The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BUKIT HAMPAR SEGAMAT
KALI KE- 47
TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT, 2022-06-23 08:58:45

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BUKIT HAMPAR SEGAMAT KALI KE- 47 TAHUN 2022

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK BUKIT HAMPAR SEGAMAT
KALI KE- 47
TAHUN 2022

Keywords: MAT PIBG

AMgeusnyguPaIrBaGt

No. Pendaftaran PIBG/SK/7048

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT HAMPAR SEGAMAT JOHOR

Dirasmikan Oleh
En. Khairul Anuar Dulah Hashim
Pengurus Besar Bank Islam Cawangan Segamat

24 JUMAAT, DEWAN IBNU SINA KALI KE
JUN
2022 SK Bukit Hampar Segamat 47

24 ZULKAEDAH 1443H Masa :

8.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke - 47 merupakan landasan
menemukan pihak sekolah dengan ibu bapa anak-anak didik SK Bukit Hampar. Demi
memenuhi tuntutan pendidikan yang semakin kompleks, penglibatan ibu bapa dan
guru secara langsung dalam program pendidikan perlulah diwujudkan secara
terancang. Oleh itu peranan PIBG amat diperlukan dalam usaha merealisasikan
kecemerlangan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan
Negara.

Berdasarkan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab PIBG
berusaha memainkan peranan yang berkesan dalam membantu pihak sekolah
menjayakan perlaksanaan perancangan yang telah di atur.

* Mengembleng idea dan tenaga antara sekolah dan ibu bapa untuk kebaikan
sekolah.
* Mengharapkan wujudnya hubungan padu dan erat antara sekolah dan
masyarakat.
* Menentukan program atau aktiviti yang melibatkan murid dalam pengetahuan
PIBG.
* Mendapat sokongan 100% dari PIBG dari segi kewangan, tenaga dan sokongan
dalam menjalankan program-program yang melibatkan murid.
* Membantu dan menambah usaha sekolah dalam memenuhi kehendak dan
keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka.
* Membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan
maklumat pendidikan.
• Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara

satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-
anak mereka pada amnya.

Ibu bapa/ penjaga murid SK Bukit Hampar, Segamat.

21

24 JUN 2021 / Jumaat

8.00 pagi : Ketibaan ibu bapa / penjaga & guru
Pendaftaran kehadiran

9.00 pagi : Ketibaan tetamu jemputan / Perasmi
Nyanyian Lagu Bangsa Johor & Negaraku
Bacaan Doa
Ucapan aluan YDP PIBG SK Bukit Hampar
Ucapan aluan Guru Besar SK Bukit Hampar
Ucapan perasmi Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 2022
Yang Berbahagia,
En. Khairul Anuar Dulah Hashim,
Pengurus Besar Bank Islam Cawangan Segamat.

Penyampaian Anugerah Keluarga Inspirasi
Cabutan bertuah oleh perasmi
Penyampaian cenderamata perasmi

10.30 pagi : Rehat / Jamuan
10.45 pagi : Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-47 2022 bermula

Cabutan Bertuah

12.00 tengah hari : Majlis bersurai

2

1. Kalaimagal Krishnan 40. Nurul Husna bte Hassan
2. Dayarau a/l Ramanaidu 41. Shasiela Achanan
3. Mokhtarulfa bin Maruan 43. Norazizah binti A. Rahman
4. Al-Hafiz bin Ibrahim Ishak 44. Aisyah binti Kamaruddin
5. Iqa Shahiera binti Shahjiha 45. Siti Fatimah Abdul Rahman
6. Noreliza binti Ayin 46. Zanizam bin Rosli
7. Ng Kai Wen 47. Mohd Fadzlan Shahidi bin Abu Hassan
8. Pabezan binti Abdullah 48. Zuzilawati binti Selamat
9. Suriani binti Salleh 49. Ramlah Isa
10. Norihan binti Harun 50. Siti Suhana binti Siam
11. Laila Rosemaria 51. Anny Faizatul Noor Asmahani
12. Siti Fauziah binti Md Diah 52. Mohd Khairul bin Idris
13. Zeti Amilin binti Arshat 53. Sudirman bin Sulaiman
14. Siti Noraszreen binti Sazali 54. Rahmat bin Atan
15. Ameer Iftikharuddin bin Ridzuan 55. Mimi Akmar binti Abdul Razak
16. Khairil Azhan bin Abd Manap 56. Mohd Salleh bin Rahim
17. Susanti binti Syafii 57. Herman bin Mohd Yatim
18. Udori bin Mohsin 58. Enbavalli a/p Golasingram
19. Veerakumaran a/l Samugan Nadan 59. Rohidah binti Sulaiman
20. Farah Hanim binti Zainol Azzudin 60. Hanafiah binti Elias
21. Muaz bin Mohamad 61. Raja Nurulhusni
22. Noraida binti Abu Bakar 62. Nurul Hasma binti Hassan
23. Mariam binti Sultan Mohammad 63. Heni Sudirjo
24. Rubiah binti Paimin 64. Zuriah binti Ramlan
25. Shamsiah binti Arshad 65. Aziera binti Abu Bakar
26. Mariana binti Kamaruddin 66. Katijah binti Ab Manap
27. Erli Norafiza binti Abu Hafiz 67. Rosmizawati binti Abd. Mutalib
28. Siti Arija binti Esa 68. Norazlina binti Yahaya
29. Nora binti Md Yusop 69. Mohd Azrul Izwan bin Mohammad
30. Diana binti Radzi 70. Nur Faezza binti Heamdan
31. Irni Hafizan binti Mohammad Isa 71. Wan Kartini binti Wan Ibrahim
32. Mariati binti Abu 72. Syarifah Shatilah binti Syed Hassan
33. Eshamuddin bin Elias 73. Noraini binti Othman
34. Surianah binti Buasin 74. Norlailee binti Talib
35. Khairunnisa binti Anuar 75. Mohd Faizul bin Rahim
36. Mohd Fauzi bin Abu Sarin 76. Salina binti Samod
37. Haslinda binti Hatin Hasmi 77. Siti Noriysah binti Yunus
38. Ishak bin Mohd Salleh 78. Kattharin Chairas
39. Wan Kamisiah binti Wan Ibrahim 79. Shamsul Kamar bin Abd Wahab

3

80. Wan Norhaslinda binti Wan Zaidi 91. Noranis binti Sahat
81. Wan Rafidah Mohd Khalid 92. Abdul Aziz bin Mohd Said
82. Kavita Mani 93. Mohd Amirudin bin Othman
83. Zawiyah binti Kamis 94. Nadiah binti Hashim
84. Nor Amalin binti Mohd Zen 95. Mazrahayu binti Mohd Mokhtar
85. Riza binti Samad Rosdi 96. Nadiah binti Abd Hamid
86. Nor Mariam binti Mohamed 97. Khairul Azwan bin Hussain
87. Md Aminuddin 98. Abdul Rahaman bin Muhamed
88. Dayarau 99. Afizal Zaiham bin Muhamad
89. Zulkifli bin Salleh 100. Hapizaimie binti Mohamad
90. Haslinda binti Samian 101.Mohd Norkhalis bin Mohd Nasir

4

1. Kata-kata aluan kepada hadirin dan hadirat yang hadir, yang berusaha, Cikgu Shamsul
Kamar bin Abd Wahab, Guru Besar SK Bukit Hampar, barisan pentadbir SK Bukit
Hampar, jawatankuasa PIBG SK Bukit Hampar, guru-guru dan ibu bapa/ penjaga
sekalian.

2. Bersyukur dapat berkumpul atas talian sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit
Hampar kali ke – 46 2021. Jauh disudut hati, mengimpikan mesyuarat dijalankan
secara bersemuka, namun pandemik covid 19 menjadi halangan, bukan kepada kita
sahaja, bahkan seluruh masyarakat dunia.

3. Hadirin ibu bapa, kita perlu akur dengan SOP yang telah ditetapkan demi memastikan
kita kembali kepada norma yang biasa. Walau bagaimana pun, sebagai Yang Dipertua
PIBG SK Bukit Hampar, sentiasa menyokong dan meningkatkan, membantu dan
menambahbaik kemudahan pembelajaran murid-murid SK Bukit Hampar.

4. Terima kasih diucapkan kepada para guru yang tidak pernah jemu dan putus asa
mendidik anak-anak dalam situasi pandemik covid 19.

5. Sesi persekolahan penuh dengan cabaran dan kekangan dengan penularan covid 19,
murid-murid, ibu bapa dan pihak sekolah terpaksa berhadapan dengan norma baharu
agar pembelajaran terus berlangsung sebaik mungkin dan menjalankan proses pdpr
agar pembelajaran dapat diteruskan. Pembelajaran amat penting agar anak-anak tidak
tercicir dalam pembelajaran.

6. Rahmat dari covid 19, ibu bapa berpeluang mendekati anak-anak, membimbing anak-
anak dari dekat serta dapat mengatasi pembelajaran anak-anak. Jadi, ibu bapa dapat
terus memastikan anak-anak mengikut SOP agar kesihatan terpelihara daripada
ancaman covid 19.

7. Sesi pdpc akan beroperasi akan beroperasi semula tidak lama lagi secara berperingkat.
8. PIBG SK Bukit Hampar merupakan medium yang berkesan untuk mengeratkan

hubungan antara pihak sekolah dan komuniti setempat khususnya ibu bapa. PIBG
bergerak seiring dengan perkembangan sekolah dan menjadi penyumbang kepada
kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. PIBG telah bekerjasama dengan pihak
sekolah dan menjalankan semua aktiviti sekolah.
9. Sebagai YDP PIBG sekolah, bersama-sama dengan barisan jawatankuasa, mencuba dan
telah berusaha untuk menjalankan tugas dengan amanah dan sebaik mungkin.
Sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak murid, walaupun terpaksa berdepan dengan
kekangan dan kesukaran.
10. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh ibu bapa, telah digunakan sebaik-baiknya
untuk membantu membiayai program-program sekolah dan lain-lain yang difikirkan
sesuai untuk meningkatkan pencapaian dan sahsiah anak-anak di SK Bukit Hampar.

5

11. Berharap, agar program dan aktiviti untuk meningkatkan kecemerlangan murid SK
Bukit Hampar dapat diteruskan dari tahun ke tahun agar potensi murid dapat dicungkil
dan diperkasakan.

12. Banyak kecemerlangan yang diperoleh oleh pihak sekolah walaupun banyak kekangan
yang dilalui, moga kerjasama antara ibu bapa telah terjalin kukuh selama ini, diberkati
Allah SWT.

13. Akhir kata, menyeru kepada ibu bapa agar sentiasa menyokong dan memberikan
Kerjasama kepada pihak sekolah bagi memastikan SK Bukit Hampar terus melakar
kejayaan dan berharap jawatankuasa PIBG dapat meneruskan usaha gigih membantu
pihak sekolah sama ada dari segi kewangan dan tenaga.

14. Sekian, terima kasih.

6

1. Ucapan alu-aluan kepada En. Rahmat bin Atan, Yang Dipertua PIBG. Yang Berusaha,
Cikgu Eshamuddin bin Elias, GPK 1. Cikgu Khairil Azhan bin Abd Manap, GPK Hal Ehwal
Murid. Cikgu Zanizam bin Rosli, GPK Kokurikulum. Barisan guru-guru mata pelajaran,
ahli-ahli PIBG SK Bukit Hampar, guru-guru dan para ibu bapa yang dihormati sekalian.

2. Syukur pada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, sama-sama
dapat berkumpul secara maya dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 46 2021 SK Bukit
Hampar.

3. Sepertimana juga hasrat Yang Dipertua PIBG, impian saya sebagai guru besar di
sekolah ini, khususnya dalam fasa pandemik, secara terus terang memang ingin
bertemu secara bersemuka dengan semua ibu bapa khususnya kepada ibu bapa
murid-murid anak-anak di SK Bukit Hampar, kerana sepertimana yang semua sedia
maklum, mula mengemudi SK Bukit Hampar pada bulan Mei 2021, iaitu selepas guru
besar sebelumnya, Cikgu Hjh. Nurulhuda binti Ahmad bersara.

4. Belum berkesempatan beramah mesra dengan Yang Dipertua PIBG, En. Rahmat bin
Atan, walaupun sudah bertemu dua kali, tetapi sekali secara bersemuka dan
selebihnya bertemu secara atas talian sahaja.

5. Begitu juga dengan ibu bapa semua, amatlah berharap bertemu secara bersemuka, jika
tidak 100% separuh daripada anak-anak SK Bukit Hampar supaya dapat menerangkan
secara lebih dekat, secara bersemuka, hati ke hati dan sebagainya. Apakan daya,
pandemik masih mengekang kita untuk meneruskan aktiviti seperti tahun-tahun
sebelumnya.

6. Tidak sempat juga bersemuka dengan semua sekali guru dalam satu ruang yang
khusus bersemuka dan hanya dapat setiap minggu sekali dalam Program Yasinan
Sekolah, berjumpa di alam maya seperti hari ini. Alhamdulillah, komitmen yang baik
diterima oleh semua guru.

7. Berharap, komitmen anda semua pada hari ini (Mesyuarat Agung PIBG) dan ucapkan
tahniah sehingga setakat ini, 87 kehadiran dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke -46
2021 hampir menyamai Mesyuarat Agung PIBG 2020 iaitu 122 kehadiran ahli.

8. Terima kasih yang hadir secara maya pada hari ini dan terima kasih kepada komitmen
anda semua.

9. Sebagai pentadbir SK Bukit Hampar, lebih kurang 5 bulan, akan cuba memastikan
bahawa SK Bukit Hampar dapat ditadbir dengan baik dan menjalankan tugas sebaik
mungkin demi kesejahteraan anak-anak SK Bukit Hampar, warga guru dan warga kerja
SK Bukit Hampar.

7

10. Bagi memastikan semula sekolah bersedia menerima kemasukan murid-murid semula
ke sekolah, apabila negeri Johor beralih ke fasa 4 mulai 24 Oktober 2021. Guru-guru SK
Bukit Hampar telah menggerakkan semula bilik-bilik darjah, bilik -bilik khas, bilik
mesyuarat malah pejabat juga bagi memastikan pematuhan dan pembukaan sekolah
3.0 mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

11. Ibu bapa pasti tertanya-tanya tentang keselamatan anak-anak di sekolah, keselamatan
guru-guru dan keselamatan anak-anak di sekolah menjadi keutamaan pihak sekolah
dengan memsatikan SOP yang ditetapkan oleh KPM dipatuhi.

12. Hampir 2 tahun, bermula bulan Mac 2020 hingga hampir bulan 11. Insha Allah, anak-
anak akan selamat.

13. Ibu bapa/ penjaga juga hendaklah memastikan anak-anak yang sihat sahaja ke
sekolah. Sekiranya anak-anak tidak sihat, mengalami gejala batuk berterusan, selsema
seterusnya suhu melebihi 37° celsius, agar tidak dihantar ke sekolah dan
memaklumkan pada guru kelas berkenaan keadaan semasa anak-anak. Moga guru
kelas tidak tertanya-tanya sama ada anak-anak sihat atau tidak sihat atau ada alasan
lain tidak hadir ke sekolah.

14. Alhamdulillah, dalam 2 tahun pandemik, banyak kejayaan dan kecemerlangan yang
pihak sekolah khususnya anak-anak SK Bukit Hampar mencipta nama dalam bidang
akadenik dan kokurikulum. Semua pelaksanaan diadakan secara maya, tiada
pertemuan secara bersemuka, tiada pengumpulan berskala besar, semua mengambil
kira norma baharu, pelaksanaan aktiviti dalam fasa pandemik covid 19. Kejayaan dan
kecemerlangan mengambil kira anak-anak, guru-guru, tidak lupa juga sokongan
daripada ibu bapa/ penjaga. Tahniah, memberikan nama yang gah kepada SK Bukit
Hampar! Kejayaan dan usaha ini dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT, insha Allah.
Mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG, kerana memberikan
komitmen yang terbaik kepada warga SK Bukit Hampar dalam bentuk tenaga, sokongan
dan khususnya dalam bentuk wang ringgit untuk memastikan program-program yang
diadakan dapat berjalan dengan lancar.

16. Menyeru kepada ibu bapa, khususnya anak-anak yang berada di SK Bukit Hampar
untuk bersama kami meneruskan agenda pendidikan di sekolah kita, tidak kira dalam
kewangan, sumber tenaga, khususnya Sukarelawan Dalam Kelas (SDK) – telah disebut
oleh mantan guru besar yang lepas, tetapi dalam fasa pandemik, mungkin menukar
cara pelaksanaan sedikit, begitu juga dengan Pelibatan Ibu Bapa Dan Komuniti (PIBK)
yang akan diperkasakan lagi untuk tahun 2021.

8

17. Kecemerlangan sekolah bukan sahaja dilihat dengan hebatnya guru mengajar, tetapi
seiring dengan hebatnya komitmen ibu bapa.

18. Terima kasih dan tahniah kepada semua warga kerja SK Bukit Hampar yang banyak
memberi sumbangan kepada sekolah dalam pengurusan pendidikan anak-anak di
sekolah.

19. Mesyuarat Agung PIBG adalah menggunakan pendekatan secara “musyawaroh”, jika
terdapat sebarang masalah yang timbul atau salah faham yang timbul.

20. Pihak sekolah terikat dengan SOP kehadiran sekolah secara bergilir bagi murid yang
akan bermula pada 8 November 2021 (tahap 1), dan 24 November 2021 (tahap 2).

21. Pengoperasian pembukaan semula sesi persekolahan akan memberi impak kepada ibu
bapa yabg bekerja. Pihak sekolah mengambil pendekatan mengumpulkan dalam
kehadiran kumpulan (kumpulan A dan B) mengikut keluarga (adik-beradik, sepupu dan
sebagainya), supaya memudahkan pengurusan penghantaran ke sekolah oleh ibu
bapa.

22. Akhir kata, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa/ penjaga yang hadir
secara maya dalam Mesyurat Agung PIBG kali ke – 46 2021. Ini menggambarkan
komitmen ibu bapa dalam meningkatkan kecemerlangan anak-anak dalam masa
hadapan.

23. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke –
46 2021 SK Bukit Hampar Segamat.

9

AGENDA 1 : Ucapan Yang Dipertua PIBG.
AGENDA 2 : Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke – 46 / 2021.
AGENDA 3 : Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke –

46 2021.
AGENDA 4 : Membentang dan Menerima Laporan PIBG SK Bukit Hampar

bagi Tahun 2022.
AGENDA 5 : Pembentangan dan Menerima Laporan Kewangan PIBG dan

Kedai Buku SK Bukit Hampar yang berakhir 31 Disember 2021.
AGENDA 6 : Pembentangan Dan Menerima Laporan Sumbangan Kedai Buku

SK Bukit Hampar yang berakhir 31 Disember 2021.
AGENDA 7 : Hal-hal Lain.
AGENDA 8 : Pembentangan Usul Yang Diterima Untuk Dibahaskan.
AGENDA 9 : Ucapan Penangguhan.

10

MINIT MESYUARAT
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE - 46

SK BUKIT HAMPAR SEGAMAT
TAHUN 2021

AGENDA 1 : UCAPAN YANG DIPERTUA/ PERUTUSAN PENGERUSI
Oleh En. Rahmat bin Atan – Yang Dipertua PIBG SK Bukit Hampar

1.1 Ucapan kata aluan dan mengucapkan rasa syukur walaupun secara dalam
talian.

1.2 Terima kasih diucapkan kepada semua guru walaupun sesi persekolahan
penuh dengan cabaran disebabkan penularan covid 19. Murid dan guru
terpaksa menyesuaikan diri dalam kaedah pengajaran dan pengajaran secara
dalam talian.

1.3 Penglibatan ibu bapa dan sokongan diperlukan untuk membantu anak-anak.
Hikmah Covid 19 ibu bapa dapat memantau anak-anak secara dekat dalam
pembelajaran anak-anak.

1.4 Sekolah akan beroperasi semula secara berperingkat.
1.5 PIBG merupakan medium untuk mengeratkan hubungan antara guru dan ibu

bapa dan menjadi penyumbang kecemerlangan sesebuah sekolah.
1.6 Sumbangan PIBG yang diberikan telah digunakan sebaiknya untuk membantu

pembiayaan sekolah bagi meningkatkan sahsiah anak-anak.
1.7 Diharap semua program kecemerlangan akan diteruskan untuk anak-anak di

SKBH.
1.8 Diharap semua ibu bapa akan sentiasa menyokong dan memberikan

kerjasama kepada semua supaya SKBH akan sentiasa melakarkan
kecemerlangan dan teruskan memberi sumbangan dari segi kewangan
mahupun tenaga.

11

Mesyuarat

AGENDA 2 : MENERIMA DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-
45 2020
Oleh Pn. Susanti binti Syafii – Setiausaha PIBG SK Bukit Hampar

2.1 Minit mesyuarat Mesyuarat Agung PIBG kali ke – 45 SK Bukit Hampar, Segamat
tahun 2020 disahkan.

2.2 Dicadang untuk disahkan oleh : En. Mohd Amiruddin bin Othman.
2.3 Disokong untuk pengesahan oleh : En. Ameer Iftikharudin bin Ridzuan.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

AGENDA 3 : MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN PIBG SK BUKIT HAMPAR,
SEGAMAT BAGI TAHUN 2020
Oleh En. Rahmat bin Atan – Yang Dipertua PIBG SK Bukit Hampar

3.1 Laporan PIBG SK Bukit Hampar bagi tahun 2020 disahkan.
3.2 Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Zeti Amilin binti Arshat.
3.3 Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Norelza.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

AGENDA 4 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG
SK BUKIT HAMPAR, SEGAMAT DAN KEDAI BUKU YANG BERAKHIR 31
DISEMBER 2020
Oleh En. Mokhtarulfa bin Maruan – Bendahari PIBG SK Bukit Hampar

4.1 Laporan kewangan PIBG SK Bukit Hampar, Segamat yang berakhir pada 31 Disember
tahun 2020 disahkan.

4.2 Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Nor Mariam binti Mohamed.
4.3 Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Enbavelu.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

12

AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN KEDAI BUKU SK
BUKIT HAMPAR SEGAMAT YANG BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
Oleh En. Mokhtarulfa bin Maruan – Bendahari PIBG SK Bukit Hampar

5.1 Laporan kewangan Kedai Buku SK Bukit Hampar, Segamat yang berakhir pada 31
Disember 2020 disahkan.

5.2 Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Nor Mariam binti Mohamed.
5.3 Disokong untuk pengesahan oleh : Pn. Enbavelu.

Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

AGENDA 6 : SUMBANGAN PIBG BAGI TAHUN 2021/2022

6.1 Sumbangan tenaga dan kewangan di alu-alukan untuk kecemerlangan sekolah.
6.2 Kutipan bagi tahun 2020 ditangguhkan atas faktor pandemik. Jika sebelum ini,

sumbangan PIBG sebanyak RM90 seperti dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG
yang lepas.
6.3 Setelah disemak dan diteliti oleh pihak sekolah, disebabkan penularan covid 19,
maka sumbangan PIBG bagi tahun 2021/ 2022 adalah berjumlah RM80.00 sahaja.
6.4 Butiran sumbangan PIBG dan bayaran bagi tahun 2021/ 2022 adalah seperti
berikut:-

Bil Perkara RM

1 Sumbangan PIBG (satu keluarga) 50.00

2 Modul Kecemerlangan (setiap murid) 20.00

3 Kegiatan Agama Islam (setiap murid Islam) 5.00

4 Keceriaan Sekolah (setiap murid) 5.00

JUMLAH 80.00

Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

13

AGENDA 7 : PERKARA BERBANGKIT
7.1 Tiada perkara berbangkit.

AGENDA 8 : HAL-HAL LAIN
8.1 Tiada hal-hal lain.

AGENDA 9 : PERBINCANGAN CADANGAN DAN USUL-USUL
9.1 USUL DARIPADA EN. AL HAFIZ BIN IBRAHIM ISHAK

“ Mencadangkan supaya Jawatankuasa PIBG 2019/2020 dikekalkan untuk sesi 2021/2022“.
9.1.1 Ulasan daripada En. Rahmat bin Atan – Yang Dipertua PIBG:-
i. Bersetuju dengan usul yang dicadangkan dengan mengekalkan jawatankuasa 2019/2020
untuk tahun 2021/2022 apabila majoriti bersetuju dengan usul yang diberikan.

9.2 USUL DARIPADA PN. ZETI AMILIN BINTI ARSHAD
“Mengadakan dan mewujudkan satu program untuk memperkasakan penglibatan Ibu Bapa dan
Komuniti (PIBK) dalam organisasi sekolah dalam mencapai kecemerlangan kurikulum, sahsiah, dan
kokurikulum anak-anak di bawah pengurusan PIBG sekolah“.
9.2.1 Ulasan daripada En. Shamsul Kamar bin Abd Wahab – Guru Besar:-

i. Satu organisasi perlu dibentuk untuk memperkasakan program-program bersama PIBK
dengan kerjasama PIBG.
Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

14

AGENDA 10 : Sesi Suai Kenal Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
10.1 Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2021/2022 dikekalkan seperti mana jawatankuasa
2019/2020 kecuali Encik Razif bin Saat sebagai juru audit kerana terpaksa bertugas
di luar kawasan. Boleh rujuk di buku program.
Tindakan : Makluman kepada semua ahli jawatankuasa.

AGENDA 11 : Ucapan Penangguhan
Oleh Encik Rahmat bin Atan – Yang Dipertua PIBG SK Bukit Hampar

11.1 Berterima kasih kepada semua yang memberi usul dan kepada semua ibu bapa
yang hadir secara dalam talian.

11.2 Teruskan memberi kerjasama dalam semua program sekolah.
11.3 Tahniah dan syabas kepada semua jawatankuasa PIBG yang bertungkus lumus

dalam menjalankan tugas.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.32 pagi.

Disediakan oleh,
....................................................
IQA SHAHIERA BINTI SHAHJIHAN
Naib Setiausaha PIBG,
SK Bukit Hampar, Segamat.
Tarikh : 2 November 2021

15

JAWATANKUASA PIBG
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT HAMPAR SEGAMAT

NO. PENDAFTARAN PIBG : PIBG/SK/7048
SESI 2021 / 2022

Pegawai Ex-officeo : Cikgu Shamsul Kamar bin Abd Wahab
Yang Dipertua : En. Rahmat bin Atan
Naib Yang Dipertua : En. Mohd. Norkhalis bin Mohd Nasir
Setiausaha : Cikgu Susanti binti Syafii
Naib Setiausaha : Cikgu Iqa Shahiera binti Shahjihan
Bendahari : Cikgu Mokhtarulfa bin Hj. Maruan
Jawatankuasa
: En. Mohd Haniff bin Supar
Ibu Bapa : En. Mohd. Tijar bin Yaiman
: Pn. Suryani binti Che Ibrahim
Jawatankuasa : En. Herman bin Md Yatim
Guru : En. Roslin bin Adam
: Pn. Wan Kartini binti Wan Ibrahim
Juru Audit : Pn. Sarah binti Chekku
: En. Mohd. Amiruddin bin Othman

: Cikgu Zulkifli bin Salleh
: Cikgu Ameer Iftikharuddin bin Ridzuan
: Cikgu Kalaimagal a/p Krishnan
: Cikgu Erli Norafiza binti Abu Hafiz
: Cikgu Zeti Amilin binti Arshad
: Cikgu Al-Hafiz bin Ibrahim Ishak

: En. Razif bin Mat Saat
: Pn. Rafidah Begum binti Abdul Kadir

16

Tarikh : 12 Jun 2022 (Ahad)
Masa : 2.30 petang
Pengerusi : En. Rahmat bin Atan
Kehadiran : 12/ 21
Turut Hadir : Tiada

AGENDA 1.0 : UCAPAN YANG DIPERTUA
1.1 Syukur aluan.
1.2 Terima kasih diucapkan kepada yang hadir pada mesyuarat pertama
jawatankuasa PIBG.
1.3 Selaku YDP PIBG, sentiasa menyokong program dan aktiviti sekolah.
1.4 Membincangkan tarikh untuk Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke – 47 2022
SK Bukit Hampar.
1.5 Menggerakkan aktiviti PIBG untuk kecemerlangan anak-anak murid SKBH.
1.6 Diharap pihak sekolah jangan pernah berhenti untuk menjemput/ mengajak ibu
bapa bagi apa-apa program dan aktiviti yang dijalankan.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 2.0 : LAPORAN GURU BESAR/ WAKIL PENTADBIR
2.1 Kata-kata aluan dan terima kasih atas kebersamaan semua untuk sama-sama
dalam mesyuarat hari ini.
2.2 Untuk mengurus aktiviti Mesyuarat Agung Tahunan PIBG (MAT PIBG) kali ke – 47
2022 SK Bukit Hampar.
2.3 Tiada lagi tempoh untuk memanjangkan pelaksanaan MAT PIBG pada tahun ini
(tarikh akhir bulan Jun 2022) dan berharap dapat dilaksanakan secara
2.4 bersemuka.
Guru-guru telah diberikan beberapa kelonggaran untuk melaksanakan apa-apa
2.5 program dan aktiviti sekolah dan telah dibenarkan oleh pihak atasan.
SKBH berisiko dengan penyakit HFMD yang menyerang anak-anak dan kuarantin
2.6 5 hari termasuklah ibu bapa/ penjaga. SOP terpaksa menutup kelas disebabkan
• HFMD atas arahan KPM dan tiada penularan jangkitan secara menyeluruh.
• Enrolmen SKBH berkenaan data hingga 12.06.2022:-
• Bilangan murid (tahun 1-6) = 312 orang.
• Bilangan murid pra sekolah = 50 orang.
Bilangan guru = 28 orang.
Bilangan AKP = 4 orang.

17

2.7 SKBH kekurangan 3 orang guru. Seorang guru pra sekolah dan 2 orang guru

arus perdana. Tiada guru pra sekolah yang khusus menggantikan Cikgu
Diana binti Radzi kerana berpindah negeri. Sekolah terpaksa menggantikan
seorang guru dari arus perdana untuk mengajar pra sekolah. Walaupun
KPM membekalkan program khas one-off guru, setakat ini SKBH belum
menerima guru ganti.
2.8 Kehadiran yang telah ditetapkan oleh pihak KPM iaitu 95%. Peratus
kehadiran yang tertinggi dicapai SKBH iaitu sebanyak 87%. Pada peringkat
awal, sekolah tidak dapat membuat apa-apa tindakan disebabkan
pendemik, endemik dan HFMD.
2.9 SKBH akan melaksanakan 2 program di bawah pengurusan HEM:-
• Kehadiran penuh 100% setiap hari bagi setiap kelas (tahap 1 dan tahap 2).
• Kehadiran penuh 100% setiap hari secara individu.
• Murid akan diberikan ganjaran yang menarik minat untuk mereka hadir
setiap hari ke sekolah.
2.10 KPM telah memberikan kebenaran kepada sekolah untuk melaksanakan
aktiviti/ program yang melibatkan murid. Antara program yang telah pihak
SKBH jalankan iaitu sambutan hari guru, merentas desa dan majlis
sambutan hari raya. Pada minggu seterusnya, akan berlangsung kejohanan
olahraga peringkat MSSK (utara) yang bertempat di SK Dato’ Wan Idris
Segamat sebagai tuan rumah. SKBH juga telah merancang untuk
melaksanakan sukan tahunan dan perkhemahan pada akhir tahun 2022
dengan lebih meriah.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 3.0 : MEMBENTANG DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
PIBG BILANGAN 1 DAN BILANGAN 2 2021
Oleh – En. Rahmat bin Atan, Yang Dipertua PIBG

3.1 Dicadang untuk disahkan oleh : Cikgu Al-Hafiz bin Ibrahim Ishak.
3.2 Disokong untuk pengesahan oleh : Cikgu Zulkifli bin Salleh.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

18

AGENDA 4.0 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN PIBG SK BUKIT
HAMPAR DAN PENYATA KEWANGAN KEDAI BUKU SK BUKIT HAMPAR SEGAMAT YANG
BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021
Oleh – Ustaz Mokhtarulfa bin Hj. Maruan, Bendahari PIBG

4.1 Laporan kewangan PIBG SK Bukit Hampar, Segamat yang berakhir pada 31
Disember tahun 2021. disahkan.

4.2 Dicadang untuk disahkan oleh : Cikgu Erli Norafiza bin Abu Hafiz.
4.3 Disokong untuk pengesahan : Cikgu Zeti Amilin binti Arshat.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 5.0 : MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE – 47 2022 SK BUKIT HAMPAR

5.1 Cadangan:-

• Dilaksanakan secara bersemuka.
• Tarikh : 24 Jun 2022 (Jumaat).
• Masa : 8.00 pagi hingga 12 tengah hari.
• Tempat : Dewan Ibnu Sina SK Bukit Hampar Segamat.
• Perasmi : Pengurus Besar Bank Islam Cawangan Segamat.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 6.0 : HAL-HAL LAIN

6.1 Oleh Cikgu Eshamuddin bin Elias (Penolong Kanan 1):-
- Kurikulum : peperiksaan sumatif awal tahun dan akhir tahun bagi mata pelajaran berkenaan
peperiksaan bagi tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6) akan dilaksanakan sepertimana yang telah
dimaklumkan oleh KPM.
- Soalan peperiksaan awal tahun dan akhir tahun akan disediakan oleh pihak KPM dan hanya 5
matapelajaran sahaja yang terlibat (BM, BI, Matematik, Sains dan Sejarah). Bagi mata pelajaran
yang lain, pihak sekolah akan sediakan.

6.2 Oleh Cikgu Shamsul Kamar bin Abd Wahab (Guru Besar):-
- Cadangan untuk Mesyurat Agung Tahunan PIBG kali ke – 47 202, pihak sekolah ingin memberi
penghargaan Anugerah Keluarga Inspirasi. Anugerah ini bagi memberikan penghargaan kepada
ibu bapa yang telah memberikan komitmen dan sokongan penuh kepada anak-anak bekas
pelajar yang bertanding membawa nama sekolah dalam pertandingan ko-akademik, sukan
mahupun kokurikulum di peringkat yang lebih tinggi.

19

6.3 Oleh Cikgu Mokhtarulfa bin Hj. Maruan:-
- Mengadakan semula jualan minuman yakult sekolah setelah dihentikan penjualannya
selama 2 tahun disebabkan pandemik covid 19.
- Pengoperasian kedai buku SKBH masih ditunda buat masa ini kerana terdapat beberapa
buah almari dan rak-rak buku rosak disebabkan anai-anai.

6.4 Oleh Cikgu Erli Norafiza binti Abu Hafiz:-
- Mohon peruntukan daripada PIBG untuk menukar peralatan kelengkapan di dalam bilik
peperiksaan yang rosak.

6.5 Oleh Cikgu Eshamuddin bin Elias (Penolong Kanan 1):-
- Mohon sumbangan papan putih (white board) untuk kegunaan bilik-bilik khas.

6.6 Oleh Cikgu Al-Hafiz bin Ibrahim Ishak:-
- Berharap agar ibu bapa/ penjaga yang menghantar anak ke sekolah, tidak memarkir
kenderaan mereka di hadapan pintu pagar sekolah kerana menghalang laluan kenderaan
guru untuk masuk ke dalam kawasan sekolah.
- Teguran dan ingatan supaya kenderaan ibu bapa/ penjaga tidak membuat pusingan ‘u’ di
hadapan lampu isyarat kerana seringkali berlaku kemalangan.
- Berkenaan lampu isyarat, didapati hanya satu laluan sahaja berfungsi. Perkara tersebut
dimaklumkan kepada pihak JKR Daerah untuk tindakan yang sewajarnya.

6.7 Oleh Cikgu Zeti Amilin binti Arshad:-
- Mohon peruntukan daripada PIBG sebanyak RM500 untuk hadiah utama Anugerah NILAM
peringkat sekolah.

Tindakan : Makluman kepada semua jawatankuasa PIBG.

AGENDA 7.0 : UCAPAN PENANGGUHAN

7.2 Mesyuarat jawatankuasa PIBG bilangan 1/ 2022 ditangguhkan pada pukul
5.25 petang.

Disediakan oleh,

SUSANTI BINTI SYAFII
Setiausaha PIBG,
SK Bukit Hampar.
Tarikh : 13 Jun 2022

20

USUL YANG DITERIMA TANPA DIBENTANG
USUL 1

NAMA PENCADANG : PUAN HIDAYAH BINTI ELIAS
CADANGAN
: Mohon penambahbaikan kedua-dua butang lampu isyarat
KEPUTUSAN berfungsi dengan baik.

: Pihak sekolah sentiasa memaklumkan kepada JKR Daerah
mengenai aduan dan kerosakan lampu isyarat secara
berkala.

USUL 2

NAMA PENCADANG : EN. S. ZALI BIN ABDUL SAMAD
CADANGAN
: Mohon pihak sekolah lebih peka kepada lampu isyarat,
KEPUTUSAN lebih elok sekiranya seorang individu penjaga mengawal
pada ketika waktu hadir dan pulang dari sekolah, sama ada
pengawal keselamatan atau RELA.

: ________________________________________________

________________________________________________

2171

Penaung : EN. MOHD ZAKI BIN YAACOB, TIMBALAN PPD SEGAMAT
Penasihat : CIKGU SHAMSUL KAMAR BIN ABD WAHAB (GURU BESAR)
Timbalan Penasihat : EN. RAHMAT BIN ATAN (YDP PIBG)
Pengerusi : CIKGU ESHAMUDDIN BIN ELIAS (PK PENTADBIRAN)
Naib Pengerusi 1 : CIKGU KHAIRIL AZHAN BIN ABD MANAP (PK HEM)
Naib Pengerusi 2 : CIKGU ZANIZAM BIN ROSLI (PK KOKURIKULUM)
Setiausaha : CIKGU SUSANTI BINTI SYAFII
Naib Setiausaha : CIKGU IQA SHAHIERA BINTI SHAHJIHAN
Bendahari : CIKGU MOKHTARULFA BIN HJ. MARUAN

JAWATANKUASA KERJA

PENYAMBUT TETAMU SIJIL/ HADIAH/ CENDERAMATA
1. Cikgu Shamsul Kamar bin Abd Wahab 1. Cikgu Erli Norafiza binti Abu Hafiz (K)
2. En. Rahmat bin Atan 2. Cikgu Norain binti Idris
3. Cikgu Eshamuddin bin Elias 3. Pn. Rafidah Begum binti Abdul Kadir
4. Cikgu Khairil Azhan bin Abd Manap
5. Cikgu Zanizam bin Rosli BACAAN DOA
6. En. Mohd Norkhalis bin Mohd Nasir 1. Cikgu Mokhtarulfa bin Hj. Maruan

PENGACARA MAJLIS HAMPER & CABUTAN BERTUAH
1. Cikgu Zeti Amilin binti Arshad 1. Cikgu Kalaimagal Krishnan (K)
2. Cikgu Wan Norhaslinda binti Wan Zaidi
PENDAFTARAN 3. Cikgu Ng Kai Wen
1. Cikgu Hjh. Katijah binti Ab Manap (K) 4. Cikgu Rohidah binti Sulaiman
2. Cikgu Siti Suhana binti Siam 5. Pn. Aziera binti Abu Bakar
3. Pn. Sarah binti Chekku 6. En. Herman bin Md Yatim

22

SAMBUTAN & PROTOKOL JAMUAN JAMUAN JEMPUTAN/ VIP
1. Cikgu Hanafiah bin Elias (K) 1. Cikgu Siti Fauziah binti Mohd Diah (K)
2. Cikgu Siti Noraszreen binti Sazali 2. Cikgu Nur Izyan Nazihah binti Zainal
3. En. Amiruddin bin Othman 3. Pekerja Swasta
4. En. Roslin bin Adam 4. Pn. Wan Kartini binti Wan Ibrahim

SIARAYA & PA SISTEM JAMUAN IBU BAPA/ GURU
1. Cikgu Zulkifli bin Salleh (K) 1. Cikgu Shamsiah binti Arshat (K)
2. Cikgu Mokhtarulfa bin Hj. Maruan 2. Cikgu Siti Noraszreen binti Sazali
3. En. Mohd Tijar bin Yaiman 3. Pn. Aziera binti Abu Bakar
4. Pekerja Swasta
URUSETIA & BUKU PROGRAM 5. Pn. Suryani binti Che Ibrahim
1. Cikgu Susanti binti Syafii (K)
2. Cikgu Iqa Shahiera binti Shahjihan KAWALAN LALU LINTAS
1. Cikgu Veerakumaran (K)
HIASAN DEWAN/ PENTAS & BACKDROP 2. Cikgu Al-Hafiz bin Ibrahim Ishak
1. Cikgu Norlida binti Mohd Yassin (K) 3. En. Mohd Haniff bin Supar
2. Cikgu Hjh. Katijah binti Ab Manap
3. Cikgu Noraida binti Abu Bakar PENGGAMBARAN & DOKUMENTASI
4. Cikgu Nur Izyan Nazihah binti Zainal 1. Cikgu Ameer Iftikharuddin bin Ridzuan
5. Pn. Rafidah Begum binti Abdul Kadir
(jurufoto)
PERSIAPAN DEWAN/ PENTAS & TEMPAT 2. Cikgu Kalaimagal Krishnan
1. Cikgu Veerakumaran (K)
2. Cikgu Al-Hafiz bin Ibrahim Ishak (dokumentasi)
3. Cikgu Mohamad Sofie bin Jupry
4. Cikgu Zulkifli bin Salleh PENCATAT UCAPAN & MESYUARAT
1. Cikgu Susanti binti Syafii (K)
2. Cikgu Iqa Shahiera binti Shahjihan

23

1. Ammar Aakif bin Saiful Azwan 31. Ahmad Uzair Ilham bin Mohamad Haniff

2. Hana Humaira binti Nik Muhammad Shazwan Shafiq 32. Dhiya Nurzahra binti Nazlan

3. Luqman Affan bin Ahmad Faisal 33. Muhammad Daris Amsyar bin Ahmad Fuad

4. Mohamad Ayisy Ziqri bin Abdul Qayyum 34. Muhammad Fakhrullah Rifaat bin Mohd Rizuan

5. Muhammad Amrillah Mu'ammar bin Abd Kadir 35. Muhammad Irfan Izzuddin bin Mohd Firdaus

6. Muhammad Qarl Zafran bin Muhammad Syafiq 36. Nurhan Nuwairah binti Rizal

7. Nur Arissa Raisya binti Aidil Izwan 37. Alyaa binti Nomie

8. Nurhan Nasuha binti Rizal 38. Azwa Safrina binti Abd Kadir

9. Ahmad Ukail bin Mohamad Haniff 39. Muhammad Adam Iskandar bin Mohd Salleh

10. Ammar Ariffin bin Saiful Idham 40. Nur Dania Alyaa binti Kamarulzaman

11. Iman Qaif Izzdeen bin Nazaruddin 41. Muhammad Mirza Nafeez bin Muhammad Suhaimi

12. Muhammad Aliff Uzma bin Abdul Haq 42. Nur Fathiyah binti Shahrizan

13. Muhammad Baqir bin Abd Azidz 43. Nurul Umairah binti Mohd Firdaus

14. Muhammad Firas Amsyar bin Muhamad Rafizi 44. Ahmad Fauzan Hakim bin Mohd Amirudin

15. Thavanesshraamm a/l Shivaram 45. Muhammad Aqif Irfan bin Amir

16. Airis Nur Khadeeja binti Amir 46. Muhammad Zafri bin Mohd Zin

17. Ammar bin Nomie 47. Nur Aleesya Qistina binti Izhar

18. Ariq Azhad bin Mohd Azrul Izwan 48. Nur Alfisyahr binti Shahrizan

19. Erina Adelia binti Badrulsham 49. Nuralmeera Nafeeza binti Muhammad Suhaimi

20. Muhammad Fazley bin Sudirman 50. Nurul Qhadijah binti Nor Isam

21. Ahmad Asyraaf Adam bin Adil Yusmira 51. Sukainah binti Abd Azidz

22. Iman Harith bin Irmi Shazery 52. Nirosa a/p Murugee

23. Muhamad Qayyum Qusairi bin Abdullah 53. Nur Arysha Balqis binti Irmi Shazery

24. Muhammad Shah Aqill bin Shah Riza 54. Nurul Damia Adriana binti Muhammad Solehan

25. Muhammad Zaim bin Mohd Zin 55. Adam Syahmie bin Zulkarnain

26. Nurulzara Sofiahanna Anneesa binti Abdul Muaz Syukri 56. Nursyasya Amira binti Irmi Shazery

27. Adam Mikhail bin Amir Imran 57. Afiq Akmal bin Adil Yusmira

28. Ali Hasan bin Abd Azidz 58. Mohamad Danish Naim bin Hafiz

29. Ali Zainal Abidin bin Abd Azidz 59. Nur Qalesya binti Shaharudin

30. Muhammad Faris Zafran bin Nor Isam

2147

PENYATA KEWANGAN
PIBG SK BUKIT HAMPAR

&
PENYATA KEWANGAN
KEDAI BUKU PIBG SK BUKIT HAMPAR

25









“ SEKALUNG BUDI SERIMBUN KASIH “

UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA:-
▪ Kedai Buku PIBG SK Bukit Hampar,
▪ Ibu Bapa/ Penjaga,
▪ Jawatankuasa PIBG,
▪ Guru-Guru,
dan kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan idea, tenaga dan
material secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan Majlis
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke – 47, SK Bukit Hampar Segamat.
Keringat, jasa dan pengorbanan anda menjadi ingatan buat semua. Hanya
Allah S.W.T. sahaja yang akan membalas budi dan jasa kalian.

Terima Kasih Jumpa Lagi Tahun Hadapan…!!!

26

Cucur Badak Di Kedai Nenek,
Murahnya Harga Dapat Berjimat;

Ajar Budak Akhlak Yang Baik,
Dunia Dibangga, Akhirat Selamat

Pulang Pemburu Dengan Riangnya,
Dapat Menghambat Si Anak Rusa;
Berjuang Guru Dengan Ilmunya,
Menobat Martabat Si Anak Bangsa.

Ayu Semarak Di Sisi Bonda,
Kekal Berseri Jambangan Gelora;
Guru Pencorak Generasi Muda,
Bakal Mengisi Kepimpinan Negara.


Click to View FlipBook Version