ISI KANDUNGAN
1. ISI KANDUNGAN . . . . . . . . . . . . . . . 2
2. PENGHARGAAN . . . . . . . . . . . . . . . . 4
3. BIODATA . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 6
4. MAKSUD MESIN RINGKAS . . . . . . . 7
5. JENIS-JENIS MESIN RINGKAS . . . . 8
6. MAKSUD MESIN KOMPLEKS . . . . . 16
7. CONTOH MESIN KOMPLEKS . . . . . . 17
8. MAKSUD MESIN LESTARI . . . . . . . . . 18
9. CIRI-CIRI PENCIPTAAN MESIN
19
LESTARI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
10. KEPENTINGAN PENCIPTAAN 20
22
MESIN LESTARI . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 23
11. PENUTUP . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
12. RUJUKAN . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke
hadrat ilahi kerana dengan izin kurniaNya dapat saya
menyempurnakan tugasan bagi subjek Sains Tahun 6, berjudul
Teknologi Dan Kehidupan Lestari.
Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Saidatul
Safinar binti Abd Rahman selaku guru pembimbing kami kerana
telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
melunaskan tugasan yang diberikan.
Selain itu, saya turut berterima kasih kepada kedua ibu bapa
saya yang sentiasa memberi dorongan serta mendoakan
kejayaan saya.
Ucapan ini juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
kerana telah banyak berkongsi idea, menghulurkan bantuan
dan kerja sama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
Mohamad Ezrey Haikal
BIODATA
MAKSUD MESIN RINGKAS
Mesin ringkas adalah peralatan mekanikal, yang memudahkan kita
mengangkat atau menggerakkan beban, dengan mengubah arah
pergerakan atau meningkatkan nilai atau jarak daya yang
dikenakan pada beban. Dalam ayat yang lebih mudah, mesin
ringkas adalah alat yang membuatkan kerja kita menjadi lebih
mudah dan cepat.
GEAR SATAH CONDONG SKRU
JENIS-JENIS
MESIN RINGKAS
BAJI TUAS
RODA & GANDAR TAKAL
JENIS-JENIS MESIN RINGKAS
1. SATAH CONDONG
Satah condong ialah mesin ringkas yang mempunyai permukaan rata
yang lebih tinggi pada satu bahagian. Satah condong membantu kita
menaikkan dan menurunkan sesuatu objek.
Satah condong tidak mempunyai bahagian yang bergerak. Ia
mengurangkan daya yang diperlukan untuk menggerakkan objek dari
satu ketinggian ke ketinggian yang lain. Ia menjauhkan jarak yang
dilalui oleh sesuatu objek.
Beberapa contoh satah condong adalah penyendal pintu, tanjakan
basikal, gelongsor, bukit, tangga escalator dan anak tangga.
2. SKRU
Skru ialah mesin ringkas yang mana satah condong yang
mengelilingi sebatang rod. Skru digunakan untuk menurunkan
dan menaikkan objek dan memegang objek bersama.
Beberapa contoh skru ialah pengapit, tangga berpilin, alat
pemegang paip, penutup bekas dan bicu atau jek.
3. TUAS
Tuas adalah mesin ringkas yang dibuat daripada sebatang kayu
yang bebas bergerak pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum.
Tuas terdiri daripada tiga bahagian, fulkrum (berbentuk segitiga),
beban (lihat bentuk segiempat) dan sebatang rod (kayu panjang).
Tuas boleh dikelaskan kepada tiga kelas. Tuas kelas pertama, tuas
kelas kedua dan tuas kelas ketiga.
Contoh – contoh tuas adalah seperti gunting, playar, pembuka
botol, pemotong kertas, pemegang ais dan penyapu.
4. TAKAL
Takal ialah mesin ringkas yang terdiri daripada roda yang berputar pada
gandar dan tali.
Contoh – contoh takal ialah tiang bendera, layar bot dan kren. Takal
membolehkan kita menggerakkan objek ke atas, ke bawah dan susur tepi.
Takal terdiri daripada beberapa jenis seperti takal tetap atau takal yang
ditempatkan pada sesuatu. Dengan takal tetap, anda mengubah arah
pergerakan daya, tapi bukan pada daya yang diperlukan. Kemudian ada
takal bergerak.
Apabila anda menggunakan takal bergerak yang mana jumlah daya yang
diperlukan akan dikurangkan. Kadang kala apabila set –set takal, atau
takal berganda atau disebut takal bergabung, digunakan untuk
mengangkat objek – objek yang berat.
5. Roda dan gandar
Roda dan gandar adalah mesin ringkas yang seterusnya.
Gandar akan berputar apabila daya dikenakan pada roda.
Kereta, wagon dan peluncur beroda adalah contoh roda dan
gandar. Roda dan gandar menggerakkan objek dari satu
tempat ke tempat yang lain.
6. Baji
Baji adalah juga mesin ringkas. Baji adalah mesin yang
membantu untuk menolak dua objek berjauhan. Baji
diperbuat kebanyakannya daripada dua satah condong.
Pisau, kapak, garpu dan paku adalah contoh – contoh
mesin ringkas baji.
7. Gear
Gear adalah mesin ringkas roda dan gandar yang
diubahsuai. Gear merupakan mesin ringkas yang terdiri
daripada roda yang mempunyai gigi atau bergerigi.
Contoh peralatan yang menggunakan mesin ringkas gear
ialah basikal, pemukul telur dan jam tangan mekanikal.
MAKSUD MESIN KOMPLEKS
Mesin kompleks ialah gabungan dua atau lebih mesin
ringkas (Tuas, Takal, Satah Condong, Baji, Skru, Gear, Roda
dan Gandar) untuk melaksanakan sesuatu kerja bersama.
Maka mesin kompleks boleh melakukan kerja yang lebih
susah berbanding mesin ringkas sendiri.
Sesetengah alat yang digunakan dalam kehidupan harian kita
terdiri daripada gabungan beberapa jenis mesin ringkas.
Alat yang terdiri daripada gabungan lebih daripada satu
mesin ringkas merupakan satu mesin kompleks.
Mesin kompleks yang lebih baik ialah mesin yang mempunyai
ciri lestari, iaitu mesin yang tahan lama, tidak mudah rosak,
menguntungkan tidak memberikan kesan buruk kepada alam
sekitar, mudah dan selamat digunakan.
CONTOH MESIN KOMPLEKS
Perkataan lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal dan
tetap. Mesin yang lestari dapat memudahkan kerja. Lebih
menjimatkan masa dan tenaga.
Apabila sesuatu kerja menjadi mudah, ia lebih cepat disiapkan.
Mesin yang lestari mudah dikendalikan dan selamat untuk
digunakan. Mesin yang lestari bersifat tidak mudah rosak, maka
ia dapat tahan lama dan menguntungkan pengguna. Mesin yang
lestari membantu mengurangkan kesan pencemaran dan
kerosakan kepada alam sekitar.
* Meningkatkan produktiviti pengeluaran.
* Membantu mempercepat dan memudahkan kerja.
* Dapat mengangkut barang yang berat atau besar
dalam kuantiti yang banyak.
* Masa perjalanan dan penghantaran dari satu tempat ke
tempat yang lain menjadi lebih singkat.
* Komunikasi menjadi lebih mudah dan cepat walaupun
pada jarak yang jauh.
Pada zaman dahulu, membajak ladang dan Mesin memainkan peranan yang sangat penting
menuai tanaman dilakukan secara manual. dalam pelbagai industri seperti penggerudian
Kini penciptaan mesin membolehkan petani minyak, perlombongan, perhutanan dan pembuatan.
melaksanakan tugas ini dengan lebih Mesin lebih cekap dan juga meningkatkan kuantiti
bermutu, cepat dan mudah. pengeluaran serta kualiti hasil barangan.
Pengangkutan bukan sekadar membantu Mesin membuatkan kehidupan seharian kita lebih
kita mengangkat barang dan bergerak. selesa dan meningkatkan kualiti kehidupan.
Kini kenderaan pengangkutan moden Sebagai contoh, dengan menggunakan mesin
membuatkan pengangkutan barang dan memarut kelapa dibandingkan dengan alat kukur
perjalanan lebih cepat, selamat dan efisien. tradisional. Begitu juga dengan mesin jahit jika
dibandingkan jahitan tangan. Urusannya menjadi
lebih cepat dan hasilnya lebih efisien.
Terdapat banyak manfaat yang saya dapat semasa proses menyiapkan tugasan
ini, antaranya ialah saya mempelajari bagaimana sesuatu alat atau mesin dapat
dihasilkan dan ianya memberi menafaat kepada kehidupan seharian. Teknologi
dan kehidupan lestari selari dengan kehidupan kita dari dulu hingga kini.
Kesimpulannya, saya dapat mengetahui tentang mesin ringkas, mesin kompleks
dan penciptaan mesin yang lestari. Teknologi dan kehidupan lestari tidak
berbahaya dan dapat tahan lama. Ia juga menjimatkan kos dan sangat mesra
alam dari segi keselamatan
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam penghasilan kerja kursus ini. Saya berharap agar
hasil kerja kursus ini dapat memberi manfaat kepada semua.
1. GURU
2. BUKU TEKS
3. INTERNET