TAJUK : SEHATI MEMBURU IMPIAN
Tatabahasa : Kata Majmuk
OBJEKTIF :
Memahami dan menggunakan empat daripada lima
kata majmuk mengikut konteks
KRITERIA KEJAYAAN :
1. Memahami kata majmuk mengikut konteks
2. Menggunakan kata majmuk mengikut konteks
APA ITU KATA MAJMUK?
Gabungan dua atau lebih kata dasar
Membawa maksud tertentu
Dieja terpisah melainkan bentuk yang
telah mantap
TETAPI……..
Ada juga kata majmuk yang terbentuk daripada dua patah
kata yang berbeza tetapi maknanya sama atau hampir sama.
cantik jelita
hitam legam
hancur lebur
riang gembira
sunyi sepi
JENIS KATA MAJMUK
* KATA MAJMUK BEBAS
* KATA MAJMUK ISTILAH KHUSUS
* KATA MAJMUK KIASAN
* KATA MAJMUK MANTAP
KATA MAJMUK BEBAS
Terdiri daripada rangkai kata bebas (biasa)
Dieja secara terpisah
Kategori ini juga termasuk gelaran
Perdana Menteri Perdana Menteri
nasi minyak nasi minyak
tengah hari
tengah hari
KATA MAJMUK ISTILAH KHUSUS
Kata gandingan untuk istilah-istilah khusus dalam
pelbagai bidang seperti Sains, Matematik dan Geografi
tabung uji telefon bimbit keratan rentas
jangka sudut kanta lekap karbon dioksida
reka bentuk segi tiga cari gali
KATA MAJMUK KIASAN
Kata majmuk yang membawa maksud kiasan
Juga sering dirujuk sebagai simpulan bahasa
campur tangan geli hati kaki bangku
duit kopi ringan mulut buah tangan
anak emas
makan angin buah hati pilih kasih
mandi keringat hati terbuka
KATA MAJMUK MANTAP
Kata yang terdiri daripada dua perkataan tetapi dieja
rapat dan membawa SATU makna
15 KATA MAJMUK MANTAP
warganegara bumiputera olahraga
beritahu tanggungjawab suruhanjaya
tandatangan pesuruhjaya jawatankuasa
kakitangan matahari sukarela
setiausaha kerjasama antarabangsa
PERINGATAN…
Tanda sempang ( - ) tidak diperlukan dalam kata
majmuk kecuali kata majmuk itu digandakan
Apabila kata majmuk digandakan, hanya perkataan
pertama sahaja yang perlu diulang
CONTOH
XJam tangan-jam tangan itu mahal harganya.
/Jam-jam tangan itu mahal harganya.
JOM
UJI MINDA
1. Mayat mangsa kebakaran itu dibawa ke hospital
untuk ____________________.
A. uji kaji
B. kaji selidik
C. tunjuk ajar
D. bedah siasat
2. Sementara menunggu keputusan peperiksaan diumumkan,
abang membuat ____________________ di restoran itu.
A. kerja sambilan
B. kerja kosong
C. kerja rumah
D. kerja keras
3. “Pihak jabatan akan mengadakan sesi ________________
bagi meraikan kedatangan para pekerja baharu,” kata
ketua jabatan itu kepada pembantunya.
A. temu duga
B. soal siasat
C. ramah mesra
D. temu bual
KUIZ DALAM TALIAN
https://wordwall.net/play/22080/251/291
LATIHAN BERTULIS
ARAHAN KERJA :
SALIN NOTA JENIS-JENIS KATA MAJMUK BERSERTA CONTOH
RUJUKI BUKU TEKS HALAMAN 86
BACA PETIKAN DAN TULIS PERENGGAN PERTAMA HINGGA KETIGA DALAM BUKU TULIS
LENGKAPKAN PERENGGAN KEEMPAT DENGAN KATA MAJMUK BERDASARKAN GAMBAR
LENGKAPKAN PERENGGAN KELIMA DENGAN KATA MAJMUK YANG DIBERIKAN
BUAT LATIHAN TERSEBUT DI DALAM BUKU TULIS TATABAHASA