The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 1.3 INVENSI DAN INOVASI DALAM REKA BENTUK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52335200, 2024-01-07 07:37:23

BAB 1.3 INVENSI DAN INOVASI DALAM REKA BENTUK

BAB 1.3 INVENSI DAN INOVASI DALAM REKA BENTUK

Presentation by Pn Suhaini Mohd Suid 1.3 Invensi & Inovasi Dalam Reka 1 Bentuk Bab 1 Pengenalan Reka Bentuk dan Teknologi


2 Pelbagai produk reka bentuk sentiasa dihasilkan dan terus berkembang selagi manusia mempunyai keperluan dan kehendak. Produk ini diilhamkan melalui invensi, inovasi dan kreativiti dalam reka bentuk. Namun begitu rekaan mestilah mempunyai nilai-nilai kemanusiaan dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada kehidupan manusia. Kini reka bentuk semakin maju mencakupi pelbagai bidang dan produk.


1.3.1 Definisi Invensi dan Inovasi 3 Definisi Invensi Invensi ialah kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baharu serta belum pernah wujud sebelum ini. Penemuan produk baru ini diperoleh melalui eksperimen, pengamatan secara tidak sengaja atau melalui kajian. Namun begitu produk ini tidak lagi dipanggil invensi apabila usianya melebihi 10 tahun atau banyak orang telah menggunakannya. Contohnya, radio merupakan invensi pada sekitar tahun 1901 oleh Marconi tetapi kini radio merupakan sesuatu produk lazim.


4 1.3.1 Definisi Invensi dan Inovasi Definisi Inovasi Inovasi ialah pengubahsuaian produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga dan bermakna serta mesra pengguna Inovasi berlaku apabila terdapat penambahbaikkan terhadap fungsi, corak, sistem atau rupa bentuk sesuatu produk. Contohnya tv hitam putih lama kepada tv warna skrin rata LCD, dan LED Di peringkat komersial inovasi didefinisikan sebagai pembangunan produk yang mempunyai unsur kreatif dan berdaya saing di pasaran


5 1.3.2 Aplikasi prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk Kerjaya individu dan organisasi hanya dapat dikekalkan melalui invensi, inovasi dan reka bentuk yang berterusan. Terdapat pelbagai prinsip invensi, inovasi dan rekabentuk. Antaranya ialah penjimatan tenaga, penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui dan penjimatan masa mencari kelemahan produk yang masih boleh diperbaiki. Kesepaduan dalam mengaplikasikan prinsip invensi, inovasi dan reka bentuk boleh membangunkan kerjaya atau perniagaan. Contohnya pengeluar telefon pintar hanya perlu mengubah warna, fungsi dan cara kendalian, menjadikan telefon jenama itu terus diminati di pasaran.


A. Pertahanan Keselamatan Negara harus dijaga agar tidak diceroboh oleh anasir luar. Oleh itu invensi, inovasi dan reka bentuk memainkan peranan dalam bidang persenjataan dan komunikasi, perekodan dan pengawasan. Antara peralatan yang telah dibangunkan ialah radar pengesan senjata nuklear C. Kesihatan Invensi, inovasi dan rekabentuk boleh digunakan dalam bidang kesihatan. Antara alatan yang dihasilkan ialah peranti pengukuran tekanan darah mudah alih, pelbagai jenis ubat-ubatan dan jam pengukur degupan jantung. B. Pendidikan Dalam bidang pendidikan terdapat pelbagai alatan daripada invensi, inovasi dan reka bentuk yang dibangunkan. Antaranya ialah Kamus digital, tablet pembelajaran, LCD, OHP, Laptop dan sebagainya. 6 Kerjaya reka bentuk 1.3.2 Aplikasi prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk


1.3.2 Aplikasi prinsip invensi dan inovasi dalam kerjaya reka bentuk D. Pembuatan Pembuatan peralatan dan bahan berubah dengan ketara untuk memenuhi citarasa pengguna. Bahan baharu dicipta menggantikan bahan lama yang kurang cekap. Contohnya gentian karbon digunakan untuk menggantikan logam dalam pembuatan kereta. Teknologi pencetak 3D dan pen 3D dicipta untuk memudahkan proses pembuatan model kereta E. Teknologi Maklumat Hampir setiap hari ada saja perisian baru dihasilkan. Semua ini adalah hasil prinsip invensi, inovasi dan reka bentuk. Jika dulu kita menulis dengan menggunakan papan kekunci dan pen stilus (stylus pen), tapi kini kita boleh menggunakan jejari sahaja. Penciptaan telefon pintar juga memudahkan proses komunikasi, pemantauan dan kawalan. 7 Kerjaya reka bentuk


8 Reka bentuk akan terus berkembang maju selagi manusia mempunyai kehendak. Namun begitu, penciptaan sesuatu produk yang bercanggah dengan norma masyarakat, budaya dan agama tidak dibenarkan. Berikut merupakan sebahagian daripada reka bentuk terkini:- A. Telefon pintar pengesan gempa bumi B. Pengesan ergo(ergo sensor) 1.3.3 Invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini


Ahli seismologi dan pemaju aplikasi telah bergabung tenaga untuk menghasilkan satu aplikasi baharu dengan menggunakan telefon pintar bagi mengesan gempa bumi yang dikenali sebagai MyShake. Aplikasi ini boleh mengambil dan mentafsir aktiviti gempa bumi, menganggarkan lokasi gempa bumi dan menyatakan magnitud pada masa sebenar. 9 1.3.3 Invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini A. Telefon pintar pengesan gempa bumi


Pengesan ergo dapat menunjukkan sama ada kedudukan badan anda lurus atau bengkok semasa menggunakan skrin komputer. Ini dapat mengelakkan punggung, pinggang dan mata menjadi letih. Alat ini juga dapat memaparkan maklumat untuk memberitahu anda masa yang sesuai untuk berdiri dan berehat. 10 1.3.3 Invensi dan inovasi dalam reka bentuk terkini B. Pengesan ergo (ergo sensor) Jarak yang terlalu dekat Jarak dan ketinggian yang betul


01 Thank you!


Click to View FlipBook Version