NOTA
PENDIDIKAN ISLAM
TINGKATAN 2 KSSM
PELAJARAN 4
( AL-QURAN - Mudahnya Tajwid )
Unit 1 : Hukum Nun Sakinah &
Tanwin
Nota : Salin nota berikut di dalam buku nota Pendidikan Islam
PELAJARAN 4: Mudahnya Tajwid
Unit 1: Hukum Nun sakinah (ْ )نdan tanwin ( ًٌٍ )
Maksud
Nun sakinah: ialah huruf نyang tidak berbaris atau juga dikenali
sebagai nun mati.
Tanwin : ialah baris dua iaitu baris dua di atas, di bawah dan
dihadapan.
* tanwin mengeluarkan bunyi yang sama dengan nun mati.
Hukum nun mati dan tanwin bila bertemu dgn huruf hijaiyah
1. Izhar halqi
2. Idgham ma’al ghunnah
3. idgham bila ghunnah
4. Iqlab
5. Ikhfa’ hakiki
1. IZHAR HALQI
- Apabila nun sakinah (mati) dan tanwin bertemu dgn salah satu huruf
hijaiah iaitu ( خ، غ، ح، ع، ه، ) ء
- cara bacaan – mestilah bunyi nun dibaca dengan jelas.
2. Idgham ma’al Ghunnah
- apabila nun sakinah (mati) dan tanwin bertemu dengan salah satu
huruf hijaiyah ( ن، م، و، ) ي
- cara bacaan – menggabungkan bunyi nun degan huruf selepasnya
serta dengung
3. Idgham bila ghunnah
- apabila nun sakinah (mati) dan tanwin bertemu dengan salah satu
huruf hijaiah iaitu( ل، )ر
-cara bacaan – menggabungkan bunyi nun dengan huruf selepasnya
tanpa dengung
4. Iklab
- apabila nun sakinah (mati) dan tanwin bertemu dengan salah satu
huruf hijaiah iaitu ( )ب
- cara bacaan - menukarkan bunyi nun kepada mim serta dengung
5. Ikhfak hakiki
- apabila nun sakinah (mati) dan tanwin bertemu dengan salah satu
huruf hijaiah iaitu
( ك، ق، ف، ظ، ط، ض، ص، ش، س، ز، ذ، د، ج، ث، ( ت
- cara bacaan - bunyi nun di baca secara samar antara izhar dengan
idgham serta dengung.
LATIHAN
Bidang : Al-Quran
Tajuk : Indahnya Tajwid
Arahan: Jawab soalan berikut di dalam buku latihan Pendidikan
Islam
1. Nyatakan maksud nun sakinah dan tanwin.
2. Jelaskan lima hukum nun sakinah dan tanwin apabila bertemu
dengan huruf hijaiyah.
3. Berikan contoh bagi hukum nun sakinah dan tanwin yang berikut:
Hukum nun sakinah Contoh ayat al-Quran
Izhar Halqi
Idgham ma’al
ghunnah
Idgham bila ghunnah
Iklab
ikhfa’ Hakiki