The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elyhyunjun01, 2021-12-27 13:28:08

HISTORY OF MALAYSIA (INDIVIDUAL)

SEJARAH MALAYSIA 1
SADN 1123

SEMESTER 1, SESI 2021 / 2022

TEMA 1: PENGENALAN KEPADA KERAJAAN
MELAYU AWAL

SEJARAH PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU
MELAKA

DISEDIAKAN OLEH:
ELEZABETH PANTI ANAK BANA (289548)

DISEDIAKAN UNTUK:
DR, HASLINDA BINTI HASAN

SEJARAH
MELAKA

Asal Usul Melaka

SEJARAH Nama Melaka diperolehi
MELAYU: - sempena nama pokok Melaka
tempat Paremeswara berehat

ISTILAH Pedagang Arab memanggil
ARAB:- Melaka sebagai ‘MULAQAH’
yang bermaksud pertemuan.
Pedagang Arab juga
memanggil Melaka sebagai

Asal Usul Melaka

MITOS Dalam Bahasa sanskritPokok
HINDU:- Melaka dikenali sebagai
AMALAKA iaitu pokok pertama
yang tumbuh di alam semester.
Pokok tersebut dikaitkan dengan
tempat kediaman Tuhan agama
Hindu iaitu Brahma, Vishnu,
Shivadegan

PEMERINTAHAN KESULTANAN
MELAYU MELAKA

1394-1414 1414-1424 1424-1444

Permaisura Sultan Megat Sultan
Iskandar Syah Iskandar Syah Muhammad

Syah

1456-1477 1446-1456 1444-1446

Sultan Mansur Sultan Muzaffar Sultan Abu
Syah Syah Syahid

1477-1488 1488-1511

Sultan Alauddin Sultan Mahmud
Riayat Syah Syah

MELAKA DALAM PEMERINTAHAN
PERMAISURA ISKANDAR SYAH

Menurut hikayat Sejarah Melayu, Parameswara
merupakan pengasas kepada Kerajaan Melayu Melaka.
Parameswara merupakan bangsawan Srivijaya dari
Palembang, keturunan Majapahit.

Parameswara telah melarikan diri ke
Temasik apabila munculnya Kerajaan
Majapahit yang menguasai Palembang
yang ingin memburunya.

Setelah tiba di Temasik, Parameswara berhasrat untuk
memiliki Temasik dan tidak lama kemudiaan berlakunya
pembunuhan Temagi (pemerintah Pulau Temasik).

Baginda bersama pengikutnya kemudian melarikan diri
meninggalkan Temasik menuju ke Muar, Sungai Ujong dan
sampai di Sungai Bertam. Pada masa yang sama, baginda
telah menyaksikan suatu kejadian bahawa anjing
buruannya telah ditendang oleh seekor pelanduk kecil
ketika sedang berehat di bawah sebaang pokok yang
bernama Pokok Melaka. Lalu bagindapun menamakan
negeri tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok
tersebut.

Setelah pembukaan Melaka, maka Parameswara
pun memajukan tempat tersebut. Baginda telah
mengarahkan penduduk di situ untuk bercucuk
tanam seperti pokok pisang, keladi, tebu dan
lain-lain.

Selepas itu, penduduk disitu telah menemukan
adanya tempat bijih timah. Semenjak itulah,
Parameswara mula menjalankan kegiatan
perdagagngan dan perniagaan.

Maka tersebarlah berita mengenai Melaka
menyebabkan ramai pedagang luar datang ke
Melaka termasuklah negara China.

Oleh itu Maharaja China (Maharaja Yung-lo)
menitahkan orang baginda iaitu Ying C’ing
menghantar utusan ke Melaka. Kedatanga Ying
C’ing telah disambut baik oleh Parameswara.
Begitulah disebaliknya, Parameswara telah
menghantar satu rombongan utusan ke China
pada tahun 1405.

Setelah beberapa tahun memerintah maka
Parameswara telah memeluk agama Islam lalu
menggunakan gelaran Permaisura Iskandar Shah



MELAKA DALAM PEMERINTAHAN
SULTAN MEGAT ISKANDAR SHAH

Selepas kemangkatan Raja Iskandar Syah,
Sultan Megat Iskandar Syah telah
menggantikan bapanya. Laksamana Cheng
Ho telah mengajak Sultan Megat berangkat
ke China supaya mendapat pengiktirafan
daripada Maharaja China supaya dapat
mengukuhkan kedudukan baginda sebagai
Raja.

Mengikut buku sejarah China (Ying-Yai Sheng-lan
telah menceritakan keadaan hal ehwal negeri
Melaka semasa pemerintahan Sultan Megat
seperti :

Reka bentuk rumah
yang bertiang dan
berlantaikan nibung
yang dijalin dengan
rotan. Di atas lantai
dihamparkan tikar dan
tilam bagi tempat tidur.

Pekerjaan penduduk Di dusun pula
disitu ialah menangkap terdapat pokok
ikan. yang dikenali
Di hulu melaka pula sebagai kabung
terdapat 2 buah tempat atau enau. Daripada
galian bijih timah. Bijih hempulur pokok itu
timah itu akan dicairkan, terdapat sagu.
dituang ke dalam acuan
yang setiap satu seberat Kebanyakkan kapal-
satu katil delapan tahil kapal dari China yang
atau satu kati empat singgah di Melaka akan
tahil mengikut dikenakan cukai.
timbangan lalu Dalam hutan pula,
dinamakan bidur. Bidur terdapat kayu arang
inilah dijadikan sebagai dan damar. Getah pula
wang akan dibuat sebagai
suluh atau pelita
Di tepi laut Melaka
terdapat banyak Tanaman lain seperti:
pokok tembatu dan Pokok pisang, ubi
nipah. Tandan buah keledek,tebu,keladi, halia,
tersebut mempunyai sesawi dan tembikai
nira yang boleh
digunakan membuat
tuak, cuka dan
manisan.

Binatang ternakan Bandar Melaka telah
pula ialah: ayam, dikelilingi pantai
itik, kerbau dan bertembok yang
kambing. mempunyai 4 buah pintu
yang dijaga oleh pngawal.
Di melaka juga terdapat
kota berpagar yang
mempunyai beberapa
Gudang bertujuan untuk
menyimpan wang dan
bekalan negeri tersebut.

Pada tahun1419, Sultan Megat bersama isterinya,
putera dan orang-orang baginda telah berangkat ke
China untuk mengukuhkan lagi perhubungan. Raja
China telah mengurniakan Sultan Megat emas, perk,
kain sutera, pakaian diraja. Dalam masa yang sama
Baginda telah mengadu tentang isu pencerobohan
orang Siam kepada Maharaja China dengan meminta
pertolongannya. Lali Maharaja China menghantar
surat amaran kepada Raja Siam supaya tidak
mengganggu Melaka. Demi membalas jasa Maharaja
China, Sulta Megat telah memberikan Maharaja
China hadiah sekaligus mengukuhkan lagi
perhubungan mereka.

Pada tahun 1424, Sultan Megat telah mangkat setelah 10
tahun pemerintahan baginda.

PEMERINTAHAN SULTAN MUHAMMAD SYAH

Selepas kemangkatan Sultan Megat Iskandar
Syah, Sultan Muhammad Syah telah diangkat
menjadi raja. Pada awalnya Sultan
Muhammad Syah dikenali sebagai Seri
Maharaja. Baginda telah menggantikan
namanya setelah kedatangan dan berguru
dengan seorang alim Islam bernama Saiyid
Abdul Aziz yang mengembangkan ajaran
agama Islam.
Baginda juga telh memberikan gelaran kepada
orang besar-besar selaras dengan
tanggungjawab mereka dalam pentadbiran.

Sultan Muhammad Syah merupakan antara
raja yang mula mengadakan aturan adat
istiadat Islam dan larangan berhubungan
dengan taraf diraja.

PEMAKAIAN RAJA
PAYUNG BERSEMAYAM
BERWARNA
KUNING

UTUSAN DATANG MENJUNJUNG DULI
DAN PERGI (MENYEMBAH RAJA

ADAT RAJA BERANGKAT
ISTIADAT

MENGGELAR ORANG
BESAR

PERALATAN RAJA

MENGHADAP RAJA
BERNOBAT

RAJA BERANGKAT KE HARI RAYA
MASJID

PEMERINTAHAN SULTAN ABU SYAHID

Selepas kemangkatan Sultan
Muhammad Syah pada tahun 1444,
Sultan Abu Syahid telah diangkat
menjadi Raja. Semasa pemerintahan
Sultan Abu Syahid, pemerintahan
Melaka diambil alih oleh Raja Rekan
iaitu sepupu bonda baginda. Selama
tujuh belas bulan Sultan Abu Syahid
yang menjadi Raja Melaka di bawah
telunjuk Raja Rekan, akhirnya Raja Kasim
bermuafakat dengan bapa saudaranya
Seri Nara Diraja Tun Ali. Mereka telah
mengumpulkan untuk menyerang istana
Sultan Abu Syahid yang dilakukan pada
waktu malam. Maka berlakulah
pertempuran. Pada masa yang sama
Raja Kasim dan Seri Nara Diraja Tun Ali
berusaha untuk mengambil Sultan Abu
Syahid dari sisi Raja Rekan. Malangnya
Raja Rekan telah ditikam sekaligus telah
menikan Sultan Abu Syahid sekali lalu
keduanya mangkat di situ.

PEMERINTAHAN SULTAN MUZAFFAR SYAH

Setelah mendengar berita Sultan Muzaffar tidak
tentang Melaka semakin bersetuju dengan
luas dalam perdagangan, perkara tersebut.
Raja Siam menghantar Perkara tersebut
orangnya ke Melaka menyebabkan Raja Siam
meyuruh Raja Melaka marah dan telah
mengirim surat mengarahkan angkatan
menyatakan ingin tenteranya menyerang
menyembah Raja Siam. Melaka.

Sekian lama Mendengar khabar
pertempuran berlaku Siam ingin menyerang
maka Siam pun maka Sultan Muzaffar
mengundurkan diri mengarahkan rakyat
meninggalkan Melaka baginda termasuk di
kerana tentera ramai Kawasan Kelang telah
yang terkorban. dibawa ke Melaka
untuk menentang
Siam

Setelah mundurnya Siam, Perkara tersebut
Sultan Muzaffar tidak menjadikan orang
membenarkan Tun Perak Melayu berpecah
(Penghulu Kelang) balik ke kepada dua puak.
Kelang dan telah diberikan Sultan Muzaffar yang
Sultan jawatan kerajaan berdukacita melihat
menjadi Perdana Menteri keadaan tersebut lalu
yang digelar Paduka Diraja mencari penyelesaian
yang kedudukannya setara kepada masalah
dengan Seri Nara Diraja Tun tersebut.
Ali.

Tahun 1456, Siam sekali lagi Maka Sultan telah
menyerang Melaka yang menceraikan isterinya Tun
diketuai Awi Dicu dan telah Kudu yang merupakan
dilawan oleh angkatan saudara Tun Perak lalu
tentera laut Melaka yang berkahwin dengan Seri
diketuai Bedahara Paduka Nara Diraja Tun Ali. Sejak
Raja Tun Perak. Malangnya itu, Tun Perak berbaik
serangan kali kedua siam dengan Tun Ali. Lalu Tun
juga tidak dapat Ali menyembah Sultan
mengalahkan Melaka. supaya menjadikan Tun
Selepas berlakunya Perak sebagai Bendahara
serangan tersebut maka
mangkatlah Sultan
Muzaffar yang telah
memerintah dari tahun
1446-1456

PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SYAH

Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Syah, maka
Sultan Mansur Syah telah ditabalkan menjadi raja.
Bermulanya pemerintahan Sultan Mansur Syah,
baginda telah mendengar berita tentang negeri Pahang
ataupun dipanggil sebagai Pura yang terkenal dengan
sungainnya yang besar, sumber emas serta hutannya
yang besar. Walaupun demikian, Pura ketika itu berada
di bawah pemerintahan keluarga diraja Siam.

Akan tetapi, Sultan Mansur Shah tetapi ingin
menaklukinya dan telah menghantar sebuah angkatan
perang sebanyak 200 buah kapal yang diketuai oleh Tun
perak dan dibantu oleh Tun Hamzah Datuk Bangkok
serta beberapa pasukan tentera. Serangan telah
dilakukan dan pihak Melaka telah Berjaya menawan
Pahang lalu diserahkan oleh Sultan di bawah
pemerintahan Tun Ali.

PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SYAH

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah juga
terdapat Sembilan pemuda yang terkenal dengan
keberanian dan kegagahan mereka. Mereka adalah
Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang
Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang
Hasan dan Hang Hasain.

Tidak lama kemudian, Sultan bersama Hang Tuah,
Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang
Lekiu telah pergi ke Majapahit. Ketibaan mereka
di Majapahit telah disambut baik oleh kerajaan
Majapahit.semasa berada di Majapahit, para
hulubalang Melaka telah menunjukkan pelbagai
kemahiran mereka dalam menggunakan senjata
telah menarik perhatian penduduk di Majapahit.

PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SYAH

Bukan itu sahaja, hubungan diplomatik diantara
China dan Melaka juga telah menjadi lebih akrab
semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah.

Tidak lama kemudian, Sultan bersama Hang Tuah,
Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang
Lekiu telah pergi ke Majapahit. Ketibaan mereka
di Majapahit telah disambut baik oleh kerajaan
Majapahit.semasa berada di Majapahit, para
hulubalang Melaka telah menunjukkan pelbagai
kemahiran mereka dalam menggunakan senjata
telah menarik perhatian penduduk di Majapahit.

Sultan telah menghantar Tun Perpatih Putih sebagai
utusannya ke China dengan membawa warkah baginda
kepada Maharaja China. Maharaja China kagum dengan
kemashyuran dan keagungan Sultan Mansur Syah lalu
memutuskan untuk mengahwinkan puterinya Hang Li
Poh dengan Sultan. Seorang pembesar negeri berserta
lima ratus dayang-dayang telah mengiringi puteri Hang
Li Poh ke Melaka. Setelah Hang Li Poh memeluk
Islam, Sultan pun mengahwininya dan membina sebuah
istana untuknya di atas sebuah bukit yang sehingga kini
dikenali sebagai Bukit Cina.

PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SYAH

Walaupun Sultan Mansur Syah mempunyai tanggapan
yang tinggi terhadap Hang Tuah dan sahabat-
sahabatnya, satu peristiwa telah berlaku yang
menyebabkan baginda murka kepada Hang Tuah. Ianya
berpunca dari satu fitnah terhadap Hang
Tuah, menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan
salah seorang dayang di istana. Lantas, Sultan
menitahkan Tun Ali untuk membunuh Hang
Tuah. Sultan memerintahkan agar Hang Tuah dibawa
keluar dari tempat persembunyiannya untuk membunuh
Hang Jebat. Atas perintah Sultan, berlakulah
pertarungan di antara dua sahabat karib yang berakhir
dengan kematian Hang Jebat di tangan Hang Tuah.

Apabila Melaka semakin makmur dan ekonominya
bertambah maju, Sultan Mansur Syah telah membina
sebuah istana yang besar lagi indah di kaki Bukit
Melaka. Istana itu merupakan kebanggaan kerajaan
Melayu kerana ianya bukan sahaja melambangkan
kekayaan, kemajuan dan kekuasaan Melaka malah turut
mempamerkan kecemerlangan dan keistimewaan ciri-
ciri senibina Melayu. Istana tersebut telah dibina oleh
tukang-tukang kayu Melayu di bawah arahan Tun
Perak. Walau bagaimanapun, istana tersebut telah
hangus di dalam satu kebakaran tidak lama selepas
Sultan Mansur Syah mendiaminya

PEMERINTAHAN SULTAN MANSUR SYAH

Namun barang-barang berharga yang berada di dalam
istana itu sempat diselamatkan oleh pegawai-pegawai
istana. Sultan kemudiannya telah mengeluarkan
perintah untuk membina sebuah istana baru sebesar dan
seindah istana dahulu. Justeru, Sultan pun melantik
semula Sultan Zainal Abidin sebagai pemerintah di
Pasai. Walaupun kemenangan ini tidak menjanjikan
kesetiaan pemerintah di Pasai kepada Melaka, ianya
jelas mempamerkan keupayaan dan keadilan Sultan
Melaka dan juga sikap saling membantu yang wujud di
antara pemerintah dan kerajaan.

Melaka mencapai kegemilangannya pada zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah. Melaka juga
merupakan sebuah pusat pengembangan ajaran
Islam di kepulauan Melayu. Namun, ketika Melaka
berada di kemuncak kecemerlangannya, Sultan
Mansur Syah telah mangkat pada tahun 1477
setelah memerintah Melaka selama dua puluh satu
tahun.

PEMERINTAHAN SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH

Selepas Semasa pemerintahan
kemangkatan Sultan Sultan Alauddin,
Mansur Syah(1477), pencuri mula
maka Sultan mengganas di Melaka
Alauddin Riayat kerana setiap malam
telah diangkat akan ada sahaja
menjadi raja. Semasa berlakunya kes
ditabalkan menjadi kecurian. Pada suatu
Raja baginda masih malam, baginda
muda dan terkenal bersama Hang Isap
kerana keberanian dan Hang Siak telah
dan kegagahannya. menyamar dengan
berpakaian buruk.
Baginda telah Baginda bersama
mengecam kawalan pengiringnya telah
menangkap tiga
Temenggung Seri pencuri tersebut lalu
Maharaja. Perkara membunuh mereka.

tersebut
membuatkan
Temenggung Seri
Maharaja bersama
kakitangannya
mengetatkan lagi
kawalan terhadap
pencuri dengan
membunuh terus
pencuri tersebut.

Pada tahun 1488, setelah memerintah
Melaka sebelas tahun maka Sultan Alauddin
telah mangkat. Kemangkatan baginda
dikatakan kerana termakan racun dan telah
dimakamkan di Pagoh (Muar) yang
merupakan tempat baginda selalu berehat.
Mengikut Sejarah Melayu, baginda mangkat
disebabkan gering.

PEMERINTAHAN SULTAN MAHMUD SYAH

Setelah mangkatnya Sultan Alauddin Riayat
Syah, Sultan Mahmud telah ditabalkan
menjadi Sultan Melaka. Disebabkan baginda
yang masih muda maka segala pentadbiran
telah dijalankan oleh Bendahara Tun Perak
walaupun telah uzur dan tua. Akhirnya,
Bendahara telah meninggal dunia lalu
digantikan oleh adiknya Tun Pepatih Putih.

Setelah meningkat dewasa, sikap baginda
kurang disenangi kerana bermain dengan
perempuan dan menjatuhkan hukuman
tanpa usl periksa. Akan tetapi,
perdagangan tetap berjalan dengan
lancar.

Pada tahun 1509, Portugis telah datang ke
Melaka yang diketuai oleh Diego De
Lopez untuk mengambil alih urusan
perdagangan.

KESIMPULAN

Dapat disimpulkan bahawa, Setelah kejatuhan
Majapahit pada kurun yang ke-14, Melaka
dalam pemerintah Kesultanan Melayu Melaka
telah mencapai kegemilangan yang tersendiri
yang bukan sahaja menjadi pusat perdagangan
antarabangsa tetapi juga telah menjadi pusar
penyebaran agama Islam. Bermula daripada
sebuah perkampungan yang kecil, Melaka telah
berubah menjadi salah satu pusat perdagangan
yang terpenting di seluruh Nusantara yang
didatangi daripada pelbagai pedagang dari
luar. Kejayaan menarik perdagang dari
Srivijaya menaikkan martabat Melaka ke
peringkat yang lebih tinggi, kerana pada masa
dahulu hanya kuasa besar yang boleh
menguruskan pusat perdagangan yang cekap
dan menyediakan kemudahan infrastruktur
moden. Keupayaan Melaka telah meyebabkan
beberapa negeri yang pernah berada di bawah
pemerintahan Siam dan Jawa mendapatkan
naungan dan perlindungan kuasa Melaka
seperti Klang, Sungai Ujung, Bernam dan
Sungao Patani. Bukti kemunculan Melaka
ialah Melaka telah Berjaya menangkis
serangan Siam sebanyak 2 kali dan akhirnya
menguasai Kelantan. Kejayaan Melaka
memainkan peranan entrepot baru boleh
dilihat dalam 3 bentuk ; sebagai penerima atau
pembeli barang, sebagai perantau dalam
mencari pedagang timur dan barat serta
sebagai pengedar barangan ke Melaka ke lokasi
lain.

BIBLIOGRAFI

Ahmad, A. S. (2018). SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail, S. (2017). PARAMESWARA PENGASAS DAN
PENDUKUNG KERAJAAN KESULTANAN MELAYU MELAKA.
Seminar Nasional Sejarah, 1(1), 1-7.

Sejarah Melaka: Peristiwa Pembukaan Yang Sebenar. (2020,
April 23). Retrieved 11 25, 2021, from MYMELAKA.CO:
https://mymelaka.co/sejarah-melaka

Shellabear, W. G. (1990). Sejarah Melayu. Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.

SULTAN MELAKA. (2020, December 1). Retrieved 11 25, 2021,
from MYMELAKA.CO: https://mymelaka.co/sultan-melaka

Syed Kassim, S. A., Kamarolzaman, S. H., Kamarolzaman, M. T.,
& Aziz, M. K. (2012). MELAKA: DI sinilah segala-galanya
bermula. Johor: Penerbit UTHM.

Wolters, O.W. (1970). The Fall of Srivijaya in Malay History.
London: Lund Humphries Publishers Limited.


Click to View FlipBook Version