52 24 Februari 2023 (Jumaat), 24 Februari 2023 (Jumaat) - Wakil daripada PPN Kedah telah menziarahi jenazah anak kepada SJN 17797 Shahidan bin Mohamad Napiah, anggota Parol Daerah Pendang di Batu 16 Kepala 30, Padang Lumat 08800 Guar Chempedak, Kedah. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu 16 Padang Lumat, 08800 Guar Chempedak, Kedah pada jam lebih kurang 1050 pagi. Insp. Mohamad Sofi bin Musa mewakili PPN Kedah telah menyampaikan sumbangan khairat kematian daripada Kelab Sukan dan Rekreasi Parol Kedah kepada SJN Shahidah bin Mohamad Napiah. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Jurugambar / video : SJN Syarudin bin Ahmad Wakil Pengarah : IP Mohamad Sofi bin Musa Kenderaan : SJN Osman bin Hashim
54 20 Februari 2023 (Isnin) - Sesi perbincangan dan lawatan tapak bertempat di Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Sungai Petani Kedah oleh TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail, Pengarah Penjara Negeri Kedah, PKP Shirley A/K Jungot, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Kedah, PP Abdul Ghani bin Md Isa, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni Kuala Muda, Muhammad Nurhaiman bin Hairuddin dan Zulkifli bin Othman wakil dari Tenaga Nasional Berhad Sungai Petani, Razali bin Abd Rahman dan Mohd Faizal bin Kamarudzaman wakil daripada Brilliant Achievment Sdn. Bhd. Tujuan perbincangan dan lawatan ini adalah untuk pemasangan mesin pengeluaran dan kemasukan meter 3 phase electric power bagi merealisasikan impian jabatan untuk melaksanakan Program Penempatan, Pekerjaan dan Pendapatan (3P) yang merupakan inisiatif baharu Jabatan Penjara Malaysia yang dikhususkan kepada warga asing yang mempunyai baki hukuman 3 hingga 6 bulan. Impak terhadap pelaksanaan program ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan sekaligus dapat menjana pendapatan oleh banduan warga asing bagi penampungan kos pembelian tiket bagi proses penghantaran pulang ke negara asal. Secara tidak langsung program ini dapat menjimatkan kos yang dikeluarkan oleh kerajaan seperti kos makan minum dan juga kos untuk pengusiran. AHLI JAWATANKUASA Penaung : TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail Pengerusi : PKP Shirley A/K Jungot N. Pengerusi : PP Noor Sazlawati binti Zakaria Jurugambar / video : SJN Syarudin bin Ahmad Wakil Pengarah : IP Mohamad Sofi bin Musa Kenderaan : SJN Anuar bin Johari Makan / Minum : Ip Azmir bin Saari
56 22 Mac 2023 (Rabu) Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah telah mengadakan Sambutan Hari Penjara Ke 233 Peringkat Penjara Negeri Kedah bertempat di Dewan Serbaguna Penjara Pokok Sena bertemakan "Reformasi Ke Arah Pusat Peradaban Budaya Kemanusiaan" ianya bertujuan merubah perspektif dan ekspektasi mengenai penjara yang melibatkan 3 kelompok iaitu masyarakat, kakitangan dan banduan bagi membina dan membangunkan semula penghuni sebagai warga yang insaf dan produktif pada Negara. Majlis dimulakan dengan perbarisan anggota, tayangan video perutusan Komisioner Jeneral Penjara. TKP Abdul Kadir Jailani bin Ismail memberi pemakaian pangkat kepada Ketua Inspektor kepada 3 kakitangan Penjara Pokok Sena. Majlis diteruskan lagi dengan gimik pelupusan artikel larangan secara pembakaran. Pada sebelah petang pula, sesi derma darah kerjasama Hospital Sultanah Bahiyah. TENTATIF MAJLIS 9.30pg : Kehadiran kakitangan PPN Kedah : Ketibaan Pengarah PPN Kedah : Negaraku, Bakti Setia : Ikrar Jabatan : Pemakaian Pangkat : Bacaan doa : Ucapan Pengarah : Tayangan Video (Perutusan KJP) : Pemotongan Kek : Gimik (pembakaran Artikel Larangan) 1.00 ptg : Bersurai : Sesi Derma Darah
58 13 April 2023 (Khamis) – Majlis berbuka puasa peringkat Penjara Negeri Kedah bertempat di Kandai River Café, Alor Setar Kedah. Program ini dimulakan dengan ucapan pengarah dan penyampaian hamper kepada kakitangan. Pelbagai hidangan yang disajikan seperti kambing golek, ayam, kuih-muih dan lain-lain lagi. Impak daripada program ini dapat menyuburkan rasa kekeluargaan dikalangan kakitangan sekaligus dapat melahirkan rasa kesyukuran dalam menyambut ramadhan alMubarak ini. Disamping itu juga melahirkan rasa kesyukuran atas nikmat rezeki dikongsi bersama. TENTATIF MAJLIS 6.30ptg : Ketibaan Tetamu Jeputan : Ketibaan Timbalan Pengarah Penjara Kedah : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah : Ucapan Pengarah Penjara Negeri Kedah : Penyampaian Cenderahati : Bacaan doa : Majlis Berbuka : Solat Magrib : Bersurai
60 19 April 2023 (Rabu) – PPN Kedah telah melaksanakan Taklimat dan Pelancaran serta edaran Polisi ABMS MS ISO 37001:2016 kepada semua PYM Institusi Penjara Negeri Kedah dan Pegawai - pegawai parol daerah.Taklimat ABMS telah disampaikan oleh TPP Arizan Bin Ahmad dari Bahagian Dasar Dan Kepenjaraan IPPM.Majlis kemudian diteruskan dengan pelancaran ABMS dan penyerahan polisi ABMS oleh Pengarah Penjara Negeri Kedah TKP Abdul Kadir Jailani Bin Ismail kepada semua PYM Institusi Penjara Negeri Kedah. TENTATIF MAJLIS 6.30ptg : Ketibaan Tetamu Jeputan : Ketibaan Timbalan Pengarah Penjara Kedah : Ketibaan Pengarah Penjara Kedah : Ucapan Pengarah Penjara Negeri Kedah : Penyampaian Cenderahati : Bacaan doa : Majlis Berbuka : Solat Magrib : Bersurai
62 AKTIVITI KERJA KUMPULAN DI BAWAH PPD
63 SM Mohd Sukri bin Azizan hadir Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Daerah Baling (MTMD) bil.1 /2022 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Baling. Mesyuarat di Pengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Shahdan bin Abdullah, Pegawai Daerah Baling. Turut hadir, Penolong Pengarah Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Kedah, Puan Rajesvari Gonoselam, Dato’ Mohd Khairul Azhar bin Abdullah, Pejabat Parlimen Daerah Baling, YB. Mansor bin Zakaria, ADUN Kuala Ketil, DUN Bayu, Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Daerah Baling, Pejabat Agama Daerah Baling, Pejabat Penerangan Daerah Baling, Pejabat Penerangan Daerah Baling, Pejabat Kesihatan Daerah Baling, JAKOA Daerah Baling serta Penghulu-Penghulu Daerah Baling.
65 Kolaborasi bersama agensi kerajaan lain
Sukan dan Rekreasi
67 Gotong-Royong bersama komuniti setempat
68 Program Keagamaan
69 Majlis Berbuka Puasa Bersama ODS
i. Menimbulkan semangat gaya hidup sihat dan mampu mengawal emosi dan tingkah laku di kalangan Orang DiParol dan pesalah kehadiran wajib. ii. Membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan cabaran dan dugaan hidup yang semakin mencabar iii. Membentuk sahsiah yang baik di kalangan Orang DiParol dan pesalah kehadiran wajib.
Bertujuan membentuk sahsiah diri di kalangan Orang DiParol dan Pesalah Kehadiran Wajib dalam mengharungi kehidupan yang sempurna. Sesi kaunseling ini dikendalikan oleh kaunselor yang bertauliah dan mampu memberi impak yang baik kepada Orang DiParol dan Pesalah Kehadiran Wajib. Pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini terdiri daripada kaunselor jemputan LPPKN Kedah serta Orang DiParol dan Pesalah Kehadiran Wajib PPD Kota Setar. Oleh yang demikian, diharap dengan adanya program ini dapat memberi kebaikan dan dapat membentuk keperibadian Orang DiParol dan Pesalah Kehadiran Wajib yang baik dan hidup berteraskan normal kehidupan yang mulia.
Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama serta Orang Diparol serta Pesalah Kehadiran Wajib. Menggalakkan penglibatan Orang DiParol dan Pesalah Kehadiran Wajib dalam program kemasyarakatan setelah adanya keyakinan dalam diri mereka. Mewujudkan suasana yang harmoni dan bekerjasama serta secara berkumpulan di antara pegawai, anggota dengan Orang Diparol dan Pesalah Kehadiran Wajib.
73 AKTIVITI KERJA PUSAT REINTEGRASI PENGHUNI
79 Peranan Ketua Organisasi dalam Memantapkan Etika Kerja Yang Positif Perkhidmatan yang berkualiti dan produktif berupaya menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Penglibatan ketua instituisi bersama-sama kakitangan berupaya membina perpaduan dan persefahaman dapat menjamin perkhidmatan dan produk yang bermutu tinggi. Hasil daripada semangat kerja berkumpulan, espirit de corp dapat melancarkan gerak kerja yang memenuhi kehendak pelanggan.
80 PROGRAM KEBAJIKAN DAN MEMUPUK SEMANGAT KEKITAAN KERJA BERKUMPULAN Nilai-nilai murni yang diterapkan semestinya dapat memupuk semangat kekitaan dalam kalangan kakitangan dengan bekerja secara berkumpulan. Nilai sebegini secara tidak langsung dapat memberikan nilai tambah kepada peningkatan kualiti dalam perkhidmatan. Selain daripada itu ianya dapat mempertingkatkan motivasi, perasaan girang dan minat terhadap kerja. Menyemai perasaan kekitaan dan keupayaan dalam kalangan pekerja. Mendorong dan membantu memperkembangkan sikap ingin bekerjasama dan saling bantu membantu dalam kalangan pekerja. Melahirkan pekerja yang lebih komited, bertanggungjawab, dinamik dan dedikasi.
81 IMPAK KEPADA JABATAN, PENGURUSAN DAN STAKEHOLDERS Dengan adanya sistem kerja berkumpulan, ia dapat memupuk semangat kerja berkumpulan dalam segenap bidang tugas yang diamanahkan. Dengan keakraban yang terhasil ekoran amalan ini, pihak pengurusan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah khususnya mempunyai kelebihan terutama dalam melaksanakan kerja-kerja yang memerlukan komitmen segenap lapisan kakitangan. Amalan kerja berkumpulan juga menerapkan semangat kekitaan dalam kalangan kakitangan di mana pepatah mengatakan “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Tugas dan tanggungjawab yang agak berat dibahagi-bahagi dan dipikul bersama antara kakitangan seperti mengadakan program kerohanian, aktiviti sukan dan kecergasan, latihan, program temuseru dan lain – lain program berkaitan.
82 Mewujudkan perasaan percaya mempercayai dan saling hormat menghormati di antara pekerja dan pihak pengurusan. Mewujudkan semangat bekerja secara berkumpulan atau berpasukan dalam kalangan pekerja yang menguntungkan pihak pengurusan dan organisasi. Mempertingkatkan daya tahan, daya saing dan daya juang organisasi. Pihak pengurusan berupaya memupuk dan mencapai matlamat learning organization, di mana pekerja sentiasa digalakkan terus belajar dan sentiasa mementingkan imaginasi, kreativiti dan mengembangkan potensi diri. Mempertingkatkan persefahaman diantara pihak pengurusan dan pekerja. Memupuk semangat kekitaan dan semangat kepunyaan dalam kalangan pekerja yang menguntungkan organisasi. Membolehkan pihak pengurusan memimpin pekerja tidak sebagaimana pendekatan tradisional. Memupuk dan menyuburkan konsep pengurusan secara penyertaan dan kemanusiaan dalam organisasi.
83 Pihak Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah telah melaksanakan berbagai aktivitiaktiviti dan program-program yang dilakukan secara berkerjasama, muafakat dan saling bantu–membantu diantara satu sama lain dalam kontek bekerja secara teamwork.Setiap Program-program yang telah dilaksanakan telah mencapai matlamatnya serta dapat mempertingkatkan kualiti kerja melalui, kebolehan menyelesaikan masalah dalam kalangan pekerja, semangat kerja secara berkumpulan, penyemaian dan penerapan nilai kerja dan etika kerja, penglibatan dan minat terhadap kerja, dorongan kerja yang tinggi dan kesedaran tanggungjawab diri sendiri, kumpulan, jabatan dan negara.
84 PEJABAT PENGARAH PENJARA NEGERI KEDAH Tingkat Bawah, Wisma Persekutuan, Jalan kampung Baru, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman