The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota ringkas berkaitan dengan Ramadhan
Oleh : Unit Badar & Panitia Pendidikan Islam SMK Chukai

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ramadhan, 2022-04-04 01:25:19

Ramadhan Kareem SMK Chukai

Nota ringkas berkaitan dengan Ramadhan
Oleh : Unit Badar & Panitia Pendidikan Islam SMK Chukai

Ramadhan
Kareem

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SMK CHUKAI

24000 KEMAMAN TERENGGANU

Ahlan Wasahlan
Ya Ramadhan Mubarak

Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak

Dari : Unit Badar & Panitia Pendidikan Islam

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

Doa Apabila Memasuki Bulan Ramadhan

Diriwayatkan daripada at-Tabrani, daripada Makhul
rahimahullah bahawa beliau berdoa apabila mula memasuki

Ramadhan :

‫َالَّلُه َّم َس ِّلْم نِـي ِإىَل َرَم َض اَن َوَس ِّلْم ِلـي َرَم َض اَن َوَتَس َّلْم ُه ِم ِني ُم َتَقَّبًال‬

Ya Allah, sampaikanlah aku ke dalam bulan Ramadhan,
serahkanlah Ramadhan kepadaku dan ambillah ia daripadaku

dengan Engkau menerima amalanku.

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

PENGERTIAN PUASA

Menurut syarak :

Puasa ialah meninggalkan diri melakukan perkara-perkara
yang boleh membatalkan puasa iaitu bermula daripada terbit
fajar hingga terbenamnya matahari dan disertai dengan niat.

dalil wajib puasa :

"Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu
PUASA sebagaimana yang telah diwajibkan kepada umat yang
terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa".

(Surah al-Baqarah : 183)

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

Syarat uzuran Islam Bali
Wajib gh Mukall
Puasa af Tiada ke

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

Rukun Niat
Puasa Dilakukan setiap malam, bermula selepas maghrib
sehingga sebelum subuh & menentukan jenis puasa
iaitu puasa Ramadhan.

Menahan diri daripada melakukan perkara yang
membatalkan puasa
Bermula dari terbit fajar hingga matahari terbenam

‫َنَوْيُت َص ْو َم َغ ٍد َأْن َأَداِء َفْرِض َرَم َض اَن َهِذِه الَّس َنِة ِلَّلِه َتَع اىَل‬

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan
tahun ini kerana Allah Ta’ala

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

Doa Berbuka Puasa Ketika Seorang

‫َالَّلُه َّم َلَك ُص ْم ُت َوِبَك آَم ْنُت َوَع َىل ِرْزِقَك َأْف َط ْرُت ِبَرْحَم ِتَك َياَأْرَحَم الَّراِح ِم ْيَن‬

Maksudnya : “Ya Allah kerana-Mu aku berpuasa, Dengan-Mu aku beriman,
kepada-Mu aku berserah dan dengan rezeki-Mu aku berbuka (puasa) dengan

rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

Doa Berbuka Puasa Ketika Ramai
‫َالَّلُه َّم َلَك ُص ْم َنا َوِبَك آَم نَّا َوَع َىل ِرْزِقَك َأْف َط ْرنَا ِبَرْحَم ِتَك َياَأْرَحَم الَّراِح ِم ْيَن‬

Maksudnya : “Ya Allah kerana-Mu kami berpuasa, Dengan-Mu kami beriman,
kepada-Mu kami berserah dan dengan rezeki-Mu kami berbuka (puasa) dengan

rahmat-Mu, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

amalan sunat

1.Segera berbuka
2.Berbuka dengan tamar
3.Melewatkan sahur
4.Meninggalkan perkataan kotor, cercaan dan perkataan lahgo (sia-sia)
5. Menunaikan Solat Terawih dan merebut ganjaran Lailatul Qadr
6.Menghidupkan malam
7.Memanfaatkan Ramadhan dengan berzikir dan bersedekah
8.Berdoa sepanjang hari khususnya ketika berbuka
9.Menghidupkan sepuluh malam terakhir
10.Iktikaf terutama di sepuluh terahir
11.Tilawah dan tadarus Al-Quran

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

amalan makruh

Tidak makan sahur Berbekam Melewatkan berbuka puasa

Merasa makanan & Tidak berdoa ketika Mandi janabah
mengunyah tanpa menelan berbuka puasa setelah terbit fajar

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

hikmah puasa

Menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya
sentiasa berada di bawah pemerhatian Allah.

Merupakan jalan termudah untuk menunaikan hak
Allah dan tanggungjawab hamba kepadaNya.

Mendidik jiwa dan mengurangkan sifat keras hati yang
bersarang dalam diri insan.

Mengawal hawa nafsu dan melatih diri agar bersabar
dalam menunaikan ibadah puasa.

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

masa terbaik untuk berdoa

Sepertiga terakhir malam
Antara Azan dan Iqamah
Ketika sujud
Waktu tertentu pada hari
Jumaat
Malam Laylatul Qadar
Selepas solat fardhu
Ketika hujan
Musafir

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

peristiwa-peristiwa
yang berlaku di
bulan ramadhan

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

Peristiwa Badar Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2
Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali
Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah
yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam
mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang
terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai
313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera
musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan
ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera
musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya
melarikan diri.

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

Turunnya al-Quran. Para ulama bersetuju bahawa al-Quran
mula diturunkan pada bulan Ramadan, namun tarikhnya
kurang jelas. Ahlu sunnah wal jamaah menerima bahawa al-
Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan; oleh itu
17 Ramadan diperingati sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul
Quran) buat pertama kalinya. Pada malam tersebut, ayat 1
hingga 5 surah Al-‘Alaq diturunkan ketika Nabi Muhammad
SAW sedang berada di Gua Hira. Peringatan peristiwa ini
biasanya dilakukan dengan acara ceramah di masjid-masjid.

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

Lailatul Qadar (malam ketetapan), ialah satu malam yang
khusus terjadi di bulan Ramadan. Malam ini dikatakan, dalam
al-Qur'an dalam surah Al-Qadr, lebih baik daripada seribu
bulan. Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui
namun menurut beberapa riwayat, malam ini jatuh pada 10
malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah
satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29.
Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku
pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau
bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar
umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di
sepuluh malam yang terakhir.

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW
bersabda : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan
kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta

mengharapkan keredhaannya, akan
diampunkan semua dosanya yang telah lepas.




(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

UNIT BADAR & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM TePCES

Sekalung penghargaan kepada :



Tuan Pengetua
Barisan Pentadbiran
Guru Kanan Matapelajaran
Semua guru SMK Chukai




Oleh : Unit Badar dan Panitia Pendidikan Islam


Click to View FlipBook Version