The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-52345144, 2021-12-25 19:58:00

BUKU PERANCANGAN PROFESIONAL 2022

SMK TENGKU IDRIS SHAH

LAMPIRAN 2
(c) URUTAN ANJAKAN TRANFORMASI
Berdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara, kementerian telah
menyusun tranformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang.

Gelombang 1 (2013-2015)
Mengubah sistem dengan menyokong guru dan memberikan tumpuan

kepada kemahiran utama

 Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya dalam mata
pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains)

 Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras
tinggi

 Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan
penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning)

 Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka bentuk untuk
murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia

 Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan semula guru,
memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran pelbagai mod
(blended learning)

 Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian
 Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah

termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah
 Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan bagi guru

baharu
 Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5, 6 & 7 dan

mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kepimpinan
sekolah
 Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan penting
di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian
 Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan enrolmen, lebih
penglibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik
 Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan sektor
swasta.

Gelombang 2 (2016-2020)
Memacu peningkatan system

 Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) semula bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan
standard antarabangsa

 Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama
 Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris, dan mengukuhkan

penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan kemahiran bahasa secara
menyeluruh.

 Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi dan kumpulan
minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas

 Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah Kendiri
 Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian pengetahuan,

kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek kurikulum dan kokurikulum
 Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan laluan kerjaya guru

untuk mencergaskan semula profesion keguruan

LAMPIRAN 2
 Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula peranan Kementerian, JPNdanPPD

untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan
 Memperoleh akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai

persediaan murid ke universiti
 Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan

vokasional swasta

Gelombang 3 (2021-2025)
Menganjak ke arah kecemerlangan melalui peningkatan keluwesan operasi

 Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan
bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari bahasa
tambahan

 Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk
meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan

 Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin
sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mempunyai
kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional

 Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulumdan
pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua sekolah

 Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya
pegawai Kementerian

 Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan untuk
mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan

(d) KEBERHASILAN UTAMA

 100% murid celik Bahasa Malaysia dan menguasai kemahiran numerasi selepas 3 tahun
persekolahan; sasaran untuk celik Bahasa Inggeris akan ditentukan selepas garis asas diperoleh

 Enrolmen untuk prasekolah pada 92%, rendah pada 98% dan menengah pada 95%
 Pengurangan 25% jurang antara bandar dan luar bandar
 Prestasi Malaysia berada pada purata antarabangsa dalam kitaran TIMSS dan PISA seterusnya

Enrolmen prasekolah hingga menengah pada 100%
 Pengurangan 50% jurang bandar / luar bandar; pengurangan 25% dalam jurang sosio ekonomi dan

gender
 Pencapaian Malaysia pada kedudukan sepertiga teratas dalam TIMSS dan PISA
 Mengekalkan atau meningkatkan enrolmen
 Mengekalkan atau mengurangkan jurang bandar dan luar bandar; pengurangan 50% jurang sosio

ekonomi dan gender.

LAMPIRAN 2

LAMPIRAN 3

DASAR PENDIDIKAN & ISU

Bil Perkara Huraian
1 Pelan Strategik
 Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan
KPM 2021 - 2025 penguasaankemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris
secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk
mempelajari bahasa tambahan

 Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan
berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan
standard pembelajaran secara berterusan

 Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan
rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling
membimbing berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan
setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard
profesional

 Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan
autonomi
dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi
kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua
sekolah

 Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan
transformasi
Melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian

 Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan
sekiranya wujud keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan
pilihan persekolahan

2 Kurikulum Standard Mulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan
Sekolah Menengah KurikulumStandard Sekolah Menengah (KSSM) yang mula diguna pakai
(KSSM) pelajar tangkatan satu.

Adalah dimaklumkan Bahagian Pembangunan Kurikulum,
KementerianPelajaran Malaysia sedang dalam usaha untuk melaksanakan
tinjauan terhadap kandungan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah
sebagai persediaan menggubal Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM)yang akan dilaksanakan mulai tahun 2014.

Matlamat Kajian:
Matlamat tinjauan kurikulum Sejarah Sekolah Menengah ini adalah
untuk mendapatkan input dari masyarakat tentang aspek-aspek
yangterkandung dalam kurikulum Sejarah Sekolah Menengah, di
samping cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap kurikulum
matapelajaran Sejarah.

Objektif:
 Mendapatkan cadangan-cadangan penambahbaikan terhadap
kurikulum Sejarah Sekolah Menengah
 Mendapatkan input tentang aspek-aspek skop kandungan
Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah

3 Pentaksiran Konsep:
Berasaskan Sekolah PBS merupakan satu pendekatan pentaksiran bersifat holistik yang
(PBS) menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

(FPK) dan KSSR.

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah

4 Pentaksiran Bilik LAMPIRAN 3
Darjah (PBD)
secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya
dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS:
Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran
Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan
Pentaksiran Psikometrik.

Penambahbaikan PBS mulai April 2014
 DSP diganti menjadi Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
(PPPM)
 Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit tidak
perlu disediakan. Rekod PPPM dilakukan mengikut keperluan dan
kesesuaian.
 Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)- data
direkod dan dilakukan secara offline
 PMR digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Hal ini
bermakna tiada peperiksaan berpusat untuk murid tingkatan 3
mulai tahun 2014.
 PT3 merupakan pentaksiran sumatif di peringkat pendidikan
menengah rendah bagi melihat pencapaian akademik murid. PT3
akanditadbir oleh pihak sekolah mengikut panduan yang
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.

Pengenalan
Matlamat Panduan Pelaksanaan PBD Panduan Pelaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) disediakan untuk memberi kefahaman dan membantu
pentadbir sekolah dan guru dalam melaksanakan pentaksiran bagi
mendapat maklum balas berkaitan perkembangan pembelajaran murid dan
keberkesanan pedagogi. Maklumat daripada pentaksiran tersebut
digunakan untuk merancang tindakan susulan sama ada semasa
pengajaran dan pembelajaran (PdPc) atau selepas PdPc. Melalui panduan
ini guru diberi pendedahan tentang konsep, tujuan, ciri-ciri, kaedah, aspek
yang ditaksir, pertimbangan profesional, dan keperluan melaksanakan PBD
serta cara mengaplikasikannya di dalam bilik darjah.

Objektif
Melalui PBD, guru dapat:
1. mengesan pengetahuan sedia ada murid
2. mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
3. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam

pembelajaran dari semasa ke semasa
4. mengetahui keberkesanan PdPc
5. merancang, mengubah suai dan menambah baik kaedah PdP
6. menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Melalui PBD, murid dapat:
1. mengesan perkembangan diri
2. mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam pembelajaran
3. meningkatkan pencapaian pembelajaran

Tahap Penguasaan
Tahap Penguasaan dalam KSSR dan KSSM merupakan satu bentuk
pernyataan pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran
murid. Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras
penguasaan yang disusun secara hierarki dan digunakan untuk tujuan
rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan
ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan
dalam kurikulum. Taksonomi yang berkaitan kognitif, psikomotor dan
afektif digunakan sebagai asas membina tahap penguasaan dalam
Standard Prestasi.

LAMPIRAN 3

Standad Prestasi Standard Standard Prestasi
Standard Kandungan Pembelajaran

Pernyataan spesifik Suatu penetapan Suatu set kriteria

tentang perkara yang kriteria atau umum yang

murid patut ketahui indikator kualiti menunjukkan
dan boleh lakukan pembelajaran dan tahap-tahap

dalam suatu tempoh pencapaian yang penguasaan yang
persekolahan boleh diukur bagi perlu murid

merangkumi aspek setiap standard pamerkan sebagai
pengetahuan, kandungan. tanda bahawa

kemahiran dan nilai. sesuatu perkara itu

telah dikuasai murid.

Tanggungjawab Guru Dalam Pelaksanaan PBD

1. Guru mata pelajaran merupakan pelaksana dan memainkan peranan

utama dalam PBD. Tanggungjawab guru mata pelajaran termasuklah:
Memahami konsep, pelaksanaan dan kepentingan PBD

2. Melaksanakan PBD seperti yang dirancang dan mematuhi dokumen
3. KurikulumMenghadiri sesi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)

dengan rakan guru untuk mendapat input dan perkongsian profesional

tentang PdPc
4. Merekod dan membuat catatan PBD

5. Membuat pentaksiran secara adil dan saksama kepada semua murid
6. Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran agar sesuai dengan aras

keupayaan murid
7. Memaklumkan kepada murid aspek yang hendak ditaksir

8. Memaklumkan kepada murid Tahap Penguasaan yang diperoleh dan

memberi peluang kepada murid yang ingin ditaksir semula
9. Membuat penilaian kendiri bagi menambah baik pengajaran dan

pentaksiran

Hasil yang diharapkan
Pentaksiran merupakan sebahagian daripada PdPc. Pentaksiran dalam
bilik darjah ini menyumbang kepada pembentukan modal insan yang
holistik dan seimbang seperti dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Pelaksanaan pentaksiran yang berterusan dalam bilik darjah
diharap dapat diperkasakan dan dibudayakan oleh pihak sekolah.
Pembudayaan PBD dalam kalangan guru berupaya menghasilkan anjakan
kepada pendidikan yang tidak berorientasikan peperiksaan.

5 Program Vokasional  Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV)
Menengah Atas  PVMA memberi tafsiran Program Vokasional Menengah Atas iaitu
(PVMA)  penjenamaan kepada MPV. Pelaksanaan PVMA dapat mengekalkan
 matlamat asal MPV dengan penambahbaikan program tersebut,

iaitu
 memberi peluang kepada murid yang tidak cenderung dalam

bidang
 akademik untuk mengembangkan potensi dalam bidang vokasional

di
 samping dapat menyediakan kemahiran vokasional bagi murid

yang tidak berpeluang memasuki kolej vokasional. Oleh yang
demikian, matlamat tersebut selari dengan hasrat PPPM bagi
menyediakan akses yang lebih baik dalam pendidikan vokasional.

 PVMA mempunyai nilai tambah yang lebih baik untuk murid
berbanding

 dengan MPV sedia ada dan murid masih mempunyai laluan untuk
 meneruskan pendidikan dalam bidang kemahiran ke tahap yang

lebih
 tinggi di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Institut

Latihan
 Kemahiran Swasta (ILKS). Pelaksanaan PVMA ini membolehkan

murid

LAMPIRAN 3

 kekal di sekolah yang sama sehingga ke Tingkatan 5. Pelaksanaan
PVMA dijalankan secara berperingkat mengikut ketetapan yang
diputuskan oleh KPM.

 Visi :
 Visi PVMA ialah menyediakan sumber manusia yang berkemahiran

untuk memenuhi keperluan industri bagi pembangunan ekonomi,
sosial
 dan teknologi.

 Misi :
 Menyediakan tenaga manusia bersahsiah dan berkemahiran

o tinggi yang memenuhi keperluan pasaran;
 Membangunkan sistem pendidikan vokasional secara berkesan;
 Mengintegrasi teknologi dalam pendidikan vokasional;
 Menggalakkan hubungan antara industri dan

o masyarakat
 Memperkembang kemahiran vokasional secara kreatif dan

novatif.

 Matlamat:
 Matlamat PVMA ialah untuk membentuk lepasan Pendidikan

Vokasional
 yang;

 Bersedia menyertai pasaran kerja
 Menjadi Usahawan yang berdaya saing

Mampu melanjutkan pelajaran dan tahap kemahiran ke
o peringkat yang lebih tinggi.

 Hala Tuju:
 Murid yang menduduki program PVMA akan memperoleh:
 SPM serta Pernyataan Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)

bagi
 mata pelajaran akademik yang tertentu; dan
 Sijil kemahiran daripada badan pentauliahan kemahiran seperti

SKM.

6 Perantisan Industri Pengenalan
Menengah Atas Program perantisan industri menengah atas (PIMA) ialah satu program
(PIMA) aliran kemahiran di sekolah menengah secara kolaboratif antara

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan pihak industri. PIMA

merupakan perluasan kepada program perantisan yang ditawarkan di
Sekolah Menengah Vokasional mulai tahun 2010 dan program pendidikan

serta latihan di tempat kerja bagi mengembangkan potensi, minat dan

kemahiran yang boleh dipraktikkan melalui pengalaman secara usaha sama
dengan industri.

Objektif
Objektif program ini adalah seperti berikut
1. Meningkatkan peratus kehadiran perantis pada peringkat menengah

atas di sekolah dengan menyediakan alternatif pembelajaran dalam
bidang kemahiran.
2. Menimbulkan minat belajar perantis melalui pengalaman dalam
bidang kemahiran.
3. Menyediakan laluan kerjaya mengikut minat dan kecenderungan
Perantis.

Pelaksanaan
1. Program PIMA adalah selama satu tahun setengah hingga dua tahun.
2. Nisbah pembelajaran program PIMA adalah 40 peratus akademik dan

60 peratus latihan industri.
3. Pelaksanaan program tertakluk kepada takwim persekolahan semasa.

7 Program Guru LAMPIRAN 3
Penyayang
Perlaksanaan PIMA bagi perantis aliran perdana
1. Komponen akademik
i. Tiga mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan

Sejarah.
ii. Dua mata pelajaran aliran kemahiran (MPAK) iaitu Matematik dan

Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral perlu diikuti bagi
melengkapkan penawaran mata pelajaran mengikut kurikulum
kebangsaan.
iii. PDP mata pelajaran Sains dilaksanakan melalui elemen sains yang
diterapkan di dalam modul kemahiran atau kursus yang ditawarkan.
iv. Bilangan minimum pdp setahun yang dicadangkan adalah seperti

Bahasa melayu 128 jam
 Bahasa Inggeris 112 jam
 Sejarah 64 jam
 Matematik 64 jam
 Pendidikan Islam / Pendidikan Moral 85 jam

2. Komponen kemahiran
i. Program kemahiran yang diiktiraf oleh badan pentauliahan kemahiran

atau badan profesional.
ii. Struktur kurikulum di industri adalah bergantung kepada kemahiran

yang ditawarkan secara teori dan amali di industri.

Kriteria Pemilihan Perantis
1. Warganegara Malaysia
2. Mereka mestilah pelajar tingkatan empat dan lima,
3. Berisiko keciciran dan juga cenderung kepada program kemahiran

Kriteria Pemilihan Industri
1. Mestilah syarikat yang berupaya memberi kemahiran dalam
industri ringan
2. Mengutamakan aspek keselamatan.
3. Berhampiran dengan sekolah.

Proses Pemilihan
1. Peringkat pertama

Pihak sekolah akan mencari industri bersesuaian yang boleh
menawarkan latihan kemahiran.
2. Peringkat kedua
Tawaran kepada pelajar terpilih dengan mengisi borang dan perlu
menjalani temuduga bersama kaunselor sekolah untuk menjalani
ujian psikometrik bagi mengenal pasti minat mereka.
3. Peringkat ketiga
Melalui semua peringkat saringan disiplin
4. Peringkat keempat
Memberi surat tawaran kepada murid yang terpilih mengikut kriteria
yang telah ditetapkan

Hasil Yang Diharapkan
Pelaksanaan program PIMA ini diharap dapat membantu dalam
menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti serta
bantuan yang bersesuaian dengan keperluan bagi menjamin kejayaan
perantis-perantis di sekolah serta memupuk semangat kerjasama ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta

KPM melancarkan pelaksanaan Guru Penyayang sempena Sambutan
Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2012. Pelaksanaan Guru Penyayang
adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih
sayang di sekolah.

Konsep:
Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian
(concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya

LAMPIRAN 3

(every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang,
bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati,
sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Membudayakan amalan penyayang
merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid,
ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan
budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan
jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya,
guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;

 Mengalu-alukan kehadiran murid
 Pelaksanaan Program Mentor Mentee
 Memberi penghargaan kepada murid

Objektif:
Objektif pelancaran pelaksanaan Guru Penyayang adalah;

agar guru menjiwai bahawa amalan penyayang adalah budaya guru,
 agar guru menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat

kepada sekolah,
 agar guru menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah,

dan
 agar guru menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan

masyarakat kepada sekolah.

8 Melindungi Masa -Masa instruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya
Instruksional (MMI) digunakan untuk aktiviti pembelajaran tanpa gangguan.

-Melindungi masa instruksional bermaksud untuk mengurangkan
gangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang

dirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang menjamin
pembelajaran bermakna/pembelajaran berkesan dalam kalangan murid

yang dilaksanakan oleh guru.

-Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi
pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara

berkesan di sekolah. Melindungi masa instruksional perlu diberi
perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran

murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif dan

inovatif. Malah, kejayaan melaksanakan fungsi ini dapat menyediakan
murid-murid untuk menghadapi semua peringkat peperiksaan dengan

lebih sempurna.

Fokus Pendidikan:
3 fungsi utama pendidikan adalah murid, guru dan pentadbir

Semua Pengarah JPN diminta untuk memberi fokus terhadap perkara-
perkara berikut:

i. Tumpuan kepada disiplin murid.
ii. Program Guru Penyayang.
iii. Memastikan guru berada dalam kelas semasa proses pengajaran dan

pembelajaran bagi melindungi waktu pembelajaran murid.
iv. Memastikan pentadbir berada di sekolah.
 Bahagian-Bahagian terlibat yang kerap memanggil guru-guru keluar,

perlu membuat perancangan secara serius dan hanya memanggil guru
sekiranya perlu sahaja.
 Bilangan guru yang dipanggil keluar perlu diminimakan dan surat
panggilan dikeluarkan hendaklah melalui autoriti. Antara langkah dan
cara para guru dapat melindungi masa instruksional:
1. Melaksanakan perancangan tahunan, mingguan dan harian

berdasarkan tugasan yang diberi.
2. Menjalankan pdpc mengikut waktu yang ditetapkan.
3. Menjalankan pdpc seperti yang dirancang.
4. Mengutamakan kekesanan pdpc di dalam bilik darjah.
5. Mengoptimumkan masa instruksional di dalam bilik darjah.
6. Berusaha meningkatkan peluang murid-murid untuk belajar.

9 DELIMa LAMPIRAN 3

7. Berusaha mendisiplinkan murid-murid supaya mereka hadir ke
sekolah serta masuk ke dalam bilik darjah mengikut ketetapan
waktu.

Pengenalan :
KPM telah melancarkan pelantar pembelajaran digital yang baharu iaitu
DELIMa, akronim bagi Digital Educational Learning Initiative Malaysia yang
melibatkan kerjasama 3 rakan strategik utama iaitu Google, Microsoft dan
Apple.

Ia merupakan penjenamaan semula bagi platform MOE Digital Learning
yang dibangunkan oleh KPM pasca Frog VLE menawarkan aplikasi dan
perkhidmatan Google Classroom, Microsoft Office 365 dan Apple Teaching
Learning Centre.

Kandungan pembelajaran kepada murid dan guru dibekalkan dengan
kerjasama pelbagai pihak seperti MDEC, Digi, UNICEF, ASTRO dan
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).

Tujuan :
 Menyediakan akses pembelajaran digital ke seluruh ekosistem
teknologi di samping membolehkan aktiviti pembelajaran dibuat
di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja dan
platform ini dijangka bakal membuka era transformasi digital
baharu di Malaysia.

10 i-THINK & I-THINK membawa maksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif).
Kemahiran Berfikir Murid perlu dibekalkan dengan kemahiran berfikir. Program ini untuk
Aras Tinggi (KBAT) mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis
serta inovatif.

Tujuan :
 Melahirkan modul insan masa hadapan yang mempunyai pemikiran
kreatif, kritis dan inovatif.
 Memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya
saing.

Apa yang diharapkan daripada program I-Think?
 Dengan menggunakan alat berfikir (Thinking tools)murid lebih
fokus dan berkeyakinan di dalam kelas.
 Aktiviti berpusatkan murid.
 Prestasi murid meningkat setelah menggunakan alat berfikir dalam
pengajaran dan pembelajaran.
Hubungan guru dan murid semakin rapat kerana guru berperanan
sebagai fasilitator.

Peta Pemikiran :
Di dalam program i-THINK, Peta pemikiran diperkenalkan, peta ini
mengandungi 8 peta pemikiran. Setiap peta pemikiran mempunyai
proses pemikiran yang disesuaikan mengikut tajuk atau unit pelajaran.
i. Circle Map (Peta Bulatan)
ii. Bubble Map (Peta Buih)
iii. Flow Map (Peta Alir)
iv. Brace Map (peta Dakap)
v. Tree Map (Peta Pokok)
vi. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)
vii. Multi-Flow Map (Peta Pelbagai Alir)
viii. Bridge Map (Peta Titi)

Definisi :
KBAT menurut definisi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah
keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai
dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,

LAMPIRAN 3

membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT
mengambil cara pemikiran yang diilhamkan dalam Taksonomi Bloom iaitu
apilkasi, analisis, menilai dan mencipta. Proses KBAT ini memerlukan
pemikiran yang meluas dan mendalam.

Ciri-ciri KBAT :
Skop yang luas: pengetahuan asas sebagai keperluan.
Fakta: tidak spesifik dan merentasi mata pelajaran.
Bermakna: boleh ditafsir dan mencabar.
Stimulus: situasi baru yang bukan laizm bagi murid. Guru perlu
memberi maklumat secukupnya kepada murid.
Respon murid: perlu ada kepelbagaian di mana ia boleh melibatkan
lebih dari satu jawapan.

11  Sarana  Pengenalan
Sekolah  Sarana ini disediakan khas untuk kegunaan pihak sekolah dan
 dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah

(Persatuan
 Ibu Bapa dan Guru, Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas
 Murid/Alumni, Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli

komuniti).
 Tujuan asasnya ialah untuk mempertingkatkan kerjasama antara

pihak
 sekolah dan pihak-pihak lain yang turut mempunyai kepentingan

dengan sekolah.

 Mengapa Ibu Bapa Perlu Dilibatkan di Sekolah?

 Faedah kepada murid
 Mendapat gred yang lebih baik
 Menunjukkan tingkah laku yang lebih baik
 Mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik
 Dapat menyesuaikan diri dengan lebih mudah di sekolah.

 Faedah kepada sekolah
 Mencapai gred dan markah ujian yang lebih tinggi
 Pencapaian akademik jangka panjang
 Murid menunjukkan sikap dan tingkah laku positif
 Program sekolah lebih berjaya sekolah lebih berkesan

 Halangan Kepada Penglibatan Ibu Bapa Yang Berjaya
 Tanggapan ibu bapa
 Tidak mempunyai masa
 Kekangan bahasa: tidak fasih menggunakan Bahasa Malaysia/

Bahasa Inggeris
 Pihak sekolah tidak mengalukan kehadiran ibu bapa
 Tiada apa yang dapat disumbangkan
 Ibu bapa tidak perlu terlibat kerana mendidik murid ialah
 tanggungjawab sekolah

 Tanggapan pihak sekolah
 Ibu bapa tidak mahu terlibat dengan sekolah
 Kehadiran ibu bapa di sekolah hanya akan mengganggu

pentadbiran dan perjalanan sekolah
 Pihak sekolah cukup arif tentang cara mendidik murid, tidak perlu

campur tangan ibu bapa

 Hasil yang diharapkan

 Peningkatan dalam penglibatan ibu bapa dan komuniti dengan
sekolah

 akan memberi peluang kepada ibu bapa dan komuniti memahami
 pentadbiran, tanggungjawab dan aktiviti sekolah dengan lebih

jelas.
 Apabila mereka memahami keadaan yang berlaku di sekolah,

LAMPIRAN 3

mereka
 dapat membantu pihak sekolah dan murid dengan lebih berkesan.

12 Sarana Ibu Bapa Pengenalan :
(KSIB) Merupakan satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu
bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi
kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta.

Sarana ini ditujukan khas kepada ibu bapa (IB) dan boleh dikongsikan
bersama-sama ahli keluarga yang lain. Tujuan asasnya ialah untuk
membantu ibu bapa melaksanakan tugas pertama dan paling penting,
mendidik anak-anak mereka. Sarana ini mengandungi soal selidik untuk
ibu bapa dan boleh dianalisis sendiri untuk menentukan tahap penglibatan
dalam pembelajaran anak.

Kenapa ibu bapa patut terlibat dalam pembelajaran anak?

Faedah kepada anak: Faedah kepada ibu bapa:
 Mendapat markah dan  Boleh belajar bagaimana
gred ujian yang lebih untuk membantu anak
baik. menyelesaikan kerja
rumah
 Mempunyai nilai kendiri
dan motivasi yang lebih  Ibu bapa dapatmengetahui
tinggi. prosedur dan kaedah
membantu anak di sekolah
 Kehadiran ke sekolah
lebih bagus.  Dapat berkongsi ilmu
keibubapaan bersama ahli
 Kadar pelanggaran PIBG yang lain.
disiplin sekolah
berkurangan.  Anda akan dapati lebih
mudah untuk menyediakan
 Keciciran persekolahan suasana rumah yang sihat
dapat dielakkan.

Peranan ibu bapa/penjaga :
i. Jurulatih : Menyediakan peluang dan ruang belajar yang seluas-luasnya

untuk anak belajar di sekolah dan di rumah dengan memberi fokus

kepada bimbingan kemahiran latihan pembelajaran.
ii. Mentor : Menasihat, membimbing, mengajar, menyokong, menjaga,

menggalakkan, menunjuk cara dan lain-lain
iii. Penyokong : Menyokong, mempertahankan, meyakinkan anak.
iv. Sentiasa bermaklumat : Terkini dengan apa yang berlaku disekolah.
v. Menjadualkan kehidupan : Mengaturkan kehidupan supaya tenteram,

tenang dan bahagia.
vi. Sahabat kepada anak remaja : Mendampingi anak remaja sebagai

sahabat.
Hasil yang diharapkan :
Ibu bapa boleh menggunakan analisis kendiri bagi mendapatkan profil
keterlibatan dalam pembelajaran anak dan merancang program
peningkatan kendiri. Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
boleh merancang program bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak bertujuan menghasilkan suatu persekitaran
pembelajaran yang berkesinambungan dari sekolah ke rumah dan
komuniti.

LAMPIRAN 3

13 Penilaian PBPPP diilhamkan berasaskan Makmal GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan
Bersepadu Pegawai Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. PBPPP dibangunkan berasaskan
Perkhidmatan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), Kriteria Kecemerlangan, Standard
Pendidikan (PBPPP) Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), Penilaian Kompetensi dan Prestasi

(PROSPEK), Standard Guru Malaysia (SGM), Standard Kompetensi
Kepengetuaan Sekolah Malaysia (SKKSM), Instrumen Kompetensi

Pemimpin Sekolah (KOMPAS), Instrumen Penilaian Kepimpinan
Instruktional, Penilaian, Guru Cemerlang dan Penilaian Pengetua dan

Guru Besar Cemerlang.

14 MBMMBI Matlamat :
(Memartabatkan Membuat penilaian menyeluruh yang menggabungjalinkan kompetensi
Bahasa Malaysia & dan keberhasilan PPP dalam usaha meningkatkan kecekapan dan
Memperkukuh komitmen bagi melahirkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Bahasa Inggeris) berprestasi tinggi untuk mendukung aspirasi ke arah pendidikan berkualiti
tinggi serta negara maju.

Objektif :
i. Menilai kompetensi PPP
ii. Menilai keberhasilan yang merupakan hasil kerja PPP.
iii. Mengenal pasti jurang kompetensi PPP untuk diberikan

pembangunan profesional berterusan (CPD).
iv. Mengenalpasti keperluan latihan PPP untuk pembangunan kerjaya.

Komponen :
PBPPP diasaskan daripada Standard Prestasi yang merupakan dokumen
piawai kompetensi teras dan profesional yang perlu dicapai oleh PPP
mengikut bidang/tugas berdasarkan satu penanda aras yangditetapkan.
Komponen PBPPP terbahagi kepada dua iaitu PenilaianKompetensi dan
Keberhasilan. Penilaian kompetensi terdiri daripada 4 dimensi iaitu Nilai
Profesional, Pengurusan Aktiviti, Sumbangan dan Kemahiran serta
digabungkan dengan keberhasilan bagi melibatkan dimensi keberhasilan
sahaja.

Standard Prestasi :
Standard prestasi merupakan satu piawai yang perlu dicapai oleh PPP
dalam sesuatu bidang/ tugas berdasarkan satu penanda aras yang
ditetapkan.

Standard prestasi dapat memandu penilai dalam melaksanakan aktiviti
penilaian prestasi secara objektif, adil dan telus. Selain itu, standard
prestasi juga dapat membantu Pegawai Yang Dinilai (PYD)
mengenalpasti tahap pencapaian yang diharapkan kepadanya dan
berusaha untuk meningkatkan kompetensi melalui pelbagai kaedah
peningkatan profesionalisme secara berterusan.

Dimensi PBPPP :
Instrumen penilaian ini mengandungi empat dimensi penilaian kompetensi
dan keberhasilan iaitu Nilai professional, Pengurusan aktiviti/ hubungan
luar, Sumbangan dan Kemahiran.
Tempoh Penilaian :
Fleksibiliti diberi kepada organisasi untuk melaksanakan penilaian dalam
tempoh satu (1) tahun penilaian. Namun, BPPK akan menetapkan tarikh
akhir melengkapkan penilaian dan penghantaran skor penilaian bagi semua
PYD dalam organisasi masing-masing.

MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 2011
bagi menggantikan PPSMI secara ‘soft-landing’.

MBM:
Strategi memartabatkan BM melibatkan penggunaan BM sebagai bahasa
pengantar sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah
menengah serta penambahbaikan terhadap pendekatan pengajaran dan
pembelajaran (p&p) BM.

 Transformasi Kurikulum BM

15 Hari Sukan Negara LAMPIRAN 3

 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P BM
 Meningkatkan kapasiti guru BM (dalam perkhidmatan dan pra

perkhidmatan)
 Meningkatkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah

MBI:
Strategi memperkukuh penguasaan BI melibatkan penambahbaikan
kurikulum BI serta penyediaan guru dan bahan yang mencukupi dan
berkualiti bagi melaksanakan kurikulum tersebut.

 Transformasi Kurikulum BI
 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P BI
 Meningkatkan kapasiti guru BM (dalam perkhidmatan dan pra

perkhidmatan)
 Menggunakan perkhidmatan penutur jati BI sebagai mentor dan

Training Fellows
 Menggunakan perkhidmatan guru bersara BI sebagai guru

kontrak BI
 Penempatan semula guru BI
 Meningkatkan aktiviti bahasa di luar bilik darjah

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu
minggu kedua bulan Oktober setiap tahun dan akan diraikan secara
serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan
sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu
menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada
hari berkenaan.

Latar Belakang:
 Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian

Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam
proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia
sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).
 Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan
matlamat negara ke arah Wawasan 2020.
 Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan
menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan
dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif
bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus
berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju.

Objektif:
1. Menerapkan budaya sukan dalam kalangan rakyat.
2. Memupuk semangat perpaduan dkalangan rakyat.
3. Pembangunan ekonomi negara melalui pembangunan industri
sukan.
4. Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat.
5. Mengiktiraf rakyat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti
membangunkan sukan di peringkat akar umbi.

16 Sekolah Selamat Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah KPM untuk
mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang
mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid
dari aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam, sosial
dan persekitaran atau lokasi.

Konsep:
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di
mana warga sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-
mana pihak sama ada dari dalam ataupun luar sekolah.
Elemen Sekolah Selamat:

 Keselamatan murid pergi balik sekolah.
 Keselamatan warga sekolah.

17 Sekolah Dalam LAMPIRAN 3
Hospital (SDH)
Matlamat:
18 Dialog Prestasi Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara
berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat. Usaha ini
akan menjadikan semua sekolah di negara ini sentiasa berada di tahap
selamat yang tinggi dan meyakinkan kepada semua pihak.

Latar Belakang:
 Sekolah dalam hospital merupakan inisiatif bersama KPM, KKM &
Yayasan Nurul Yakeen terhadap keperluan pendidikan kepada
murid yang berada di wad hospital.
 Berorientasikan didik hibur & fleksibel dalam persekitaran kondusif
berlandaskan model Australia
 Jawatankuasa projek hati nurani di bawah naungan YBhg Puan Sri
Noorainee bt Abd Rahman, isteri Timbalan Perdana Menteri ketika
itu pada tahun 2012

Objektif:
 Menyediakan pendidikan tanpa batasan tempat dan keadaan
 Pendidikan berterusan

Dialog prestasi kini adalah satu langkah intervensi bagi menggerakkan
secara optimum kecemerlangan sekolah. Dialog Prestasi menjadi
pertemuan antara PPD dengan guru-guru dan antara pentadbir dengan
guru-guru yang mana kaedah Taklimat dan Mesyuarat dikurangkan.
Diaolog lebih bersifat dua hala dan berfokus serta praktikal dalam
mengatasi masalah dan melaksanakan aktiviti bersumberkan data.

Definisi :
Forum untuk menyemak prestasi berdasarkan data dan fakta, dan
mengakhirinya dengan satu set konkrit tindakan seterusnya untuk
dilaksanakan oleh JPN/PPD/Sekolah.

Kementerian, JPN, PPD, pemimpin sekolah, dan guru akan mengadakan
sesi dialog prestasi secara berkala bagi memastikan sekolah, daerah
dan negeri berada pada landasan yang betul untuk mencapai sasaran
yang ditetapkan. Dialog ini bercirikan penggunaan data prestasi
terperinci bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan, diikuti dengan
semakan semula pelan pelaksanaan dengan segera bagi memastikan isu
diselesaikan. Dialog prestasi ini dijangka diadakan sekurang-kurangnya
dua kali setahun.

Objektif :
 Fokus dan akauntabiliti : memastikan organisasi fokus kepada

penyampaian dan memastikan akauntabiliti
 Memantau prestasi : memastikan sistem berada pada landasan betul

untuk mencapai aspirasi
 Mengenal pasti masalah : mengemukakan isu-isu yang menghalang

kemajuan dan menganalisis data untuk menentukan punca
 Penyelesaian masalah dan sokongan : menyediakan forum untuk

membincangkan cara untuk mengatasi cabaran dan berkongsi
amalan terbaik
 Memajukan isu : memajukan isu-isu yang perlu diselesaikan kepada
pihak pengurusan atasan yang lebih tinggi

LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

PLC (Professional Learning Community)

Latar Belakang

Naratif Baharu Amalan Pendidikan melalu Sub Naratif 2, iaitu pembangunan kompetensi guru
telah meletakkan peranan guru daripada pembangunan kapasiti kndiri kepada sokongan professional.
Professional Learning Community (PLC) merupakan salah satu inisiatif KPM untuk meningkatkan kualiti
guru.

PLC di Malaysia telah bermula pada tahun 2011, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah
mengambil inisiatif untuk memperkasakan dan menggerakkan PLC di 289 buah sekolah berprestasi
rendah di seluruh Negara. Bilangan ini merujuk kepada 274 buah sekolah menengah dan 15 buah
sekolah rendah daripada 14 JPN dan 99 PPD. Pada peringkat permulaan, alat kolaboratif Lesson Study
dipilih sebagai perkongsian amalan terbaik.

Hasrat utama PLC tertumpu pada perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru, membina
hubungan yang berkualiti, merancang program berfokus, menggerakkan sumber sedia ada di
persekitaran dan dan berkongsi kepemimpinan dalam merealisasikan Dasar pendidikan Negara untuk
membina modal insan berkualiti pada masa hadapan.

Pembudayaan PLC merujuk kepada amalan para pendidik yang komited, bekerja secara
kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuri dan kajian tindakan untuk meningkatkan
pencapaian murid. Amalan PLC dapat mewujudkan kerjasama dan semangat kesukarelaan dalam
kalangan guru yang menjurus kepada peningkatan kualiti profesionalisme guru.

Pembudayaan PLC di peringkat sekolah dapat menambah baik secara berfikir, nilai dan
kemahiran sedia ada dalam kalangan guru dan murid. Di samping itu, pelaksanaan PLC secara
bersepadu menjadi simbol yang komprehensif dalam mencabar dan memotivasikan guru untuk
menzahirkan jati diri sebagai pemimpin intruksional di sekolah.

Definisi dan Idea Utama

Definisi

Sekumpulan guru yang komited dan berkolaboratif secara berterusan untuk meningkatkan kualiti guru
dalam merealisasikan kemenjadian murid.

Idea Utama

Memastikan Pembelajaran Murid

Guru perlu memastikan semua murid belajar berasaskan perkembangan murid

Kolaboratif

Sekumpulan guru berkongsi amalan profesional untuk meningkatkan kualiti PdPC mereka

Fokus Kepada Pencapaian

Memastikan pembelajaran berorientasikan peningkatan pencapaian murid ke tahap yang lebih tinggi

LAMPIRAN 5
PEKELILING DAN SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN


Click to View FlipBook Version