INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS BAHASA MELAYU 59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR. PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (AMBILAN JUN 2021 TAHUN 2 SEMESTER 2) MPU3441a UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI BUKU LOG/FOLIO DIGITAL DISEDIAKAN OLEH: NAMA SUFIA BINTI FADLI SAH NO. KAD PENGENALAN 030511-01-0700 ANGKA GILIRAN 2021192340464 KUMPULAN A11 TAJUK TUGASAN BUKU LOG/FOLIO DIGITAL NAMA PENSYARAH PUAN PATMAVATHY A/P ALAGAPPAN TARIKH HANTAR 14 MAC 2024 TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
B U K U L O G PANDU P U T E R I SELALU SEDIA! UNITBERUNIFORM PANDU PUTERI
PISMP AMBILAN JUN 2021/2026 SUFIA BINTI FADLI SAH KELAS A11 NEGERI ASAL SKUDAI, JOHOR. SUBJEK MAJOR BAHASA MELAYU SUBJEK MINOR PENDIDIKAN MORAL EMAIL g-ipgp21191677 @moe-dl.edu.my
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 1-6 2 7-25 3 26-39 4 40-41 BAHAGIAN A: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Pengurusan dan struktur organisasi Persatuan Pandu Puteri Cawangan IPG KPM. Pengurusan dan sturktur organisasi Persatuan Pandu Puteri peringkat IPGMKBM. BAHAGIAN B: PRINSIP ASAS PANDU PUTERI Perlembagaan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia Lagu-lagu Pandu Puteri (lagu dunia, taps siang, taps malam) Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas (lagu-lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan maksudnya Bendera dunia dan maksudnya BAHAGIAN C: SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI Riwayat hidup pengasas Sejarah perkembangan World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGS) Sejarah Persatuan Pandu Puteri Malaysia BAHAGIAN D: ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH Perancangan tahunan program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas di sekolah rendah
BAHAGIAN A: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA PENAUNG KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah YANG DIPERTUA YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Dato’ Dr. Wan Ismail TIMBALAN YANG DIPERTUA YM Dato’ Tengku Shireen binti Almarhum Dato’ Paduka Tengku Suleiman KETUA PESURUHJAYA YBHG. Dato’ Yeoh Soo Keng LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN LEMBAGA EKSEKUTIF CAWANGAN 1
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 3
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI CAWANGAN IPG KPM PENAUNG YDP CAWANGAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN TIMB. KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN PESURUHJAYA BAHAGIAN PJ BAHAGIAN TUNAS PJ BAHAGIAN KLOVER (MEMANGKU) PJ BAHAGIAN TREFOIL GUILD PESURUHJAYA PERKEMBANGAN PJ KEAHLIAN PJ LATIHAN PJ DANA (MEMANGKU) PJ PROGRAM PJ ANTARABANGSA PJ STRUKTUR PJ KEMASYARAKATAN PJ KAMPUS 4
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI CAWANGAN IPG KPM 5
PENGURUSAN DAN STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN PANDU PUTERI PERINGKAT IPGMKBM KAPTEN Puan Ruziaton Binti Jamros LEFTENAN Puan Patmavathy A/P Alagappan KETUA KUMPULAN Nur Aisya Sofea Binti Yusof PENOLONG KETUA KUMPULAN Nurul Iman Syafiqah Binti Mohd Ahyaulumuddin SETIAUSAHA Siti Norbaiyah Binti Zulkifli BENDAHARI Sharipah Ayuni binti Nazli KESIDANG KETUA: Andrea Ling Ying Jia PENOLONG: Siti Nur Aishah Nurul Rabiatul Adawiyah 1. 2.Nur Aisya Sofea 3.Nur Alya Syahira 4.Sharipah Ayuni KETUA: Nor Anishah Suraya PENOLONG: Alysha Izlyn 1. Nur Atikah Nurul Iman Syafiqah 2. 3.Nurul Najwa 4.Siti Nur Ayuni SIANTAN CEMPAKA KETUA: Alia Natasha PENOLONG: Fatin Aqilah 1. Atirah Azizah 2.Nurul Zulaikha 3.Nur Aina Hazwani 4.Aufa Fasiha KENANGA KETUA: Nur Ain Mardiah PENOLONG: Nurarisya Liana 1. Shatya Varshini 2.Nurin Hanisa 3.Sufia 4.Nur Huda MELUR KETUA: Nurul Syuhada PENOLONG: Lily Kong Xiao Yieng 1.Nur Alya 2.Nur Zuhairah 3. Afiqah Faqihah 4. Norsolehah TERATAI KETUA: Aimi Zahirah PENOLONG: Nur Faiqah Najihah 1.Wan Noor Bayuni 2.Nurul Izzah 3.Najwa Hanafi 4.Nur Izzati 6
BAHAGIAN B: PRINSIP ASAS PANDU PUTERI
PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA PERKARA 1- NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI NAMA Persatuan ini dikenali sebagai Persatuan Pandu Puteri Malaysia. STRUKTUR Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. LOKASI Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, 59700 Kuala Lumpur, Malaysia. PERKARA 2- PERSETIAAN, UNDANG-UNDANG, KAEDAH DAN PORGRAM SERTA KRITERIA KEAHLIAN AMALAN AM PPPM mentaati Prinsip Asas Pandu Puteri yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Stephenson Symth Baden-Powell. PPPM adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. PPPM ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan dan setiap ahli mesti melafazkan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri. 7
i) PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi UndangUndang Pandu Puteri. ii) UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan 8
iii) KAEDAH DAN PROGRAM Kaedah dan program yang digunakan berasaskan kaedah dan program Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia yang merangkumi: Komitmen melalui Persetiaan dan Undang-Undang Perkembangan kendiri yang progresif Pembelajaran melalui perbuatan Kerjasama berpasukan menerusi sistem kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa Khidmat masyarakat Aktiviti luar Simbolisme 9
iv) KEAHLIAN Keahlian PPPM adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan, gadis dan wanita tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau dalam keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keahlian tahunan. Setiap ahli mesti membayar yuran keahlian tahunan atau yuran keahlian seumur hidup kepada PPPM. Keahlian seumur hidup dibuka kepada ahli dewasa berumur 35 tahun ke atas. PPPM membayar kuota untuk setiap ahli aktif kepada WAGGGS. Amaun yuran keahlian tahunan atau yuran keahlian seumur hidup akan ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan. Sebarang pertukaran kepada yuran tersebut mestilah mendapat persetujuan Majlis Kebangsaan di Mesyuarat Agung Tahunan. Sekiranya seseorang ahli gagal membayar yuran keahlian tahunan sebelum tarikh 30 April pada setiap tahun ahli tersebut: AHLI AKTIF tidak dibenarkan menghadirkan diri di Mesyuarat Agung Tahunan dan selanjutnya tidak dibenarkan mengundi; 1. tidak berkelayakan untuk dicalonkan untuk manamana jawatan dan selanjutnya tidak layak bertanding untuk mana-mana jawatan; 2. tidak layak untuk dicalonkan untuk mana-mana anugerah; 3. tidak dibenarkan untuk menyertai mana-mana aktiviti PPPM di mana-mana peringkat. 4. 10
AHLI TIDAK AKTIF Setiap ahli tidak aktif perlu menjelaskan yuran keahlian (sama ada tahunan atau seumur hidup) kepada PPPM tetapi PPPM tidak membayar kuota untuk setiap ahli tidak aktif kepada WAGGGS. Ahli-ahli tidak aktif PPPM merangkumi ahli aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif. AHLI KEHORMAT Setiap ahli kehormat tidka perlu menjelaskan yuran keahlian kepada PPPM. Ahli-ahli kehormat ialah ahli (jemputan) yang membantu mempromosikan PPPM seperti Ketua Pesuruhanjaya Persekutuan Pengakap Malaysia, pegawai dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, orangorang awam yang terkenal dan penting, serta individuindividu, termasuk pesuruhjaya-pesuruhjaya dan pemimpinpemimpin yang tidak lagi memgang waran. AHLI SUKARELA Terdiri daripada lelaki dan perempuan dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah mendaftar sebagai ahli sukarela Pandu Puteri dan ingin membantu PPPM. Misalnya dari segi bantuan teknikal dalam mana-mana bidang seperti kewangan, perhubungan awam, projek-projek khidmat, pembangunan, teknologi maklumat dan sebagainya. 11
PERKARA 3 TUJUAN DAN OBJEKTIF Mempromosikan Pandu Puteri ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-Prinsip Asas Pandu Puteri; Meluaskan sasaran PPPM untuk memberi kanakkanak perempuan dan gadis peluang-peluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan memberi khidmat di semua peringkat; Menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam negara dan seluruh dunia; Mempromosikan penglibatan secara aktif gadis di bawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di PPPM. 12
PERKARA 4- LENCANA PANDU PUTERI Lencana PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Lencana rasmi ini digunakan sebagai lambang pelantikan bagi semua kategori ahli aktif PPPM. Lencana rasmi ini digunakan sebagai lambang pelantikan bagi semua kategori ahli. PERKARA 5- LOGO PANDU PUTERI PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya. 13
PERKARA 6- PENAUNG PANDU PUTERI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG RAJA ZARITH SOFIAH Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja. menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 14
PERKARA 7- LEMBAGA EKSEKUTIF Lembaga Eksekutif PPPM ialah Lembaga Eksekutif Kebangsaan (LEK) dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan PPPM antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. LEK bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan LEK jika perlu. KEAHLIAN LEMBAGA EKSEKUTIF KEBANGSAAN LIMA PESURUHJAYA BAHAGIAN KEBANGSAAN ENAM PESURUHJAYA PERKEMBANGAN KEBANGSAAN LEK terdiri daripada pegawai-pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer Pesuruhjaya Pandu Puteri Dewasa Pesuruhjaya Guild Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Latihan Pesuruhjaya Program Pesuruhjaya Keahlian Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan 15
PERKARA 13 CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Institusi Pengajian dengan kelulusan dari LEK. Majlis Ketua Pesuruhjaya Cawangan (MPKC) terdiri daripada semua Ketua Pesuruhjaya Cawangan yang bertanggungjawab di atas: penyebaran maklumat & pemantauan di cawangan dan penyediaan semua maklumat cawangan dan daerah yang relevan kepada PPPM dan menyedia dan melaksanakan jadual aktiviti untuk cawangan selaras dengan perancangan strategik PPPM LEK mempunyai kuasa untuk menentukan cawangan persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil. 16
PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia dengan sedaya upaya: menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, menolong orang setiap masa dan mematuhi UndangUndang Pandu Puteri. UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan 17
SELALU SEDIA COGAN KATA PANDU PUTERI LAMBANG PANDU PUTERI PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya. Kesemua hakcipta dan harta intelek ke atas logo (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimilki oleh PPPM. Cawangan dan Daerah PPPM diberi kebenaran tidak ekskulsif untuk menggunakan logo sepanjang tempoh keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas logo. 18
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Semasa memberi isyarat hormat, tangan hendaklah diangkat separas dengan dahi dan berdiri dalam keadaan sedia. MAKSUD HORMAT PANDU PUTERI Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri . Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah. 19
BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat bagi Pandu Puteri disamping sebagai tanda untuk bertegur sapa sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan pengalaman BadenPowell sebagai askar di Afrika. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh diangkat termasuk untuk berjabat tangan sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan apabila mereka bertemu. Baden-Powell menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri. Di Malaysia, Pandu Puteri menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. 20
LAGU-LAGU PANDU PUTERI Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berl ipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini . Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janj i; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. LAGU DUNIA PANDU PUTERI LAGU TAPS SIANG PANDU PUTERI Kami puj i, Nikmat diberi, Matahari, Bintang-bintang, Langit biru, Mana pergi Hidup kami, Tuhan saksi . Thanks and praise, For our days, Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky, As we go, This we know, God is nigh. Malam datang, Siang hi lang, Dari laut, Dari gunung, Dari langit Semua selamat Sihat rehat Berkat tuhan. Day is done, Gone the sun, From the sea, From the hi l ls, From the sky, Al l is wel l, Safely rest, God is nigh. LAGU TAPS MALAM PANDU PUTERI 21
LAGU-LAGU PANDU PUTERI TUNAS Siantan datang berkawan, Berani macam pahlawan Melor taat dan setia, Berusaha setiap masa Kami bernama Kenanga, Berjasa bertenaga Cempaka bersukaria, Menolong orang duka kami Kesidang datang, Menolong pagi dan petang Teratai nama kami, Bekerja setiap hari 22
BENDERA MALAYSIA Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan. Putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan. Biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kuning bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan Garisan 14 Jalur merah dan putih mewakili status yang sama dalam persekutuan 13 negeri anggota dan wilayah persekutuan. Anak bulan membawa maksud Islam sebagai agama rasmi negara. Bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. 23
BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Tiga rangkaian daun lebar melambangkan Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. 24
BENDERA PANDU PUTERI DUNIA Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia. 25
BAHAGIAN C: SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI
RIWAYAT HIDUP PENGASAS Pada tahun 1909, di satu perhimpunan Pengakap di Crystal Palace muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan tersebut. Keinginan mereka untuk menyertai Pengakap telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap, Lord Robert Baden-Powell. Dalam masa beberapa bulan, beliau menubuhkan satu pergerakan untuk mereka dengan nama dan programnya sendiri di bawah pimpinan Agnes Symth Baden-Powell. Robert Baden-Powell memilih nama Girl Guides dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1912, Agnes menulis The Handbook for the Girl Guides iaitu sebuah buku panduan yang diadaptasikan dari buku Scouting for Boys oleh abangnya Robert Baden-Powell, untuk kegunaan Pandu Puteri. 26
Pada tahun 1912, semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, Robert Baden-Powell berjumpa dengan Olave Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom pada tahun 1918 dan sebagai World Chief Guide dalam tahun 1930. Lord dan Lady Baden-Powell telah berusaha untuk memperkembangkan pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap ke seluruh dunia. Lord Baden-Powell meninggal dunia pada tahun 1941. Lady Baden-Powell tetap meneruskan agenda dengan melawat sebanyak 111 negara termasuk Malaysia. Beliau kemudian meninggal dunia pada tahun 1977. RIWAYAT HIDUP PENGASAS 27
SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOCIATION OF GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) Persidangan Dunia Pertama yang diadakan di England, pada tahun 1920 merupakan peristiwa bersejarah yang memberi peluang kepada wakil Dunia Bimbingan Puteri dan Pengakap Puteri untuk bertemu dan bertukar idea dan pengalaman. Ini menyumbang kepada bukan sahaja pengalaman pengakap dan bimbingan antarabangsa yang dipertingkatkan dan diperkukuh, tetapi ia juga meningkatkan kesedaran dan profil pergerakan itu. Bimbingan Puteri dan Pengakap Puteri dikenali oleh Majlis Antarabangsa dan, buat pertama kalinya, kumpulan mula merancang perjalanan ke luar negara, dengan Perkhemahan Dunia Pertama dianjurkan bertepatan dengan Persidangan Antarabangsa Ketiga, pada tahun 1924, Foxlease, UK, dan membawa 1,100 gadis dan wanita muda bersamasama dari 40 negara. 28
SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOCIATION OF GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) Apabila Gerakan itu berkembang dan berkembang, wakil negara mula merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk mencipta sesuatu yang lebih kukuh dan mengikat dan idea untuk membentuk persatuan dunia telah dicadangkan selepas Persidangan Dunia Ke-4 pada tahun 1926. Pengasas Pergerakan, Lord Robert Baden-Powell, meminta pendapat semua Pandu Puteri dan organisasi Pengakap Puteri yang diketahui dan meminta mereka mempertimbangkan cadangan itu. Delegasi dari 26 negara bertemu di Persidangan Antarabangsa Kelima di Hungary pada tahun 1928, dan membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), dengan Biro Sedunia sebagai sekretariatnya yang akan ditempatkan di London, menggantikan badan penasihat, International Majlis ditubuhkan pada tahun 1919. 29
SEJARAH PERKEMBANGAN WORLD ASSOCIATION OF GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) Telah diputuskan bahawa Persatuan Dunia yang baru ditubuhkan akan mengadakan pilihan raya untuk menentukan Jawatankuasa Dunia, yang mana Lord dan Lady Baden-Powell, dan Pengarah Biro Dunia, akan menjadi ahli ex-officio. Persidangan Antarabangsa (kini dikenali sebagai Persidangan Dunia) diadakan setiap tiga tahun sekali dan sehingga hari ini kekal sebagai platform untuk membuat dasar dan keputusan bagi Organisasi Ahli. Persidangan Dunia Pertama memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman kolektif Bimbingan Puteri dan Pengakap Pengakap, dalam membawa beberapa negara bersama-sama untuk berkongsi visi mereka tentang pergerakan, membentuk masa depan dan hala tuju Dunia Bimbingan dan Pengakap - warisan yang berterusan dalam pergerakan global kita hari ini. 30
1917 Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Perempuan Methodist, Kuala Lumpur, dibantu oleh tiga orang pemimin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemard dilantik Yang Di Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya 1919 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Pulau Pinang 1921 Penubuhan Pasukan Pandu Puteri Perak 1920-an Pek Tunas Puteri yang pertama pula ditubuhkan di Sekolah Perempuan Kampung Baru, Kuala Lumpur 1923 Penubuhan Pasukan Kadet Pandu Puteri Pulau Pinang 1924 Pasukan Pandu Puteri Negeri Sembilan ditubuhkan pada tahun 1924 1925 Pasukan Pandu Puteri Melaka ditubuhkan Penubuhan Unit Renjer Puteri Pulau Pinang. Puan P.M. Robinson dilantik sebagai Ketua Unit Renjer Puteri Malaya. 1928 Kepanduan mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa ini. Kerajaan Negeri-Negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama seterusnya memberi sumbangan dan peruntukan tahunan sebanyak dua ribu ringgit. SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 31
1932 Pasukan Pandu Puteri Johor dan Pasukan Pandu Puteri Kedah ditubuhkan dan merupakan Pasukan Pandu Puteri yang pertama mengadakan kegiatan dalam bahasa Melayu 1934 Ketua Pengakap Lord Baden Powell Dan Ketua Olave, Lady Baden Powell telah mengadakan lawatan ke Malaya. 1937- 1946 Kegiatan kepanduan di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta pemerintahan kerajaan yang mana Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun. 1947 Kegiatan kepanduan yang tergendala telah dihidupkan semula dengan usaha-usaha menggalakkan lebih ramai lagi penyertaan gadis-gadis remaja apabila penubuhan Pasukan Pandu Puteri dilancarkan di semua negeri Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa orang ahli pandu puteri dan pemimpin dari PPPM telah mengambil bahagian dalam perhimpunan antarabangsa buat pertama kalinya. 1948- 1960 Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. 1957 Persatuan Pandu Puteri Malaya diterima bergabung dengan WAGGGS (Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia). Perjanjian Pandu Puteri yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan negara mula digunakan. 1960 PPPM telah diterima sebagai Ahli Tenderfoot WAGGGS, dalam Persidangan Dunia ke-17 di Athens, Greece. 1962 PPPM telah diberi penghormatan menjadi penganjur dan tuan rumah Persidangan Pemimpin Pandu Puteri Sedunia yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Disember. SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 32
1964 Dame Leslie Whateley, Pengarah Biro Dunia telah memberi Pengiktirafan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, gabungan Persatuan Pandu Puteri Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) hasil dari pembentukan negara Malaysia pada 1963. 1967- 1976 Sambutan Tahun Jubli Emas 50 Tahun disambut meriah dengan aktiviti – aktiviti Perkhemahan Jubli Emas. 1969 Perletakkan Batu Asas Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat dan Perasmian Bangunan Ibu Pejabat, Wisma Pandu Puteri oleh DYMM Sri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Intan Zaharah Ibni Almarhum Tengku Seri Setia Raja Terengganu. 1977- 1986 Sambutan Tahun Jubli Intan disambut dengan Jambori Jubli Intan, Penubuhan Guild Trefoil Malaysia, Bengkel Penyediaan Buku Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) Perkhemahan dan Perkhemahan Antarabangsa KEMMAS. Majlis Kebangsaan bersetuju menukarkan BROWNIE kepada TUNAS PUTERI. Pakaian seragam baru untuk Pandu Puteri, Tunas Puteri dan Pemimpin mula digunakan di seluruh negara. 1986 PPP Selangor dipecahkan untuk membentuk PPP Wilayah Persekutuan dan PPP Selangor. 1987- 1996 Merupakan tahun-tahun Kepanduan sebagai satu cabaran yang dimulakan dengan sambutan 70 Tahun Kepanduan di Malaysia secara besar-besaran di seluruh negara. PPPM telah menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat Jawatankuasa Asia Pasifik, Persidangan Ketua Pesuruhjaya Komanwel dan Jambori pandu Puteri Kebangsaan. Satu lagi detik sejarah PPPM ialah penubuhan Majlis Kadet Pandu Puteri Maktab Perguruan Malaysia di mana semua urusan latihan dan program kepanduan guru-guru pelatih dipertanggungjawabkan kepada Pesuruhjaya Kadet Pandu Puteri yang setaraf dengan Pesuruhjaya Negeri. Pelbagai Projek seperti Our Water Our World, Cleanathon, Round Robin, Kem Cabaran 96 telah dilaksanakan. SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 33
1997 Sambutan 80 Tahun PPPM dengan Semangat Keamanan dan Harmoni bermula. 1998 Sempena SUKOM ’98 di Malaysia, PPPM telah menganjurkan Perkhemahan Komanwel ’98. 1999 Bagi menyahut cabaran perkembangan era ICT, Laman Web PPPM telah mula dilancarkan dengan peningkatan maklumat dari semasa ke semasa. 2000 8 – 15 Febuari – Laporan Kemajuan WAGGGS ke atas Persatuan Pandu Puteri Malaysia oleh Jan Mac Intyre. Lawatan ke Selangor, Johor, Sabah, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Melancarkan Projek Biskut dan Penyerahan Jalur Gemilang – Ketua Kontinjen Bilateral Exchange Programme with China. Majlis Menandatangani Laman Web Persatuan Pandu Puteri Malaysia Pesta Tunas Puteri Antarabangsa 2000 / International Brownies Festival 2000. di UITM Shah Alam Selangor. Tema Kerjasama Sejagat Ke Arah Kesejahteraan Sedunia’ (Global Cooperation For A Better World) 11 negara mengambil bahagian. 20 – 26 November – Aktiviti Antarabangsa; ‘Bilaterial Exchange Programme Between Girl Guides Association Malaysia with The Chinese Young Pioneers’ (Program Pertukaran Malaysia – China) 2001 7-12 September – Kem Integrasi 2001: Kem ini yang disertai oleh peserta dari dalam dan luar negara dari Maldives, Korea dan Pakistan telah diadakan di Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Sekakap, Mersing, Johor. Projek Asia Pasifik: PPPM – Fiji GGA: Lend A Hand SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 34
2002 April – Majlis Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah, Bekas Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia Sambutan menyambut sempena 85 tahun Kepanduan di Malaysia. 2003 Projek Khidmat Hospital Majlis Renjer Puteri Kebangsaan telah dilancarkan di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Projek berterusan ini akan diadakan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bulan Oktober sempena Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia. Tema yang ditetapkan ialah "Kami Membawa Keriangan". Ahli Pandu Puteri Renjer akan berkhidmat di wad kanak-kanak (pediatrik). Projek "Lids for Limbs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Projek Bungkusan Kasih atau "Peace Packs" telah diterima untuk dijalankan di setiap cawangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 2004 Seramai 55 orang ahli Renjer Puteri dan Pemimpin mencipta sejarah mendaki Gunung Kinabalu dengan menyertai Ekspedisi Kinabalu Rakan Muda yang bertemakan "Menuju ke Puncak". Seramai 49 ahli berjaya ke Puncak. Persatuan Pandu Puteri Malaysia dipilih sebagai salah satu organisasi ahli WAGGGS untuk projek International Signature Programme (ISP), satu kerjasama antara The UPS Foundation, WAGGGS dan PPPM. Melalui projek ini, PPPM menerima geran daripada The UPS Foundation selama tiga tahun untuk mencapai beberapa matlamat. Cycleton Puteri Terengganu (Ogos 2004) - 290 ahli Pandu Puteri dan Renjer Puteri berbasikal 300 km merentasi negeri Terengganu bagi menjana dana untuk kanakkanak kurang upaya dan sakit kronik. Hasil kutipan dana telah dimasukkan ke Tabung Amal Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu. Ekspedisi Berbasikal Pulau Pinang (Oktober 2004) berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai "Ekspedisi Berbasikal Wanita yang Terbesar di Malaysia". SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 35
2005 21 - 23 Februari - Pada pertama kalinya "GirlGuides' Summit" diadakan di Hotel Kuala Lumpur International untuk ahli-ahli kepanduan lepasan sekolah. Seramai 105 orang peserta mengambil bahagian. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Peringkat Kebangsaan dengan tema "Makanan" turut diadakan di acara ini. Sebanyak 4,581 "Peace Packs" telah dihantar ke Iraq. Pengurusan penghantaran dibuat oleh Kementerian Luar Negeri dan kos penghantaran dibiayai oleh Kementerian Pertahanan. 16 - 17 April - Kursus Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS WAGGGS diadakan di Wisma Pandu Puteri dengan kerjasama Majlis AIDS Malaysia. Seramai 23 orang Jurulatih Kurikulum Lencana HIV/AIDS berjaya dihasilkan. 16-19 Ogos - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Perhimpunan Agung Pertama Sahabat Asia Pasifik WAGGGS (Friends of Asia Pacific WAGGGS) yang diadakan di Kuantan, Pahang dan disertai oleh 190 orang peserta dari 12 negara. 17 Ogos - Majlis Pelantikan KDYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al-Mutawakkil 'Alallah Sultan Iskandar Al-Haj, D.K.; D.K. (Johor); S.P.M.J. sebagai Penaung Di Raja Sahabat Rantau Asia Pasifik WAGGGS di Kuantan, Pahang September - Mesyuarat Meja Bulat di Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan Perlembagaan baru PPPM 20 Oktober - YABhg Datin Paduka Seri Endon Mahmood, Yang Di Pertua PPPM kembali ke Rahmatullah. SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 36
2006 Januari - Perubahan nama bahagian dalam PPPM berkuatkuasa: Pek Tunas Puteri / Pasukan Pandu Puteri / Unit Renjer Puteri diubah kepada Pasukan Pandu Puteri Tunas, Pasukan Pandu Puteri Remaja dan Pasukan Pandu Puteri Renjer. 13-17 Mac - Perkhemahan Pandu Puteri Remaja Peringkat Kebangsaan diadakan di Kem Bina Negara, Kaki Bukit, Perlis dan dihadiri oleh 600 orang peserta. 1 - 6 April - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada Seminar Penilaian Signature Programme Volunteerism yang dihadiri 27 peserta dari Malaysia, Hong Kong, Mexico, Afrika Selatan serta pegawai dari Biro Dunia WAGGGS, APCO Worldwide dan Points of Lights Foundation. Ketua Eksekutif WAGGGS, Lesley Bulman-Lever dan Pengarah Global Projek, Brenda Fitzpatrick bersama dengan rombongan PPPM mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia dan YB Puan Komala Devi, Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran Malaysia. Para peserta juga menghadiri Majlis Santapan bersama SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah, Penaung Di Raja PPPM. 26 April - 1 Mei -Ekspedisi Berakit Menyusuri Sungai Pahang. Ekspedisi 5 hari 4 malam sejauh 180 km disertai 140 orang ahli dan sukarelawan Pandu Puteri. PPPM mendapat hadiah Penyertaaan Terbanyak. 9 Jun - Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibentang dan diluluskan oleh Majlis Kebangsaan, berkuat kuasa serta-merta. 9 Jun - Pelancaran projek khidmat masyarakat yang baru "Program Etika Bendera: Kesedaran dan Penjagaan" telah disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid, Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan di Hotel Sutera Harbour, Kota Kinabalu. Julai - Modul Program Pandu Puteri Siswi dimantapkan Oktober - Projek Perintis Kempen Pendaftaran Pasukan dan Ahli dijalankan di kesemua 9 daerah di negeri Selangor. SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 37
2007 Januari - Pelaksanaan Perlembagaan baru Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Januari & Februari - Siri Bengkel Berfikir secara Kreatif "Scientific Creative Thinking" 19 Januari - Majlis Persembahan Selepang kepada SPB Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sebagai Penaung Di Raja Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Istana Negara 1 April - PPPM menerima tawaran daripada WAGGGS untuk menjadi Tuan Rumah Persidangan Rantau Asia Pasifik WAGGGS yang ke-9 3 - 9 Jun - Malaysia menjadi Tuan Rumah kepada "9th Asia Pacific Regional Conference and 3rd Friends of Asia Pacific WAGGGS Gathering". Keduadua acara ini diadakan di Sunway Resort dan dihadiri oleh 200 orang dari 22 negara di Rantau Asia Pasifik. Seramai 50 orang ahli dan sukarelawan PPPM berkhidmat sebagai sukarelawan di acara ini. Delegasi Malaysia ke Persidangan Rantau Asia Pasifik dianggotai oleh enam orang, termasuk dua orang Pemimpin Muda. 6 Jun - Forum Belia bertajuk "Voice of Girls and Young Women" diadakan sempena Persidangan Rantau Asia Pasifik. 100 orang ahli Pandu Puteri Remaja dari Malaysia dan Singapura mengambil bahagian. 7 Jun - Perjumpaan Ketua Eksekutif WAGGGS, Mary McPhail dengan ahli PPPM 6 September - Kunjungan Hormat kepada YABhg Datin Seri Jeanne Abdullah, Yang Di Pertua baru PPPM 9 Oktober - Lawatan Mesra YB Dato' Seri Azalina binti Dato' Othman Said, Menteri Belia dan Sukan bersama rombongan Kementerian Belia dan Sukan ke Wisma Pandu Puteri 25 November - Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-90 Persatuan Pandu Puteri Malaysia diadakan untuk ahli lepasan sekolah dengan kerjasama Empowering Potential Consultancy. SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 38
2008 19 Januari - Pelancaran "Kempen Mega Pendaftaran Keahlian Peringkat Kebangsaan" di Sungai Petani, Kedah 6 - 12 Julai - Delegasi Persatuan Pandu Puteri Malaysia menghadiri Persidangan Dunia WAGGGS Ke-33 di Afrika Selatan dan membentangkan pembidaan untuk Persidangan Dunia Ke-34, tahun 2011 17 - 22 Ogos - Perkhemahan Antarabangsa Pandu Puteri Remaja diadakan di Kem Bina Negara, Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak. Perkhemahan ini dihadiri oleh 500 peserta dari Malaysia, Maldives, Singapura, Sri Lanka, Hong Kong dan United Kingdom SEJARAH PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 39
BAHAGIAN D: ORIENTASI KURIKULUM UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH RENDAH
JANUARI PENDAFTARAN MESYUARAT AGUNG PEMBAHAGIAN KUMPULAN BERENAM FEBRUARI PRAPERSETIAAN PERSETIAAN PANDU PUTERI TUNAS UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI TUNAS MAC COGAN KATA PANDU PUTERI TUNAS MENGENALI DAN MENGETAHUI LOGO SERTA LENCANA PANDU PUTERI TUNAS KEMAHIRAN ASAS KAWAD APRIL NYANYIAN LAGU PANDU PUTERI TUNAS LATIHAN KAWAD MEI KESELAMATAN JALAN RAYA MEMBUAT KAD UCAPAN UNTUK KAWAN KEBERSIHAN TEMPAT PERJUMPAAN & DIRI SENDIRI JUN BELAJAR SIMPULAN KEMAHIRAN SIMPULAN LEMBARAN KERJA (SIMPULAN) JULAI MENGENALI DAN MENGETAHUI BENDERA PANDU PUTERI MEMBUAT LINGKUNGAN HORMAT PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS 40
OGOS PERMAINAN KIM KEMAHIRAN IKATAN SEPTEMBER PEMBINAAN GAJET MUDAH PEMBENTANGAN GAJET MUDAH OKTOBER KHIDMAT MASYARAKAT GOTONG-ROYONG KAWASAN SEKOLAH MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH NOVEMBER KEMAHIRAN RUMAH TANGGA ASAS MENJAHIT MELIPAT BAJU PERANCANGAN TAHUNAN PROGRAM UNIT UNIFORM PANDU PUTERI TUNAS 41
Sekian Terima Kasih