The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT HAMPAR SEGAMAT KALI KE 46 / 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT, 2021-10-29 08:09:08

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT HAMPAR SEGAMAT KALI KE 46 / 2021

MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT HAMPAR SEGAMAT KALI KE 46 / 2021

2021

TARIKH : 30 OKTOBER 2021
HARI : SABTU
MASA : 9.00 PAGI
KAEDAH : SECARA ATAS TALIAN (GOOGLE MEET)

Disempurnakan Oleh

Yang Berusaha Cikgu Shamsul Kamar
bin Abd Wahab

Guru Besar SK Bukit Hampar Segamat

PIBG Pendahuluan

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 46 merupakan landasan
menemukan pihak sekolah dengan ibu bapa anak-anak didik SK Bukit
Hampar. Demi memenuhi tuntutan pendidikan yang semakin kompleks,
penglibatan ibu bapa dan guru secara langsung dalam program
pendidikan perlulah diwujudkan secara terancang. Oleh itu peranan
PIBG amat diperlukan dalam usaha merealisasikan kecemerlangan
pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan
Negara.

Berdasarkan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab PIBG
berusaha memainkan peranan yang berkesan dalam membantu pihak
sekolah menjayakan perlaksanaan perancangan yang telah di atur.

Objektif

* Mengembleng idea dan tenaga antara sekolah dan ibu bapa
untuk kebaikan sekolah.
* Mengharapkan wujudnya hubungan padu dan erat antara
sekolah dan masyarakat.
* Menentukan program atau aktiviti yang melibatkan murid
dalam pengetahuan PIBG.
* Mendapat sokongan 100% dari PIBG dari segi kewangan,
tenaga dan sokongan dalam menjalankan program-program yang
melibatkan murid.
* Membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi
kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan
mereka.
* Membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar
fikiran dan maklumat pendidikan.
* Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah
berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara
memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya.

Sasaran

* Ibu bapa/ penjaga murid SK Bukit Hampar, Segamat.

1

30 OKTOBER 2021 (SABTU)

Masa dan Agenda

9.00 pagi Pendaftaran masuk ibu bapa/ penjaga secara maya. Pautan / link akan

diedarkan dalam “Group Telegram Sekolah” dan “Whatsapp Rasmi
Sekolah”.

9.30 pagi 1. Nyanyian Lagu “Bangsa Johor” dan “Negaraku”.

2. Bacaan Doa.
3. Ucapan Daripada Pihak PIBG Oleh:

- Yang Berusaha, En. Rahmat bin Atan,
Yang Di Pertua PIBG, SK Bukit Hampar.

4. Ucapan Daripada Pihak Sekolah Oleh:
- Yang Berusaha, Cikgu Shamsul Kamar bin Abd. Wahab,
Tuan Guru Besar, SK Bukit Hampar,
Merangkap Perasmi,
Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Hampar Kali Ke – 46 / 2021.

5. Cabutan Bertuah Sesi 1.

6. Persembahan Multimedia.

7. Cabutan Bertuah Sesi 2.

8. Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Hampar Kali Ke – 46 2021 bermula.
Agenda Mesyuarat:-
i. Ucapan Yang Dipertua PIBG.
ii. Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 45 / 2020.

22

iii. Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke – 45
2020.

iv. Membentang dan Menerima Laporan PIBG SK Bukit Hampar Bagi
Tahun 2021.

v. Pembentangan dan Menerima Laporan Kewangan PIBG SK Bukit
Hampar yang berakhir 31 Disember 2020.

vi. Pembentangan Dan Menerima Laporan Sumbangan Kedai Buku
SK Bukit Hampar yang berakhir 31 Disember 2020.

vii. Sumbangan PIBG bagi tahun 2021/ 2022.
viii. Perkara Berbangkit.
ix. Hal-hal Lain.

x. Pembentangan Usul-usul Yang Diterima Untuk Dibahaskan.
xi. Sesi Suai Kenal Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/ 2022.
xii. Ucapan Penangguhan.
9. Cabutan Bertuah Sesi 3.

11.15 pagi Bersurai.

33

Senarai Nama Kehadiran

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45

SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT

TAHUN 2020

1. Rahmat bin Atan 40. Zuzilawati binti Selamat
2. Eshamuddin bin Elias 41. Wan Kamsiah binti Wan Ibrahim
3. Zanizam bin Rosli 43. Zuriah binti Ramlan
4. Wan Kartini binti Wan Ibrahim 44. Kavitha a/p Manirajen
5. Roslin bin Adam 45. S. Veerakumaran
6. Mohd Amiruddin bin Othman 46. Hanafiah bin Elias
7. Nurulhuda binti Ahmad 47. Rashidah binti Idris
8. Musa bin Atan 48. Noraida binti Abu Bakar
9. Sarah binti Chekku 49. Wan Rafidah binti Wan Khalid
10. Suriani binti Salleh 50. Siti Suhana binti Siam
11. Khatijah binti Chairas 51. Siti Noriysah binti Yunus
12. Aminah binti Idris 52. Shamsiah binti Arshat
13. Siti Fatimah binti Abd Rahman 53. Siti Fauziah binti Md Diah
14. Rubiah binti Paimin 54. Johari bin Salleh
15. Erlina binti Tarigan 55. Al-Hafiz bin Ibrahim Ishak
16. Mastura binti Che Omar 56. Zanariah binti Ali
17. Enbavelli 57. Norihan binti Harun
18. Norlida binti Mohd Yassin 58. Zauyah binti Hj. Atan
19. Othman bin Ali 59. Rafidah Begum binti Abdul Kadir
20. Mokhtarulfa bin Maruan 60. Khairunnisa binti Anuar
21. Rahmah binti Ali 61. Mageswari a/p Athi Kesuvan
22. Kalaimagal Krishnan 62. Norhazlin binti Miskun
23. Rohayah binti Shahdan 63. Mohd Tijar bin Yaiman
24. Vally a/p Vengkadaswaran 64. Lezer @ Liza binti Ali
25. Iqa Shahira binti Shahjihan 65. Rosnani binti Ab. Latif
26. Siti Arija binti Esa 66. Nadiah binti Hashim
27. Rohidah binti Sulaiman 67. Norhafizah binti Mohd Hamdan
28. Diana binti Radzi 68. Zuraidah binti Abd Raof
29. Junaidah binti Mazlan 69. Norumnayani binti Mohd. Nor
30. Nurul Husna binti Hassan 70. Fauziah binti Abdullah
31. Aziera binti Abu Bakar 71. Noor Azrul Shah bin Nor Azman
32. Ramlah binti Isa 72. Nora binti Md Yusof
33. Omar Rashid bin Mohamad 73. Izarina binti Isro
34. Johari bin Md Aris 74. Hairul Nizam bin Darham
35. Zulkifli bin Salleh 75. Pauziah binti Ali
36. Noridah binti Isnin 76. Saiful Idham bin Mahamad
37. Erli Norafiza binti Abu Hafiz 77. Anita binti Sahet
38. Khairil Azhan bin Abd Manap 78. Anisa binti Ahmad
39. Hasun Sany 79. Ng Kai Wen

44

80. Susanti binti Syafii 101. Aris bin Salleh
81. Nadiah binti Abd Hamid 102. Herman bin Md. Yatim
82. Zeti Amilin binti Arshad 103. Nurul Huda binti Md. Salleh
83. Norlela binti Dawood 104. Nurlinda binti M. Khalid
84. Masirah binti Jasin 105. Nazri bin Hassan
85. Riza binti Samad Rosdi 106. Adil Yusmira bin Md. Yusof
86. Katijah binti Ab Manap 107. Surianah binti Buasin
87. Noreliza binti Ayin 108. Ishak bin Mohd Salleh
88. Noridang binti Abd Rasid 109. Mohd Haniff bin Supar
89. Abdul Rashid bin Alee 110. Desmawati binti Aliamas
90. Nur Aisyah Miksen binti Abdullah 111. Zalina binti Mohd Yussoff
91. Pabezan binti Abdullah 112. Mimi Akmar binti Abdul RAzak
92. Mazrahayu binti Mohd Mokhtar 113. Ameer Iftikharuddin bin Ridzuan
93. Rosliza binti Mohamad 114. Nor Mariam binti Mohamad
94. Noorzarina binti Arifin 115. Nik Azinawati binti Jusoh
95. Mariana binti Kamaruddin 116. Salina binti Sawop
96. Heni Surirja 117. Siti Aishah binti Mohamed
97. Mohd Fadzlan Shahidi 118. Irni Hafizan binti Mohamad Isa
98. Wan Norhaslinda binti Wan Zaidi 119. Noraini binti Samsudin
99. Mohd Fauzi bin Abu Sarin 120. Sudirman bin Sulaiman
100. Rohaizaa binti Leman 121. Hanim Hernini binti Abdullah
101. Noraini binti Arbain 122. Sofie bin Jupry

5

UCAPAN OLEH EN. RAHMAT BIN ATAN
YANG DIPERTUA PIBG

SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT
MERANGKAP PERASMI
TAHUN 2020

1. Kata-kata aluan kepada semua hadirin dan hadirat sekalian.
2. Tahniah kerana dapat hadir pada hari ini.
3. Majlis/ Mesyuarat Agung PIBG penting kerana dapat merapatkan hubungan sesama

ibu bapa.
4. Ibu bapa perlu prihatin dengan perkembangan pembelajaran anak-anak.
5. PIBG akan teruskan pelbagai program untuk kecemerlangan anak-anak.
6. Dengan lafaz bismillah, saya merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 45

tahun 2020.

66

UCAPAN OLEH PN. NURULHUDA BINTI AHMAD

GURU BESAR

SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT

TAHUN 2020

1. Ucapan alu-aluan dan pembukaan bicara kepada hadirin dan hadirat, Yang Dipertua
PIBG, jawatankuasa PIBG, barisan guru-guru penolong kanan, guru-guru serta ibu
bapa.

2. PIBG diteruskan pada hari Jumaat walaupun Yang Berhormat tidak dapat hadir.
3. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang ginggi bagi merealisasikan

apresiasi sekolah.
4. Sekalung penghargaan kepada semua guru yang bagi menjayakan program.
5. Terima kasih Yang Dipertua PIBG yang sentiasa mencari jalan idea supaya ibu bapa

dapat hadir dengan mengadakan pertandingan Beyblade. Syarat utama ibu bapa
mesti hadir.
6. Penghargaan kepada barisan PIBG yang banyak memberi bantuan, sokongan dan
kewangan (tandas murid lelaki telah reput pintunya disebabkan anai-anai, usaha En.
Rahmat – Yang Dipertua telah menggantikan kesemua pintu yang rosak).
7. Semoga Allah membalas jasa kalian.
8. Anugerah Ikon PIBG akan diberikan kepada ibu bapa yang banyak memberi
sumbangan. Diharap dapat memberi perangsang kepada ibu bapa lain.
9. Turut memperkenalkan SDK (Sukarelawan Dalam Kelas). Terdapat seorang sahaja
yang sukarela untuk SDK. SDK adalah secara sukarela membantu guru semasa dalam
proses P&P (pengajaran dan pembelajaran). Contoh menjadi fasilitator,
menyediakan bahan bantu mengajar, berkongsi maklumat, membantu murid dalam
inovasi. Membantu guru dalam pengurusan kelas, contohnya menceriakan bilik
darjah.
10. Syarat SDK; bebas daripada kepentingan peribadi, tiada cas akan dikenakan,
menghormati pengurusan pentadbiran sekolah, membantu pembangunan sahsiah
murid, membantu tanpa mengambil alih tugas hakiki guru, mematuhi arahan
pentadbir sekolah.
11. SKBH menjadi sekolah cemerlang 2020 selaras dengan War Cry ‘Teamwork Makes
The Dream Work’. Sasaran UPSR 2020 – 4 orang 6A.
12. Semua ibu bapa tidak boleh mengharapkan pihak sekolah semata-mata.
13. Pihak sekolah hendak mencapai 95% kehadiran dengan mengadakan program ‘Sifar
Ponteng’. Sumbangan daripada YB Pn. Hjh. Natrah dapat diberikan kepada murid
yang berkehadiran penuh.

77

14. Ramai ibu bapa tidak dapat hadir ke majlis ilmu kerana dengan alasan bekerja. Risau
anak murid akan tersasar jauh. Mohon ibu bapa memberi Kerjasama.

15. Murid tahun 6 2020 sangat berbeza daripada tahun 2019. Semoga mendapat
pencapaian berbeza. Harapan kepada ibu bapa dapat menghantar anak-anak ke
kelas tambahan pada minggu 2 & 4. Tahun 2020, kehadiran 6 Azam sangat baik.

16. Tidak ada sekolah yang tidak mementingkan kejayaan anak-anak.
17. Penglibatan ibu bapa dan pencapaian anak-anak saling berkait dan memberi faedah

kepada kedua-dua pihak.
18. Mewujudkan suasana pembelajaran di rumah. Kawal penggunaan telefon. Jika

boleh, ibu bapa perlu menemani anak-anak semasa belajar.
19. 2 acara sudah ke peringkat negeri, iaitu catur dan program NILAM dan mendapat

naib johan dan mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan.
20. Tahun lepas juga, beberapa pertandingan ke peringkat negeri antaranya sajak

Bahasa Cina dan Choral Speaking.
21. Bagi sukan ragbi sehingga ke peringkat antarabangsa. Semoga 2020 lebih baik.
22. Akhir kata, semoga Allah memberkati Kerjasama kita semua menghasilkan murid

berilmu.

8

8

Minit Mesyuarat

MESYUARAT AGUNG PIBG
SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT

KALI KE 45
2020

TARIKH : 28 FEBRUARI 2020 (JUMAAT)

MASA : 8.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

TEMPAT : DEWAN IBNU SINA SK BUKIT HAMPAR,

SEGAMAT

PENGERUSI : EN. RAHMAT BIN ATAN

KEHADIRAN : 122 ORANG AHLI IBU BAPA/ PENJAGA

9

AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 45

1. Ucapan Yang Dipertua.
2. Menerima dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 44 2019.
3. Membentang dan menerima laporan PIBG SK Bukit Hampar, Segamat bagi tahun 2020.
4. Membentang dan menerima laporan kewangan PIBG SK Bukit Hampar, Segamat yang

berakhir 31 Disember 2020.
5. Membentang dan menerima laporan dan sumbangan Kedai Buku SK Bukit Hampar,

Segamat yang berakhir 31 Disember 2020.
6. Perbincangan cadangan dan usul-usul.
7. Ucapan penangguhan.

AGENDA 1 : UCAPAN YANG DIPERTUA/ PERUTUSAN PENGERUSI
Oleh En. Rahmat bin Atan – Yang Dipertua PIBG SK Bukit Hampar

1.1 Terima kasih kerana setia bersama.
1.2 Kali pertama Mesyuarat Agung PIBG diadakan pada hujung minggu.
1.3 Yang Berhormat tidak dapat hadir kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan.

Memohon maaf atas apa yang berlaku.
1.4 Pihak sekolah sudah ada tarikh lain, tetapi Yang Berhormat tidak dapat tunaikan.

AGENDA 2 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44
2019
Oleh Pn. Susanti binti Syafii – Setiausaha PIBG SK Bukit Hampar

2.1 Minit mesyuarat Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 44 SK Bukit Hampar, Segamat tahun 2019 pada
25 Februari 2019 disahkan.

2.2 Dicadang untuk disahkan oleh : En. Mohd Amiruddin bin Othman.
2.3 Disokong untuk pengesahan oleh : En. Johari bin Mohd Haris.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN PIBG SK BUKIT HAMPAR,
SEGAMAT BAGI TAHUN 2020
Oleh En. Rahmat bin Atan – Yang Dipertua PIBG SK Bukit Hampar

3.1 Pindaan agenda 2.0, perkara 2.3: keputusan UPSR tahun 2019 ialah 72% bukan 79%.
3.2 Dicadang untuk disahkan oleh : En. Roslin bin Adam.
3.3 Disokong untuk pengesahan oleh : En. Herman bin Md Yatim.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

10

AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG
SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT DAN KEDAI BUKU YANG BERAKHIR 31 DISEMBER
2019
Oleh En. Mokhtarulfa bin Maruan – Bendahari PIBG SK Bukit Hampar

4.1 Laporan kewangan PIBG SK Bukit Hampar, Segamat yang berakhir pada 31 Disember tahun 2019
disahkan.

4.2 Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Sarah binti Chekku.
4.3 Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Wan Kasmawati binti Wan Ibrahim.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN KEDAI BUKU SK BUKIT
HAMPAR SEGAMAT YANG BERAKHIR 31 DISEMBER 2019
Oleh En. Mokhtarulfa bin Maruan – Bendahari PIBG SK Bukit Hampar

5.1 Ditubuhkan dan wujud di bawah SKBH. Sebelum ini, diberikan kepada syarikat luar. Sekolah
tidak menjana keuntungan sendiri. Segala-galanya diuruskan oleh syarikat luar. Setelah
berbincang dengan syarikat tersebut, sekolah menguruskan sendiri dan mendapat keuntungan
yang banyak.

5.2 Laporan kewangan Kedai Buku SK Bukit Hampar, Segamat yang berakhir pada 31 Disember 2019
disahkan.

5.3 Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Sarah binti Chekku.
5.4 Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Wan Kasmawati binti Wan Ibrahim.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

AGENDA 6 : PERBINCANGAN CADANGAN DAN USUL-USUL

6.1 USUL DARIPADA PN. WAN KARTINI BINTI WAN IBRAHIM

“ Mengadakan dan mewujudkan satu program untuk memperkasakan Pelibatan Ibu Bapa dan
Komuniti (PIBK) dalam organisasi sekolah untuk mencapai kecemerlangan kurikulum, sahsiah
dan kokurikulum anak-anak di bawah pengurusan PIBG sekolah “.

6.1.1 Ulasan daripada En. Rahmat bin Atan – Yang Dipertua PIBG:-
i. Program PIBK akan dilantik di bawah pengurusan PIBG SK Bukit Hampar Segamat.
ii. Berkemungkinan untuk program keceriaan dan pembelajaran anak-anak.
iii. PIBG kemungkinan akan mengadakan sesi temubual secara perseorangan atau mungkin

di kalangan ibu bapa sendiri.
iv. Jika usul ini diterima oleh ibu bapa, Tindakan susulan akan diambil.

11

v. Sejumlah 46 undian telah menyokong usul yang dicadangkan oleh jawatankuasa
PIBG sekolah.

vi. Lantikan setiap unit (ketua) dilantik:-
1. Unit Kurikulum
2. Unit Kokurikulum
3. Unit Sahsiah
4. Unit Sukarelawan Dalam Kelas (SDK)
Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

AGENDA 7 : HAL-HAL LAIN
7.1 En. Mohd. Amiruddin bin Othman telah menyuarakan pendapat berkenaan keselamatan
jalan raya. Berkenaan kemalangan jalan raya yang sering kali berlaku dihadapan pintu pagar
sekolah disebabkan oleh kecuaian ibu bapa yang mementingkan diri sendiri.
7.2 Ulasan oleh Cikgu Eshamuddin bin Elias, rujuk Agenda 7.0, perkara 7.6 muka surat 27
berkenaan keselamatan jalan raya. Sekolah masih belum menerima surat terbaru daripada
pihak JKR daerah Segamat kepada pihak SK Bukit Hampar untuk tindakan seterusnya.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

AGENDA 8 : UCAPAN PENANGGUHAN
Oleh Encik Rahmat bin Atan – Yang Dipertua PIBG SK Bukit Hampar

8.1 Berterima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan masih setia menunggu walaupun dalam
keadaan lama.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.50 pagi.

Disediakan oleh,

SUSANTI BINTI SYAFII
Setiausaha PIBG,
SK Bukit Hampar, Segamat.
Tarikh : 1 Mac 2020

12

Penyata Kewangan
PIBG & Kedai Buku

SK Bukit Hampar
Tahun 2021

Sila rujuk “LAMPIRAN”

13

Ahli Jawatankuasa

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT HAMPAR,
NO.PENDAFTARAN PIBG : PIBG/SK/7048

SESI 2019/ 2020

YANG DIPERTUA

En. Rahmat bin Atan

NAIB YANG DIPERTUA

En. Mohd. Norkhalis bin Mohd Nasir

SETIAUSAHA

Cikgu Susanti binti Syafii

NAIB SETIAUSAHA

Cikgu Iqa Shahiera binti Shahjihan

BENDAHARI

Cikgu Mokhtarulfa bin Hj. Maruan

14

AHLI JAWATANKUASA
(IBU BAPA)

En. Mohd Haniff bin Supar
En. Mohd. Tijar bin Yaiman
Pn. Suryani binti Che Ibrahim
En. Herman bin Md Yatim
En. Roslin bin Adam
Pn. Wan Kartini binti Wan Ibrahim
Pn. Sarah binti Chekku

En. Mohd. Amiruddin bin Othman

AHLI JAWATANKUASA
(GURU)

Cikgu Zulkifli bin Salleh
Cikgu Ameer Iftikharuddin bin Ridzuan

Cikgu Kalaimagal a/p Krishnan
Cikgu Erli Norafiza binti Abu Hafiz

Cikgu Zeti Amilin binti Arshad
Cikgu Al-Hafiz bin Ibrahim Ishak

JURU AUDIT

En. Razif bin Mat Saat
Pn. Rafidah Begum binti Abdul Kadir

15

Laporan Mesyuarat

1. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Bil. 1/ 2021

Tarikh : 10 Oktober 2021 (Ahad)

Masa : 2.30 petang

Platform : Google Meet

Pengerusi : En. Rahmat bin Atan

Kehadiran : 12 orang

Turut Hadir : Tiada

AGENDA 1.0 : UCAPAN YANG DIPERTUA

1.1 Syukur atas kesihatan dan dapat bertemu secara maya.
1.2 Banyak perkara tetangguh disebabkan covid 19, banyak cabarannya. Ramai yang terkesan dan

pekerja ada yang positif covid. Maka terpaksalah tangguh perniagaan.
1.3 Guru pula banyak dugaannya. Diharap semua dapat menjaga SOP.
1.4 Murid ber”pdPR” secara google meet merupakan platform yang baik, murid dapat berjumpa rakan-

rakan dan guru-guru secara alam maya.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 2.0 : LAPORAN GURU BESAR/ WAKIL PENTADBIR

2.1 Kata-kata aluan.

2.2 PdPR masih berlangsung sehingga semua murid ke sekolah seperti biasa. Peratus penyertaan PdPR

kurang 70%. Yang menghantar tugasan adalah 60% sahaja daripada kehadiran. Antara kekangan

PdPR. Diharap, guru-guru dan murid-murid fokus dan menghantar data PdPR dan kehadiran murid-

murid. Peratus cicir hanya 0.5% sahaja. Data diambil dari tarikh 1 September – 30 September 2021.

Kelas perdana 0% tercicir. Kesilapan daraipada guru prasekolah yang tidak kemas kini data SPDPR.

Murid kini seramai 307 orang.

2.3 Vaksinasi Covid 19 untuk fasa 2 yang berumur 12 – 15 tahun. Status 32 orang murid telah divaksin.

2.4 Pembukaan sekolah: Segamat/ Johor beralih ke fasa 3 mulai 8 Oktober 2021. 2 minggu lagi akan

bermula persekolahan bagi murid prasekolahan. Tiada penggiliran bagi prasekolah.

2.5 Murid-murid lain akan bersekolah apabila beralih ke fasa 4 dengan kaedah penggiliran.

2.6 Garis panduan Pengoperasian Sekolah 3.0 diguna pakai untuk pembukaan sekolah nanti.

2.7 Pengurusan infra sekolah;

- Gantian pagar sekeliling sekolah telah siap 100% siap.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 3.0 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN PIBG SK BUKIT
HAMPAR YANG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2020

16

3.1 Dibentang oleh Bendahari PIBG SK Bukit Hampar, (Rujuk Lampiran).
Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 4.0 : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46 TAHUN 2021

4.1 Guru Besar mencadangkan pada tarikh 30 Oktober 2021 (sabtu) secara hibrid dan bersemuka.
Terdapat tempat-tempat khusus yang akan ditentukan iaitu kantin dan dewan SKBH.
4.2 Perasmi Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 46 2021 adalah Guru Besar, Cikgu Shamsul Kamar bin Abd
Wahab.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 5.0 : PERKARA BERBANGKIT

- Tiada -

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 6.0 : HAL-HAL LAIN

6.1 Oleh Cikgu Khairil Azhan bin Abd Manap, Penolong Kanan HEM SK Bukit Hampar, Bantuan Gobok
Rezeki 1/2021 telah disumbangkan oleh Pn. Rahana binti Mohamad, Ahli Majlis MPS. Seramai 40
orang murid SK Bukit Hampar yang layak menerima bantuan tersebut. Nama murid yang
disenaraikan diambil daripada data KWAMP dan anak-anak yatim sekolah. Sumbangan tersebut
diagihkan secara pandu lalu. Hari dan tarikh telah dimaklumkan kepada murid tersebut.
6.2 Oleh Cikgu Mokhtarulfa bin Maruan, mencadangkan agar Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 46
2021 diadakan secara hibrid sahaja. Disokong oleh semua ahli jawatankuasa PIBG.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 7.0 : UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Yang Dipertua PIBG mengharapkan keadaan kembali pulih dan dapat berjumpa secara
bersemuka semula.
7.2 Mesyuarat jawatankuasa PIBG bilangan 1/ 2020 ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

Disediakan oleh,

SUSANTI BINTI SYAFII
Setiausaha PIBG,
SK Bukit Hampar.
Tarikh : 11 Oktober 2021

17

2. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Bil. 2/ 2021

Tarikh : 24 Oktober 2021 (Ahad)

Masa : 2.30 petang

Platform : Google Meet

Pengerusi : En. Rahmat bin Atan

Kehadiran : 12 orang

Turut Hadir : Tiada

AGENDA 1.0 : UCAPAN YANG DIPERTUA

1.1 Kata-kata aluan.
1.2 Mesyuarat adalah untuk membincangkan usul-usul Meysuarat Agung PIBG kali ke – 46 2021.

Berharap dapat berjalan dengan lancar.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 2.0 : LAPORAN GURU BESAR/ WAKIL PENTADBIR

2.1 Ucapan terima kasih mengaturkan kehadiran semua.
2.2 Mandat yang telah diberikan oleh ibu bapa/ penjaga untuk menjadi penggerak utama, perlu

dilaksanakan untuk anak-anak di sekolah.
2.3 Sepanjang minggu lepas (21.10.2021 – Khamis) SK Bukit Hampar telah dikunjungi oleh pegawai

nazir Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) diiringi oleh pegawai Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) Segamat. Teguran diberikan berkenaan tentang tandas yang lebih daripada 10 tahun
tidak digunakan di bangunan blok A disebabkan kebocoran daripada tingkat atas sehingga ke
bawah bangunan blok tersebut. Laporan sudah dibuat dan telah dihantar kepada pihak nazir.
Ada beberapa perkara yang telah disampaikan oleh Guru Besar kepada pegawai nazir untuk
dibawa kepada pihak atasan di Kementerian Pendidikan Malaysia.
2.4 Lawatan dari pegawai PPD, hanya mengiringi pegawai (JPNJ) pada 24.10.2021 (Ahad) telah
sampai awal pagi untuk memantau hari pertama persekolahan pra sekolah. Pujian telah
diberikan kepada sekolah. Beliau mengingatkan kepada guru supaya sentiasa berpesan kepada
murid untuk mematuhi SOP tentang penjarakan fizikal dan mengamalkan 3W.
2.5 Pembukaan sekolah negeri di fasa 4 bermula 25.10.2021. SOP pengoperasian sekolah akan
berubah 2 minggu selepas tarikh berikut. Tahap 1 akan memulakan sesi persekolahan pada
8.11.2021 secara penggiliran, bagi tahap 2 pada 14.11.2021. Guru perlu melihat persediaan
murid-murid yang datang untuk minggu seterusnya. Langsir-langsir di dalam kelas dan bilik-bilik
khas telah dibuka semuanya. Ini untuk memastikan sistem pengudaraan berjalan dengan baik.
2.6 Mencadangkan berkenaan keselamatan sekolah dan blind spot di kawasan sekolah untuk
memasang CCTV sebanyak 4 unit berjumlah RM459.00. Akan ditempatkan di beberapa

18

kawasan sekolah (pintu pagar, kantin, bangunan pejabat blok A dan belakang bangun blok C
bangunan blok C dan berguna untuk jangka masa panjang.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 3.0 : PERBINCANGAN USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 46 2021

3.1 2 usul/ cadangan akan dibawa dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 46 2021 daripada ibu
bapa/ penjaga.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 4.0 : HAL-HAL LAIN

4.1 Berkaitan pembelian CCTV, Bendahari PIBG memaklumkan, kewangan PIBG SK Bukit Hampar
masih mampu untuk menampung kos perbelanjaan. Majoriti ahli jawatankuasa PIBG yang hadir
mesyuarat telah bersetuju untuk meluluskan pengeluaran kewangan PIBG sebanyak RM459.00
untuk pembelian 4 unit CCTV.
Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 5.0 : UCAPAN PENANGGUHAN

5.1 Yang Dipertua PIBG mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa yang hadir mesyuarat.
5.2 Semoga Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 46 2021 dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
5.3 Mesyuarat jawatankuasa PIBG bilangan 1/ 2020 ditangguhkan pada pukul 3.50 petang.

Disediakan oleh,

SUSANTI BINTI SYAFII
Setiausaha PIBG,
SK Bukit Hampar.

Tarikh : 25 Oktober 2021

19

Cadangan Dan Usul-Usul

USUL YANG DITERIMA UNTUK DIBAHAS

1.1 Daripada : Cikgu Al-Hafiz bin Ibrahim Ishak

Mencadangkan supaya Jawatankuasa PIBG sesi 2019/ 2020 dikekalkan
untuk sesi 2021/ 2022.

1.2 Daripada : Cikgu Zeti Amilin binti Arshad

Mengadakan dan mewujudkan satu program untuk memperkasakan
Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dalam organisasi sekolah untuk
mencapai kecemerlangan kurikulum, sahsiah dan kokurikulum anak-
anak di bawah pengurusan PIBG sekolah.

20
20

Jawatankuasa Kerja
Mesyuarat Agung PIBG

Kali Ke – 46 2021

(No.Pendaftaran PIBG : PIBG/SK/7048)

Jawatankuasa Induk

➢ Penaung : Pegawai Pendidikan Daerah Segamat
➢ Penasihat
➢ Timbalan Penasihat : Cikgu Shamsul Kamar bin Abd Wahab (Guru Besar)
➢ Pengerusi
➢ Naib Pengerusi 1 : En. Rahmat bin Atan (Yang Di-Pertua, PIBG)
➢ Naib Pengerusi 2
➢ Setiausaha : Cikgu Eshamuddin bin Elias (PK Pentadbiran)
➢ Naib Setiausaha
➢ Bendahari : Cikgu Khairil Azhan bin Abd Manap (PK HEM)

: Cikgu Zanizam bin Rosli (PK Kokurikulum)

: Cikgu Susanti binti Syafii

: Cikgu Iqa Shahiera binti Shahjihan

: Cikgu Mokhtarulfa bin Hj. Maruan

Jawatankuasa Kerja TEKNIKAL (GOOGLE MEET/ YOUTUBE)
Cikgu Erli Norafiza binti Abu Hafiz (K)
PENYAMBUT SAMBUTAN: Cikgu Zulkifli bin Salleh
Cikgu Shamsul Kamar bin Abd Wahab (GB) En. Mohd Amiruddin bin Othman (AJK PIBG)
En. Rahmat bin Atan (YDP) En. Roslin bin Adam (AJK PIBG)
Cikgu Eshamuddin bin Elias (PK PEN.)
En. Mohd. Norkhalis bin Mohd Nasir (NYDP PIBG) PENGACARA MAJLIS
Cikgu Khairil Azhan bin Abd Manap (PK HEM) Wan Norhaslinda binti Wan Zaidi
Cikgu Zanizam bin Rosli (PK KOKO)
DOKUMENTASI
PUBLISITI Cikgu Ng Kai Wen (K)
Cikgu Veerakumaran a/l Samugen Nadan (K) Cikgu Ameer Iftikharuddin bin Ridzuan
Cikgu Al-Hafiz bin Ibrahim Ishak
Cikgu Hanafiah bin Elias
Cikgu Mohd Sopie bin Jupry
En. Mohd. Tijar bin Yaiman (AJK PIBG)

PENGGAMBARAN/SCREENSHOT/RAKAMAN
Cikgu Kalaimagal a/p Krisnan (K)
Cikgu Nurul Husna binti Hassan
Pn. Sarah binti Chekku (AJK PIBG)

21 21

HAMPER HADIAH/ CENDERAMATA
Cikgu Norihan binti Harun (K) Cikgu Siti Suhana binti Siam (K)
Cikgu Siti Arja binti Esa Cikgu Siti Fauziah binti Md Diah
Pn. Aziera binti Abu Bakar Cikgu Hjh. Katijah binti Ab Manap
Cikgu Diana binti Radzi Pn. Rafidah Begum Abdul Kadir (AJK PIBG)
En. Herman bin Md Yatim (AJK PIBG)

URUSETIA & BUKU PROGRAM (ANYFLIP) PENCATAT UCAPAN & MESYUARAT
Cikgu Susanti binti Syafii (K) Cikgu Susanti binti Syafii (K)
Cikgu Iqa Shahiera binti Shahjihan Cikgu Iqa Shahiera binti Shahjihan
Cikgu Zulkifli bin Salleh
En. Razif bin Mat Saat (AJK PIBG)

PEMBACA DOA PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Cikgu Mokhtarulfa bin Hj. Maruan Cikgu Zeti Amilin binti Arshad (K)
Cikgu Mokhtarulfa bin Maruan
Cikgu Norlida binti Mohd Yassin
Cikgu Noraida binti Abu Bakar

PENYEDIAAN BORANG KEHADIRAN (GOOGLE FORM)
Cikgu Mokhtarulfa bin Maruan(K)
Cikgu Siti Noraszreen bin Sazali

22

Senarai Penyumbang

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 46
SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT
TAHUN 2021

“ SEKALUNG BUDI SERIMBUN KASIH “

UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA:-

➢ Kedai Buku PIBG SK Bukit Hampar,
➢ Ibu Bapa/ Penjaga,
➢ Jawatankuasa PIBG,
➢ Guru-Guru,
➢ Dan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan idea, tenaga

dan material secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Majlis
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 46, SK Bukit Hampar Segamat.
Keringat, jasa dan pengorbanan anda menjadi ingatan buat semua. Hanya
Allah S.W.T. sahaja yang akan membalas budi dan jasa kalian.

Terima Kasih Jumpa Lagi Tahun Hadapan…!!!

23

LAMPIRAN

24








Click to View FlipBook Version