The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by arif iskandar mohsin, 2024-03-04 09:42:23

ISU KESANTUNAN BERBAHASA

ISU KESANTUNAN BERBAHASA

ISU KESANTUNAN BERBAHASA BMMB1144-KESANTUNANBERBAHASA DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD ARIF ISKANDAR BIN ABDUL MOHSIN PENGAJIAN MELAYU 2 AMBILAN JUN 2023/2028


PENGENALAN


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesantunan bermaksud perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, Menurut Awang Sariyan (2007), definisi kesantunan ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan mengikut perspektif Melayu ialah penggunan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.


ISU SOSIAL: Kesantunan berpakaian Isu sosial ialah perkara yang mempengaruhi kebanyakan atau kesemua anggota masyarakat, baik secara langsung mahupun tidak langsung, dan dianggap sebagai masalah, kontroversi yang berkaitan dengan nilai moral, atau kedua-duanya.


KESANTUNAN BERPAKAIAN Kesantunan berpakaian merupakan salah satu kesantunan yang amat penting kerana masyarakat amat menitikberatkan tentang cara dan adab berpakaian. Kesantunan berpakaian dapat menunjukkan bahawa masyarakat kita sangat mementingkan aspek pemakaian. Aspek pemakaian juga mencerminkan sesuatu budaya tersebut. Selain dari konsep kesantunan verbal dan non-verbal, konsep berpakaian juga merupakan antara jenis kesantunan dalam kesantunan berbahasa.


KEPENTINGAN Dapat menunjukkan imej yang baik dan elok dalam menampakkan jati diri. Pemakaian yang sopan dan kemas menunjukkan sikap profesional dan dianggap serius ketika menjalankan urusan. Perlakuan dan pemakaian seseorang itu menggambarkan keindahan akhlak dan personaliti individu tersebut. Bagi mengelakkan salah faham berlaku ketika berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain atau ketika berada di khalayak ramai.


ISU KESANTUNAN BEPAKAIAN DAN JUSTIFIKASI


Pakaian Mencolok Mata ISU 1


JUSTIFIKASI Kesantunan dalam berpakaian amat dituntut dalam masyarakat Melayu. Hal ini kerana melalui pakaian akan menunjukkan sisi peribadi yang baik seseorang itu. Dapat dilihat bahawa rajah 1.0 menunjukkan bahawa, ketidaksantunan dalam berpakaian seperti tidak memakai pakaian yang sopan. Sepertimana yang diketahui pakaian yang sepatutnya dipakai oleh wanita Islam ialah pakaian yang menutup seluruh anggota tubuhnya kecuali dua telapak tangan dan wajah. Oleh itu, jelaslah bahawa wajib ke atas kaum wanita khususnya yang beragama Islam untuk menutup aurat di tempat umum kerana “sesungguhnya kita dilarang untuk menampakkan aurat kita”. (H.R Imam Ahmad)


Pakaian Tidak Menutup Aurat ISU 2


JUSTIFIKASI Berdasarkan rajah 2.0, dapat dilihat bahawa tiada kesantunan dalam berpakaian iaitu memakai pakaian yang melebihi lutut. Masyarakat Melayu sangat mementingkan kesopanan dalam berpakaian kerana pakaian melambangkan adab dan tingkah laku masyarakat tersebut. Kesantunan berpakaian ini haruslah dititikberatkan oleh semua pihak khususnya masyarakat Melayu lebih-lebih lagi masyarakat Melayu yang bergama Islam supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.


CARA MENGATASI


IBU BAPA Umum mengetahui bahawa ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dengan anak-anak. Dalam konteks ini ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak: .Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Oleh itu ibu bapa perlu menerapkan nilai kesantunan dalam diri supaya anak-anak akan mengikutinya. 1. Ibu bapa boleh melaksanakan tindakan yang sewajarnya kepada anak-anak tidak berpakaian yang sopan dan menutup aurat. Sebagai contoh mendenda mereka supaya mereka kesal dengan tidakan tersebut. 2. Ibu bapa perlu membuat pemantauan terhadap pemakaian anak mereka. Hal ini supaya anak-anak mereka berasa takut untuk berpakaian yang tidak senonoh. 3. Ibu bapa harus menerapkan ilmu agama yang mendalam terhadap anak-anak supaya mereka bersopan. 4.


KERAJAAN Pihak kerajaan boleh menggunakan kuasa yang besar dalam pentadbiran dalam menangani isu ini. Pihak kerajaan mengadakan kempen berkaitan kesantunan berpakaian kepada masyarakat. Kempen ini mampu memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan dengan kesantunan berpakaian. 1. Pihak kerajaan boleh melaksanakan undang-undang iaitu dengan mengenakan kompaun kepada sesiapa yang tidak berpakain sopan. Sebagai contoh, di negeri Kelantan yang mengenakan kompaun atau denda yang berebentuk wang kepada sesiapa sahaja yang tidak berpakaian sopan. 2. Pihak kerajaan juga boleh menubuhkan lembaga penapisan yang bertujuan untuk menapis bahan-bahan yang ingin ditanyangkan supaya nilai murni dan kesantunan dalam dijaga. 3.


MEDIA MASSA Media massa adalah medium yang kuat untuk menyebarkan sesuatu perkara atau berita yang tertentu. Terutama di era media sosial,kebanyakkan individu memakai pakaian yang mencolok mata dan kurang santun, seperti memakai pakaian yang tidak menutup pusat, lutut dan sebagainya. 1. Media massa juga memiliki peranan sebagai pengawal sosial. Mereka dapat menyekat perilaku yang tidak santun di media sosial dan mengajak masyarakat untuk memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata. 2. Media massa dapat memberi pengaruh atau sebaran yang baik kepada pengguna. Hal Ini dapat menginspirasi orang lain untuk mengikuti cara dan langkah yang sama. 3.


Kesimpulannya, sekiranya kita mengaplikasikan konsep kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian pastinya perkara ini dapat memudahkan kita berkomunikasi dengan lancar dan tiada berlakunya sebarang salah faham antara satu sama lain. KESIMPULAN


RUJUKAN Isu Sosial. (2024, Mac 1). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Isu_sosial Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Husein Fatih Din & Nazariyah Sani. (2015). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Sasbadi Sdn Bhd. Asmah Hj.Omar.(2000).Wacana perbincangan,perbahasan dan perundingan. Dewan Bahasa dan Pustaka Awang Sariyan.(2007). Bahasa sebagai jati diri bangsa:Isu,cabaran dan keupayaan Pelastarian. Dewan Bahasa dan Pustaka.


SEKIAN, TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version