugis,
Inggeris dan pulau-pulau di Alam Melayu.

Faktor yang pertama menyebabkan Johor Riau menjadi sebuah pelabuhan entrepot
adalah kerana Kemudahan Pelabuhan. Mereka menyediakan gudang bawah tanah
untuk menyimpan barangan bagi mengelakkan daripada kebakaran. Selain itu, mereka
juga menyediakan pegawai terlatih untuk mengendalikan urusan perdagangan serta
membekalkan barang yang diperlukan oleh pedagang seperti lada hitam dan rempah-
ratus.

Faktor yang kedua ialah Urusan Jual Beli. Perdagangan dijalankan secara tukar
barang dan menggunakan mata wang. Sultan Alauddin Riayat Shah I memperkenalkan
mata wang emas yang dikenali sebagai mas, wang perak sebagai kupang dan wang
timah sebagai katun. Pada akhir abad ke-18, mata wang asing seperti Dolar Sepanyol,
Dolar Mexico dan duit Belanda turut digunakan. Syahbandar merupakan pembesar
yang bertanggungjawab mengurus sistem jual beli dan kutipan cukai pelabuhan. Cukai
pelabuhan yang dikenakan terhadap pedagang adalah berpatutan. Syahbandar juga
menetapkan ukuran dan berat timbangan barangan.

Faktor yang ketiga pula ialah Sistem Naungan dimana pedagang luar dan pedagang
tempatan mendapat naungan daripada Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Raja
Indera Bongsu. Sebahagian hasil keuntungan diberikan kepada pihak yang memberikan
naungan dalam bentuk cukai perdagangan berdasarkan sistem naungan. Melalui sistem
ini pedagang mudah mendapat surat kebenaran daripada Belanda dan dapat belayar
tanpa gangguan di Selat Melaka.

Peranan Orang Laut merupakan faktor yang keempat. Orang Laut ditugaskan
sebagai pengawakl pelabuhan, penunda kapal dagang, penunjuk arah kepada para
pedagang dan pengawal di perairan Johor dan Selat Melaka. Orang Laut juga terlibat
mengawal keselamatan Kesultanan Johor Riau dengan menjadi tentera angkatan laut.

Kemudahan Membaiki dan Membina Kapal pula faktor yang kelima. Pelabuhan di
Johor juga mempunyai kemudahan membaiki dan membina kapal bersaiz kecil. Orang
Laut mahir dalam pembinaan kapal. Mereka membuat kapal pesisir pantai seperti
kolek, banteng, penjajap, balok dan pencalang. Kemahiran ini telah membantu
memajukan Kesultanan Johor Riau.

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai petempatan
perdagangan yang penting. Asal usul nama Johor ialah Tanjung Puteri. Johor telah
mewujudkan matawang emas dan diedarkan semasa pemerintahan Sultan Alauddin
Riayat Shah I (1527/28-1564). Matawang ini merupakan yang tertua pernah digunakan
di negeri Johor.

Menurut Mohd Kassim Haji Ali (1984), duit itu dibahagikan kepada dua jenis nilai,
iaitu dinar dan kupang dan ianya diterima oleh sebahagian besar Asia Tenggara dengan
kadar tukaran antarabangsa yang ditetapkan pada setengah (1/2) dan seperlapan (1/8)
Dolar Sepanyol. Satu emas bersamaan dengan empat Kupang.

Mulai pertengahan abad ke-16, emas dianggap bernilai separuh dari dolar Sepanyol
atau bersamaan dengan empat tanga perak Portugis. Duit-duit emas ini berbentuk
persegi lapan, ianya hanay diguna pakai pada pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1571-
1597) dan Sultan Abdullah Riayat Syah (1615-1623) sahaja.

Menurut Abdullah Zakaria dan Zainal Abidin (1994), duit emas ia adalah berbentuk
bulat, permukaan depan tertera tulisan jawi atau Arab dengan nama Sultan yang
memerintah manakala bahagian belakang pula terdapat kata-kata pujian Khalifatul

Mukminin. Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1623-1677) dan Sultan Sulaiman
Badrul Alam (1722-1760), terdapat juga syiling berbentuk segi lapan yang diperbuat
daripada perak.

Pada pandangan saya, sistem ekonomi negara kita sekarang Malaysia berpotensi
menjadi kuasa ekonomi dunia. Contohnya ramai pelabur asing ternama melabur di
Malaysia. Malaysia juga merupakan negara hab halal, hab elektronik, hab perlancongan
dan industry yang mapan. Selain itu, nilai ringgit yang kukuh/stabil berbanding nilai
mata wang lain di dunia dan juga penggunaan teknologi termaju dalam bidang
pembangunan ekonomi serta sosial. Kemudahan di Malaysia yang bertaraf dunia seperti
PWTC, KLIA, Putrajaya, MSC, Litar Sepang dan sebagainya. Malaysia juga kaya dengan
hasil bumi seperti petroleum, kayu dan sebagainya.

Langkah untuk memajukan sistem ekonomi pada masa kini, pihak Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) perlu menyediakan kursus berkaitan ekonomi seperti bidang
keusahawanan. Keduanya, pihak berkaitan digalakkan untuk menyediakan pinjaman
modal atau konsultasi bagi menangani masalah pencarian sumber pendapatan bagi
golongan yang kurang berkemampuan.

Selain itu, mengenal pasti sumber negara yang berpotensi untuk dimajukan. Antara
contoh sumber negara yang boleh dimajukan adalah sektor pelancongan
memandangkan Malaysia kaya dengan tempat-tempat pelancongan yang menarik untuk
dilawati. Kita juga perlu menghasilkan produk tempatan yang bertaraf tinggi. Pada
masa kini, banyak produk-produk pengeluaran tempatan mendapat tempat di mata
orang luar. Contohnya jenama Getha (jenama pengeluar tilam), Yokohama (jenama
pengeluar tayar dan bateri kereta), Mamee (jenama makanan) dan Joven (jenama
pemanas air).

Seterusnya, mengadakan program pembangunan seperti FELDA dan FELCRA.
Mengadakan program pembangunan bertujuan agar dapat membantu rakyat miskin
menaik taraf sumber pendapatan sekaligus mengembangkan sektor ekonomi negara.
Yang lebih penting, SPRM sebagai badan berkuasa menangani rasuah ekonomi. Hal ini
adalah untuk memastikan sistem ekonomi negara bersifat bersih dan bebas daripada
jenayah rasuah.

Nilai dan iktibar yang dapat kita ambil, pertama ialah mementingkan strategi yang
berkesan. Strategi yang berkesan amatlah diperlukan bagi memastikan kelancaran

sesuatu bidang. Strategi ekonomi/perdagangan perlu diperkukuhkan lagi bagi
memastikan sistem ekonomi negara semakin berkembang.

Kedua, kita perlu mempunyai pentadbiran yang berkesan. Tidak dinafikan
pentadbiran yang berkesan amatlah penting dalam membentuk sistem ekonomi yang
kukuh. Contohnya, dalam Kesultanan Johor Riau yang mementingkan peranan
Syahbandar dalam memastikan sistem perdagangan yang sistematik selain merancang
Undang-undang Laut Melaka.

Yang ketiga pula, kita perlu mempunyai seorang pemimpin yang berwibawa.
Seorang pemimpin mempunyai peranan yang penting dalam pelbagai sektor negara
selaku ketua negara. Pemimpin yang berwibawa boleh merancang strategi yang
berkesan bagi memastikan kemajuan negara semakin berkembang.

Harapan saya, setelah kajian ini dijalankan adalah penting untuk kita sebagai rakyat
Malaysia yang merdeka untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan kerajaan
Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Melalui pemahaman ini, kita dapat melahirkan
kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu.
Selain itu, kemunculan dan kelahiran kerajaan negeri-negeri Melayu yang lain
membuktikan bahawa setiap negeri ini mempunyai kedaulatan tersendiri.

Generasi kini makin lupa betapa pentingnya pengetahuan yang ditinggalkan kepada
kita sejak dari zaman sejarah kegemilangan Melaka. Memandangkan subjek sejarah
merupakan subjek yang wajib lulus, para pelajar hanya mempelajari hanya untuk lulus
dan tidak memahami dengan leboh mendalam.

Oleh itu, generasi muda haruslah mengahayati dan menghargai sejarah Negara dan
seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air.

SUMBER RUJUKAN

Buku Teks:

 Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 (KSSM), 2017, Dr. Suffian bin
Mansor, Dr. Mardiana binti Nordin, Ahmad Salahee bin Abdul,
Ishak bin Saidoo, Dewan Bahasa dan Pustaka

Sumber Internet:

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Johor
 https://syajarahdunya.blogspot.com/2020/07/62-

kegemilangan-kesultanan-johor-riau.html
 http://online.anyflip.com/unhcf/akto/mobile/index.html


Click to View FlipBook Version