The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

F2 (NURUL SYAZWANI BINTI RAZALI)- PENULISAN AKADEMIK EDUP3073

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulsyazwani12301, 2022-05-12 09:35:59

PENULISAN AKADEMIK EDUP3073

F2 (NURUL SYAZWANI BINTI RAZALI)- PENULISAN AKADEMIK EDUP3073

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
(AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 5)

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
(EDUP3073)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NURUL SYAZWANI BINTI RAZALI

ANGKA GILIRAN 2020192340032

NO.KAD PENGENALAN 010312-11-0268

KUMPULAN F2(PISMP AMBILAN JUN 2020)

KOD/NAMA KURSUS EDUP3073

TAJUK TUGASAN PENULISAN AKADEMIK

MA PENSYARAH PN. SHARIZAN BINTI ABDUL HAMID

TARIKH HANTAR 12 MEI 2022

TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH

ISI KANDUNGAN HALAMAN
1
BIL. KANDUNGAN
1.0 Pengenalan 1-3
2.0 Langkah-langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra 3
4-5
Budaya: 5-6

2.1 Aspek fizikal
2.2 Aspek emosi
2.3 Aspek sosial
2.4 Aspek sosiolinguistik

3.0 Kesimpulan 6
Rujukan 7-8

1.0 Pengenalan

Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru dalam melaksanakan
tugas dengan penuh dedikasi sebagai agen perubahan murid serta penyebaran ilmu.
Bilik darjah yang kondusif wujud apabila guru mahir dalam menguruskan bilik darjah
dengan sistematik dan ia bukanlah sesuatu yang mudah malahan perlu dipraktikkan
senantiasa oleh guru. Walau bagaimanapun, terdapat banyak teori dan teknik yang
dipelajari khususnya di Institut Pendidikan Guru (IPG) namun tidak semudah yang
disangka kerana teori dan teknik yang dipelajari sukar diaplikasikan dalam dunia realiti
iaitu di sekolah. Hal ini menjadi lebih rumit apabila terdapat perbezaan kaum dan
budaya dalam sesebuah kelas yang mana memerlukan guru menyediakan bilik darjah
yang mesra budaya. Menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2012), persekitaran
pembelajaran yang mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi
tonggak bagi kehidupan masyarakat yang harmonis serta aman sama ada di nasional
mahupun global. Ini bertujuan untuk memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) berjalan dengan lancar dan sistematik tanpa sebarang gangguan.

2.0 Langkah-langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh guru bagi memastikan bilik darjah
mesra budaya dapat diuruskan dengan baik khususnya dari aspek fizikal, emosi,
sosial dan sosiolinguistik.

2.1 Aspek Fizikal

Pengurusan bilik darjah mesra budaya dari sudut fizikal merupakan
salah satu perkara yang amat penting dalam memastikan persekitaran yang
kondusif dapat diwujudkan di dalam bilik darjah. Suasana bilik darjah yang
teratur sedikit sebanyak mempengaruhi pembelajaran murid. Menurut Marland
(1975), suasana fizikal dalam bilik darjah boleh wujud sebagai kawan atau
musuh dalam pengajaran. Ini kerana suasana fizikal dalam bilik darjah boleh
memberi impak positif terhadap kawalan kelas, pembelajaran, perhubungan
guru dengan murid dan sesama murid. Menurut Davis (2018), pengurusan bilik
darjah seharusnya melangkaui implementasi asas fizikal dengan
menitikberatkan kepada hubungan, individu, pengajaran serta perbezaan
budaya.

1

Kemudian, susunan kerusi dan meja memainkan peranan penting
dalam memupuk persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Seperti kita
sedia maklum, pembelajaran abad ke-21 telah mendedahkan guru terhadap
penyusunan kerusi dan meja bagi memudahkan murid-murid untuk berbincang
dalam kumpulan kecil. Menurut Muijs et al. (2011), pembelajaran berkumpulan
melibatkan sekumpulan murid-murid belajar serta menyelesaikan tugasan
bersama-sama. Guru perlu mengambil cakna tentang kedudukan murid di
dalam kelas terutamanya yang melibatkan murid pelbagai kaum di dalam
kelas. Sebagai contoh, dalam membentuk meja berkumpulan, guru perlu
menempatkan murid yang pelbagai kaum dalam suatu meja berkumpulan
seperti Melayu, India serta Cina. Ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara
kaum serta mendorong mereka berkongsi budaya walaupun terdiri daripada
pelbagai latar belakang. Secara tidak langsung, kepelbagaian kaum serta
budaya dalam satu kumpulan dapat diwujudkan sekali gus memupuk suasana
bilik darjah yang mesra budaya khususnya dalam kalangan murid dan guru.

Dalam pada itu, guru perlu bijak memilih susunan kerusi dan meja
berdasarkan kesesuaian kelas yang mana mengambil kira saiz kelas dan
bilangan murid dalam sesebuah kelas. Hal ini kerana pemilihan susunan kerusi
dan meja yang tidak sesuai akan menyebabkan kelas menjadi sempit dan tidak
tersusun. Justeru ini akan mewujudkan ketidakselesaan kepada guru dan
murid dan akan menghalang objektif pembelajaran daripada tercapai. Susunan
kerusi dan meja yang baik dapat membolehkan guru dan murid bergerak
secara bebas di dalam kelas untuk melakukan aktiviti tanpa menyukarkan
pergerakan.

Selain itu, guru boleh mengambil inisiatif dengan menghias kelas
menggunakan elemen kebudayaan serta kesenian kaum di negara ini. Impak
positif daripada tindakan tersebut ialah murid dapat mempelajari sesuatu yang
baharu iaitu budaya kaum lain dan secara tidak langsung meningkatkan sikap
keterbukaan murid daripada memiliki sifat prejudis terhadap kaum lain.
Tamsilnya, guru meletakkan nota-nota berkaitan pakaian tradisional setiap
kaum iaitu Melayu, Cina dan India seperti baju Melayu, baju cheongsam serta
sari. Sehubungan itu, sifat tanggungjawab dapat disemai dalam kalangan
murid apabila mereka bersama-sama menghias kelas mengikut kreativiti
masing-masing. Justeru itu, murid akan lebih menghargai setiap hiasan kelas
yang dibuat kerana itu merupakan hasil usaha mereka dalam mencantikkan

2

bilik darjah. Oleh itu, mereka akan menjaganya dengan sebaik mungkin dan
menghindari daripada melakukan perbuatan vandalisme.

2.2 Aspek Emosi

Seperti kita sedia maklum, manusia mempunyai pelbagai emosi yang
boleh berubah-ubah mengikut persekitaran serta faktor lain. Persekitaran serta
faktor tertentu itu yang akan mempengaruhi emosi murid. Sekiranya dilihat
dalam konteks bilik darjah, emosi murid lebih cenderung terhadap bagaimana
layanan seorang guru terhadap mereka sama ada diberikan layanan yang adil
atau pilih kasih kerana faktor latar belakang murid atau sebaliknya. Oleh yang
demikian, sebagai seorang guru, layanan yang adil dan sama rata perlu
diberikan kepada setiap orang murid tanpa mengira latar belakang murid dan
jangan sesekali bersikap pilih kasih dengan mereka misalnya murid yang dari
golongan atasan diberikan layanan istimewa daripada murid golongan
bawahan. Oleh itu, murid akan berasa selesa dan seronok untuk belajar.

Lantaran itu, guru juga perlu mewujudkan sebuah pengalaman
pembelajaran yang menyeronokkan. Ini kerana pembelajaran yang
menyeronokkan dapat mencetuskan emosi gembira dan keterujaan terhadap
murid melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Guru boleh menerapkan
pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik darjah melalui kaedah didik
hibur khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Menurut Mazlan Ismail
(2016), didik merujuk kepada proses mendidik manakala hibur pula membawa
maksud menyeronokkan, menggembirakan serta menarik minat murid dalam
proses PdP. Misalnya, guru memasang lagu yang berunsurkan kebudayaan
menerusi aplikasi Youtube dan meminta murid menyanyikan lagu tersebut
bersama-sama. Jadi, guru dapat mengubah corak pembelajaran daripada
tradisional kepada pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Menurut
Abdul Rasid Jamian et al. (2013), kaedah pengajaran dan pembelajaran guru
bahasa Melayu perlu berupaya menarik konsentrasi murid bagi mengikuti
pelajaran. Hal ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan menghilangkan rasa bosan dalam diri murid untuk belajar.

3

2.3 Aspek Sosial

Untuk merealisasikan bilik darjah mesra budaya, guru perlu
melaksanakan aktiviti bermain untuk murid ketika berlangsungnya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas kerana ia boleh
membentuk pengaruh sosial yang positif antara rakan di dalam bilik darjah.
Aktiviti bermain dipilih kerana dapat memupuk nilai kerjasama antara murid
pelbagai kaum dan etnik dalam satu pasukan. Bukan itu sahaja, aktiviti bermain
membolehkan interaksi dua hala berlaku antara murid dan guru dan sesama
murid bagi melengkapkan tugasan yang diberi dengan menerapkan budaya
kolaboratif. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2014), aktiviti bermain mendorong
pemupukan budaya kolaboratif dan koperatif dalam PdP.

Sebagai contoh, dalam PdP bagi subjek Bahasa Melayu, murid boleh
bermain permainan Sahiba yang mana mengkehendaki murid bekerja dalam
kumpulan dan saling berinteraksi antara satu sama lain bagi mendapatkan
jalan penyelesaian terhadap permainan tersebut. Murid akan saling berbincang
dalam kumpulan yang mana terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.
Daripada aktiviti tersebut, murid dapat belajar sesuatu iaitu budaya etnik dan
kaum lain melalui pemikiran yang disumbangkan dalam aktiviti perbincangan
dalam berkumpulan.

Hal ini selaras dengan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan
kemahiran komunikasi bagi memberikan idea dalam kalangan murid di
samping menggiatkan murid secara aktif dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan. Menurut Kamarul Azmi Jasmi et al. (2012), aktif di dalam kelas
bermaksud mereka aktif berbincang, berbicara serta lain-lain. Oleh itu, guru
perlu memperbanyakkan ativiti bermain di dalam kelas kerana aktiviti tersebut
menyemai semangat kerjasama di samping pemupukan budaya kolaboratif
dan koperatif dalam PdP yang memberi kesan positif terhadap persefahaman
dan penerimaan dalam kalangan murid yang berbeza latar belakang.

Di samping itu, guru diibaratkan ibu bapa kedua buat murid di sekolah.
Maka, segala tindak-tanduk guru akan diikuti murid. Guru seharusnya menjadi
suri teladan yang baik kepada murid misalnya ketika berada di dalam kelas,
guru menggunakan bahasa yang lembut serta sopan dan mempamerkan
peribadi dan akhlak yang baik. Guru janganlah sesekali menjadi seperti ketam

4

mengajar anaknya berjalan lurus iaitu membetulkan kesilapan murid namun
kesilapan sendiri tidak disedari. Sehubungan itu, guru juga boleh menunjukkan
sifat peramah antara guru yang pelbagai kaum supaya murid dapat mengikuti
jejak langkah mereka untuk bergaul dengan semua murid meskipun berlainan
kaum, bangsa dan budaya. Oleh itu, murid dapat belajar untuk bergaul dengan
rakan mereka secara sopan dan beradab tanpa menyinggung perasaan rakan.

2.4 Aspek Sosiolinguistik

Ringkasnya, sosiolinguistik dapat dikatakan sebagai kepelbagaian bahasa
yang digunakan dalam sesuatu kelompok manusia. Menurut Noriati Abd
Rashid et al. (2017), sosiolinguistik merupakan bidang ilmu yang mengkaji ciri
dan peranan bahasa yang pelbagai serta pengaruh yang dibawa oleh budaya
dalam sesuatu bahasa. Hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa
berkembang berdasarkan tempat yang didiami.

Inisiatif yang boleh diambil oleh guru dalam menguruskan bilik darjah
mesra budaya adalah melalui pelaksanaan aktiviti berbahasa misalnya
bersyair yang mana secara keseluruhannya menggunakan bahasa
kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai alat pertuturan. Hal ini penting bagi
meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran berbahasa bahasa
kebangsaan tidak mengira berlainan kaum. Lebih-lebih lagi, kebanyakan kaum
lain menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan di sekolah
dan mengetepikan penggunaan bahasa Melayu. Jadi, melalui aktiviti
berbahasa ini dapat mengajar mereka untuk mengenali bahasa Melayu. Oleh
yang demikian, murid akan menyedari bahawa pentingnya menguasai bahasa
kebangsaan dalam membentuk warganegara yang mempunyai jati diri anak
Malaysia yang utuh dalam diri.

Selain itu, guru boleh mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya
melalui penerapan budaya dan adat kaum lain menerusi aktiviti drama atau
dikenali sebagai teater. Menurut Fazilah (2010), persembahan teater
disampaikan dalam bahasa yang berlapis. Drama juga akan melibatkan murid
secara aktif melalui pelbagai gerakan, mimik muka dan sebagainya. Misalnya,
guru boleh menyediakan skrip drama yang melibatkan pelbagai kaum dan
meminta murid untuk mempersembahkannya di hadapan kelas. Drama
merupakan elemen terbaik dalam membentuk emosi yang seimbang dalam

5

kalangan murid kerana mereka mesti menjiwai watak yang dimainkan.
Kesannya, sesebuah drama itu menjadi hidup dan menarik. Sehubungan itu,
guru perlu merancang aktiviti PdP yang menarik berdasarkan pemilihan
kaedah dan teknik yang bersesuaian dengan tahap murid. Menurut Shukri
(2007), potensi murid perlu ditingkatkan dengan maksimum menerusi
kepelbagaian kaedah dan teknik pengajaran. Justeru, guru mampu menyemai
kefahaman tentang budaya lain melalui aktiviti drama dalam pengajaran dan
pembelajaran.
3.0 Kesimpulan
Secara konklusinya, guru memainkan peranan yang penting dalam
mewujudkan suasana yang harmonis dan aman di dalam bilik darjah lebih-lebih lagi
apabila melibatkan kepelbagaian kaum. Dalam sesebuah kelas, murid sepatutnya
berkongsi budaya yang berbeza dan mengelakkan persengketaan atau salah faham
antara mereka. Maka, inisiatif yang bersesuaian perlu diambil bagi mewujudkan bilik
darjah mesra budaya supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
lancar sekali gus dapat mencapai objektif pembelajaran.

6

Rujukan
Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu. JPBM, 3(2), 49-63.
Anniliza Mohd Isa, Al-Amin Mydin & Abdul Ghani Kanesan Abdullah. (2021). LiNuSR: Impak
pengurusan bilik darjah di sekolah kebangsaan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1),
1-12.
Davis, J.R. (2018). Classroom management in teacher education programs. In classroom
management in teacher education programs. https://doi.org/10.1007/978-3-319
63850-8
Faizah Jalal & Ani Omar. (2014). Aktiviti lakonan murid bagi pemupukan nilai murni dan
perpaduan kaum: Analisis di Pekan, Pahang. Jurnal Perspektif. 6(2), 26-41.
Fazilah. (2010). Teater Melayu: Teks dan eksprerimentasi. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarul Azmi Jasmi, Osmawadi Talip & Mohd Faeez Ilias. (2012). Strategi pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam berpusatkan pelajar. Seminar antarabangsa dan
pendidikanIslam [SEAPPI2012]. Universiti Teknologi Malaysia.
Marland, M. (1975). The craft of the classroom: A survival guide to classroom management in
the secondary school. Heinemann Educational.
Mazlan Ismail. (2016). Pengajaran bahasa Melayu, didik hibur dan seni bahasa. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Muijs, D. (2011). Doing quantitative research in education with SPSS (Second ed.).SAGE
Publications.
Norlela Ahmad & Shamsudin Othman. (2020). Penggunaan kaedah didik hibur dalam
pengajaran kemahiran membaca guru bahasa Melayu sekolah rendah. International
Journal of Education and training (InjET), 6(2), 1-11.
Noriati Abd Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A.Majid.
(2017). Budaya dan pembelajaran: Edisi kedua. Oxford Fajar.
Noriati Abd Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A.Majid.
(2014). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar.

7

Syamsul Abdul Hamid, Aziah Ismail & Rozniza Zaharudin. (2021). Kompetensi TMK guru
dalam pengintegrasian TMK di sekolah rendah. Journal of Educational Research &
Indigenous Studies, 3(1), 23-36.

Syed Ismail Syed Mustafa & Ahmad Subki Miskon. (2011). Pengantar pendidikan edisi
sentakan terkini. CIPTA Printing & Publishing (M) Sdn.Bhd.

Syukri. (2007). Pengantar pemikiran. Quantum Books.

8


Click to View FlipBook Version