The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB 3283: KESUSASTERAAN KANAK-KANAK (Nik Aifaa)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM40621 Nik Nuzul Aifaa Bt Nik Rozemi, 2024-03-04 01:10:13

Sajak: Ayah

BMMB 3283: KESUSASTERAAN KANAK-KANAK (Nik Aifaa)

Puisi Moden SAJAK Oleh nik nuzul aifaa


AYAH Kujabat mesra tangan ayah Urat-urat daging tua keras terasa Mataku tersenyum, matanya menyapa Anak yang pulang disambut mesra. Namun matanya, mata yang menatapku Kolam-kolam derita dan pudar bulan pagi Garis-garis putih lesu melingkungi hitam-suram Suatu kelesuan yang tak pernah dipancarkan dulu. Kelibat senyum matanya masih jua ramah Akan menutup padaku kelesuan hidup sendiri Bagai dalam suratnya dengan kata-kata siang Memintaku pulang menikmati beras baru. Anak yang pulang di sisi ayahnya maka akulah merasakan kepedihan yang tercermin di mata Meski kain pelekatnya bersih dalam kesegaran wuduk Dan ia tidak pernah merasa, sebab derita itu adalah dia.


M a k s u d S a j a k Rangkap 1 Ayah penyajak yang sudah tua menyambut kepulangan penyajak dengan hati yang gembira. Rangkap 2 Kepulangan penyajak sememangnya membawa kegembiraan pada ayahnya. Namun, penyajak merasakan bahawa selama ini ayahnya hidup dalam penderitaan dan cuba menyembunyikan perasaan itu dari penyajak. Rangkap 3 Walaupun ayah penyajak tidak menunjukkan penderitaan yang dihadapinya, ayah penyajak tetap memanggil dan menunggu penyajak pulang ke rumah untuk menikmati hasil titik peluhnya. Rangkap 4 Ayah penyajak telah reda dan terima penderitaan yang dihadapinya merupakan sebahagian ujian hidupnya. Namun begitu, penyajak tetap sedih melihat penderitaan yang ditanggung oleh ayahnya.


Ayahandaku Bermandi Keringat Membesarkanku Penyajak bersama Ayahanda dan Ibunda


Ayahanda bersama Permaisuri Hati Keluarga Tercinta


Click to View FlipBook Version