ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
▪ PENDAHULUAN 01
▪ BIODATA PELAJAR 02
▪ BIODATA TOKOH 03
▪ RASIONALITI PEMILIHAN TOKOH 03
▪ KELEBIHAN TOKOH 04
▪ BUKTI KREDIBILITI TOKOH 04
▪ JASA DAN SUMBANGAN TOKOH 05
▪ PENUTUP 06
9/11/2021 Annual Review 2i
PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca
buku skrap ini. Saya bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan taufiq dan inayah-Nya,
telah mengizinkan saya menyiapkan buku skrap yang bertajuk “Tokoh Kemerdekaan
Di Malaysia”.
Kita semua sedia maklum terdapat beberapa orang tokoh kemerdekaan di
Malaysia seperti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun V.T Sambanthan, Tun Abdul
Razak bin Hj. Dato’ Hussein, Tun Sir Henry Lee Hau Shik, Rentap, Tok Janggut, Mat
Kilau, Dato’ Maharajalela Pandak Lam dan Ibu Zain.
Salah seorang daripada tokoh tersebut yang dinyatakan di dalam buku skrap ini
ialah Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau merupakan Perdana
Menteri Malaysia Pertama dan juga dikenali sebagai “Bapa Kemerdekaan Malaysia”.
Saya berharap dengan adanya buku skrap ini, kita dapat mengenali beliau
dengan lebih dekat dan mengetahui perjalanan serta perjuangan beliau dalam
kemerdekaan negara kita Malaysia.
01
BIODATA PELAJAR:
9/11/2021 Annual Review 4 02
BIODATA TOKOH:
Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Profesi
Agama : Birokrat
Tempat Lahir
Tarikh Lahir : Islam
Zodiak
Warganegara : Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Pasangan
: Jumat, 6 Februari 1903
Ayah
: Aquarius
: Malaysia
: Meriam Chong (1933 – 1935),
Violet Coulson (1935 – 1946)
Syarifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990)
: Sultan Abdul Hamid Halim Shah
▪ PENDIDIKAN:
Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1911)
Penang Free School, Penang (1916)
Cambridge University (1924)
Inner Temple, London (1926)
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, adalah Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955. 03
Tunku juga merupakan Perdana Menteri Pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Beliau telah menyuarakan idea pembentukan
Gagasan Malaysia yang melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Pelbagai rintangan yang telah beliau lalui dan akhirnya
pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Laungan “MERDEKA” yang dilaungkan oleh beliau sebanyak 7 kali pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka menjadi laungan keramat dan
bersejarah. Sehingga kini peristiwa itu disebut-sebut dan tersemat di hati setiap rakyat Malaysia.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dianggap sebagai “Bapa Kemerdekaan Malaysia” dan beliau jugalah
merupakan “Bapa Malaysia”. Selain daripada itu beliau mempunyai hati nurani yang baik dan cintakan kedamaian sehingga digelar “Man of Peace”.
Pelbagai sumbangan dan jasa yang telah ditaburkan oleh beliau bagi pembangunan negara. Selian daripada seorang ahli politik beliau juga menyumbang
tenaga dalam aspek sosial seperti dalam bidang penulisan, kesenian dan lain-lain.
KELEBIHAN TOKOH 04
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum berjiwa rakyat meskipun beliau adalah keturunan di raja. Beliau lebih
mesra dikenali sebagai nama “Awang” di kalangan rakan-rakan serta orang kampung yang mengenali beliau.
Tunku telah berjaya mendapatkan biasiswa semasa di Penang Free School untuk melanjutkan pelajaran ke Cambridge
University pada Tahun 1924. Tuanku berhasil menyelesaikan ujiannya dengan baik dan lulus dengan gelaran BA.
Tunku juga merupakan seorang yang lantang bersuara memberikan pendapat. Pada usia beliau 16 tahun beliau telah
menunjukkan sifat kematangan di mana beliau telah membuat bantahan ke atas dasar pilihan warna kulit yang merupakan
syarat kemasukkan Cambridge University oleh St. Catherine College sehingga beliau diterima memasuki kolej tersebut. Tunku
telah berjaya memansuhkan dasar pilihan warna kulit sebagai syarat kemasukan Cambridge University di mana dasar yang
selama ini menjadi penghalang kepada pemohon kulit berwarna dari asia dan afrika.
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
• Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menubuhkan kabinet pertama yang dianggotai
oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India pada 10 Ogos 1955.
• Tunku telah dicabar menyelesaikan isu pemberontakkan komunis, lalu Rundingan Baling
telah diakan pada 28 – 29 Disember 1956 Bersama Chin Peng, Setiausaha Agong Parti
Komunis Malaysia (PKM).
• Tunku juga telah berjaya menewaskan gerakan “Ganyang Malaysia” iaitu ancaman konfrontasi yang digerakkan oleh
Indonesia pada masa itu.
• Detik 12 malam pada 30 Ogos 1957 bendera Union Jack diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan
digantikan dengan Bendera Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan. 31 Ogos 1957
pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Stadium Merdeka.
• Tunku telah berjaya menjadikan Malaya mempunyai tentera udara sendiri setelah mencapai kemerdekaan. Perkara ini
telah diumumkan beliau pada 23 Ogos 1957 sewaktu sempena pemeriksaan pasukan Auxiliary Air Force Squadron di
Singapura.
JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
• Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah menganjurkan pertandingan untuk
mencari lagu kebangsaan. Sejumlah 512 penyertaan telah diterima namun tiada yang sesuai. Beliau telah mengambil keputusan
untuk mengadaptasikan lagu rasmi Negeri Perak berjudul “Allah Lanjutkan Usia Sultan” sebagai lagu kebangsaan. Bersama-sama
panel juri , tunku menulis lirik baru lagu “Negaraku”.
• Pada tahun 1960-an negara tergolong di antara negara miskin dalam Dunia Ketiga. Walaubagaimanapun tunku telah berjaya
menaikkan hasil pendapatan negara dengan melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi setiap tempoh 5 tahun bermula
dengan Rancangan Malaya Pertama. Perusahaan getah dan perlombongan bijih timah serta lain-lain sumber asli negara
dipertingkatkan bagi pertumbuhan ekonomi negara dengan memberi tumpuan kepada sektor luar bandar.
• Pada tahun 1969 negara telah menjadi tuan rumah Persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) pertama semasa di bawah
pucuk pimpinan beliau. Tunku juga dilantik sebagai Setiausaha Agung Pertama OIC oleh Raja Faizal dari Jeddah. Tunku juga telah
memperkenalkan nama negara di persada antarabangsa terutamanya di kalangan negara-negara islam dengan memperkenalkan
Musabaqah Membaca Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
• Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah,
bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, merupakan orang pertama digelar
Bapa Bolasepak Malaysia. Beliau menerima anugerah tersebut sejak tahun 1957, iaitu
sejak bermulanya Kejohanan Bolasepak Piala Merdeka.
• Beliau merupakan orang yang bertanggung-jawab hingga membolehkan pasukan
bola sepak Kedah mara ke peringkat akhir Piala Malaya pada tahun 1940. Pada tahun
1957, Tunku telah mewujudkan Kejohanan Bola Sepak Piala Merdeka, yang disertai
oleh negara-negara kawasan Asia.
• Beliau dilantik sebagai Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun
1958. Setahun kemudian Tunku mengasaskan Kejohanan Piala Belia Asia. Tunku
telah menghadiahkan sebuah piala yang bersalut emas untuk kejohanan tersebut
yang dikenali sebagai Piala Rahman. Ia adalah untuk belia Asia bawah 18 tahun.
05
PENUTUP
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
telah meninggal dunia pada 06 Disember 1990 berusia 87 tahun di Hospital Besar, Kuala
Lumpur dan beliau telah disemadikan di Tanah Perkuburan Makam Diraja Langgar, Alor
Setar, Kedah pada 07 Disember 1990.
Sekian, untuk tatapan pembaca semua. Semoga bermanfaat dan dapat mengenali
tokoh kemerdekaan negara kita dengan lebih mendalam. Kegigihan dan ketabahan
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dalam
mengharungi pelbagai rintangan untuk kemerdekaan Negara Malaysia janganlah kita
lupakan. Sematkan di hati sanubari pada setiap generasi yang mendatang.
Oleh itu, ayuh generasiku kekalkan kemerdekaan negara kita yang berdaulat ini
dan jangan mensia-siakan usaha mereka yang terdahulu.
“Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”
SEKIAN, TERIMA KASIH. 06