Assalamualaikum semua….
Jom kita belajar Pendidikan
Islam
bersama:
استاذة نورحنيفه بنت عبدالله
• Misi dakwah Rasulullah SAW bermula apabila
turun wahyu daripada Allah. Firman Allah
(surah al-Mudassir : 1-5)
• Pada peringkat ini, baginda menyeru individu
daripada keluarga terdekat dan sahabat yang
rapat.
• Orang terawal memeluk Islam:
1. Saidatina Khadijah (isteri baginda)
2. Ali bin Abi Talib ( sepupu baginda)
3. Zaid bin Haritha ( pembantu baginda)
• Kemudian diikuti oleh Saidina Abu Bakar (sahabat Baginda.
• Saidina Abu Bakar berjaya berdakwah kepada orang yang
berpengaruh dalam masyarakat seperti Uthman bin Affan
dan Abdul Rahman bin Auf.
• Dakwah secara sulit mengambil masa hampir 3 tahun. Umat
Islam berjumpa dan solat secara bersembunyi dilorong atau
di lembah yang jauh daripada pengetahuan awam.
• Pusat penyebaran Islam ialah di rumah Al-Arqam bin Abi
al-Arqam.
2. DAKWAH SECARA
TERANG-TERANGAN
KEPADA KAUM KEPADA
KERABAT MASYARAKAT AWAM
STRATEGI DAKWAH RASULULLAH
Baginda naik ke Bukit Safa dan mengajak
masyarakat Mekah beriman kepada Allah SWT
dan menyakini Hari Kiamat.
Rasulullah bertemu dengan kabilah-kabilah yang
datang ke Mekah pada setiap musim haji.
MENCARI TEMPAT Rasulullah memerintahkan sebahagian umat Islam
SELAMAT agar berhijrah ke Habshah kerana Habshah
Negara yang aman dan mempunyai raja yang baik.
MENGADAKAN
JAMUAN Rasulullah menjemput seluruh keluarga Bani
Mutalib ke jamuan makan dan kemudian
menyampaikan ajaran Islam kepada mereka.
HIKMAH STRATEGI DAKWAH
Memantapkan akidah umat Islam
yang masih baru dengan ajaran Islam
SECARA SULIT
Memastikan ajaran Islam dapat Untuk kemaslahatan dan
diterima tanpa gangguan menyelamatkan nyawa umat Islam
yang menjadi penggerak dakwah
HIKMAH STRATEGI DAKWAH
Menyuntik semangat berdakwah dalam
diri umat Islam
SECARA TERANG-
TERANGAN
Menimbulkan rasa tanggungjawab umat Kemaslahatan untuk menyelamatkan
Islam untuk menegakkan syiar Islam nyawa umat Islam yang menjadi
penggerak dakwah
LATIHAN : BIDANG SIRAH
Tajuk: Terbitnya Fajar Dakwah
Arahan : Jawab soalan berikut di dalam buku latihan
1. Terdapat dua cara dakwah Rasulullah. Nyatakan dua cara tersebut.
2. Senaraikan nama orang yang terawal memeluk Islam dalam kalangan keluarga dan sahabat
baginda.
3. Berapa lamakah tempoh dakwah secara sulit yang dilakukan oleh baginda Rasulullah.
4. Jelaskan tiga strategi dakwah secara terang-terangan yang dilakukan oleh Rasulullah.
5. Terangkan dua hikmah dakwah secara sulit dan secara tera-terangan.
SECARA SULIT SECARA TERANG-TERANGAN
1 1
2 2
والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته