CIKGDUENGLAINANA
BIDANG : MENGGAMBAR
TAJUK : HITAM PUTIH KEHIDUPAN
TEKNIK : STENSILAN DAN CATAN
AKTIVITI :
MENGHASILKAN CATAN
RUPA POSITIF DAN RUPA NEGATIF
STENSILAN
• Merupakan teknik yang menggunakan acuan sebagai bahan untuk menghasilkan corak
pada sesuatu permukaan.
• Kelebihan stensilan ialah acuan yang dihasilkan boleh digunakan berulang kali untuk
menghasilkan imej dan corak.
• Menggunakan rupa bentuk gambaryang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu
cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan
warna disapu di atas stensil yang diletakkan di atas kertas, bahan warna akan melalui
ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang
itu memberi kesan kepada sifat garis luar bentuk yang dihasilkan.
CATAN
• Catan merupakan hasil seni bahantara warna pada permukaan yang rata seperti bahan
legap atau kanvas. Catan biasanya dihasilkan dalam bentuk dua dimensi sahaja.
• Bahan warna yang biasa digunakan untuk menghasilkan catan ialah warna air, warna
poster, cat air, cat minyak atau akrilik. Bahan pewarna dari tumbuh-tumbuhan pula
seperti kunyit, pinang, inai, senduduk juga boleh digunakan menghasilkan catan.
• Selain dari pewarna dan berus, peralatan dan bahan-bahan lain yang menghasilkan
catan bahan lain juga dibenarkan jika ia boleh memberi kesan yang menarik dan
menyeronokkan adalah digalakkan. Catan selalunya berfungsi menceritakan sesuatu
peristiwa atau memberitahu sesuatu maksud.
RUPA
• Rupa ialah hasil daripada pertemuan hujung garisan dengan permulaannya.
• Rupa boleh dihasilkan daripada garisan, warna dan jalinan.
Pertemuan antara permulaan dan penghujung sesuatu garisan menghasilkan rupa
RUPA RUPA
POSITIF NEGATIF
RUPA POSITIF IALAH RUPA NEGATIF IALAH
RUPA SESUATU OBJEK RUANG DI SEKELILING
RUPA OBJEK TERSEBUT
YANG TERLETAK DI
DALAM SATU KAWASAN
TERTENTU
ALAT & BAHAN YANG DIPERLUKAN :
KERTAS LUKISAN
PENSEL
GUNTING
WARNA AIR / WARNA POSTER (HITAM)
BERUS LUKISAN
PALET
SEGELAS AIR
AKHBAR LAMA
KAIN BURUK
LANGKAH 1
• Bahagikan kertas
lukisan kepada dua
bahagian
• Lukis motif pada satu
bahagian sahaja
LANGKAH 2
• Gunting bahagian
kertas lukisan yang
telah dilukis dengan
motif pilihan kamu
LANGKAH 3
• Potong lakaran motif
tadi menggunakan
gunting / pisau yang
tajam
LANGKAH 4
• Ambil sehelai lagi
kertas lukisan,
bahagikan dua juga
• Letakkan bahagian
motif yang bercorak
di sebelah kanan,
yang kosong di
sebelah kiri
LANGKAH 5
• Warnakan permukaan
sebelah kiri dalam
ruang kosong motif
itu dengan warna
hitam
LANGKAH 6
• Warnakan sehingga
memenuhi ruang
motif
LANGKAH 7
• Alihkan kertas motif
tadi. Terhasillah rupa
positif.
• Ambil berus yang
lebih halus untuk
merapikan di
bahagian tepi motif
supaya lebih kemas
LANGKAH 8
• Warnakan sebelah
kanan pula.
Warnakan bahagian
latar belakang motif
dengan warna hitam
juga hingga menutupi
keseluruhan kertas
lukisan sebelah
kanan itu. Terhasillah
rupa negatif.
Rupa Positif Rupa Negatif
D
A
H
S
I
A
P
!
SELAMAT
BERKARYA
TERIMA KASIH