The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT KOPERASI KALI KEEMPAT 2020 (kak TINI)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by darsyimah_darmawan, 2021-10-15 01:26:35

MESYUARAT AHLI LEMBAGA KOPERASI KALI PERTAMA 2021

MINIT MESYUARAT KOPERASI KALI KEEMPAT 2020 (kak TINI)

Keywords: ALK12021

MINIT MESYUARAT KOPERASI KALI KE-4, 2020

KOPERASI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN IDRIS SHAH GOPENG BERHAD

Tarikh : 28 Disember 2020

Masa : 10.00 Pagi

Tempat : Stesen Rumah Masing-Masing (Googlemeet)

Kehadiran:

1. Pn. Hjh. Norsaliza binti Shaharuddin Timb. Pengerusi

2. En. Muslim bin Ahmad Naib Pengerusi

3. Pn. Darsyimah binti Darmawan Setiausaha

4. Pn. Haswani binti Harris Bendahari

5. Pn. Nik Rosmina binti Nik Abdul Ghani Pengurus Belian

6. Pn. Nur Nazihah binti Akiar @ Selamat Pengurus Jualan

7. Pn. Irdawaty binti Haris Pengurus Jualan

8. Pn. Fairuz binti Mohamad Amin Pengurus Jualan

1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI

Puan Hajah Norsaliza binti Shaharuddin selaku pengerusi telah mengalu-alukan
kehadiran semua Ahli Lembaga Koperasi dan mengucapkan ribuan terima kasih
kerana meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi yang
pertama kali diadakan secara Google Meet. Pengerusi juga mengucapkan tahniah
kerana mesyuarat ini telah memenuhi tuntutan mesyuarat 4 kali setahun. Selain itu,
mesyuarat inibertujuan untuk membincangkan isu dan permasalahan yang timbul
sepanjang sesi persekolahan 2020 serta berkaitan dengan Mesyuarat Agung
Koperasi Kali Ke-27

Makluman: Semua ALK

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KALI KE - 3, 2020

2.1 Pengerusi membacakan sepintas lalu berkaitan dengan minit mesyuarat ALK Kali
Ke-3, 2020 dan meminta ahli mengesahkan dan menyokong minit mesyuarat
terdahulu seandainya tiada perkara berbangkit.

2.2 Pn. Fairuz binti Mohamad Amin mencadangkan agar Minit Mesyuarat Kali Ke-3 2020
disahkan dan disokong oleh Pn. Haswani binti Harris.
Makluman: Semua ALK

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Baju Batik
Ditangguhkan dulu sehingga keadaan pendemik Covid 19 terkawal.

3.2 Jualan Tuala
Jualan tuala akan diuruskan oleh Pn. Nik Rosmina pada tahun depan 2021 dengan
permulaan menjual tuala kecil atau tuala muka.
Tindakan: Pengurus Belian dan Jualan

3.3 Carta Organisasi
Setiausaha memaklumkan stiker banner bagi carta organisasi koperasi telah siap
dihasilkan oleh En. Mansor dan telah dipasang di depan kedai KOPSIS oleh
En.Nazri pada 6 November 2020.
Makluman: Semua ALK

3.4 KOOP BIZ
Pn. Nik Rosmina binti Nik Abdul Ghani memaklumkan bahawa perniagaan KOOP
BIZ merupakan salah satu cara menambahkan pendapatan pada koperasi. Selain itu,
pengerusi memaklumkan pengurusan KOOP BIZ boleh melibatkan ALK yang lain
selain dibantu oleh pekerja yang diupah.
Makluman: Semua ALK

3.5 Penjualan Baju Sukan Sekolah
Pengerusi memaklumkan bahawa Hari Sukan akan bermula pada bulan Mac selepas
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tamat.
En. Muslim memaklumkan bahawa 29 Disember 2020 akan diadakan perbincangan
dalam memberi kata putus berkaitan penjualan baju sukan kerana bimbang jika
Program Hari Sukan Sekolah tidak dapat dilaksanakan disebabkan pandemik Covid
19.
Makluman: Semua ALK

3.6 Penjualan Buku Tahun 2021
Pn. Nik Rosmina binti Nik Abdul Ghani memaklumkan tentang cadangan penjualan
buku pada 21 Disember 2020 sehingga 21 Januari 2021 ditukarkan tarikh baru iaitu
4 Jan 2021 sehingga 15 Jan 2021 bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 1.30 petang.
Surat Siaran berkaitan penjualan buku akan dimaklumkan melalui aplikasi
WhatsApp.
Makluman: Semua ALK

3.7 Tuntutan Pembayaran Daripada PIBG dan Tuntutan Penyewaan Mesin Fotostat En.
Muslim meminta bendahari untuk membuat perincian berkaitan tuntutan pembayaran
daripada PIBG dan tuntutan penyewaan mesin fotostat kepada En.Muslim.
Tindakan: Bendahari

3.8 Kemaskini Fail Koperasi
Pengerusi meminta setiausaha untuk mengemaskini fail koperasi dan perlu
diselesaikan sehingga bulan Januari 2021.
Tindakan: Setiausaha

3.9 Jadual Bertugas Guru
Setiausaha telah menyenaraikan 5 ALK lain untuk bertugas setiap hari bergantung
pada masa senggang guru untuk memantau kedai KOPSIS dari segi pantauan
terhadap pekerja dan perjalanan jualbeli barang. ALK yang terlibat adalah
En.Fauzi, Pn. Puvanes, Pn. Nazihah, Pn. Fairuz dan Pn. Irdawati.
Tindakan: Pengurus Jualan

3.10 Tarikh Mesyuarat Agung Kali Ke- 27 dan Kali Ke- 28.
Pengerusi mencadangkan agar tarikh bagi Mesyuarat Agung Koperasi kali ke-27
akan diadakan pada 27 Januari 2021 dan dipersetujui oleh ALK yang hadir.
Perbincangan lanjut berkaitan mesyuarat akan dimaklumkan kemudian. Manakala,
Mesyuarat Agung Koperasi kali ke-28 akan dibincangkan pada mesyuarat
yang akan datang setelah selesai Mesyuarat Agung Koperasi kali ke- 27.
Makluman: Semua ALK

3.11 Perkhidmatan Percetakan dan Penjilidan
Pengerusi memaklumkan bahawa perkhidmatan percetakan dan penjilidan akan
dilaksanakan secara terurus pada tahun 2021 bagi menambah pendapatan koperasi
selain bergantung pada kedai KOPSIS dan KOOP BIZ. Perlaksanaan lanjut akan
dibincangkan kemudian.
Tindakan: Bendahari dan Pengurus Jualan

3.12 Projek Air Mineral
Pengerusi memaklumkan berkaitan projek air mineral akan ditangguhkan dulu
berikutan dengan situasi semasa penularan Covid 19.

Makluman: Semua ALK

3.13 Pindaan Undang-Undang Kecil Koperasi Sekolah Di Bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pengerusi membacakan beberapa pindaan yang akan dipinda dalam Buku Undang-
Undang Kecil (UUK) dan sokongan sebulat suara oleh ahli yang hadir dan disahkan
oleh Puan Nazihah Binti Akiar @ Selamat. Pindaan tersebut akan dimasukkan dan
dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Koperasi Kali ke - 27 pada tahun 2021.

Berikut adalah sebahagian pindaan yang dipersetujui sebulat suara oleh Ahli
Lembaga Koperasi.

UUK ASAL UUK PINDAAN JUSTIFIKASI

Tajuk dan mula Tajuk dan mula berkuat kuasa Penggunaan nama ringkas
berkuat kuasa 1. (1) Undang-undang Kecil ini SMK/SMA/SMJK/SMKA
(1) Undang-undang boleh dinamakan Undang-undang bagi memudahkan urusan
Kecil ini boleh Kecil Koperasi SMK Idris Shah tadbir urus koperasi
dinamakan Undang- Gopeng Berhad.
undang Kecil
Koperasi
Sekolah ..................
.................................
...........Berhad.

“Pengetua” ertinya “Pengetua ” ertinya Penggunaan perkataan
Pengetua Pengetua Sekolah Menengah pengetua bagi menjelaskan
Sekolah ...................... Kebangsaan Idris Shah Gopeng terperinci bahawa
................................... Berhad iaitu sekolah yang Pengetua adalah pengerusi
diperbadankan dan didaftarkan di koperasi sekolah.
.......................... iaitu sekolah bawah Akta Pendidikan 1996.
yang diperbadankan dan Penggunaan perkataan
didaftarkan di bawah Akta ”Guru Penolong Kanan Guru Penolong Kanan
Pendidikan 1996; Kokurikulum ” atau ”GPKK” ertinya Kokurikulum sebagai
tiada Guru Penolong Kanan Kokurikulum Timbalan Pengerusi
sebagai Timbalan Pengerusi Sekolah berdasarkan fungsi dan
Fungsi Menengah Kebangsaan Idris Shah peranan beliau sebagai
8. Fungsi Koperasi ini ialah Gopeng Berhad penolong kanan yang
pengguna. menyelia semua aktiviti
Fungsi kokurikulum termasuk
8. Fungsi Koperasi ini ialah pengguna koperasi.

(a) menjalankan aktiviti menjalankan aktiviti berikut: Perkembangan
(i) menjalankan aktiviti pembangunan perniagaan
berikut: koperasi sekolah pada
perkhidmatan penjualan, masa kini memerlukan
(i)............................... pemborongan dan kepelbagaian perniagaan
................ peruncitan termasuklah untuk jangka masa panjang
.......; kedai koperasi, pasar bagi meningkatkan
mini, dan kiosk; perolehan koperasi.
(ii).............................. (ii) menjalankan aktiviti
................ perkhidmatan cucian Oleh itu, koperasi tidak
.......; dan termasuklah dobi pelajar perlu membuat pindaan
dan dobi layan diri. setiap kali melaksanakan
(iii)............................. (iii) menjalankan aktiviti aktiviti / perniagaan baru.
................ perkhidmatan berkaitan
.......; pertanian dan industri
asas tani termasuklah
perladangan,
penternakan, perikanan
dan bioteknologi;
(iv) menjalankan aktiviti
perkhidmatan pendidikan
komuniti termasuklah
kelas komputer dan pusat
tuisyen;
(v)menjalankan aktiviti
perkhidmatan
penyediaan dan
pembekalan makanan
termasuklah makanan
bermasak, bahan
mentah, katering, dan
kafeteria.
(vi) menjalankan aktiviti
perkhidmatan
pelancongan pendidikan
termasuklah kebudayaan,
sukan dan rekreasi;
(vii) menjalankan aktiviti
penghasilan dan
pemasaran produk
koperasi;
(viii) menjalankan aktiviti
pembekalan dan
penyelenggaraan
termasuklah bahan
binaan, peralatan
pejabat, perabot, bahan
cetakan, peralatan
elektrik serta peralatan
komunikasi;
(ix) menyediakan aktiviti
perkhidmatan keperluan
berkala termasuklah cuci
kereta, gunting rambut,
refleksologi dan spa;
(x)menjalankan aktiviti

Fi masuk perkhidmatan sewaan Penetapan fi masuk bagi
13. (1) Tiap-tiap permohonan termasuklah parkir anggota baharu dan bekas
menjadi anggota hendaklah berbumbung, loker, anggota iaitu RM 3 bagi
disertakan dengan fi masuk kafeteria, kenderaan, pelajar dan RM 10 untuk
sebanyak jubah dan rumah guru dan kakitangan.
RM ……..(Ringgit : …..). Fi penginapan.
masuk itu menurut perenggan (xi) menyediakan
50(a) Akta akan dikembalikan perkhidmatan pusat
jagaan kanak-kanak
kepada pemohon jika (xii) menyediakan
permohonannya ditolak oleh perkhidmatan ejen
Lembaga. produk termasuklah
insurans dan ejen bank

Fi masuk
13. (1) Tiap-tiap permohonan
menjadi anggota hendaklah
disertakan dengan fi masuk sebanyak
RM 3 ( Ringgit : Tiga) bagi pelajar
dan RM 10 ( Ringgit : Sepuluh) bagi
guru dan kakitangan. Fi masuk itu
menurut perenggan 50(a) Akta akan
dikembalikan kepada pemohon jika
permohonannya ditolak oleh
Lembaga

Menarik diri Menarik diri Memberi notis bertulis satu
22. (1) Seseorang 22. (1) Seseorang anggota minggu kerana untuk
anggota boleh menarik diri boleh menarik diri daripada Koperasi proses pembayaran saham
dengan lebih teratur dan
daripada Koperasi ini dengan ini dengan memberi notis bertulis cepat. Ini kerana
kebanyakan anggota
memberi notis satu minggu terlebih dahulu kepada koperasi berada di dalam
Lembaga. Atas sebab yang sekolah.
bertulis ...................... terlebih
dahulu kepada Lembaga. Atas munasabah, Lembaga boleh

sebab yang munasabah, membenarkan penarikan diri dalam

Lembaga boleh membenarkan tempoh yang singkat.

penarikan diri dalam tempoh

yang singkat.

Penyelesaian wang anggota Penyelesaian wang anggota Peruntukan “dan selepas 3
23. (1) Jika seseorang 24. (1) Jika seseorang bulan jika tidak dituntut
akan dimasukkan dalam
anggota terhenti daripada anggota terhenti daripada tabung kebajikan koperasi”
menjadi anggota Koperasi menjadi anggota Koperasi ini bercanggah dengan Akta
menurut undang-undang kecil 21, Wang Tak Dituntut
ini menurut undang-undang semua wang kepunyaannya sekiranya dimasukkan dlm
kecil 21, semua wang melainkan nilai syer miliknya, UUK ianya tidak boleh
setelah ditolak hutangnya dengan dilaksanakan.
kepunyaannya melainkan Koperasi ini hendaklah—
nilai syer miliknya, setelah
ditolak hutangnya dengan (e) sekiranya dia tidak lagi menuntut
atau bekerja di Koperasi SMK Idris
Koperasi ini hendaklah— Shah Gopeng Berhad dikembalikan
(e) sekiranya dia tidak lagi kepadanya dengan sewajarnya dan
selepas 3 bulan jika tidak dituntut
menuntut atau bekerja akan dimasukkan dalam tabung
di ...............................................
............ dikembalikan
kepadanya dengan sewajarnya
dan selepas 3 bulan jika tidak

dituntut akan dimasukkan kebajikan koperasi. Pindaan susulan berkaitan
dalam tabung kebajikan tugas dan fungsi Timbalan
koperasi. Lembaga Koperasi Pengerusi
34. Lembaga Koperasi hendaklah
Lembaga Koperasi mengandungi lima belas orang yang Kebanyakan anggota
34. Lembaga Koperasi terdiri daripada anggota yang dipilih Lembaga berada di dalam
hendaklah oleh mesyuarat agung, menurut sekolah / Kawasan operasi
mengandungi ............... orang seksyen 42 Akta dan perenggan (d) memudahkan urusan
yang terdiri daripada anggota fasal (1) undang-undang kecil 31 memanggil mesyuarat
yang dipilih oleh mesyuarat adalah seperti berikut: Lembaga.

agung, menurut seksyen 42 (a) Pengetua Sekolah sebagai Mengurangkan bebanan
Akta dan perenggan (d) fasal Pengerusi Koperasi; guru dan melatih pelajar
(1) undang-undang kecil 31 dalam menjalankan
(b) Penolong Kanan Kokurikulum tanggungjawab sebagai
adalah seperti berikut: sebagai Timbalan Pengerusi JAD
a) Pengetua atau seorang
(c) Enam (6) orang terdiri
Guru Penolong Kanan daripada guru atau
yang dinamakan oleh kakitangan; dan

Pengetua sebagai (d) Sembilan (9) orang terdiri
Pengerusi Koperasi; daripada pelajar.
b) .................... orang terdiri
daripada guru atau Notis mesyuarat Lembaga
kakitangan; dan 43. Notis bagi sesuatu mesyuarat
Lembaga hendaklah diberi kepada
c) …………….. orang terdiri semua anggota Lembaga dalam
daripada penuntut. tempoh tidak kurang daripada tiga
hari sebelum diadakan mesyuarat itu.
Notis mesyuarat Lembaga
43. Notis bagi sesuatu Jawatankuasa Audit Dalaman
mesyuarat Lembaga hendaklah 49. Menurut subseksyen 42A(1)
Akta, Jawatankuasa Audit Dalaman
diberi kepada semua anggota Koperasi hendaklah mengandungi
Lembaga dalam tempoh tidak lima orang, terdiri daripada:

kurang daripada ............... hari (a) dua orang guru atau
sebelum diadakan mesyuarat kakitangan; dan
(b) tiga orang Pelajar,
itu. yang dilantik oleh Lembaga menurut
44. perenggan (h) undang-undang kecil
45.
Jawatankuasa Audit Dalaman
49. Menurut subseksyen
42A(1) Akta, Jawatankuasa

Audit Dalaman Koperasi
hendaklah

mengandungi ............... orang,
terdiri daripada:

(a) ....................
orang guru atau
kakitangan; dan

(b) ....................
orang penuntut,

yang dilantik oleh Lembaga
menurut perenggan (h) undang-
undang kecil 45.

Dividen dan potongan Dividen dan potongan langganan Menggalakan pembelian
langganan 70. (3) Potongan langganan boleh dan langganan di koperasi
70 (3) Potongan langganan diberi hanya jika langganan disamping meningkatkan
boleh diberi hanya jika seseorang anggota Pelajar tidak perolehan koperasi.
kurang daripada RM500.00 (Ringgit:
langganan seseorang anggota Lima Ratus) dan RM1000.00 Memudahkan urusan
(Ringgit: satu ribu) bagi anggota pengumpulan data,
tidak kurang daripada guru dan kakitangan di dalam tahun pemantauan dan
kewangan yang berkenaan. penyediaan Mesyuarat
RM............... Agung Koperasi Sekolah.
(Ringgit: ........................) di Tahun kewangan
dalam tahun kewangan yang 71. Tahun kewangan Koperasi ini
bermula pada satu (1) haribulan
berkenaan Januari dan berakhir pada tiga puluh
satu (31) haribulan Disember setiap
Tahun kewangan tahun.
71. Tahun kewangan
Koperasi ini bermula pada satu

haribulan .................. dan
berakhir pada ….........
haribulan ...............................
setiap tahun

Makluman: Semua ALK

4.0 PERANCANGAN STRATEGIK

4.1 Pengerusi meminta untuk membuat draf awal pada hujung bulan Januari 2021. Draf

tersebut perlu membuat sasaran dari segi pendapatan bagi tahun 2021 hingga 2024.

Berdasarkan sasaran pendapatan yang dibuat, kenalpasti projek yang boleh

dilaksanakan pada tahun hadapan.

Encik Muslim memaklumkan berkaitan keperluan membuat perancangan strategik

perlu selari dengan “We Deliver” yang telah dibentangkan oleh Tuan Pengetua.

Selain itu, objektif utama penubuhan koperasi sekolah adalah untuk melahirkan

kerjaya di kalangan pelajar dan tidak bermotifkan keuntungan.

Pengerusi mengariskan tiga perkara utama dalam perancangan strategik iaitu perlu

melibatkan:

a- Latihan keusahawanan kepada pelajar

b- Kebajikan semua ahli

c- Sasaran pencapaian berdasarkan pendapatan yang diperolehi

Makluman: Semua ALK

4.2 Target Pencapaian KOPSIS

Pengerusi mengingatkan semula pencapaian yang ingin dicapai oleh Encik Muslim

iaitu mencalonkan KOPSIS untuk pertandingan yang berkaitan dengan koperasi

sekolah dan akan cuba dilaksanakan dalam tempoh 3 tahun bermula pada tahun

2021 hingga 2023.

Tindakan: Setiausaha dan Bendahari

5.0 PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN

5.1 Pn. Haswani binti Harris selaku Bendahari telah membentangkan laporan kewangan

bagi tarikh bermula dari 1 Mei 2019 dan berakhir 30 April 2020.

Akaun penerimaan adalah sebanyak RM 148,729.46.

Akaun pembayaran adalah sebanyak RM 138,517.77.

Manakala, untung bersih adalah sebanyak RM 10,211.69.

Dividen adalah sebanyak 10%.

Selain itu, Bendahari juga memaklumkan jumlah sumbangan pada pihak sekolah

sebanyak RM 4,880.00 iaitu pembahagian dilakukan mengikut kumpulan wang iaitu:

a- PIBG - RM 3,500.00

b- 3K - RM 480.00

c- KOKURIKULUM - RM 400.00

d- SEKOLAH - RM 500.00

Tindakan: Bendahari Koperasi

5.2 Pn. Nik Rosmina binti Nik Abdul Ghani telah mencadangkan agar laporan kewangan

semasa disahkan dan disokong oleh Pn. Fairuz binti Mohamad Amin.

Makluman: Semua ALK

5.3 Bendahari juga membentangkan unjuran keuntungan bagi 4 tahun ke depan iaitu

bagi tahun 2021, 2022, 2025 dan 2024 seperti jadual di bawah.

2020 2021 2022 2023 2024

Untung RM 10,211 RM 10,415 RM 10,728 RM 11,157 RM 11,715

bersih

% kenaikan 2% 3% 4% 5%

Beza RM 20,423 RM 31,248 RM 42,914 RM 5,5787

Pengerusi meminta memasukan unjuran keuntungan dalam perancangan strategik
dan merangka aktiviti yang dapat mencapai unjuran keuntungan tersebut.

Makluman: Semua ALK

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Tarikh Mesyuarat Agung Tahunan 2019/2020
Ahli Lembaga Koperasi sebulat suara untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan
pada 27 Januari 2021 secara atas talian.
Makluman: Semua ALK

6.2 Projek Tahun 2021
Pengerusi memaklumkan beberapa projek baru akan cuba dilaksanakan iaitu:
a- “Printing dan Binding”
b- Pembelian Laptop atau Desktop untuk penggunaan para pelajar dan menyiapkan
kerja kursus
Pengerusi meminta bendahari untuk mendapatkan sebut harga dari kedai-kedai
komputer.
c- Perkhidmatan cuci kereta yang akan dilaksanakan oleh ALK pelajar dengan
memberi upah kepada pelajar tersebut.
Makluman: Semua ALK

6.3 Budget Corner
Penjualan baju-baju “Pre Love” seperti T-shirt, Seluar ataupun baju kurung serta
yang bersesuaian dan akan ditayangkan di sudut kedai koperasi. Maklumat lanjut
akan dibincangkan pada mesyuarat tahun hadapan sebelum bermulanya penjualan
buku.
Tindakan: Semua ALK

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang komited
bagi menjayakan mesyuarat ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.


Click to View FlipBook Version