Al-Quran
Tilawah & Hafazan
Al-Quran petunjuk Kebenaran
Objektif Pelajaran
• -Membaca ayat 1 hingga 5 surah Al-Kahfi dengan betul,
lancar dan bertajwid.
• Mengetahui kelebihan membaca surah Al-Kahfi.
• Memahami maksud ayat yang dibaca.
• -Menyatakan intisari ayat.
Al-Quran Petunjuk kebenaran (Surah Al-Kahfi Ayat 1-5)
INTISARI AYAT
• Allah jadikan Al-Quran sebuah kitab yang benar dan
petunjuk kepada manusia.
• Al-Quran memberi peringatan tentang balasan
neraka kepada orang yang melakukan syirik.
• Al-Quran membawa berita yang gembira kepada
orang yang beriman.
• Perbuatan syirik berpunca daripada kejahilan dan
mengikut ajaran nenek moyang secara membuta tuli.
• Lafz syirik merupakan suatu pembohongan terhadap
Allah. Syirik adalah dosa paling besar .
• Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda
yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf
daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan
bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10
kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam
Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf
dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)
• “Barang siapa membaca al-Kahfi pada malam Jumaat,
nescaya cahaya akan meneranginya antara dirinya hingga
ke Baitul Atiq (Ka’bah).” (Riwayat ad-Darimi)
• Kedua: “Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat,
nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara
Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.” (Riwayat al-
Hakim dan al-Baihaqi)
• diriwayatkan Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Siapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal Surah
al-Kahfi akan terpelihara daripada dajjal.” (Riwayat Muslim)
• Dalam riwayat Abu Dawud pula seperti yang dikatakan oleh
Qatadah, Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang
menghafal ayat akhir daripada Surah al- Kahfi akan
terpelihara daripada fitnah Dajjal.”
18:1 Alhamdu lillaahil lazeee anzala 'alaa
'abdihil kitaaba wa lam yaj'al lahoo 'iwajaa
18:2 Qaiyimal liyunzira ba'asan shadeedam mil
ladunhu wa yubashshiral mu'mineenal lazeena
ya'maloonas saalihaati anna lahum ajran
hasanaa
18:3 Maakiseena feehi abadaa
18:4 Wa yunziral lazeena qaalut takhazal laahu
waladaa
18:5 Maa lahum bihee min 'ilminw wa laa li
aabaaa'ihim; kaburat kalimatan takhruju min
afwaahihim; iny yaqooloona illaa kazibaa
Intisari Ayat
1) Allah jadikan Al- 2) Al-Quran memberi 3) Al-Quran membawa
Quran sebuah kitab peringatan tentang berita yang gembira
balasan neraka kepada kepada orang yang
yang benar dan ornag yang melakukan beriman.
petunjuk kepada
syirik.
manusia.
4) Perbuatan syirik 5) Lafz syirik
berpunca daripada merupakan suatu
kejahilan dan mengikut
ajaran nenek moyang pembohongan
secara membuta tuli. terhadap Allah.
Al-Quran Petunjuk kebenaran (Surah Al-Kahfi Ayat 6-10)
INTISARI AYAT
• Allah memujuk Rasulullah supaya tidak bersedih terhadap keingkaran orang
musrikin.
• Allah menjadikan perhiasan dunia seperti harta & anak sebagai satu ujian.
• Ujian adalah untukorang yg terbaik amalannya.
• Orang beriman berasa Bahagia melakukan ketaatan sekalipun menghadapi
kesusahan hidup