The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 815-3-nurain, 2022-03-26 11:15:14

BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU - TUGASAN 1

NURAIN HUMAIRA BINTI MOHD ZAKI (F2H)

BMMB1104 – TUGASAN 1

KESUSASTERAAN
DAN

KEBUDAYAAN
MELAYU

NURAIN HUMAIRA BINTI MOHD ZAKI (F2H)

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Menurut Hashim Awang (1985), kesusateraan Melayu dinyatakan sebagai sebuah seni
yang dicipta dan disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusateraan sebenarnya
berasal daripada perkataan Sanskrit yang disebut sebagai susastera iaitu ditakrifkan
sebagai buku indah atau huruf. Manakala maksud sastera jika dilihat dari segi umum
bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).

Seterusnya, menurut kamus kesusateraan membawa maskud suatu hasil seni
atau juga dipanggil karya tulisan yang ditulis melalui bentuk puisi dan prosa yang
terdapat padanya ciri-ciri istimewa. Namun demikian, kesusateraan dalam bahasa
Melayu mempunyai persamaan dari segi maksud dengan perkataan “literature” yang
bermaksud abjad ataupun huruf.

TAKRIF KESUSASTERAAN MELAYU

Perkataan kesusasteraan dalam bahasa Melayu sememangnya berasal daripada
perkataan Sanskrit. Makna bagi kata dasar sas- ialah memberi panduan, mengarahkan
serta mengajar. Manakala bagi perkataan -tra pula dieertikan sebagai alat. Oleh hal
yang demikian, sastera merupakan alat bagi mengajar.Awalan ke- dan -an bermaksud
secara menyeluruh. Menurut Hashim Awang (1985), ia bermaksud semua yang tertulis,
bernilai seni dan estetika dengan maskud memberi tunjuk ajar, panduan serta
pengajaran.

Jika dilihat dari sudut pendidikan, kesusateraan Melayu dimaksudkan dengan
karya asal dalam bahasa Melayu tetapi disertakan dengan usnur-unsur keindahan dan
kehalusan tidak kira dalam bentuk novel, drama, sajak, cerpen, puisi atau prosa
tradisional agar intelek, rohani, jasmani serta emosi dapat diimbangi selain bertujuan
untuk memaparkan nilai kemanusian dan citra masyarakat.

PROSA TRADISIONAL

Siti Hajar Abdul Aziz (2011), menyatakan bahawa perkataan tradisional membawa
maskud serius, nilai yang abadi, mutu yang tinggi serta menjadi standard terhadap yang lain
di samping mempunyai gaya bahasa yang sederhana serta mempunyai ciri-ciri lazim dan tidak
berlaku sebarang perubahan mengikut masa terhadapnya. Justeru itu, prosa tradisional ini
ialah satu bentuk kesusateraan Melayu yang masih lagi kekal sehingga sekarang. Prosa
tradisonal dapat dibahagikan kepada dua genre. Dua genre tersebut ialah sastera rakyat yang
merupakan sastera lisan manakala genre kedua pula ialah sastera berbentuk tulisan.

Sastera rakyat terdiri daripada dua katogeri iaitu berbentuk naratif dan bukan naratif.
Antara sastera rakyat yang berbentuk naratif lisan ialah mitos, lagenda dan cerita rakyat
manakala sastera istana dalam bentuk naratif tulisan terdiri daripada sastera Sejarah,
sastera hikayat, sastera panji, sastera kepahlawan atau epik dan sastera agama.

CIRI-CIRI PROSA TRADISIONAL

Antara ciri prosa tradisional ialah prosa tradisional disebarkan melalui lisan,
pertuturan atau juga secara pertuturan manakala bagi penyebaran melalui tulisan
menggunakan tulisan Jawi. Ciri kedua ialah prosa ini mempunyai sifat tradisional.
Kebiasannya, pengarangnya tidak diketahui oleh orang ramai kerana tidak didedahkan.
Ciri ketiga ialah prosa ini berkembang secara perlahan-lahan dan hanya terbatas
kepada kelompok tertentu di samping bersifat khayalan atau dongeng. Ciri berikutnya,
pros aini mengandungi nilai estetik iaitu keindahan sesebuah sastera yang dihasilkan
oleh seseorang penulis.

Mitos ialah sebuah cerita yang sememangnya dianggap benar-benar berlaku seterusnya masyarakat
yang mempercayai cerita tersebut akan menganggapnya suci selain empunya cerita yang turut

menganggapnya suci. Selain itu, mitos merupakan suatu cerita yang berkisahkan tentang kejadian
alam semesta, manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan termasuklah bentuk muka bumi dan kejadian alam
yang berlaku. Kebiasaannya pada zaman dahulu, tokoh yang terlibat dalam mitos ialah makhluk halus,

dewa atau separuh dewa. Mitos mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik.

1. Mitos asal usul ialah mitos yang terjadi pada 2. Jenis mitos yang kedua ialah mitos institusi Antara ciri mitos ialah
masa lampau tetapi didukung dan dipercayai sosial. Mitos jenis ini ialah sebuah cerita yang
oleh masyarakat dan dianggap keramat. berkisahkan mengenai asal usul sesebuah mitos dianggap dan
Kehidupan masyarakat Melayu telah institusi sosial dalam masyarakat Melayu.
dipengaruhi oleh mitos ini terutama dari segi Contohnya, mitos kedatangan Islam. dipercayai betul-betul
gaya pemikiran kerana kebanyakan cara
pemikiran masyarakat dahulu bersifat msitik 3. Mitos politik juga termasuk dalam jenis-jenis berlaku, sememangnya
dan berkaitan dengan sesuatu rahsia serta mitos. Mitos ini disebut sebagai mitos politik
magis. Contohnya, mitos asal usul kejadian kerana merupakan cerita yang mempunyai penting walaupun terdiri
alam, kejadian bentuk-bentuk binatang dan kaitan dengan struktur pemerintahan dan
kejadian bentuk topografi seperti kisah Tasik kerajaan. Contohnya, mitos sesebuah kerajaan daripada peristiwa-
Chini. ditubuhkan seperti kerajaan Pasai, Melaka atau
kerajaan Samudera. peristiwa yang aneh dan

pelik. Ciri-ciri mitos yang

lain termasuklah dianggap

keramat, peristiwa yang

berlaku pada zaman

lampau dan memberi

kesan kepada masyarakat

Legenda adalah bertentangan dengan maksud mitos kerana ia merupakan sebuah
cerita yang juga dipercayai dan dianggap benar-benar terjadi tetapi tidak dianggap suci
oleh masyarakat. Tokohnya pula terdiri daripada manusia yang bersifat luar biasa.

1. Legenda keagamaan ialah 2. Legenda yang kedua ialah disebut sebagai lagenda alam 3. Seterusnya, lagenda
ghaib. Peranan legenda ini adalah untuk menegakkan
legenda yang mengisahkan cerita serta meneguhkan kebenaran yang berkaitan dengan perseorangan iaitu sejenis lagenda
sesuatu kepercayaan. Ia mempunyai unsur tradisional
tentang orang alim dan orang tetapi kebiasaannya berkaitan dengan pengalaman yang dikaitkan dengan tokoh-
peribadi yang telah dialami oleh seseorang.
yang menyebarkan agama. Tokoh tokoh dan segala peristiwa yang

cerita ini benar-benar wujud berkaitan dengan tokoh-tokoh

malah menjadi bualan tersebut dianggap dan dipercayai

masyarakat. Contohnya, Habib benar-benar berlaku. Hal ini

Noh dan Tok Kenali

dikatakan demikian kerana latar

4. Jenis legenda berikutnya ialah legenda tokoh. Misalnya, cerita Mahsuri yang dianggap betul tempat dan masanya seolah-olah
kerana masyarakat mempercayai masa dan ruang dalam cerita tersebut benar-benar wujud
dengan adanya makam Mahsuri yang terletak di Pulau Langkawi. Kisahnya adalah mengenai betul dengan situasi yang sebenar.
Mahsuri yang telah dihukum sula kerana dituduh membuat maksiat semasa ketiadaan suaminya.
Namun, darah yang mengalir keluar bukanlah berwarna merah sebaliknya bewarna putih dan ia Contohnya, tokoh keagamaan
menjadi bukti bahwa Mahsuri tidak bersalah. Oleh itu, Mahsuri telah bersumpah ke atas Pulau
Langkawi menjadi ‘padang jarak padang terkukur’ selama tujuh keturunan sebelum Mahsuri seperti Sheikh Omar Bashyir dan
menghembuskan nafas terakhirnya.
Pawang Langkat, tokoh

kepimpinan seperti Tun Perak dan

Hang Tuah manakala tokoh

perniagaan seperti Si Tanggang

dan Awang Tunggal.

Cerita rakyat termasuk dalam bentuk prosa dan tidak dianggap
benar-benar berlaku. Cerita rakyat merupakan salah satu
sumber hiburan, cerita yang menegakkan kebenaran dan
terdapat moral atau sindiran di dalamnya

1. Salah satu daripadanya ialah cerita 2. Jenis cerita rakyat yang kedua ialah cerita penglipur lara iaitu 4. Jenis yang berikutnya ialah
binatang. Tokoh di dalam cerita ini cerita yang semestinya disampaikan serta dituturkan oleh para
ialah binatang yang mempunyai penglipur lara. Contohnya, Tok Selampit, Awang Batil dan cerita teladan yang juga
gambaran tingkah laku dan sikap Awang Belanga. Antara ciri cerita penglipur lara termasuklah
seolah-olah sama seperti manusia. Ciri- cerita ini disampaikan secara lisan kepada setiap generasi dan disebut sebagai cerita rakyat.
ciri yang terdapat pada cerita bintang ditokok tambah oleh masyarakat dan akhirnya cerita ini
ialah watak utama mestilah bintang menjadi milik masyarakat itu sendiri. Fungsinya adalah sebagai Cerita teladan berunsurkan
yang mempunyai tingkah laku seperti hiburan dan Pendidikan serta mendukung ciri tempatan
manusia. Kebiasannya, watak utama didaktif dan ceritanya penuh
terdiri daripada bintang yang 3. Cerita jenaka juga termasuk dalam golongan cerita rakyat.
mempunyai saiz badan yang kecil Cerita jenaka merupakan sebuah cerita yang dapat dengan unsur moral serta
tetapi pintar dan cerdik manakala memberikan rasa gembira atau geli hati kepada orang yang
watak antagonis terdiri daripada mendengarnya. Ciri-ciri yang ada pada cerita jenaka ialah pendidikan. Kebiasannya,
bintang yang bersaiz besar tetapi cerita ini mempunyai unsur kebetulan dengan situasi yang
kurang cerdik dan bodoh sebenar sebagai ragam kehidupan manusia. Unsur-unsur pendengar adalah daripada
kelucuan ditonjolkan dalam jalan cerita terutamanya melalui
dialog yang diujarkan. golongan kanak-kanak.

Antara cirinya ialah watak

utama diperankan sebagai

seorang sangat baik dan

jujur. Antara contoh

karyanya ialah Batu Belah

Batu Bertangkup, Bawang

Merah Bawang Putih dan

sebagainya.

Pertama, Sastera sejarah.

01Kedua, Sastera hikayat yang terbahagi kepada tiga jenis beradasarkan unsur-usnur yang terkandung

di dalamnya. Antaranya ialah unsur Hindu, unsur Islam dan gabungan usnur iaiatu Hindu-Islam. Sebagai
contoh sastera hikayat ialah Hikayat Gul Bakawali, Hikayat Raja Pasai dan Hikayat Seri Rama.

Ketiga, Sastera panji yang merupakan sebuah karya yang berkisar tentang kisah-kisah seperti kisah
percintaan, kisah pengembaraan dan kisah peperangan. Watak utama dalam sasatera Panji digelar Panji.
Kisahnya menceritakan tentang Panji yang menempuh pelbagai peristiwa semasa berkelana sehingga pada
akhirnya bertemu dengan kekasihnya. Contohnya, Hikayat Cendawan Putih.

Keempat, Sastera kepahlawanan juga merupakan sastera naratif tulisan. Selain sastera
kepahlawanan, ia juga disebut sebagai sastera epic. Sastera ini bersifat sejagat serta menekankan dan
mementingkan ciri keperwiraan dan kepahlawanan yang unggul. Tokoh-tokoh kepahawalanan digambarkan
secara berlebih-lebihan sehingga masyarakat melihat mereka sebagai seorang yang sempurna dan akhirnya
menyanjung tokoh-tokoh tersebut. Genre ini dipecahkan pula kepada dua kumpulan iaitu epik kebangsaan
seperti Hikayat Hang Tuah dan epik yang berunsurkan Islam seperti Hikayat Amir Hamzah.

01Pertama, Sastera undang-undang yang terdiri daripada dua kumpulan iaitu Adat Perpatih dan Adat

Temenggung. Sastera jenis ini menjadi bahan kajian apabila ingin mengkaji bagaimana sesuatu sistem
pemerintahan, sistem pentadbiran dan susun lapis masyarakat lama. Contoh sastera udang-undang yang
paling masyhur ialah Hukum Kanun Melaka, undang-undang Laut Melaka dan undang-undang Pahang. Bagi
sastera undang-undang Adat Perpatih, ia hanya diamlakan di Negeri Sembilan.

Kedua, Sastera agama termasuk dalam golongan sastera bukan naratif. Fokus sastera ini
kebanyakannya pada cerita-ceriya yang menonjolkan kehebatan Nabi Muhammad SAW dalam usahanya
untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh dunia walaupun baginda terpaksa menempuh pelbagai ujian,
cabaran serta tentangan. Hal ini dapat dibuktikan dalam Hikayat Bulan Terbelah.

Ketiga, Sastera kitab.

Keempat, Sastera kitab ketatanegaraan termasuklah kitab yang bertajuk Kitab Nasihat Segala Raja-
Raja. Al-Sultan Zainal Abidin III telah menggunakan kitab ini sebagai panduan dalam menyusun sistem
pemerintahan baginda.

PROSA MODEN

Menurut Annas Ahmad (1988), prosa moden adalah karya sastera yang
dihasilkan selepas tahun 1800 Masihi dan prosa moden termasuk dalam
sastera moden.

Prosa moden dibahagikan kepada dua jenis. Jenis prosa moden yang
pertama ialah fiksyen yang terdiri daripada cerpen, novel, dongeng, resensi
atau ulasan karya. Sementara itu, jenis prosa moden yang kedua ialah
bukan fiksyen yang terdiri daripada artikel, rencana, pendapat, biografi,
tips, laporan, jurnalisme dan iklan.

Prosa moden dibahagikan kepada dua jenis. Jenis prosa
moden yang pertama ialah fiksyen. Fiksyen terdiri daripada
cerpen, novel, dongeng, resensi atau ulasan karya.
Sementara itu, jenis prosa moden yang kedua ialah bukan
fiksyen. Bukan fiksyen terdiri daripada artikel, rencana,
pendapat, biografi, tips, laporan, jurnalisme dan iklan.

CIRI-CIRI PROSA MODEN

Antara ciri prosa moden termasuklah bersifat bebas kerana tidak terbatas dengan
struktur, tema, ayat yang digunakan dalam menghasilkan karya. Hal ini dikatakan
dmeikian kerana prosa moden dihasilkan berdasarkan kreativiti pengarang itu sendiri.
Ciri keuda ialah mempunyai mesej tersirat. Prosa moden dihasilkan oleh pengarang
untuk menyampaikan sesuatu pemikiran atau mesej supaya pembaca dapat
menhayatid an mendalami mesej dan pemikiran yang ingin disampaikan. Ciri ketiga
ialah prosa moden bersifat lebih terbuka berbanding prosa tradisional kerana prosa
moden diselitkan di dalamnya isu-isu sensitive seperti isu politik. Hal ini mendorong
pembaca supaya berfikir apa yang hendak disampaikan oleh pengarang di dalam karya
tersebut. Ciri terakhir ialah prosa moden bersifat kreatif. Kreatif merupakan elemen
penting dalam penghasilan sesebuah karya sastera kerana pada masa sekarang terlalu
banyak karya yang telah dihasilkan. Dengan kreativiti, maka sesebuah karya sastera
dapat dibezakan.

Cerpen merupakan gabungan dua perkataan iaitu ‘cer’ mewakili perkataan cerita dan ‘pen’ mewakili perkataan
pendek. Maka, apabila digabungkan terhasil perkataan cerpen. Cerpen berperanan sebagai alat yang
meggambarkan sikap, perasaan, fikiran dan pandangan pengarang sekaligus menggambarkan sesuatu zaman dari
aspek masalah sosial, ekonomi mahupun politik. Kebiasaannya, cerpen berkisar tentang sesuatu peristiwa dan
hanya menyentuh satu tema dan beberapa persoalan sahaja supaya dapat membawa kesan yang mendalam
kepada orang yang membacanya.

Bentuk prosa moden yang kedua ialah novel. Novel ialah prosa yang direka secara panjang dan di dalamnya
terdapat sebahagian daripada kehidupan. Istilah novel sebenarnya berasal daripada perkataan novella iaitu
bahasa Itali yang membawa maksud benda kecil yang baharu. Novel menceritakan mengenai kejadian yang
berkisarkan daripada sebahagian kehidupan manusia pada suatu tempat dan masa tertentu. Shahnon Ahmad
(1972), novel ditafsirkan sebagai rencam hidup manusia yang terbina dalam bentuk sastera cereka dan dikaitkan
dengan tiga faktor utama iaitu reality kehdiupan, imaginasi dan pengalaman peribadi. Tambahan pula, novel
terdapat dalam pelbagai corak seperti corak kemasyarakatan, semangat patriotism, kisah percintaan dan
sebagainya.

Drama juga tergolong dalam bentuk prosa moden. Drama ialah sebuah bentuk karya sastera yang
menyampaikan buah fikiran dan diterjemahkan ke dalam bentuk lakonan dan dialog. Makna lain bagi drama
adalah sebuah karya sastera yang di dalamnya mengandungi usnur intrinsik dan skrip drama yang dihasilkan ialah
panduan kepada pengarah supaya sesi lakonan berjalan lancar. Justeru itu, pelakon yang memegang sesuatu
watak sangat penting dalam melakukan pementasan drama yang diadaptasi daripada sesebuah karya sasatera.

PUISI TRADISIONAL

Puisi tradisional terbahagi kepada dua belas jenis tetapi jenis puisi
tradisonal yang paling masyhur terdiri daripada empat iaitu pantun, syair,
gurindam dan seloka.

CIRI-CIRI PUISI TRADISIONAL

Antara ciri puisi tradisional ialah menggunakan bahasa yang lebih baik dan ekspresif
dan di dalamnya mengandungi nilai keindahan serta dapat memberi menimbulkan
rangsangan dan kesan pembaca Ciri kedua ialah puisi tradisional mempunyai bentuk
tertentu, berkerat-kerat dalam baris yang sejajar. Ciri ketiga ialah ungkapan kata dan
bahasa yang digunakan dipengaruhi oleh unsur muzik, lagu, intonasi, irama dan bunyi
yang harmoni. Ciri keempat ialah baris, rima serta irama disusun supaya membentuk
satu pola mengikut jumlah baris dan perkataan. Ciri seterusnya ialah mempunyai
beberapa baris dalam satu rangkap seperti dua atau empat abris serangkap. Ciri
selanjutnya, puisi tradisional bersifat lisan dan terikat dengan aturan-aturan
tertentu di samping digunakan dalam kehidupan masyarakat sebagai pengajaran,
hiburan dan sebagainya.

Pantun digunakan untuk menyampaikan perasaan gembira, sedih, rindu, marah dan sebagainya Pantun ialah
ialah bentuk pengungkapan yang terdapat di dalamnya unsur pembayang maksud dan maskud. Menurut Harun
Mat Piah, (1989), pantun ditakrifkan dari aspek luaran dan aspek dalaman.

01Jenis kedua ialah gurindam yang merupakan sebuah bentuk puisi Melayu tradisonal yang mula diperkenalkan

oleh raja Ali Haji melalui karyanya iaitu Gurindam Dua Belas yang dikarang oelhnya pada tahun 1846. Istilah
gurindam berasal daripada bahasa Tamil iaitu perkataan ‘iridam’ dan ‘kiridam’ yang didefinisikan sebagai puisi
secara terbuka.

Di samping itu, syair juga termasuk dalam jenis puisi tradisonal. Syair ialah jenis puisi yang berlagu dan
dipercayai berasal dari parsi seterusnya dibawa ke Nusantara semasa kedatangan Islam. Pada ketika itu, syair
telah diubah suai mengikut kesesuaian bahasa Melayu Klasik. Namun begitu, syair sebenarnya dikatakan berasal
daripada puisi Arab iaitu perkataan ‘sy’ir’ (Mohd Yusof Md. Nor, 1985). Sementara menurut Harun Mat Piah (1989),
menyetakan kebanyakan pengkaji mempunyai pendapat yang sama iaitu istilah syair bermaksud puisi secara
umum dan datang daripada bahasa Arab.

Selain pantun, gurindam dan syair, seloka juga merupakan salah satu puisi tradisional. Istilah sekola dikatakan
berasal daripada perkataan ‘shloka’ yang termasuk dalam bahasa Sanskrit iaitu dieertikan sebgaai berjenaka,
menyindir dan berseloroh. Antara naskhah terawal yang dipercayai ditulis dalam bentuk seloka ialah teks
Mahabharata dan teks Ramayana. Seloka sebuah karya puisi tradisional yang bercorak ke arah karangan atau
berangkap selain lebih kepada bidalan, pepatah yang terkandung di dalamnya unsur jenaka, gurau senda,
ejekean, olokan dan sindiran. Walau bagaimanapun, isi yang disampaikan di dalam syair penuh dengan sindiran
yang berguna untuk dijadikan pengajaran kepada pembaca.

Pantun dibahagikan kepada beberapa bentuk. Antaranya ialah terdapat pantun dalam
bentuk dua kerat, empat kerat, enam ekrat, lapan kerat, sepuluh kerat, dua belas kerat dan juga
pantun berkait.

Gurindam berbentuk terikat kerana terdiri daripada dua baris dalam satu rangkap serta
mengandungi antara tiga hingga enam patah perkataaan. Dari segi rima akhir pula ialah ‘a’ ‘a’
dan suku katanya antara lapan hingga dua belas suku kata sebaris. Bahasa yang digunakan
adalah serius dan isinya mempunyai nasihat, pengajaran dan kebenaran.

Secara umumnya, bentuk syair Melayu terdiri daripada empat baris dalam satu rangkap
dengan rima akhir ‘a’,’a’,’a’,’a’. Dari segi baris pula, syair mempunyai empat hingga lima patah
perkataan dalam setiap baris dan lapan hingga dua belas suku kata bagi setiap baris. Malahan,
terdapat hentian dalam setiap baris serta beberapa rangkap yang berturut-turut diperlukan
bagi mendapatkan idea yang lengkap.

Syair ditulis dalam dua bentuk iaitu bentuk bebas dan bentuk terikut. Sebahagian besar ditulis
dalam bentuk terikat kerana teridiri daripada empat baris serangkap Namun begitu, terdapat
juga beebrapa syair yang ditulis secara bebas.

PUISI MODEN

Satu-satunya genre dalam puisi moden ialah sajak.
Sajak lebih menekankan rentak, ciri rima dan matra.

Sajak adalah puisi moden yang berbentuk lebih bebas dan juga ditakrifkan sebagai
luahan hati dan perasaan yang tidak terikat dengan mana-mana peraturan dari aspek
pemilihan kata, baris dan pembentukan rangkap. Hal ini disokong oleh pendapat H. B.
Jassin (1983), yang menyatakan sajak ialah sebuah bentuk pengucapan perasaan dan di
dalamnya mengandungi tanggapan serta pemikiran. Dengan kata lain, sajak lahir
daripada jiwa dan perasaan dan dibentuk melalui pemilihan kata-kata yang baik
dengan susunan yang baik dan teratur. Hashim Awang (1984) pula menyatakan sajak
ialah sebuah puisi baharu yang tersohor lahir sebagai pilihan kepada puisi tradisional.

CIRI-CIRI PUISI MODEN

Antara ciri puisi moden ialah puisi moden disampaikan melalui cara penyampaian yang
bebas. Ciri kedua ialah isi yang terkandung dalam prosa moden hanya berasaskan satu
tema sahaja. Bukan itu sahaja, jumlah baris, suku kata serta rangkap tidak terbatas
kerana tidak terikat kepada mana-mana aturan. Selain itu, rima akhir dalam puisi
moden bersifat bebas.

Sajak antara salah satu puisi yang berbentuk bebas. Dari segi rangkap, paling minimum
sajak terdiri daripada satu rangkap atau lebih dan perenggannya mempunyai aturan
yang tersendiri. Selain itu, sajak mempunyai bilangan baris yang tidak menentu kerana
jumlah baris dalam setiap rangkap berbeza. Dari segi suku kata pula, sajak bersifat bebas
dalam penggunaan suku kata kerana jumlah suku kata tidak ditetapkan.

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Fungsi kesusasteraan Melayu yang pertama ialah sebagai hiburan. Setiap karya sastera perlulah diselitkan dengan
hiburan supaya sesebuah karya menajdi lebih menarik dan memberi keseronokan kepada pembaca apabila karya itu dibaca.
Komponen hiburan terhasil daripada ungkapan kata-kata yang indah. Sesebuah karya mestilah terkandung di dalamnya
unsur kelucuan dan jenaka serta rentak pembacaan hendaklah mengiut irama yang ditetapkan.

Fungsi kedua kesusasteraan Melayu ialah sebagai alat pendidikan. Tidak dapat dinafikan bahawa kesusateraan
berperanan sebagai alat pendidikan kepada masyarakat. Pendidikan akan berlaku secara tidak langsung apabila para
pengarang menterjemahkan pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh mereka dalam bentuk prosa atau puisi. Seterusnya,
pengalaman tersebut ditambah baik dengan usnur-unur moral atau pengajaran seterusnya dapat dijadikan sebgai teladan
kepada pembaca. Para pembaca akan mengutip nilai-nilai tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Maka,
berlaku pendidikan secara tidak langsung.

Seterusnya, kesusateraan melayu juga berfungsi sebagai dakwah. Sastera dari segi dakwah perlulah mempunyai sifat
yang positif dan realistic serta mendalami dan menghayati sesuatu perkata berdasarkan ajaran Islam. Hal ini diakatakan
demikian kerana sifat-sifat positif ini menyebabkan dakwah boleh tersebar kepada masyarakat dengan lebih mudah. Sastera
Islam mula berkembang di Alam Melayu apabila para pedagang Arab membawa bersama ajaran Islam seterusnya
menyebarkannya di Nusantara. Karya sasatera Islam memberikan pengajran kepada masyarakat dalam konteks keimanan dan
ketakwaaan kepada Allah SWT selain dapat menanamkan nilai-nilai Islam dalam diri setiap masyarakat.

FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU

Di samping itu, kesusateraan Melayu juga berfungsi sebagai instrumen perpaduan. Peristiwa 13 Mei 1969 yang berlaku
di Malaysia iaitu peristiwa rusuhan kaum menyebabkan hubungan etnik di negara ini tidak baik. Maka, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai dasar bagi mengembalikan semula perpaduan antara etnik, Salah satu daripadanya ialah
membolehkan kesusasteraan Melayu diajar di institusi pendidikan Hal ini dikatakan demikian kerana sastera merupakan
intrumen penting untuk mewujudkan semangat kekitaan dalam diri rakyat supaya terbinanya sebuah negara bangsa yang
bersatu padu. Malaysia mmepunyai kelebihan kerana ramai penulis muda dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran
Kesusateraan Melayu kepada murid di tingkatan lima dan tingkatan enam. Hal ini merupakan salah satu langkah yang
dilaksanakan bagi menjayakan peranan kesusasteraan Malaysia ke arah penyatuan kaum.

Akhir sekali, kesusasteraan Melayu juga memainkan peranannya sebagai alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian.
Misalnya, dapat dilihat melalui cerita rakyat, masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
Contohnya, cerita Si Tanggang memberitahu kepada pembaca bahawa seseorang yang derhaka kepada ibu bapa akan
mendapat malapetaka. Contoh lain ialah sekiranya seseorang berangan-angan tinggi tanpa berusaha sedikit pun akan
menjadi seperti Mat Jenin. Lain dari itu, cerita rakyat menajdi rujukan dalam penyelesaian masalah dalam kehidupan
seharian. Malah perlakuan baik akan dijadikan ikutan oleh pembaca atau pendengar

MANIFESTASI AKAL BUDI (PANTUN)

Aspek pemikiran yang terdapat dalam pantun ini dapat dilihat melalui pemilihan diksi bagi pembayang
maksud yang sama dengan masksud pantun tersebut. Perbuatan bertanak dan menggulai mengakibatkan lauk pauk
rosak dan hancur sekiranya kita sentiasa mengacau-ngacau lauk pauk tersebut. Hal ini sama dkaitkan dengan sikap
ketawa dengan sekuat hati dan mengilai menyebabkan seseorang itu mudah menjadi sombong dan riak sehingga
harga dirinya dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling.

Dari segi pertuturan pula dapat dilihat bahawa terdapat kehalusan budi di dalam pantun tersebut kerana
pengarang menyampaiakan nasihat kepada pembaca atau pendengar. Selain itu terdapat juga kesantunan berbahsa
yang baik dalam perkataan-perkataan yang diungkapkan. Misalnya, pengarang tidak menggunakan perkataan yang
menghina dan mencaci orang lain sebaliknya menggunakan perkataan yang dapat memberi kefahaman kepada
pembaca.

Akal budi masyarakat Melayu dalam pantun ini juga dapat dilihat melalui perlakuan seharian. Pantun ini
menasihati masyarakat Melayu supaya menjaga harga diri dengan tidak ketawa sekuat hati atau mengilai sehingga
harga dirinya jatuh. Jika masyarakat tidak menitikberatkan perlakuan yang elok maka mereka akan ditimpa
malapetaka. Hal ini dikatakan demikian kerana perilaku seseorang menggambarkan nilai-nilai yang ada pada diri
mereka.

Aspek gaya hidup yang terdapat dalam pantun ini pula ialah pengarang ingin menyampaikan bahawa cara
masyarakat ingin menjaga harga dirinya adalah dengan tidak mengilai atau ketawa sekuat hati.

Contoh pantun dirujuk dalam lampiran

MANIFESTASI AKAL BUDI (SYAIR)

Dari aspek pemikiran dalam syair ini, Hamzah Fansuri meneyru manusia supaya memperbetulkan cara hidup
bersumberkan syariat Islam. Walaupun menghadapi ujian, cabaran serta dugaan seperti di lautan yang keras dalam
keadaan taufan rebut yang begitu dahsyat, manusia tidak perlu takut akan ujian tersebut dan hanya perlu tabah
dan sabar melaluinya kerana semua makhluk termasuk haiwan juga memohon pertolongan dariapda Allah SWT.

Akal budi dari aspek pertuturan dalam syair ini boleh dilihat melalui sikap masyarakat yang patuh dan taat
kepada agama akan menjaga setiap kata-kata yang dikelaurkan daripada mulutnya. Syair ini membawa pertuturan
iaitu memeberi nasihat kepada kita mengeani kehidupan. Malahan, perkataan yang terkadnung dalam syair ini
mempunyai unsur kesnatunan bahasa yang dapat diterima oleh masyarakat Melayu.

Dari segi perlakuan pula, akal budi dalam syair ini ialah penyair mendorong kita supaya tidak berputus asa
dan terus berusaha dalam menghadapi ujian-ujian yang dating dalam kehidupan. Hal ini bertepatan dengan sikap
penyair yang tetap mengemudi kapalnya walaupun dalam keadaan yang sangat bahaya kerana rebut taufan
melanda.

Akal budi dari aspek gaya hidup pula ialah penyair mempunyai keinginan untuk tahu tentang sesuatu.
Kehidupannya sentiasa mahukan ilmu pengetahuan dan mencari kebenaran tentang kehidupan dunia yang
sementara dan akhirat yang akan kekal selama-lamnaya. Kehidupan masyarakat di dunia diumpakan seperti lautan
keras kerana kehiudpan perlu dilalui dengan penuh hati-hati dan teliti supaya tidak tersasar ke tempat yang tidak
ingin dituju

Contoh syair dirujuk dalam lampiran

MANIFESTASI AKAL BUDI (SELOKA)

Aspek pemikiran yang terdapat dalam seloka ini adalah penagarang ingin menyamapaikan bahawa sebagai
rakyat biasa, kita tidak boleh mudah terpedaya atau tertipu dengan helah daripada orang yang lebih berbanding
diri kita. Hal ini dikatakan demikian ekrana perbuatan itu akan mendatangkan kerugian terhadap kebodohan diri
sendiri yang sangat mudah mempercayai orang luar. Selain itu, pengarang juga menyampaikan pemikiran bahawa
perbuatan berjudi dan menggadaikan harta boleh memusnahkan kehidupan seseorang. Berjudi sememangnya
perbuatan yang dilarang dan diharamkan kerana memudaratkan diri sendiri.

Dari segi pertuturan pula, dapat ditafsirkan bahawa pengarang menggunakan makna-makana tersirat di
dalam seloka tersebut yang bertujuan untuk dijadikan kritikan dan teladan kepada masyarakat agar mereka tidak
sesekali mencontohi dan mengikuti perbuatan Pak aduk yang kurang ilmu pengetahuan dalam membuat keputusan
atau pertimbangan dalam kehidupannya sehingga hidupnya binasa.

Akal budi masyarakat Melayu dalam dari segi perlakuan dalam seloka di atas ialah seloka ini memaparkan
perlakuan Pak Kaduk yang mengamalkan hidup yang langsung tidak bermoral sehinggal membawa kebinasaan
dalam hidupnya.

Aspek gaya hidup yang terdapat dalam seloka Pak Kaduk ini ialah Pak Kaduk mempunyai sikap suka
bertaruh tanpa berfikir panjang seterusnya mengakibatkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib yang malang.

Contoh seloka dirujuk dalam lampiran

MANIFESTASI AKAL BUDI (GURINDAM)

Dari aspek pemikiran, pengarang ingin menjelaskan kepada pembaca bahawa seseorang yang dapat menjaga penglihatan
dengan baik tidak akan menimbulkan keinginan yang dapat merosakkannya. Pada rangkap kedua, seseorang yang dapat menjaga
pendengarannya dapat menghindarkan daripada mendengar berita-berita yang tidak elok. Begitu juga pada rangkap ketiga
pengarang ingin menyampaikan bahawa seseorang yang berjaya menjaga pertuturannya akan memperoleh kebaikan. Mankala
rangkap keempat pula menjelaskan perkara-perkara sama ada perkara ringan atau berat dapat diselesaikan apabila seseorang
berjaya mengawal anggota badannya. Selain itu, pada rangkap kelima, pengarang ingin menyampaikan bahawa seseorang yang
gagal mengawal nafsu makannya akan mendatangkan banyak perkara yang memudaratkan. Rangkap keenam pula menjelaskan
bahawa kebijaksaan diperlukan apabila ingin mengawal nafus syahwatnya agar semangat mereka tidak luntur. Pada rangkap
terakhir iaitu rangkap ketujuh, penagrang menyatakan bahawa seseorang perlu mengawal pergerakan kakinya agar tidak
menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang boleh membawa kepada kerosakan.

Dari segi pertuturan pula, pengarang menggunakan pertuturan yang mempunyai kehalusan budi untuk menyampaikan
pengajaran kepada masyarakat. Pengajarannya ialah masyarakat perlulah mengawal setiap perkara yang dilakukan dalam
kehidupan seharian suapaya tidak berlaku kesilapan atau tidak tersalah langkah.

Akal budi masyarakat Melayu melalui perlakuan dalam guindam ini ialah pengarang menjelaskan bahawa sifat bijak
perlulah ada dalam diri setiap manusia dalam mengawal tingkah laku dan setiap tindakannya bagi mengelakkan kemudaratan ke
atas diri mereka.

Aspek gaya hidup yang terdapat dalam gurindam ini ialah pengarang menyampaikan bahawa gaya hidup yang sentiasa
memelihara perlakuan atau tingkah laku serta mementingkan penjagaan terhadap setiap anggota agar kehidupan terhindar
daripada keburukan dan kerosakan.

Contoh gurindam dirujuk dalam lampiran

SUMEBR RUJUKAN

Annas Ahmad. (1988). Pengantar pengajian kesusateraan. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Rahmat et al. (2022). Pengenalan kesusateraan dan kebudayaan Melayu. Firdaus Press Sdn.

Bhd.
Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu tradisional: Satu pembicaraan genre dan fungsi. Dewan

Bahasa dan Pustaka.
Hashim Awang. (1985). Teman pelajar kesusasteraan. Fajar Bakti. Sdn.Bhd
Mohd Yusof Md. Nor. (1985). Puisi Melayu tradisional. Fajar Bakti.
Siti Hajar Abd Aziz. (2011). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

LAMPIRAN PANTUN
Kalau bertanak dengan menggulai.
Syair Perahu karya Hamzah Fansuri
La ilaha illallahu jua yang engkau ikut, Mengacau gulai pecah isinya.
di laut keras dan topan ribut, Kalau gelak nak jangan mengilai.
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut. Kalau mengilai rendah budinya.

(RANGKAP 13)

Guridam dua belas fasal ketiga LAMPIRAN Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk,
Apabila terpelihara mata, Ayamnya menang kampung tergadai,
Ada nasi dicurahkan,
Sedikit cita-cita. Awak pulang kebuluran,

Apabila terpelihara kuping, Mudik menongkah surut,
Hilir menongkah pasang,
Khabar yang jahat tidaklah damping.’ Ada isteri dibunuh,
Nyaris mati oleh tak makan,
Apabila terpelihara lidah,
Masa belayar kematian angin,
Nescaya dapat daripada faedahnya. Sauh dilabuh bayu berpuput,
Ada rumah bertandang duduk
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, Aduhai…Malang Pak Kaduk

Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan membawa rugi.


Click to View FlipBook Version