NOTA
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2 KSSM
PELAJARAN 15
UNIT 2:
KHUTBAH JUMAAT
KHUTBAH JUMAAT
MAKSUD:
UCAPAN YANG DISAMPAIKAN OLEH KHATIB/ SEBELUM SOLAT
JUMAAT/ YANG MENGANDUNGI NASIHAT, PERINGATAN DAN
PENGAJARAN /MENGIKUT SYARAT TERTENTU.
HUKUM : WAJIB & TERMASUK DALAM SYARAT SAH
JUMAAT
SYARAT KHUTBAH JUMAAT
1. KHATIB
a. khatib berdiri jika mampu & duduk di antara 2 khutbah
b. khutbah disampaikan sebelum solat Jumaat.
c. rukun khutbah disampaikan dalam bahasa arab
d. khatib suci daripada hadas dan najis serta menutup aurat.
2. KHUTBAH
a. berturut-turut antara rukun khutbah , khutbah pertama dgn
khutbah kedua serta khutbah kedua dengan solat.
b. rukun khutbah didengar oleh 40 jemaah mastautin yang wajib
solat Jumaat.
RUKUN KHUTBAH
a. Memuji Allah sekurang-kurangnya “alhamdulillah”
b . Berselawat ke atas Rasulullah
c. Memberi nasihat supaya bertaqwa.
d. membaca satu ayat al-quran pada satu daripada 2 khutbah.
e. berdoa untuk orang Islam pada khutbah yang kedua
PERKARA SUNAT KHUTBAH JUMAAT
1. KHATIB:
a. berkhutbah di atas mimbar
b. duduk diatas mimbar sebelum menyampaikan khutbah
c. menghadapkan wajahnya ke hadapan tanpa menoleh ke kanan
atau ke kiri.
d. memberi salam setelah naik ke atas mimbar
e. menguatkan suara agar khutbah didengar oleh lebih daripad 40
orang Jemaah.
f. memendekkan kedua-dua khutbah. Khutbah kedua lebih
pendek daripada khutbah pertama.
g. memegang tongkat dengan tangan kiri.
2. MAKMUM:
a. Mendengar khutbah yang di sampaikan oleh khatib.
b. melaksanakan solat sunat secara ringkas khatib sedang
berkhutbah.
ADAB MENDENGAR KHUTBAH
a. memberi focus pada isi kandungan khutbah
b. diam dan tidak bercakap-cakap (hukum bercakap ketika khutbah
sedang diasampaikan adalah MAKRUH dan boleh menghilangkan
pahala Jumaat.
c. Tidak tidur. Sekiranya kita rasa mengantuk, hendaklah berpindah
tempat yang lain dengan syarat tidak melangkah orang lain.
d. tidak melakukan perbuatan sia-sia contohnya menggunakan
sebarang gajet seperti talifon bimbit.
AMALAN SUNAT HARI JUMAAT
a. memotong kuku dan misai
b. mencabut bulu ketiak
c. menggunting bulu ari-ari
d. mandi sunat
e. memakai pakaian terbaik serta berwangi-wangian
f. segera ke masjid
g. menunaikan solat sunat tahiyatul masjid, solat sunat qobliah dan
ba’diah.
h. membanyakkan selawat ke atas rasulullah dan berdoa
i. membaca surah al-kahfi.
Contoh khutbah Jumaat :
(rujuk buku teks mukasurat 103)
Tamat.
Ustazah Norhanifah binti Abdullah(11/11/2020)
2.00-3.30 pm