INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,
KOTA KINABALU,SABAH
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
(PPISMP)
AMBILAN JUN 2021 (KEMASUKAN SEPTEMBER 2021)
- KERJA KURSUS –
KURSUS: KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
KOD KURSUS : BMMB1104
KANDUNGAN :
TUGASAN 1: PENGHASILAN PRODUK
TUGASAN 2: PERSEMBAHAN KUMPULAN
Nama Guru Pelatih : SYAMERRA EZZANIE BINTI AZAMAIN
No. Kad Matrik : P21074314
Kumpulan : BM SK5
Ambilan : AMBILAN JUN 2021
Semester/Sesi : SEMESTER 2
No. Telefon Bimbit : 0178169879
Alamat E-mel : [email protected]
Nama Pensyarah Kursus : ENCIK AG AHMAD BIN HAJI AG SIRING
Markah:
KRITERIA 30 % 30 % 60 %
Pemeriksa 1 Penghasilan Produk Persembahan Jumlah
Kumpulan
Pemeriksa 2
1. Pengesahan Pelajar: (diisi semasa menghantar tugasan)
Saya mengesahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur -unsur plagiat
didalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu.
Tanda tangan Pelajar: Tarikh: 31.03.2022
2. Pelajar Menerima Maklum balas Hasil Tugasan: (diisi selepas menerima gred dan maklum balas daripada pensyarah) .
Sila scan dan isi:
SASTKERJA N ME
KURSUSLKAEYS U
BMMB1104 ERAA
Disediakan Oleh : Syamerra Ezzanie Binti
Azamain
Kesusasteraan Melayu
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum WBT.
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur alhamdulillah ke
hadrat ilahi kerana dengan izin-Nya, saya berhasil menyelesaikan
tugasan pertama bagi kerja kursus subjek BMMB1104 ini walaupun
berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada En Awang selaku pensyarah yang mengajar bagi
subjek ini kerana sering memberikan nasihat serta tunjuk ajar
beliau kepada kami sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Tidak
dilupakan juga kepada barisan pensyarah yang turut terlibat dalam
pelaksanaan tugasan kerja kursus ini. Terima kasih saya ucapkan
sekali lagi.
Seterusnya, saya ingin merakam ucapan terima kasih
kepada kedua ibu bapa saya yang tidak pernah jemu untuk
memberikan saya semangat sepanjang saya menyiapkan tugasan
ini. Berkat semangat dan dorongan oleh merekalah yang
membuatkan saya berhempas pulas menyiapkan tugasan ini.
Di samping itu, terima kasih saya ucapkan kepada rakan-
rakan seperjuangan saya yang banyak membantu saya sepanjang
saya dalam proses menyiapkan penulisan esei ini. Terima kasih
kerana sudi berkongsi idea, maklumat dan nota kepada saya
mengenai tajuk penulisan esei ini.
Harapan saya sepanjang melaksanakan tugasan ini adalah
saya ingin meluaskan lagi pengetahuan saya sebagai persediaan
untuk menjadi seorang guru kelak.
ISI KANDUNGAN
1.0 TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU
2.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI
KESUSASTERAAN MELAYU
3.0 FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
DALAM ASPEK HIBURAN, PENDIDIKAN,
DAKWAH DAN KRITIKAL SOSIAL
4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI DALAM PUISI
TRADISIONAL
5.0 RUMUSAN
6.0 RUJUKAN
1.0 Takrif Kesusasteraan
Melayu
Perkataan 'sastera' berasal daripada bahasa Sanskrit 'castra' yang
membawa maksud kitab suci.
Kesusasteraan pula merupakan segala hasil sastera yang dinikmati dan
disampaikan baik melalui tulisan mahupun lisan.
Sastera merupakan bidang seni kreatif yang menggunakan bahasa sebagai
medium.
Sastera bermula dari tradisi lisan dan berkembang mengikut peredaran
masa.
Sastera merupakan seni bercorak intelektual yang memberikan kepuasan
intelek dan estetik.
Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang
terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu.
2.0 Jenis, Bentuk dan Ciri
Kesusasteraan Melayu
JENIS, BENTUK DAN CIRI
PROSA PUISI
TRADISIONAL MODEN
PROSA PUISI
MODEN TRADISIONAL
PROSA
TRADISIONAL
Sastera Hikayat JENIS
Sastera Panji
Sastera Epik
Cerita Penglipur Lara
Cerita Jenaka
Cerita Asal-usul
Berbentuk bebas BENTUK
Menggunakan Bahasa Melayu
Klasik
Lebih banyak disampaikan
melalui penceritaan berbanding
tulisan
Melibatkan cerita ghaib, kesaktian
dan pengembaraan
Mengandungi watak pahlawan CIRI-CIRI
dan putera-puteri Diraja
Mempunyai unsur dewa-dewi,
mitos dan lagenda
PROSA
MODEN
Cerpen JENIS
Drama
Novel
Berbentuk bebas BENTUK
Menggunakan Bahasa Melayu yang lebih mudah
difahami
Lebih banyak disampaikan melalui tulisan berbanding
lisan
Kebanyakan karya yang dihasilkan akan dibukukan dan
hak ciptanya terpelihara.
Jalan cerita yang lebih logik dan berlaku di alam realitI.
Mempunyai watak dan perwatakan CIRI-CIRI
Mempunyai gaya bahasa yang menarik
Mempunyai plot penceritaan
Mempunyai latar masa, tempat serta
masyarakat
mempunyai persoalan
PUISI
TRADISIONAL
Pantun JENIS
Syair
Gurindam
Seloka
Menggunakan bahasa yang lebih baik, Ciri-
ekspresif, kental dan mengandungi nilai ciri
keindahan
Mempunyai bentuk tertentu iaitu
konvensional/berpola dan berbentuk
bebas
Ungkapan kata dan bahasa dipengaruhi
unsur muzik, lagu, intonasi,kadensa,
rentak, irama dan keharmonian bunyi
Terdapat puisi tradisional yang dianggap
suci dan berhubung rapat dengan sistem
kepercayaan dan menjadi taboo bagi
masyarakat tertentu. Misalnya, ungkapan
adat perpatih
PUISI
TRADISIONAL
Bentuk SYAIR
Mengandungi empat baris
PANTUN serangkap
Puisi lama yang terdiri daripada empat baris Keempat-empat baris ini
kalimat yang setiap satunya mempunyai lapan terdiri daripada isi
hingga 11 suku kata Rima akhir adalah a-a-a-a
Baris pertama bersajak dengan baris ketiga, baris
kedua bersajak dengan baris keempat SELOKA
Dua baris terawal dinamakan sebagai pembayang Disusun secara berangkap
dan dua baris terakhir merupakan isi sajak Setiap rangkap tidak tetap
Bebas penciptaannya Bersifat
Susun baris, rangkap dan rima adalah berdasarkan menyindir/mengejek
tujuan penulis atau penyair
Memberi kebebasan kepada penulis untuk
menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara
yang sesuai dengan semangat sesuatu zaman
GURINDAM
Terdiri daripada dua baris serangkap
Baris pertama tersimpul fikiran yang berupa soalan
Baris kedua, termuat jawapan atau ketegasan bagi
baris pertama
Kedua-dua baris tersebut tersimpul fikiran yang
berupa nasihat
PUISI
MODEN
Sajak JENIS
Jumlah baris dan suku kata tidak Ciri-
terbatas ciri
Mempunyai rima bebas
Mengandungi bahasa yang indah
Mengemukakan suatu gambaran hidup
Merupakan catatan jiwa
Lebih bebas ciptaannya BENTUK
Susun baris, rangkap dan rima adalah berdasarkan tujuan
penulis atau penyair
Memberi kebebasan kepada penulisnya untuk
menyampaikan fikiran dan perasaan dengan cara yang
sesuai dengan semangat sesuatu zaman
3.0 Fungsi Kesusasteraan
Melayu
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
HIBURAN KRITIKAN
SOSIAL
PENDIDIKAN DAKWAH
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Hiburan Pendidikan
Hiburan merupakan keperluan Fungsi sastera Melayu ini memberi
untuk melahirkan karya sastera pengajaran, nasihat atau pesanan
yang membawa keseronokan yang kepada masyarakat. Fungsi ini juga
indah. Hiburan terhasil dari menjadikan karya sastera sebagai
keindahan kata-kata yang suatu bahan yang membawa
diungkapkan, irama atau rentak kesedaran kepada masyarakat,
yang tersusun. Kemampuan karya mengubah pemikiran serta
sastera ini adalah untuk membelai memberi ruang untuk masyarakat
emosi pembaca atau pendengar menyerap nilai-nilai moral yang
serta unsur kelucuan. dibawa dalam karya sastera.
Kepentingan fungsi hiburan : Cerita Sang Kancil dengan Buaya :
Menjadikan karya sastera seperti Menghiburkan serta mempunyai
cerita penglipurlara diterima oleh keupayaan untuk
masyarakat sebagai karya yang memasyarakatkan nilai, unsur
diminati dan digilai masyarakat moral dan pengajaran yang
pada suatu ketika. berguna kepada masyarakat.
Misalnya, pantun merupakan karya
sastera yang cukup popular kerana
keupayaannya membawa
keindahan yang menghiburkan
FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU
Dakwah
Dakwah sebagai proses penyampaian pesanan suci Tuhan kepada manusia tentu
sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek
dakwah.
Menggunakan medium bahasa dalam dakwah.
Islam menjunjung tinggi nilai kesusasteraan kerana merupakan cara dalam rangka
menyampaikan dakwah.
Kritikan Sosial
Sastera merupakan rakaman kehidupan yang menggali dan menyelongkar
kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandangan yang
berbeza-beza.
Sesuatu yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku
dalam realiti kehidupan manusia. Usman Awang A, Samad Said dan
Dharmawijaya mengatakan sastera adalah gambaran kehidupan manusia.
Dalam konteks ini, masyarakat yang pelbagai susun lapis menyebabkan
wujudnya jurang sosial dalam kalangan mereka.
Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk
tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej.
Cerita-cerita lisan digunakan sebagai saluran untuk membuat kritikan
terhadap raja-raja atau bangsawan Melayu.
Misalnya : Cerita-cerita jenaka seperti Pak Kaduk yang menyindir golongan
berkuasa yang bersikap zalim, tamak dan sebagainya.
4.0 Manifestasi Akal Budi Dalam
Puisi Tradisional
PUISI TRADISIONAL
PANTUN GURINDAM
SYAIR SELOKA
Pantun :
Pantun Nasihat
(Rangkap pertama)
Tanam balik buah peria,
Buah peria mahal sekali;
Buat baik berpada-pada,
Buat jahat jangan sekali.
( Dipetik daripada antologi
Baik Budi, Indah Bahasa, Tingkatan
2, Arah Pendidikan Sdn.Bhd, )
Berdasarkan rangkap pertama pantun di atas, pengarang
menasihati para pembaca agar sentiasa beringat supaya tidak
berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Misalnya,
tidak melakukan pekerjaan yang baik secara berlebihan
sehingga tidak kena dengan tempatnya. Keadaan ini
bersesuaian dengan frasa 'buat baik berpada-pada'. Seterusnya
pengarang juga menasihati para pembaca supaya tidak
melalukan perkara atau pekerjaan yang jahat bersesuaian
dengan frasa ' buat jahat jangan sekali '
Syair :
Syair Nasihat
Dengarkan tuan ayah berperi,
Kepada anakanda muda bestari,
Nasihat kebajikan ayahanda beri,
Amalkan jangan malas dan ngeri.
Sumber : https://www.scribd.com/embeds/71813077/content?
start_page=1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7rbzEfWu3HKwf
Manifestasi akal budi dalam syair ini adalah berkenaan dengan nasihat
seorang ayah kepada anaknya dengan lemah lembut tetapi bernada
tegas. Si ayah memulaikan nasihatnya dengan mengungkapkan kata-
kata semangat yang berupakan pujian sederhana. Buktinya dapat
dilihat dalam frasa ' Kepada anakanda muda bestari '. Seterusnya, si
ayah juga menyatakan nasihat sebenar yang ingin disampaikannya
dalam bentuk arahan. Hal ini adalah untuk membentuk dan mendidik
anaknya dalam konteks pencarian ilmu. Perkara ini jelas dilihat dalam
frasa ' Amalkan jangan malas dan ngeri '.
Seloka :
Seloka Pak Pandir
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing dibunuh tikus dibela
Harta habis bawaan tergadai
Mendengar gelagak dagang
Tak sedar bertelanjang
Mendengar guruh di langit
Air di tempayan dicurahkan
Mulut kena suap pisang
Buntut kena cangkuk onak
Gunting makan di hujung
Pak Pandir juga yang menanggung
Apa didengar gelagak dagang
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga, dia berbunga
Orang berbuah, dia haram
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga berkecundangan.
( Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia
(peny.), 2012 Permata Sastera Melayu. Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, Halaman 11 )
Manifestasi akal budi dalam seloka ini adalah berkenaan dengan
sindiran terhadap orang yang mengutamakan orang lain. Sikap ini perlu
dielak kerana sikap ini akan membawa kepada diri dan juga ahli
keluarga. Justeru, seseorang itu perlu mengutamakan diri sendiri dan
juga ahli keluarga berbanding dengan orang lain yang hanya
mementingkan dirinya sendiri. Sebagai bukti untuk menyokong
pandangan ini, Pak Pandir sanggup mengabaikan anaknya dan
menyakitinya sebagaimana dalam frasa 'anak dipijak'. Tambahan lagi,
Pak Pandir juga mementingkan pihak yang tiada talian darah
dengannya dengan memberi layanan yang baik seperti dalam frasa
'dagang dijinjing'.
Gurindam : Gurindam
Dua Belas Fasal Ke-3
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalh damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Sumber : https://qcikgubm.blogspot.com
/2018/01/ gurindam-dua-belas-fasal-yang-
ketiga.html
Manifestasi akal budi dalam gurindam ini pada rangkap pertama ialah
pengarang ingin menyatakan bahawa apabila seseorang itu menjaga
penglihatannya dengan baik, maka keinginan yang pelbagai yang dapat
memudaratkan diri mereka dapat dielakkan. Pada rangkap yang kedua,
Penulis juga ingin memberitahu pembaca bahawa seseorang yang berjaya
menjaga pendengarannya dengan baik, maka mereka dapat
menghindarkan diri mereka daripada berita-berita yang tidak elok.
Seterusnya, penulis juga memberitahu bahawa seseorang yang berjaya
mengawal pertuturannya akan memperoleh banyak kebaikan iaitu seperti
yang tertulis pada rangkap yang ketiga. Secara keseluruhannya, penulis
gurindam ini ingin memberikan nasihat kepada pembaca agar memelihara
anggota diri mereka serta berbudi pekerti.
5.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, pengetahuan dan
kesedaran terhadap kesusasteraan Melayu ini
sangat penting kerana mempunyai banyak fungsi
sama ada dalam penyampaian mesej, pengajaran
mahupun didikan tertentu. Oleh hal yang demikian,
kita sebagai warganegara Malaysia perlulah
memperjuangkan serta mempertahankan karya
sastera ini agar tidak hilang ditelan zaman.
6.0 Rujukan
Ab Jabar, N. (2019). Keunggulan ikon membawa teladan dalam seloka
Melayu. RUMPUN JURNAL PERSURATAN MELAYU, 7(1), 172-
191.
Atoh, N., Ramli, S., Arifin, Z., & Idris, Z. (2020). Konsep puisi tradisional
antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu.
SIBAWAYH Arabic Language and Education, 1(1), 1-15.
Firmansyah, H., Fadilla, F., Kevin, Y., & Sari, N. (2021). Syair Gulung:
Perkembangan Dan Fungsinya Sebagai Pendidikan Moral. Ganaya:
Jurnal Ilmu Sosial Dan Humaniora, 4(2), 491-503.
Hamzah, N., & Radzi, S. B. M. (2021). MENYELUSUR HAYAT
GURINDAM: SATU TINJAUAN DEFINISI DARI KACA MATA
SARJANA [TRACKING THE LIFE OF GURINDAM: A REVIEW OF
DEFINITIONS FROM A SCHOLAR’S VIEW]. AL-QIYAM
International Social Science and Humanities Journal, 4(1), 47-58.
Irmanda, H. N., & Astriratma, R. (2020). Klasifikasi Jenis Pantun Dengan
Metode Support Vector Machines (SVM). Jurnal RESTI (Rekayasa
Sistem Dan Teknologi Informasi), 4(5), 915-922.
Muhammad, Z. (2021). ANALISIS GURINDAM DUA BELAS KARYA
RAJA ALI AJI DITINJAU DARI ASPEK SINTAKSIS. ANALISIS
GURINDAM DUA BELAS KARYA RAJA ALI AJI DITINJAU DARI
ASPEK SINTAKSIS, 9(1), 1-8.
Suppiah, E. M., & Hamzah, N. (2021). Analisis Elemen Menjana Minda
Falsafah Pendidikan Kesusasteraan Melayu dalam Teks Cerpen
Moden Kesusasteraan Melayu Komunikatif: An Analysis of Malay
Literature Education Philosophy Mind Generating Elements in
Communicative Malay Literature Modern Short Stories Texts.
International Journal of Language Education and Applied
Linguistics, 45-55.
6.0 Rujukan
Trisnawati, T. (2019). ANALISIS JENIS-JENIS DAN FUNGSI PANTUN
DALAM BUKU MANTRA SYAIR DAN PANTUN DI TENGAH
KEHIDUPAN DUNIA MODERN KARYA KORRIE LAYUN RAMPAN.
Parataksis: Jurnal Bahasa, Sastra, dan Pembelajaran Bahasa
Indonesia, 2(2).
Wahid, A. H., & Ramli, F. N. A. (2017). Sastera Melayu Membina Teras
Identiti Bangsa. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 5(1), 1-25.
Wirajaya, A. Y. (2021, November). SYAIR NASIHAT: SEBUAH UPAYA
ALTERNATIF PENGUATAN PENDIDIKAN KARAKTER MELALUI
PEMBELAJARAN SASTRA. In SEMINAR PROGRAM STUDI
PENDIDIKAN BAHASA JAWA.