The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by qurratuqaisaraaa, 2021-03-31 12:40:37

dato on jaafar 4

dato on jaafar 4

Tokoh
Dato’ Onn Jaafar
(Pemimpin Johor)

PENGENALAN DIRI

◈Nur Qurratuain Qaleisya Bt.Shafuddin
◈5 Gemilang
[email protected]
◈Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni

Km 24,Jalan Kluang,86400,Parit

Raja,Batu Pahat,Johor

2

1.PENGENALAN

Yang Dipertua pertama UMNO, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah dimartabatkan sebagai Pengasas

Sebuah Negara Bangsa dalam sejarah kemerdekaan negara. Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor

mahu Allahyarham dirujuk demikian setelah mengambil kira sumbangannya menyatupadukan penduduk

negara ini, termasuk ketika memulakan langkah tersusun menentang Malayan Union.

3

Sejarah perjuangan dan sumbangan besar Dato’ Onn Jaafar dalam menentukan hala tuju bangsa Melayu di
zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu patut dikenang dan diingati oleh seluruh rakyat Malaysia dan
dijadikan sebagai satu pembakar semangat bangsa Melayu agar dihormati di mata dunia sebagai bangsa
yang berani ,setia dan bersemangat waja dalam menuntut hak berkerajaan sendiri dan dipimpin oleh bangsa
sendiri.

4

2.BIODATA DATO’ONN JAAFAR 5

◈ Dato Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962). Beliau ialah pengasas dan Presiden Pertubuhan

Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Oktober

1946 tetapi tiga tahun kemudian, meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatiannya kepada

UMNO.

◈ Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato Onn ialah anak kepada Datuk Jaafar bin Haji

Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor, beliau dipelihara oleh

Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat pendidikan Melayu sebelum

melanjutkan pelajarannya di England.

◈ Dato Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada tahun 1934,

menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Disamping itu, beliau juga pernah

menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun, Dato Onn menjadi

Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor.

3.PENDIDIKAN DATO’ONN JAAFAR

Dato’ Onn Jaafar mendapat Pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England. Beliau
belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris yang menjaga beliau ketika menjadi anak angkat Sultan
Ibrahim. Pada tahun 1903, beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Alderbury Lodge di Suffolk,
England. Dato’ Onn meneruskan lagi pelajarannya setelah pulang ke tanah air pada (1910-1911) di Maktab
Melayu Kuala Kangsar. Setelah tamat pengajian, beliau pulang ke Johor Bahru dan berkhidmat dengan
kerajaan Johor sebagai kerani sambilan di Pejabat Perkhidmatan Pos.

6

Sekolah Tokoh Yang Dipilih

Sekolah Alderburgh Lodge Maktab Melayu Kuala Kangsar.
School, Suffolk, England
7

4. KERJAYA AWAL DATO’ONN JAAFAR Kelancangan dan keberanian beliau
mendapat liputan meluas dari akhbar-akhbar
Dato’ Onn Jaafar mula berjinak-jinak lain. Dato’ Onn Jaafar mula dikenali dan
dengan dunia kewartawanan bermula popular dengan cepat. Latar belakang beliau
daripada minat dan kebolehan beliau dalam juga diketahui dan ramai penulis dan
bidang penulisan. Beliau mengambil peluang masyarakat pembaca Melayu menyukai
baik ini apabila beliau diberi kepercayaan tulisan yang berani seperti tulisan Dato’ Onn
menyumbangkan sebuah rencana oleh Jaafar. Di samping itu, beliau juga pernah
sebuah syarikat akhbar iaitu Syarikat menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Akhbar Percetakan Singapura dan akhirnya Johor. Semasa zaman Pendudukan Jepun,
ditawarkan sebagai penulis tetap pada 1930 Dato’ Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan
Makanan Negeri Johor
ketika beliau berusia 35 tahun

8

5.0 KERJAYA POLITIK DATO’ONN JAAFAR

Kepimpinan Dato’ Onn Jaafar terserlah apabila beliau
dilantik khas menjadi pegawai daerah Batu Pahat bagi
menghentikan persengketaan kaum antara Melayu dengan

orang Cina. Majoriti orang Cina Batu Pahat telah
menyertai MPAJA ketika zaman Jepun kerana penindasan

tentera Jepun terhadap orang Cina.

Dato’ Onn telah berjaya memujuk Angkatan kumpulan
Selimpang Merah yang diketuai oleh Kiai Salleh agar
menghentikan serangan dan berdamai.Dato’ Onn segera
menubuhkan Kesatuaan Melayu Semenanjung Johor yang
akhirnya berjaya menyatupadukan persatuan dan kesatuan

Melayu seluruh Tanah Melayu bagi menghalang
pencabulan Inggeris dan menentang Malayan Union.

9

Dato’ Onn Jaafar telah dilantik menjadi Yang
Dipertua. Melalui UMNO, beliau menyusun
strategi dan aktiviti menentang Malayan Union
sehingga Inggeris terpaksa membubarkan
penubuhan Malayan Union pada 1 Februari
1948 dan digantikan dengan Persekutuan

Tanah Melayu.

Orang Melayu telah bersatu dan menubuhkan
tentera Selimpang Merah yang diketuai oleh

Kiai Salleh dan membalas serangan-
serangan orang Cina. Dalam masa yang

singkat beribu orang Cina terbunuh.

10

6.0 SUMBANGAN DATO’ONN JAAFAR 11
l. Menyeru Orang Melayu Bersatu Padu dan Menumpaskan Malayan union

Penentangan orang Melayu Union boleh dibahagikan
kepada dua peringkat yang utama iaitu secara individu
dan secara kolektif dan teratur pada peringkat pertama
pelbagai penentangan telah dilakukan antaranya
melalui akhbar-akhbar telah memainkan peranan
penting dalam membangkitkan penentangan orang
Melayu terhadap Malayan Union.

Orang Melayu telah diseru supaya bersatu
dalam usaha menentang Malayan Union dan
diseru supaya memulihkan pertubuhan yang
telah wujud dan menubuhkan pertubuhan
baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu
digabungkan bagi menguatkan penentangan
orang Melayu terhadap Malayan Union.

12

Dato’ Onn Jaafar telah membakar
semangat orang Melayu dengan menyeru
orang Melayu agar bersatu padu
menentang Malayan Union. Beliau
banyak menulis rencana menyedarkan
rakyat bahawa misi sebenar Malayan
Union tidaklah seperti yang dijanjikan
oleh pihak British.

13

ll. Cadangan Penubuhan Sebuah Parti Politik Untuk Menentang Malayan Union

Dato’ Onn telah mencetuskan penubuhan sebuah parti politik yang menyatukan parti-parti politik
seluruh Tanah Melayu yang boleh dijadikan wadah perjuangan orang Melayu bagi memperkasa
kemajuan bangsa. UMNO berjaya menyatukan orang Melayu daripada seluruh Semenanjung
Tanah Melayu. Ianya juga bertujuan bagi mewujudkan sebuah organisasi nasional yang boleh
menjaga kepentingan politik dan ketuanan Melayu. UMNO telah membuka minda bangsa Melayu
akan kepentingan pendidikan dalam meningkatkan dan memajukan jati diri orang Melayu.

14

lll.Menjelajah Seluruh Semenanjung Tanah Melayu Dan Bantahan Orang
Melayu Terhadap Malayan Union

““Tanah Melayu hak Melayu, Malayan Union tidak dikehendaki”,antara slogan

dalam penentangan Malayan Union.Orang Melayu juga menunjukkan bantahan
mereka terhadap Malayan Union. “Bersatu teguh bercerai roboh”,itulah semangat
yang patut diamalkan oleh seluruh orang melayu.

15

7.0 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH DICONTOHI OLEH GENERASI AKAN DATANG

Nilai bertanggungjawab di atas Nilai keberaniaan Nilai keprihatinan
tugasan yang untuk menentang terhadap masyarakat
segala cabaran.
dipertanggungjawabkan. sekeliling.

16

8.0 PENUTUP/KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat disimpulkan di sini adalah kita dapat melihat bahawa jasa Dato’Onn Jaafar yang
paling terbesar yang dilakukan oleh beliau kepada masyarakat setempat ialah kejayaan untuk
menyatupadukan seluruh umat Melayu untuk sentiasa bersabar dan berani untuk menempuh segala
cabaran yang dilalui oleh mereka. Selain itu,kita boleh mencontohi beliau dari segi nilai-nilai
kepimpinan yang ada pada diri beliau.Sebagai rakyat Malaysia,kita perlulah berasa bangga kerana
adanya pemipin seperti Dato’Onn Jaafar yang mempunyai pelbagai nilai-nilai diri yang bagus dan dapat
diikuti oleh generasi akan datang supaya “tak lapuk dek panas,tak lekang dek hujan”.Rakyat
Malaysia perlulah bersatu padu untuk sentiasa memperingati jasa-jasa pemimpin seperti beliau serta
pemimpin yang lain seperti membuat kempen “Hari Pejuang Negara” bagi memperingati pengorbanan
pemimpin-pemipin negara.Kita sebagai pewaris bangsa Melayu haruslah menjadikan gaya pemikiran
dan hala tuju beliau untuk membentuk generasi akan datang agar tidak hilang Melayu di dunia dengan
‘kemelayuan’ yang penuh dengan kesopanan,adat resam dan tradisi yang sentiasa terpelihara dengan

17
jenama Melayu.

9.0 SUMBER RUJUKAN

◈ https://www.slideshare.net/NoorliesHjSukur/tugasan-1-15267418
◈ https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
◈ https://pekhabar.com/kelahiran-dato-onn-jaafar/
◈ https://sgp1.digitaloceanspaces.com/proletarian-library/singapore-

malaysia/Anwar%20Abdullah/Biografi%20Dato'%20Onn%20Hidup%20Melayu%20%28267%29/B
iografi%20Dato'%20Onn%20Hidup%20Melayu%20-%20Anwar%20Abdullah.pdf

18

SEKIAN TERIMA
KASIH

19


Click to View FlipBook Version
Previous Book
NUR SYAMIMI BINTI JAFNI-BA 3- 2020092340162-BAMB3033
Next Book
Toluna-magasinet, april 2021