The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Zul Mizan, 2023-07-04 21:15:46

Report AYG 2023

Report AYG 2023

151 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023


152 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Saya sentiasa terharu dan kagum setiap kali saya turun ke mana-mana Pusat AYG. Semangat petugas di sana untuk membina insan anak-anak muda, dan mengangkat prestasi mereka sentiasa menjadi sumber inspirasi bagi saya. Semoga AYG terus membuka lebih banyak pusat-pusat di merata Malaysia, demi membangunkan lebih ramai anak Bangsa Malaysia untuk terus menjayakan negara tercinta kita. Nathaniel Tan Pengasas Powr


153 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Duta AYG


154 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Merupakan Pensyarah kanan di Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berkelulusan Diploma Pembangunan Manusia dan Bachelor Sains Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) serta mendapat Sarjana Kerja Sosial dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang kerja sosial dari Universiti Sains Malaysia (USM). Kini memegang jawatan sebagai Penyelaras Unit KASIH@ FSSK iaitu sebuah unit yang ditubuhkan di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UKM bagi tujuan menjalankan program kebajikan, kesukarelawanan dan khidmat komuniti. Dilantik sebagai Duta Friends of AYG (FOA) bermula pada 2022 hingga 2024. Dr. Noremy Md Akhir


155 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Friends of AYG (FOA) adalah platform terbaik untuk masyarakat awam pelbagai latar belakang tidak mengira bangsa, umur mahupun status untuk sama-sama menyumbang tenaga, masa dan kemahiran yang dimiliki kepada kumpulan sasar yang dibantu oleh Adab Youth Garage (AYG). Ruang yang dibuka sebagai sukarelawan melalui platform FOA ini saya lihat sebagai satu usaha yang murni dalam memupuk semangat membantu komuniti setempat dan golongan yang memerlukan. Saya yakin khidmat bakti yang disumbangkan oleh sukarelawan FOA ini bukan sahaja dirasai dan dinikmati oleh komuniti yang dibantu sebaliknya turut memberi impak dan manfaat kepada sukarelawan itu sendiri. Apa yang saya lihat, penglibatan aktif yang ditunjukkan oleh sukarelawan FOA melalui pelbagai aktiviti khidmat sosial yang dijalankan telah meningkatkan kesihatan fizikal dan psikologi mereka di mana kepuasan diri dapat MUTIARA KATA DUTA FOA (FRIENDS OF AYG) dicapai melalui bantuan yang dihulurkan. Selain itu kebolehan interpersonal juga dibentuk secara semula jadi melalui programprogram khidmat sosial yang digerakkan. Apa yang pasti, melalui pemerhatian saya, sukarelawan FOA mempunyai semangat kerjasama yang baik, sikap membantu dan toleransi yang tinggi serta mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi. Ini membuktikan FOA adalah platform terbaik untuk sukarelawan menimba pengalaman, memupuk nilai murni dan mengenali erti kehidupan. Banyak yang boleh dipelajari dan dikongsikan bersama dengan sukarelawan yang lain dan ini secara tidak langsung meluaskan jaringan sosial dalam kalangan mereka. Walau bagaimanapun, dalam keghairahan menyantuni golongan yang dibantu, sukarelawan perlu sentiasa memastikan diri mereka mempunyai ilmu dan kemahiran asas serta adab dalam membantu agar kehadiran mereka disenangi dan proses membantu dapat disampaikan dengan efisyen. Akhir kata, moga usaha murni dan tindakan sosial kita ini dalam membantu golongan yang memerlukan mendapat redha Allah swt. Dalam kehidupan ini tiada yang lebih menggembirakan selain MEMBERI. Teruskan MEMBERI sumbangan dalam apa jua bentuk selagi terdaya kerana sebaik-baik manusia adalah mereka yang MEMBERI manfaat kepada orang lain.


156 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 “THERE ARE ONLY TWO WAYS TO LIVE YOUR LIFE. ONE IS AS THOUGH NOTHING IS A MIRACLE. THE OTHER IS AS THOUGH EVERYTHING IS A MIRACLE.” Kamarul Azami Bin Zaini Penolong Pengarah Latihan Sumber Manusia


157 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Laporan Kewangan


158 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Kos Operasi 42% Kos Utiliti 2% Kos Pembangunan 17% Kos Pengurusan 10% Dana Dibawa Ke Hadapan 29% Perbelanjaan AYG 2022


159 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Kos Operasi 42% Kos Utiliti 2% Kos Pembangunan 17% Kos Pengurusan 10% Dana Dibawa Ke Hadapan 29% Perbelanjaan AYG 2022


160 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 “Sentiasa berusaha yang terbaik supaya menjadi yang lebih baik dari hari ini” Muhammad Irsyad Bin Takiudin Penolong Pengarah Kajian


161 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Penghargaan


162 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 RAKAN PEMEGANG TARUH RUANG SELAMAT PIHAK PENAJA


163 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 RAKAN MEDIA RAKAN INSTITUSI PENGAJIAN


164 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 RAKAN KOLABORASI


165 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023


166 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Jangan jadi seperti Hering, walau besar, hanya mampu membangkai sisa tinggalan unggas yang melata dipemuka bumi, sedang punya sayap, untuk terbang lebih jauh. Jadilah seperti Helang, tajam pandangan, bersemayam di puncak tinggi, melihat mergastua menjejak keberhasilan hidup, tanpa sedikit membirat digejolak atma untuk memburu yang terbaik demi kejayaan kehidupan ADAB YOUTH GARAGE, 2022


167 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Warna-Warni Pekerja Belia


168 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Malam itu, Khamis, 9 Februari 2023. Seperti biasa, di Al- Biruni AYG Puchong, aku mengendalikan sesi mengaji, kira-kira lebih 10 orang juga adik-adik yang hadir untuk mengaji. Memang ramai betul! Alhamdulillah, ada beberapa orang adik di AYG Puchong ini, yang sudah boleh mengaji Al- Quran, turut sama membantu untuk mendengar bacaan adik-adik yang lain. Bersemangat betul mereka nak mengaji walaupun ada yang mungkin dah masuk darjah 5 atau 6, tetapi mereka tidak malu untuk mengaji Iqra dengan aku. Nak dijadikan cerita, selepas habis sahaja sesi mengaji tersebut, ada seorang adik ni cuit bahu aku dan memanggil aku untuk masuk ke ruang solat. Aku hairan kenapa tak beritahu sahaja dekat tempat aku tengah duduk mengaji tadi? “Abang Amir, sini lah kejap. Sekejap je, saya malu lah kalau nak bagi dekat luar. Nanti orang nampak.” Kata Nurhan, budak yang berbaju kelabu sedang menggalas beg. Dia pun salah seorang adik yang rajin datang mengaji waktu malam di sini. “Haaa ya ya, abang datang. Ada apa tu Nurhan? Nak bagi apa tu dekat abang?” MUHAMMAD AMIR IQMAL BIN AHMAD SUKRI - PEKERJA BELIA AYG “Nah abang Amir. Saya nak bagi hadiah dekat abang tapi biasa-biasa je. Saya nak bagi air je.” Kata Nurhan sambil menunjukkan air kotak berperisa epal kepada aku. “Waaaahhh! Terima kasih Nurhan. Susah-susah je, kamu beli ke air tu untuk abang? Kenapa tiba-tiba je kamu nak bagi hadiah dekat abang?” Aku tanya Nurhan. “Haah. Saya nak bagi abang sebab dah lama tak jumpa abang. Nanti abang minum tau tapi jangan bagi orang lain eh!” Nurhan ingatkan aku. Betul lah lama dah tak jumpa, waktu itu sesi persekolahan masih berjalan seperti biasa. Aku teringat, kali terakhir aku jumpa dengan Nurhan sama juga pada waktu malam. Ketika itu, maknya suruh datang belajar tetapi dia bermain-main belajar sampai satu tahap, aku minta dia balik kalau dia tak serius nak belajar. Adik-adik ini, apabila mereka dah betul-betul selesa dengan kita, mereka akan sentiasa menghargai kita walaupun kadang-kadang mereka dimarahi atau ditegur. Kerana mereka tahu, dengan siapa yang mereka boleh percayai dan boleh dekati untuk menumpang kasih sayang. “Nurhan, jom kita bergambar kejap.” Tiba-tiba, ramai pula yang nak bergambarnya!


169 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Gambar ini menjadi begitu istimewa buat saya kerana seseorang merasa senang saat bertemu dengan orang yang disayang. Di lain waktu, seseorang merasa sedih kerana harus kehilangan sesuatu yang berharga dari hidupnya. Meskipun demikian, merasa down ataupun kurang motivasi adalah hal yang wajar dialami manusia. Mereka tetap tersenyum & bergembira dalam menghadapi pelbagai cabaran. Secara tidak langsung, saya dapat belajar banyak dari mereka tentang kehidupan bahawa seseorang harus membangun jati diri & ketimbang mencari jati Menghampiri 3 tahun perkhidmatan. Segala liku kehidupan masih dilalui dengan mencari hikmah Tuhan. Manis yang kian hilang, perit yang semakin terasa dan semangat yang kadang-kadang meraba. Ada perkara yang dapat mengembalikan 3 perkara ini membugar segar kembali. Pertama, perubahan adikadik yang telah kita curahkan kasih sayang. Kedua, kepercayaan dan penghargaan orang tua mereka kepada kita. Ketiga, segala yang ikhlas yang secara nyatanya dapat dirasa. Akhirnya, terasa bayaran gembira dan senyuman yang Tuhan hadiahkan kepada insani. Setakat ini, aku simpulkan: MUHAMMAD EZAM BIN KAMAL - PEKERJA BELIA AYG AIN MAWADDAH BINTI MD ZAINUDDIN – PEKERJA BELIA AYG diri. Adik-adik ini mempunyai semangat juang & keyakinan yang tinggi dalam kehidupan seharian mereka secara tidak langsung, dapat melahirkan generasi belia yang mempunyai keyakinan terhadap identiti diri. Saya berharap adik-adik ini dapat mendepani cabaran hidup dengan kompetitif & bijaksana. Semoga adik-adik ini akan berjaya pada masa akan datang, insya-Allah. Tugas ini tak mudah, Namun ada masa kau rasa sukar ini kau serah, Kepada Tuhan untuk dakap segala resah, Dan dikembalikan menjadi catatan baik bagi setiap lelah. Semoga kesayangan ini akhirnya memberi manfaat kepada semesta.


170 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 “Kau buat apa?” Pertanyaan yang sering ditanya oleh mereka yang berada di luar. Di sini kami mempunyai pelbagai watak, kami lah abang, kami lah kakak, kami lah cikgu, kami lah ustaz, kami lah ustazah dan kami lah rakan. Kesemua ini benar, kami mempunyai pelbagai watak seperti seniman yang berkarya menghasilkan seninya untuk menghasilkan seni yang indah. Sama seperti kami, berkarya dengan seni kami hanya untuk membentuk belia negara. Di dalam dunia yang penuh pancaroba dan ketidaktentuan mereka lah yang terkesan, dan disitulah kami ada. Di Permulaan kerjaya aku di bahagian pengurusan secara rasmi dalam ADAB Youth Garage (AYG) pada tahun 2020, namun tarikhnya yang spesifik tidak ku ingat. Beberapa minggu sebelum itu, aku dipanggil ke Bangi oleh pihak pengurusan yang diketuai oleh Abang Nizam, kononnya untuk bincangkan sesuatu. Terkejut juga bila dapat tahu berkenaan ini. Kalau ikutkan ketika itu, aku baru bekerja selama 5 bulan di cawangan dan sedangkan ketika itu masih ada beberapa penggerak yang lain lebih layak pada pendapat aku namun Allah sebaik perancang. Kita ANNAS A’ADIYAAT BIN JOHAR I – PEKERJA BELIA AYG MUHD IQBAL BIN MOHD TAJUDDIN – PENGARAH OPERASI CAWANGAN AYG dalam kecelaruan dunia, kami lah pembimbing kepada mereka. Semangat kami untuk membantu tidak dapat dinilai, titik peluh untuk membantu mereka tiada berbelah bahagi. Sesekali kami jatuh dalam langkah kami diratap oleh masalah duniawi, kami tetap membimbing. Walaupun kami dipandang rendah dan dihina kami tetap membimbing. Di dalam kepenatan kami mendengar masalah mereka, kami tetap membimbing. Setiap tangisan yang kami ada adalah untuk mereka. Dan di akhirnya walaupun kami di lupakan kami tetap ada, bersedia membantu. Sekiranya mereka bertanya, kami hanya menjawab “Aku seniman yang berkarya”. cuma jalankan perancanganNya. Aku setuju dengan tawaran mereka. Alhamdulillah, sehingga sekarang, tahun 2023 aku berada di posisi Pengarah Operasi Cawangan. Mencuba sebaik mungkin untuk berbakti selagi mampu.


171 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Ruang dan peluang perlu dicari dan dimanfaatkan sebaiknya. Sudah setahun lebih saya di sini, merekalah yang selalu ada datang memeriahkan AYG Tanjung Karang. Dalam gambar ini ada Amal, Aiman, Najuwa, Zaireena, Ammar dan Maisarah. Umur mereka sekarang masih banyak perlu belajar dan dibantu. Hari ini, mungkin mereka kata tidak tahu sesuatu perkara. Tapi bila kita ajar dan bantu, mereka sudah berani untuk cuba sesuatu yang baru. Kita kena kenal dan cari kemahiran mereka. Setiap satu dari mereka ada keistimewaannya. Amal HAMIZAH BINTI MOHAMED – PEKERJA BELIA AYG seorang yang pandai melukis. Apabila bagi kertas dia boleh lukis gambar seperti cita-cita dia ingin menjadi angkasawan. Aiman pula, ada satu hari masa nak solat berjemaah, dia tak tahu nak iqamat. Bila kita ajar, dia dah mula praktikkan masa solat jemaah keesokan harinya dengan berkata “Kak, saya nak iqamat hari ini”. Mungkin kita rasa macam tak membantu sangat, tapi bila kita ajar dan bagi kata-kata semangat, dia dah yakin yang dia boleh buat. Najuwa dan Zaireena selalu membantu saya di sini. Kadang dia membantu ajar adik-adik yang baru mula membaca iqra’ 1 untuk mengenal huruf. Ammar pula seorang kanak-kanak yang sangat aktif. Apabila ada waktu lapang, dia suka datang ke AYG walaupun tanpa kakak-kakaknya. Cara untuk menarik dia untuk belajar atau buat sesuatu perkara adalah dengan memuji dia. Dia sangat suka bercerita pada saya. Akhir sekali, Maisarah dia sangat berminat untuk belajar. Tanpa disuruh dia sudah mencari buku untuk membuat latihan. Moga ruang dan peluang yang ada ini dapat dimanfaatkan sebaiknya buat mereka untuk digunakan pada masa depan.


172 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Sewaktu survei berkenaan Kelas Intervensi 3M ini dijalankan saya telah naik hampir ke semua unit rumah yang ada di Blok C, Pangsapuri Taman Medan Jaya. Di situ saya telah mendapat banyak pengalaman baru seperti menyantuni penduduk setempat, berinteraksi dengan ibubapa yang ada di situ dan ada juga beberapa penduduk yang menyambut baik kedatangan saya dengan menjemput saya untuk masuk ke rumah dan melayani saya sebagai tetamu mereka. Itu adalah antara satu pengalaman yang manis buat saya MOHAMAD DANIEL HAIKAL BIN FAIZUL HAZREEN – PEKERJA BELIA AYG kerana di situ saya dapat belajar banyak perkara dan berjumpa dengan ramai orang disitu tidak kira ibubapa mahupun adik-adik. Bermula dari survei tersebut, telah banyak perkara yang berubah. Antaranya, lebih ramai adik-adik yang mula mengenali AYG dan mula datang ke ruang selamat AYG. Dengan adanya mereka, lebih banyak lagi perkara yang saya telah pelajari dan pelbagai situasi yang telah saya hadapi tidak kira pahit ataupun manis. Mereka ibarat keluarga buat saya, kehadiran mereka memberikan impak yang besar di dalam diri saya. Itu membuatkan saya berasa ingin terus berada disini bersama mereka. Mereka inilah merupakan punca semangat saya dan alasan saya untuk terus kekal berada di sini sehingga ke hari ini.


173 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Bekerja di AYG Desa Mentari merupakan cabaran yang besar buat saya, mana taknya kehadiran adikadik dari pelbagai latar belakang dengan watak dan karenah yang berbeza perlu diberi perhatian dan diteliti bagaimana untuk mengkedepankan mereka. Hari ini saya ingin menulis tentang seorang gadis berusia 16 tahun yang diberi nama Syazwani. Saya mula bekerja di AYG Desa Mentari pada 15hb Disember 2022, dan adik Syazwani ini telah bersama AYG Desa Mentari dari seawal tahun pertama NURUL HIDAYAH BINTI KARIM – PEKERJA BELIA AYG pembukaan AYG Desa Mentari iaitu pada tahun 2019. Ramai yang mengenali adik ini sebagai seorang yang bercakap perlahan dan hanya bercakap seadanya itupun dengan kawan rapat, kalau kita tanya sepatah maka sepatahlah jawabnya. Adik Syazwani memegang jawatan Naib Setiausaha YLC sejak penubuhan YLC Desa Mentari sehingga kini, al-maklumlah jawatan Naib Setiausaha ini dianggap sesuai untuk orang yang kurang bercakap kerana tertumpu kepada kerja-kerja belakang tabir dan kurang memerlukan interaksi dengan manusia. Dan tambahan lagi, adik Syazwani ini Naib Setiausaha dan Setiausahanya pula kawan baiknya sendiri. Jadi, macam ‘zon selesa’ lah untuk adik Syazwani ini. Sejak saya bekerja saya mula rapat dengan adik-adik di cawangan termasuklah adik Syazwani. Sampai satu keadaan saya merasakan ini ruang yang terbaik untuk adik Syazwani melangkah keluar dari zon selesanya. Saya berikan tugas kepada adik Syazwani untuk mengendalikan aktiviti tiup belon sampai pecah (seorang sahaja yang perlu mengendalikan aktiviti tersebut) semasa program lawatan anak yatim (program YLC). Tanpa diduga selepas dari program tersebut orang sekeliling dapat melihat perubahan Syazwani dari seorang yang bercakap seadanya tiba-tiba boleh memberi arahan di dalam AYG tanpa disuruh oleh sesiapa. Sesuatu yang mengejutkan semua orang juga Syazwani juga telah mula berani mengeluarkan suara dengan nada yang tinggi padahal sebelum ini suara dia cuma sekadar berbisik-bisik sahaja. Kini, adik Syazwani hampir setiap malam ke depan untuk mengendalikan aktiviti bersama adik-adik sekolah rendah dan ke bawah di AYG Desa Mentari bersama rakan YLC yang lain. Ini lah adik syazwani nya! Alhamdulillah adik Syazwani sudah boleh ke depan, bercakap di hadapan khalayak walaupun masih banyak yang perlu diperbaiki namun perubahan dan confident yang adik Syazwani develope juga bukanlah sesuatu yang kecil. Seterusnya, insyaAllah perlahan-lahan ingin develop confident seorang lagi adik perempuan YLC yang lagilah sangat pendiam dan pemalu, tahap pemalu dia sampai bergambar pun tak confident walaupun bergambar dengan kawan rapat sendiri, masa tangkap gambar untuk organisasi YLC pun jenuh memujuk dan membeli hati. InsyaAllah, semoga dipermudahkan niat yang baik. Kita hanya pengantaraan, Allah jualah yang mengerakkan hati mereka. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya yang mungkin kurang menarik dan mohon minta maaf juga untuk segala kekurangan. Sekian, terima kasih.


174 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 21 November 2022, Isnin, AYG HICOM – Pada tarikh ini, bermula minggu ke-2 saya bekerja di AYG sebagai Pekerja Belia. Pada awal pagi hari itu, saya lalui peristiwa yang menyedihkan bagi saya. Saya sempat berjumpa dengan Unit Kaunseling AYG pada ketika itu yang mesra dikenali dengan panggilan ‘Kak Atun’. Saya sempat menceritakan masalah saya kepada beliau. Saya amat hargai masa dan peluang untuk menceritakan masalah saya kepada Kak Atun dan amat berterima kasih kerana beliau sudi mendengar masalah saya. MUHAMMAD HAIQAL BIN KAMARUL HATA – PEKERJA BELIA AYG Setelah selesai berjumpa Kak Atun, saya pergi ke AYG HICOM seperti biasa untuk melaksanakan tugas saya sebagai Pekerja Belia AYG. Saki-baki kesedihan masih melekat pada diri saya pada ketika itu, Namun begitu, kesedihan itu tidak boleh melibatkan adikadik di bawah tanggungjawab saya. Hari saya berjalan seperti biasa, melaksanakan aktiviti bersama adik-adik, mengajak mereka untuk solat berjemaah, menemani mereka bermain permainan video dan pelbagai aktiviti lain yang dilakukan di Ruang Selamat AYG HICOM. Setelah selesai solat isyak berjemaah, mata saya di tutup dari belakang oleh seorang adik. Dia meminta saya untuk tunggu sebentar. “Abang, tunggu kejap abang” kata adik itu sambil menutup mata saya. Kemudian, setelah mata saya di buka, lagu Happy Birthday dinyanyikan oleh adik- adik kepada saya. Saya disambut dengan penuh keriangan dan pada waktu itu, saya dapat rasai keikhlasan mereka dalam menyambut hari lahir saya. Secara tidak langsung, kesedihan yang saya alami pada hari itu lebur seperti saya tidak pernah bersedih sepanjang hari itu. Pada masa yang sama, saya tertanya-tanya mengapa mereka menyambut hari lahir saya sedangkan kami baru berkenalan? Pada ketika itu saya sedar sesuatu yang ada pada diri adik-adik di sini. Mereka sangat mudah menerima dan juga sangat menghargai sesiapa sahaja yang hadir ke AYG. Hampir sekali air mata saya mengalir kerana kejadian pada hari itu cukup banyak bagi saya. Oleh itu, mereka mempunyai tempat yang istimewa dalam hati saya. Saya juga sedar, sifat-sifat yang ada pada diri mereka tidak akan ada tanpa didikan yang baik.


175 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Assalamualaikum, gambar ini adalah satu daripada 1001 kenangan semasa “KEM REMAJA ADAB”. Kem ini telah memberi satu sisi pandang yang berbeza tentang adik-adik AYG kerana mereka mempunyai bakat terpendam yang harus percikan sedikit bara supaya api itu menyala, dalam erti kata lain, kita harus mendengar dan menyokong bakat mereka sehingga mereka percaya yang ada tempat untuk mereka di dunia ini. Selain itu, daripada kem ini juga kami sebagai pekerja belia tiada lagi nama sebagai ‘pekerja’ di sekitar mereka kerana mereka MUHAMMAD YASIR BIN HASIMI – PEKERJA BELIA AYG menganggap kami seperti keluarga mereka dan kami juga telah membuat satu perkara yang tak ternilai iaitu mencurah kasih, jujur dari setiap perkara baik dan buruk (tiada jurang antara kita) melibatkan perasaan antara satu sama lain termasuk pekerja belia itu sendiri. Sejak pada itu, saya dan adik-adik di Garaj Belia MBSA lebih rapat dan lebih senang untuk menolong saya atau AYG semasa pengendalian operasi. Pengalaman ini juga telah dapat pengajaran berkenaan suara atau pendapat mereka, kerana kadang-kadang sesuatu ilmu yang kita tidak kuasai berada pada mereka. Pada waktu yang sama, mereka juga tidak akan rasa terasing atau terpinggir dek kerana suara mereka tidak didengari. Sebenarnya, mereka mempunyai idea yang luas tetapi asbab kawasan perumahan atau tempat mereka tinggal dan berteduh itu dipandang serong oleh masyarakat dek kerana jurang pendapatan yang berbeza. Punca berlakunya perkara sedemikian rupa dek kerana status kawasan itu yang pernah dilaporkan mempunyai kes jenayah seperti ‘sebab nila setitik, rosak susu sebelanga’, disebabkan sesetengah kes jenayah, orang di sekitar kawasan itu adalah sama. Kebanyakkan masyarakat dipengaruhi oleh buah fikiran sebegitu rupa tidak dinafikan segelintir guru di sekolah mereka juga mempunyai pemikiran begitu. Dek kerana itu, mereka terasing dan diberikan gelaran miskin. Rentetan itu juga, AYG telah ditubuhkan untuk mengubah persepsi masyarakat yang mengatakan seseorang tidak akan berjaya kerana kemiskinan, supaya mereka masih merasakan ‘tempat’ untuk mereka di kalangan masyarakat. Pada hakikatnya, tidak semua orang sama walaupun dari kawasan perumahan yang sama dengan penjenayah. Lantaran itu, masalah di kalangan mereka juga dipandang enteng tamsilnya masalah pembelajaran atau sebagainya. Sekian daripada saya, Yasir, pekerja belia AYG dan juga salah seorang ‘pelanggan’ AYG Kota Damansara. Ribuan terima kasih dilafazkan kepada pihak AYG kerana berjaya membuka mata luar untuk melihat saya yang kerdil ini.


176 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 Ini adalah kenangan manis yang tercipta sepanjang saya bekerja di AYG pada tahun 2022 di bulan September yang lalu, AYG Ken Rimba telah mengadakan sumbangan pek makanan yang ditaja oleh Air Selangor kepada penduduk di kawasan Ken Rimba. Sumbangan pek makanan ini diagihkan pada 15 september 2022 pada hari Khamis dan waktu sumbangan ini dijalankan bermula pada jam 2:00 petang sehingga 6:30 petang. Sumbangan itu telah diberi kepada 200 orang penerima dari golongan B40. Pada hari tersebut, ramai yang menghadiri NUR SYIFAA BINTI SAMSUDDIN – PEKERJA BELIA AYG membantu untuk sumbangan pek makanan antaranya penduduk di kawasan Ken Rimba, ahli YLC, pihak pengurusan juga turut hadir ke AYG Ken Rimba bagi menyokong lagi program sumbangan ini dan pekerja belia yang lain. Selain itu, pada hari program berlangsung, sedikit ucapan diberikan bagi mewakili AYG dan Air Selangor. Selepas memberi ucapan kami mengagihkan sumbangan pek makanan kepada semua penerima. Sepanjang sumbangan pek makanan diagihkan, ahli YLC juga turut membantu dalam membawa sumbangan itu ke rumah – rumah penerima, menolong penerima menanda nama semasa pendaftaran dan selepas menerima sumbangan. Akhir sekali, saya berasa gembira kerana mendapat banyak pertolongan daripada pihak penduduk Ken Rimba, Pihak AYG dan ahli YLC. Sepanjang sumbangan pek makanan ini berlansung semuanya berjalan dengan lancar ketika hari tersebut.


177 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023 “Ustaz, ini kali pertama saya datang ke masjid sebab mak saya tak bagi saya ke masjid sebelum ini”, kata Nuh kepada saya. Dengan setiap perkataan yang dikeluarkan oleh adik Nuh tersebut membuatkan saya rasa sebak kerana masjid yang kami hadiri ketika itu sangatlah dekat dengan perumahan mereka tetapi ada juga yang masih tidak pernah hadir ke masjid tersebut atas beberapa faktor dan tiada sokongan daripada mana-mana pihak. Sebelum ini, saya pernah cuba mengajak mereka ke masjid dengan berjalan kaki tetapi ketika itu MUHAMMAD SAYYID NASRULLAH BIN MD ZAMRI – PEKERJA BELIA AYG tidak ramai yang mengikutinya kerana malas dan mempunyai rasa takut untuk ke masjid disebabkan orang dewasa yang sering memarahi mereka akibat membuat bising di dalam masjid. Tambahan pula, ada juga yang tidak dapat ke masjid sendirian mahupun bersama kawan-kawan kerana tidak dapat keizinan mahupun pantauan daripada pihak ibu bapa mereka. Justeru, kadangkala pada hari-hari yang seterusnya pula saya cuba membawa mereka ke masjid dengan menaiki kenderaan milik saya sendiri sama ada kereta mahupun motosikal. Melihat kepada senyuman yang terukir di wajah serta kemahuan mereka membuatkan saya bangga dan gembira. Selesai solat Asar berjemaah, saya membuat sedikit perkongsian berkenaan adabadab semasa di masjid kepada adik-adik ini dan mereka terlihat sangat peka dan teruja untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut sehinggakan ada yang mampu untuk menghafal niat iktikaf semasa berada di dalam masjid. Oleh yang demikian, sebagai seorang pekerja belia adalah seharusnya memainkan peranan


178 LAPORAN ADAB YOUTH GARAGE 2023


Click to View FlipBook Version