The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SYLVIA DUT ANAK AKAU IPG-Pelajar, 2024-03-13 08:38:26

TIKUS DAN KUCING

CERPEN

TIKUS DAN KUCING Tompok Gina


Pada suatu masa dahulu, di sebuah rumah, terdapat seekor tikus bernama Gina dan kucing bernama Tompok yang pernah berkawan baik tetapi menjadi musuh pada akhirnya. Gina membenci Tompok kerana khabar angin yang tersebar iaitu kejadian kucing makan tikus. Hal ini menyebabkan Gina membenci Tompok disebabkan oleh khabar angin tersebut.


Gina, awak cari apa di dapur ini? Awak laparkah? Sibuklah awak ini, jangan kacau saya. Pada suatu hari, Gina berasa sangat lapar dan berjalan-jalan untuk mencari makanan.


Awak nak saya tolong ambilkan roti itu? Kalau awak nak, saya boleh tolong ambilkan untuk awak. Biar betul awak nak tolong saya? Jangan-jangan awak sengaja buat baik dengan saya supaya senang untuk awak makan saya nanti. Sebelah kaki Gina telah patah menyebabkannya tidak dapat memanjat rak dapur.


Gina, saya ikhlas nak tolong awak. Kalau awak memang nak makan roti itu, awak cakap sahaja dengan saya. Saya boleh tolong ambilkan tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada awak. Baiklah, kali ini sahaja saya minta tolong daripada awak. Tompok, tolong saya ambilkan roti di atas rak itu. Tompok ingin membantu Gina untuk mengambil roti tersebut.


Wah! Berjaya! Tompok terus melompat ke atas kerusi untuk mengambilroti di atas rak dapurtersebut.


Terima kasih, Tompok. Sama-sama. Tidak lama selepas itu, Tompok dapat mengambil sebungkus roti dengan mudah.


Saya nak minta maaf kerana mempercayai khabar angin yang tersebar itu tanpa bertanya kepada awak terlebih dahulu. Tidak mengapa Gina, saya sudah maafkan awak. Saya tahu tentu awak berasa takut akan saya selepas mendengar khabar angin tersebut. Dengan perasaan yang bersalah, Gina memohon maaf serta turut berterima kasih kepada Tompok.


Saya janji saya akan sentiasa percayakan awak, Tompok! Gina terus perlahan-lahan memeluk Tompok dengan tubuh kecilnya. Tompok pula membalas pelukan Gina. Tompok berasa bahagia kerana kawan baiknya sudah kembali seperti dahulu.


Akhirnya, Gina berjanji kepada Tompok untuk tidak mempercayai khabar angin dengan mudah tanpa berbincang terlebih dahulu. Sehingga akhir hayat, Gina dan Tompok berkawan baik serta saling tolong-menolong apabila menghadapi sebarang masalah.


Tamat.


Click to View FlipBook Version