The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by bmf2007082, 2021-05-14 03:04:58

Assignment Fiqah Muamalat (Fara'id)

ASSIGNMENT FIQH MUAMALAT

KOLEJ PROFESIONAL MARA BANDAR MELAKA

FIQH MUAMALAT 1 (ECO2073)

TAJUK:
HARTA PUSAKA (FARA’ID)

DISEDIAKAN UNTUK:
MADAM ASHIKIN BINTI SALLEH

DISEDIAKAN OLEH: NOMBOR ID
NAMA BMF20-07-076
WAN EZWIN SAHIRA BINTI MIOR AHMAD TERMIDI
BMF20-07-080
NUR UMAIRAH BINTI MOHAMAD NAZARI BMF20-07-081
NURAINUL BASHIRAH BINTI SAMSUL
BMF20-07-082
NUR FATEHAH BINTI NOOR AHMAD ZILI

ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA SURAT
1 Isu semasa berkenaan harta pusaka (FARA’ID) 3-5
6
- Isu pertama 7-9
- Isu kedua
2 Pengenalan Fara’id 10 - 11
12 - 13
3 Pandangan Ulama’ berkenaan isu semasa (Isu pertama) 14 - 17

4 Kaedah penyelesaian yang dianjurkan (Isu pertama) 18
19
5 Pandangan Ulama’ berkenaan isu semasa (Isu kedua)

6 Kaedah penyelesaian yang dianjurkan (Isu kedua)

7 “Nota kaki”

8 Rujukan

2

ISU SEMASA BERKENAAN HARTA PUSAKA (FARA’ID)
Isu Pertama: Ibu Allahyarham Jamaludin Saman 2 Cucu Tuntut Harta Pusaka
KUALA LUMPUR: Ibu bekas Ahli Parlimen Rompin, Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis,
mengemukakan saman terhadap dua cucunya kerana mendakwa mereka tidak memasukkan
saham tiga buah syarikat ke dalam senarai aset harta pusaka dianggarkan bernilai RM1.3
billion.
Melalui saman difailkan pada 3 Januari lalu, Aminah Abdullah, yang memohon perisytiharan
bahawa beliau sebagai ibu kandung dan mempunyai kepentingan ke atas harta pusaka itu, turut
mendakwa kedua cucunya turut gagal memasukkan sebuah apartmen di Beacon Street, Boston
Amerika Syarikat (AS) dalam senarai berkenaan.
Aminah, 85, menamakan anak sulung Allahyarham, Nur Anis, 34, dan Ikwan Hafiz, 32,
sebagai defendan pertama dan kedua.
Dalam pernyataan tuntutannya, Aminah selaku plaintif, berkata kedua-dua defendan yang
dilantik sebagai pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham, gagal memasukkan saham bagi
tiga syarikat sebagai aset harta pusaka di dalam senarai aset dan surat kuasa mentadbir.
Plaintif berkata, defendan juga gagal memasukkan saham terbabit di dalam senarai tanggungan
sejak 6 Julai 2017 dan sebuah apartmen di AS bernilai RM10 juta.

Dakwa Aminah, tindakan itu bertujuan menafikan hak dan kepentingan dirinya sebagai
benefisiari (penerima yang mempunyai hak kepentingan) terhadap harta pusaka si mati.

Menurut plaintif, ketiga-tiga syarikat terbabit adalah syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd, Alpine
Motion Sdn Bhd dan Ivory Insight Wawasan Sdn Bhd.

Dakwa plaintif lagi, dua cucunya gagal menyatakan anggaran nilai saham tiga syarikat itu yang
bernilai RM1,384,312,154 selepas dua tahun enam bulan kematian Jamaluddin, dan gagal
memberi maklumat mengenai harta pusaka sebelum plaintif melantik peguam mewakilinya.

Defendan kedua pula didakwa tidak memaklumkan bahawa beliau sudah memperoleh sijil
faraid bagi harta pusaka daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada 6 Oktober 2016.

3

“Kedua-dua defendan juga meminta saya menandatangani dua dokumen iaitu surat penolakan
permohonan mereka untuk geran surat kuasa mentadbir harta pusaka si mati dan satu ikatan
perkiraan keluarga, tanpa saya diberi peluang mendapatkan nasihat undang-undang.
“Dalam keadaan ini, mereka mengetahui bahawa saya sudah melantik peguam iaitu Mohd
Najib Hussain dan saya pula adalah buta huruf,” kata plaintif.
Sehubungan itu, Aminah menuntut, antaranya perisytiharan supaya defendan memindah milik
saham ke dalam senarai aset dan surat kuasa mentadbir dan membayar dividen, bonus,
keuntungan serta isu terbitan dari pegangan saham tiga buah syarikat itu ke dalam akaunnya
dalam tempoh 21 hari daripada tarikh perintah dikeluarkan.
Peguam Aqilah Pawancheek yang yang mewakili Aminah, ketika ditemui selepas prosiding
pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Norliza Hussin hari ini, berkata mahkamah
menetapkan pengurusan kes di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Firuz Jafril
pada 2 Apri ini.
BeritaHarian, Februari 12, 2019

4

Isu Kedua: Tipu Harta Pusaka: Suri Rumah Diberi Tempoh 9 Hari
Seorang suri rumah diberi tempoh sembilan hari bagi memberi jawapan ke atas tuntutan ganti
rugi berjumlah RM720,000 oleh lima adik-beradik kepadanya kerana didapati melakukan
penipuan harta pusaka arwah bapa mereka.
Keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Selasa, selepas wanita berusia
48 tahun itu, selaku defendan memohon agar memberi sedikit masa kepadanya bagi
mempertimbangkan semula tuntutan berkenaan.
Defendan sebelum ini didapati menjual enam lot tanah pusaka milik kelima-lima beradik itu
tanpa pengetahuan dengan cara menipu tandatangan tiga daripada mereka semasa proses jual
beli tanah di Kemasik, Kemaman.
Jabatan Kimia turut mengesahkan kesemua tandatangan yang dibuat di setiap dokumen jualan
tanah berkenaan adalah palsu.
Sebelum ini, adik-beradik wanita itu yang berusia antara 29 hingga 51 tahun, selaku plaintif,
memfailkan pernyataan tuntutan berjumlah RM720,000 menerusi Tetuan Mohd Zubir Embong
@ Associates.
Pernyataan difailkan pada 17 Januari lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang
mengandungi sembilan tuntutan itu mendapat persetujuan daripada Hakim Datuk Zainal
Azman Ab.Aziz yang menghakimi tuntutan tersebut.
Dalam tuntutan tersebut, plaintif-plaintif turut menamakan Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan
Galian, selaku defendan kedua.
Mahkamah bersetuju dengan kesemua tuntutan dibuat antaranya melibatkan bayaran kerugian
jualan tanah pusaka dan kos guaman semua plaintif.
Seterusnya, mahkamah menetapkan 25 April depan sebagai tarikh rekod penghakiman.
SinarHarian. April 18,2018

5

PENGENALAN
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah
menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah
meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka
harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya seperti anak, isteri, suami, ibu,
dan lain-lain.

Menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang
ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat,
nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah
harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

1. Tanah
2. Bangunan seperti rumah
3. Barang kemas
4. Insurans dan wang tunai
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, dan kerbau

Allah berfirman:
“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-
orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama
ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan
(dan ditentukan oleh Allah)” (al-Quran, al-Nisa’ 4:7).

6

Pandangan Ulama’ Berdasarkan Isu Tersebut (Isu pertama)

Berdasarkan isu tersebut adalah mengenai harta yang tiada penama. Apabila orang
Islam meninggal dunia, segala harta yang ditinggalkan adalah harta pusaka. Harta pusaka
adalah sesuatu yang ditinggalkan si mati daripada harta benda dan hak yang akan diwarisi ahli
waris disebabkan kematian pewaris. Menurut istilah ilmu faraid, harta pusaka juga dikenali
sebagai al-tarikah. Dari segi bahasa, al-tarikah bermaksud segala apa yang ditinggalkan atau
dibiarkan oleh si mati. Definisi al-tarikah dari segi istilah syarak menurut jumhur fuqaha’ pula,
mendefinisikan al-tarikah ialah segala sesuatu yang ditinggalkan oleh si mati termasuk harta
benda, hak kebendaan dan hak yang mempunyai unsur kebendaan ke atas hak persendirian.

Semua itu akan diwarisi sama ada oleh waris atau bukan waris. Harta yang
dimaksudkan ialah segala harta peninggalan si mati meliputi harta alih dan harta tak alih setelah
ditolak segala hutang dan kewajipan yang perlu diberikan kepada pihak yang berhak menurut
undang-undang.

Oleh yang demikian, aset harta pusaka dianggarkan bernilai RM1.3 billion yang
dimiliki arwah bapa ketika hayatnya adalah harta pusaka yang wajib disempurnakan haknya
melalui faraid. Harta yang dtitinggalkan merupakan harta pusaka besar yang jumlah nilainya
lebih daripada RM 2 juta sama ada terdiri daripada harta alih semuanya atau harta tak alih
semuanya atau terdiri dari campuran harta alih dengan harta tak alih. Undang-undang yang
berkaitan dengan pentadbiran harta pusaka besar pula ialah Akta Probet dan Pentadbiran 1959.
Akta ini memperuntukkan cara-cara untuk mendapatkan Surat Kuasa Probet atau Surat Kuasa
Tadbir, dimana permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Sivil. Walau
bagaimanapun, urusan pembahagian harta pusaka dalam menentukan bahagian farāid
diuruskan oleh Mahkamah Syariah.

Daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‫ ﻓَﻤﺎ ﺑَ ِﻘ َﻲ ﻓَﮭﻮ ﻷ ْوﻟَﻰ َر ُﺟ ٍﻞ ذَ َﻛ ٍﺮ‬،‫أَ ْﻟ ِﺤﻘُﻮا اﻟﻔَﺮا ِﺋ َﺾ ﺑﺄَ ْھ ِﻠﮭﺎ‬

Yang bermaksud: “Hendaklah kamu berikan fardu-fardu kepada ahli-ahlinya, apa yang berbaki
maka untuk lelaki yang lebih utama.” (Riwayat al-Bukhari)

\Selain itu, ibu kepada si mati menyaman cucunya yang merupakan anak si mati akibat
tidak meletakkan aset harta tersebut dalam senarai harta pusaka. Hal ini menyebabkan
pembahagian harta yang tidak adil dan menjadikan ibu si mati tiada kepentingan dalam
mewarisi harta. Firman Allah S.W.T.” Dalam pada itu, orang-orang yang mempunyai

7

pertalian kerabat, setengahnya lebih berhak atas setengahnya yang lain menurut (hukum)
Kitab Allah; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu” (al-Quran, al-
Anfal 8:75). Cucunya iaitu Nur Anis dan Ikhwan Hafiz merupakan pentadbir dalam pengurusan
harta. Ibu kepada si mati, Aminah Abdullah merasakan cucunya tidak amanah dalam
melakukan tanggungjawab mereka. Untuk mengatasi masalah ini, Aminah Abdullah yang tidak
berpuas hati boleh memohon bicara (seksyen 17 Akta 98) supaya dilantik Pentadbir Harta yang
baru mengantikan Pentadbir Harta yang tidak amanah. Isu ini tidak terhenti di sini, malah
terdapat banyak permohonan dalam harta pusaka yang sama untuk membatalkan dan melantik
Pentadbir Harta yang baru.

Seterusnya, dalam ayat al-mawarith, Allah s.w.t telah menerangkan secara terperinci
mengenai ahli waris-ahli waris dan bahagian mereka masing-masing dalam pusaka iaitu firman
Allah s.w.t yang bermaksud:

(i) “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak
kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua anak perempuan.
Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah
2/3 dari harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu
seorang sahaja, maka bahagiannya ialah 1/2 (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa
(si mati) tiap-tiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh si
mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak,
sedangkan yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya
ialah 1/3. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik),
maka bahagian ibunya ialah 1/6. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan
wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayar hutang. Ibu bapa
kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa yang di antaranya lebih
dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu, (Pembahagian harta pusaka dan
penentuan bahagian masing-masing seperti diterangkan ialah) ketetapan dari Allah,
sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana” (al-Quran, al-
Nisa’ 4: 11).

(ii) “Dan bagi kamu (suami) 1/2 dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu
jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka
kamu mendapat 1/4 dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat
yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayar hutangnya. Dan bagi kamu (isteri-
isteri) pula 1/4 dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak.

8

Tetapi jika kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah
1/8 dari harta kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan,
dan sesudah dibayar hutang kamu. Dan jika si mati yang diahli warisi itu, lelaki atau
perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan meninggalkan seorang
saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang
dari keduanya ialah 1/6. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih
dari seorang, maka mereka berkongsi pada 1/3 (dengan mendapat sama 3 banyak
lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati
dan sesudah dibayar hutangnya; wasiat-wasiat tersebut hendaknya tidak
mendatangkan mudarat (kepada ahli waris-ahli waris). (Tiap-tiap satu hukum itu)
ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Penyabar “(al-Quran, alNisa’ 4: 12).

Undang – undang Pusaka Islam telah menentukan secara jelas dan syumul ahli–ahli waris
yang berhak menerima pusaka serta bahagian mereka masing–masing seperti mana
dijelaskan dalam al- Quran. Berikut merupakan ahli-ahli waris ashab al-furud (waris yang
telah ditetapkan bahagian/saham mereka dalam pembahagian pusaka menurut al-Quran, al-
Sunnah dan ijmak) yang terbahagi kepada tiga golongan, iaitu:

(a) Ahli waris utama yang terdiri daripada suami, isteri, ibu, bapa dan anak
perempuan. Mereka tidak digugurkan dari menerima pusaka secara mutlak.

(b) Ahli waris gantian yang terdiri daripada datuk, nenek dan anak perempuan
kepada anak lelaki. Ahli-ahli waris ini akan menggantikan tempat ahli waris
utama dalam menerima pusaka seperti datuk menggantikan tempat bapa, nenek
menggantikan tempat ibu dan anak perempuan kepada anak lelaki
menggantikan tempat anak perempuan.

(c) Ahli waris sisian (hawasyi) yang terdiri daripada saudara perempuan seibu
sebapa, saudara perempuan sebapa dan saudara lelaki dan perempuan seibu.

Dalam permasalahan ini, waris utama dalam pembahagian harta ialah ibu si mati, Aminah
Abdullah akan mendapat 1/6 daripada harta tersebut. Seterusnya, Isteri si mati 1/8 daripada
harta tersebut dan baki daripadanya adalah untuk anak-anak si mati. Dalam situasi ini,
berkemungkinan anak si mati mendapat lebih banyak bahagian mereka akibat tidak
meletakkan harta tersebut dalam senarai aset harta dan ianya tidak sah kerana tidak
mendapat redha daripada ahli waris lain.

9

Kaedah Penyelesaian Yang Dianjurkan (Isu pertama)

Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya wajib untuk ditunaikan dan fardu kifayah
kepada umat islam, khususnya waris-waris untuk menyelesaiknnya. Tidak semua yang layak
menerima harta pusaka yang ditinggalkan. Hanya sebahagian sahaja yang akan mewarisi harta
si mati, sekiranya mereka masih hidup. Allah telah menetapkan bahawa terdapat 25 golongan
sahaja yang layak untuk menerima harta si mati.

Oleh itu, meneliti tentang isu yang telah dipilih, mereka di atas iaitu waris-waris Qadimnya
terdiri daripada seorang ibu, seorang isteri, seorang anak perempuan dan seorang anak lelaki
kepada si mati layak dalam menjadi waris dalam harta yang ditinggalkan. Persoalan yang
ditimbulkan, bagaimanakah kaedah dalam menyelesaikan pembahagian harta ini dengan adil.
Tindakan dua orang anak kepada si mati dalam pembahagian harta amatlah tidak wajar untuk
dilakukan. Undang-undang Pusaka Islam (faraid) bersumberkan kepada al-Quran, al-Sunnah,
Ijmak sahabat dan ijtihad mereka dalam masalah tertentu. Oleh yang demikian, terdapat
pecahan bagi pembahagian harta yang ditinggalkan yang telah ditentukan.

Dalam ayat al-mawarith, Allah s.w.t telah menerangkan secara terperinci mengenai ahli-ahli
waris dan bahagian mereka masing-masing dalam pusaka iaitu firman Allah s.w.t yang
bermaksud:

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu
bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua anak perempuan. Tetapi jika anak-
anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah 2/3 dari harta pusaka yang
ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya
ialah 1/2 (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati) tiap-tiap seorang dari keduanya 1/6
dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.

Oleh itu, pecahan bagi setiap waris mengikut Hukum Faraid adalah seperti berikut, iaitu ibu
mendapat 1/6 dan isteri mendapat 1/8. Anak lelaki dan anak perempuan, nisbah 2:1. Maka,
baki 17/24 ini diterima oleh anak kepada si mati dengan nisbah 2:1. Dalam kes ini, hanya ada
1 org anak lelaki & 1 org anak perempuan. Maka, 1X2 = 2, 1X1=1. Seterusnya 2+1= 3. Nilai
3 ini akan dibahagikan dengan nilai baki harta tersebut iaitu 17 akan dibahagi dengan
3=5.66666. Oleh kerana tidak dapat jawapan dalam bentuk nombor bulat dan untuk mudahkan
pengiraan, besarkan nombor pembawahnya iaitu 24X3=72.

10

Maka, bahagian ibu menjadi 12/72 dan isteri 9/72, dan baki terbaru adalah 51/72. Nilai baki ini
akan diterima oleh anak lelaki dan anak perempuan 51 dibahagikan dengan 3= 17. Seperti yang
kita ketahui bahagian lelaki adalah 2:1, maka 17 darab 2= 34. Oleh itu hasil bagi pengagihan
harta dengan adil adalah mengikut ini iaitu:

1. Ibu – 12/72 bah
2. Isteri – 9/72 bah
3. Anak lelaki – 34/72 bah
4. Anak perempuan – 17/72 bah.
Walaubagaimanpun, perubahan masa dari zaman ke zaman telah membawa pelbagai
kemajuan. Seiring dengan era globalisasi ini pembahagian faraid ini boleh disemak atau dikira
melalui atas talian.
Oleh itu, sebagai umat Islam kita perlulah melaksanakan faraid atau kesan jika tidak
melaksanakannya atau mengaibkan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem
faraid ini, dikhuatiri perkara seperti memakan harta anak yatim, memakan harta saudara mara
dan memakan harta Baitulmal berlaku.
Firman Allah s.w.t pada akhir ayat 11, 12 dan 176, surah al-Nisa,
“Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana “, “(Tiap-tiap satu
hukum itu) ialah ketetapan dai Allah. Dan (ingatlah AllahMaha Mengetahui lagi Maha
Penyabar “dan “Allah menerangkan hukum itu kepada kamu supaya tidak sesat. Dan
(ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.

11

Pandangan Ulama’ Berdasarkan Isu Tersebut (Isu kedua)

Syarak pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah ditetapkan di
bawah hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah atau layak (seperti anak, suami, isteri, ibu,
bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang
ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris
sama ada berbentuk agama (seperti zakat, nazar dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan
menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.

Ada tiga golongan ahli waris yang melayakkan mereka menerima harta pusaka, pertama,
melalui hubungan keturunan, perkahwinan dan juga wala’ (hubungan kekeluargaan). Isteri
termasuk dalam golongan waris yang layak menerima pusaka melalui hubungan perkahwinan

Di dalam kes-kes tertentu seperti contoh di atas, lebih-lebih lagi yang melibatkan rancangan,
isu dan masalah yang sering dibangkitkan ialah Pentadbir Harta yang dilantik tidak amanah
dan tidak melaksanakan tanggungjawab membahagikan segala hasil keuntungan seperti yang
diarahkan dan hukum tipu harta orang lain maka, hukumnya masuk neraka. Dan apabila dia
solat, tidak diterima solatnya itu. Sikap tamak, tidak menghiraukan hukum, meletak hukum
ditangan sendiri dan bergaduh sesama waris, kesemuanya menyumbang kepada masalah
Pentadbir Harta yang tidak amanah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

“Barang siapa merampas seluas satu jengkal tanah, nescaya ia akan dibelit oleh tanah itu dari
tujuh lapisannya”.

Untuk mengatasi masalah ini, waris yang tidak berpuas hati boleh memohon bicara (seksyen
17 Akta 98) supaya dilantik Pentadbir Harta yang baru mengantikan Pentadbir Harta yang tidak
amanah. Isu ini tidak terhenti di sini, malah terdapat banyak permohonan dalam harta pusaka
yang sama untuk membatalkan dan melantik Pentadbir Harta yang baru. Ini seolah-olah tiada
kesudahannya. Hendak membenarkan urusan tebus beli bahagian, nilaian harta agak tinggi dan
waris tiada kemampuan. Hendak dilelong atau diperitah jual pula melibat beberapa faktor
undang-undang berkaitan. Manakala nabi SAW juga pernah bersabda daripada Ibnu Abbas ra.
dengan sabdanya yang bermaksud:” Hendaklah kamu membahagi-bahagikan harta (pusaka) di
antara ahli waris itu berdasarkan Kitabullah.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud).

Oleh itu dicadangkan agensi yang berkenaan terutamanya mengambil tindakan yang lebih
drastik termasuk meminda undang-undang berkaitan agar boleh mengambil alih atau

12

mentadbir. Bagai sebuah kemahiran yang dibanggakan konon dapat membawa keuntungan
duniawi tetapi mereka lupa bahawa yang tertipu dan terpedaya sebenarnya ialah diri mereka
sendiri. Syaitan telah menjadikan tanah pusaka sebagai alat untuk menjadikan manusia saling
bergaduh, memutuskan silaturrahim dan perhubungan darah yang sepatutnya terikat utuh dan
kukuh. Akhirnya manusia yang tamak itulah yang akan menjadi bahan bakar api neraka.
Daripada Abdullah bin Umar ra yang berkata secara marfu yang bermaksud: “Sesiapa yang
mengambil tanah orang lain tanpa hak walaupun sedikit maka dia pasti akan ditenggelamkan
dengannya di hari kiamat sehingga ke tujuh lapis bumi.” (Riwayat Bukhari).

13

Kaedah Penyelesaian Yang Dianjurkan (Isu kedua)
Memang betul dalam pembahagian faraid ada dinyatakan hak setiap waris, tetapi perlulah ingat
bahawa harta yang dibahagikan tersebut datang bersama-sama tanggungjawab.
Sebagai contoh, apabila si mati ada meninggalkan isteri dan anak-anak bawah umur yang masih
kecil, waris-waris lain yang turut menerima bahagian faraid harta pusaka si mati haruslah ingat
bahawa mereka turut bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan isteri (balu) dan anak-anak
yang ditinggalkan si mati.
Sebab itulah, amat penting untuk kita belajar berkenaan pengurusan harta pusaka khususnya
berkaitan pembahagian faraid supaya tidak lagi timbul salah faham dan kekeliruan berkenaan
perkara tersebut.
pengiraan asas pembahagian faraid ada dinyatakan dalam al-Quran, iaitu ayat 11 dan 12 surah
an-Nisa’

“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu
bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-
anak perempuan itu lebih daripada dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta
yang ditinggalkan oleh si mati.
Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh)
harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta
yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak.
Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu
bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa
orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam.

14

(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan
sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui
siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu.
(Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan
itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha
Bijaksana.”

Daripada ayat ini, beberapa perkara tentang pengiraan asas pembahagian faraid dapat
dipelajari, iaitu:

• Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan anak lelaki dan anak perempuan,
maka bahagian anak lelaki adalah 2 kali bahagian anak perempuan

• Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan dua atau lebih anak perempuan
sahaja (tiada anak lelaki), maka bahagian mereka adalah dua pertiga (2/3) daripada
nilai harta pusaka, yang mana perlu dibahagikan sama rata kepada semua anak
perempuan yang terlibat

• Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak perempuan sahaja
(tiada anak lelaki), maka bahagiannya adalah satu perdua (1/2) atau separuh

• Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa serta anak (tanpa mengira
bilangan dan jantina anak), maka bahagian untuk setiap seorang ibu dan bapa adalah
satu perenam (1/6); untuk ibu 1/6 dan untuk bapa 1/6

• Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibubapa sahaja (tidak mempunyai
anak), maka bahagian ibu adalah satu pertiga (1/3) manakala bapa pula mendapat
bahagian dua pertiga (2/3)

• Sekiranya meninggal dunia dan meninggalkan ibu serta adik-beradik (tidak
mempunyai anak), maka bahagian ibu adalah satu per enam (1/6) dan selebihnya
adalah bahagian adik-beradik

15

:

“Dan bagi kamu satu perdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika
mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak maka kamu beroleh satu
perempat daripada harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka
wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula satu perempat daripada harta yang kamu tinggalkan, jika
kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka
(isteri-isteri kamu) ialah satu perlapan daripada harta yang kamu tinggalkan, sesudah
ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu.
Dan jika si mati itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada
meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu) maka bagi tiap-
tiap seorang daripada keduanya adalah satu perenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara
yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka berkongsi pada satu pertiga (dengan mendapat
sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si
mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.
Wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris).
(Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Penyabar.”
Beberapa intipati berkenaan pengiraan asas pembahagian faraid dalam ayat ini adalah:

16

• Sekiranya isteri meninggal dunia dan meninggalkan suami sahaja (tidak mempunyai
anak), maka bahagian suami adalah satu perdua (1/2). Tetapi, sekiranya isteri
tersebut mempunyai anak, maka bahagian suami adalah satu perempat (1/4)

• Sekiranya suami meninggal dunia dan meninggalkan isteri sahaja (tidak mempunyai
anak), maka bahagian isteri adalah satu perenam (1/6) (dibahagikan sama rata
daripada 1/6 tersebut jika isteri lebih daripada seorang). Tetapi, sekiranya suami
tersebut mempunyai anak, maka bahagian isteri adalah satu perlapan (1/8)
(dibahagikan sama rata daripada 1/8 tersebut jika isteri lebih daripada seorang)

• Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul (ibu dan bapa, datuk
dan nenek) dan waris furu’ (anak, isteri atau suami), tetapi mempunyai seorang
saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu sahaja, maka bahagian mereka
adalah satu perenam (1/6) manakala selebihnya diserahkan kepada baitulmal. Tetapi,
sekiranya saudara lelaki seibu atau saudara perempuan seibu lebih daripada 2 orang,
maka bahagian mereka adalah satu pertiga (1/3) yang perlu dikongsi sama rata antara
mereka, manakala selebihnya dua pertiga (2/3) diserahkan kepada baitulmal

• Sekiranya meninggal dunia dan tidak mempunyai waris usul dan furu’, tetapi
mempunyai saudara lelaki dan saudara perempuan seibu dan sebapa, maka bahagian
mereka adalah seluruh harta yang ditinggalkan (lelaki 2 bahagian, perempuan 1
bahagian)

Sehubungan dengan itu pembahagian harta pusaka adik beradik kepada suri rumah itu haruslah
dibahagiakan berpandu dengan ilmu al quran yang betul tanpa sebarang penipuan
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu
dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya).
(Surah al-Nisa’ 4: 29)

17

NOTA KAKI
i) “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak
kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua anak perempuan.
Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah 2/3
dari harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang
sahaja, maka bahagiannya ialah 1/2 (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati) tiap-
tiap seorang dari keduanya 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu
mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedangkan yang
mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah 1/3. Kalau pula
si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik beradik), maka bahagian ibunya
ialah 1/6. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan
oleh si mati, dan sesudah dibayar hutang. Ibu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu
tidak mengetahui siapa yang di antaranya lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada
kamu, (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti
diterangkan ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui,
lagi Maha Bijaksana” (al-Quran, al-Nisa’ 4: 11).

ii) “Berikanlah harta pusaka kepada orang-orang yang berhak, sesudah itu bakinya adalah
untuk ahli waris lelaki yang lebih utama” (Hadis riwayat Muslim).

iii) Harta pusaka merupakan salah satu sumber Baitulmal yang telah ditetapkan mengikut
hukum faraid di mana Baitulmal merupakan tempat rujukan terakhir sekiranya sesuatu
harta pusaka itu tiada pewaris atau terdapat baki harta setelah diberikan kepada waris-
waris yang berhak. (kitab Raudah al-Talibin karangan Imam An-Nawawi jilid 5,
halaman 6-7) “Sekiranya si mati tidak meninggalkan waris fardu, dan tidak
meninggalkan waris asabah, maka hendaklah diwarisi oleh dhawi al-arham. Pada
pandangan kami, sesungguhnya pendapat yang sahih dhawi al-arham itu tidak mewarisi
dan tidak juga dipulangkan lebihan harta, iaitu dalam keadaan bilamana urusan
baitulmal ditadbir dengan baik dengan diperintah oleh pemimpin yang adil.”

18

RUJUKAN
i) https://e-huda969.blogspot.com/2011/01/blog-post_06.html
ii) https://al-jeed-ilmiah.blogspot.com/2010/07/hukum-faraid-panduan-
penyelesaian.html

iii) http://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-
ilmiah/Hukum_Faraid2_us_ridzuan.pdf

iv) http://e-muamalat.islam.gov.my/images/pdf-bahan-ilmiah/isu-
isu_dan_permasalahan_dalam_pembahagian_pusaka_orang_islam_di_malaysia._utk_
portal.pdf

v) https://deviltoangledotcom.wordpress.com/2016/05/04/hukum-pembahagian-harta-
pusaka-jangan-sekali-kali-menipu/

19


Click to View FlipBook Version