ENTELAH :
Puisi Tradisi
Masyarakat Iban di
Sarawak
Disediakan oleh:
Elezabeth Panti Anak Bana (289548)
Disediakan untuk:
En. Sharol Aman Bin Ahmad
Subjek:
SADN2323 Pengenalan Pengurusan Warisan
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan..............................................................3
2.0 Kategori Dan Fungsi Puisi....................................4
3.0 Keunikan Entelah..................................................5
4.0 Hubungan Entelah Dengan Kepercayaan...........7
Masyarakat Iban
5.0 Sebab-Sebab Entelah Semakin Dilupakan...........9
6.0 Usaha Dalam Mengekalkan Entelah..................10
7.0 Kesimpulan............................................................11
8.0 Rujukan................................................................12
1.0 Pengenalan
Negeri Sarawak ataupun dikenali sebagai Negeri Bumi
Kenyalang merupakan salah satu negeri dalam Malaysia
yang mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Masyarakat Iban merupakan etnik majoriti yang
tinggal di negeri Sarawak. Kaum Iban juga dikenali
sebagai Dayak Laut (Sea Dayak). Memang ridak dapat
dinafikan bahawa masyarakat Iban juga kaya dengan
pelbagai budaya sama ada dari aspek adat, perayaan,
perkahwinan dan sebagainya.
Entelah ataupun teka teki juga merupakan salah satu
puisi tradisi lisan masyarakat Iban yang masih diwarisi
sehingga kini. Entelah masyarakat Iban ini memainkan
peranan penting termasuklah menjadi wadah
dokumentasi sosiobudaya masyarakat Iban dan
bukannya hanya menjadi sastera lisan yang dianggap
sebagai hiburan semata-mata.
2.0 Kategori & Fungsi Puisi
:
Puisi masyarakat Iban telah dibahagikan kepada tiga
iaitu puisi hiburan, puisi adat basa dan puisi
invokasyen.
Puisi berbentuk hiburan
Bertujuan untuk menghiburkan individu di
majlis keramaian ataupun untuk mengisi masa
lapang.
Puisi berbentuk adat
berfungi untuk memberikan penghormatan
kepada individu atau tetamu dalam majlis rasmi
Puisi berbentuk Invokasyen
Bertujuan untuk keagamaan dan kepercayaan
3.0 Keunikan Entelah :
Entelah atau dikenali sabagai teka teki telah
dikategorikan sebagai puisi yang berbentuk hiburan
(Chemaline Osup, 2011). Amnya, teka-teki tetap memiliki
fungsi yang sama seperti untuk menguji minda, hiburan,
pendidikan dan sebaginya. Akan teapi, teka-teki setiap
bangsa di dunia mempunyai keunikan dan keistimewaan
yang tersendiri. Menurut Sukatman (2009), teka teki
memiliki fungsi tertentu kepada masyarakat penuturnya
dan turut mengandungi kebudayaan sesuatu bangsa
yang menuturkannya.
Begitu juga dengan entelah (teka-teki) masyarakat Iban
mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ciri
perbezaannya terletak pada keunikan struktur
fizikalnya. Patricia Gading (2013) telah memecahkan
entelah kepada dua kaedah iaitu :
a) Struktur fizikal -Terdiri daripada kandungan
entelah menggunakan penyataan (suar), pembayang
(ulu lungga) dan jawapan
{kaedah pertama (lalai)
Contoh: Kandungan penyataan{
Bunut bebukut, {
Tambi ke mutah.
Ulu lungga: burung mabuk pembayang jawapan
Ngelalaika: tudung periuk
Terjemahan:
Orang Bunut yang bertumbuk
Orang India yang muntah
Pembayang: burung kubuk
Jawapan: penutup periuk
b) Struktur fizikal Terdiri daripada kandungan
entelah menggunakan penyataan, pembayang,
tempat dan jawapan
{kaedah kedua
Contoh:
Ngelai lama udah lesi bebadi laya sulai,
Dia iya lalu dipelian ka Jaban Manang Matai,
Nya baru ia nyau tau enggau urang ngelayu,
Ka punggai dabong rang Lulung lama udah lesi,
Bebadi laya chundang, kandungan penyataan
Dia iya dipelian ka Jaban Manang Lambong ,
Nya baru iya nyau tau enggay orang ngalu,
Lai nyakai Bujang Sengalang Burung,
Datai ari kebung langit ngeruang
Menua lama: di ai bereni dalam berenang, { tempat lama
sungai panjai kapar batang { tempat baru
Menua baru: di rebut muput labor api, { pembayang
lebak karak tebelian wi jawapan
Ulu lungga: putung tanchut beli Telu {
Ngelalaika: tekuyung dipuput nyadi kapu
Terjemahan:
Ngelai suda lama meninggal,
Lalu diadakan upacara meninggal jampi oleh Pawang Jaban
Matai,
Kemudian dia dapat menyertai rombongan,
Pergi ke tempat orang yang sudah meninggal dunia
Mata kerana kemalangan,
Dia terus dijampi Pawang Lambong
Sudah dijampi oleh Pawang Lambong
Setelah dijampi oleh Pawang Lambong,
Barulah dijampi oleh Pawang Lambong,
Barulah dia dapat menyertai orang membeli barang,
Lai Nyakai Bujang Sengalang Burung,
Datang dari langit.
Tempat lama: di dalam sungai bergelombang dalam, sungai
panjang batang kapar
Tempat baharu: di unggun api yang sedang marak, gaung
timbunan rotan
Pembayang maksud: potongan seluar dibeli Telur
Jawapan: Kulit siput yang dibakar menjadi kapur
4.0 Hubungan Entelah dengan
Kepercayaan Masyarakat Iban
Hubungan antara bentuk penceritaan entelah ini dapat
dihubungkaitkan dengan prinsip teori semiotik yang
menghubungkan sistem karya dan luar karya (Mana Sikana,
2012). Selain dikategorikan sebagai puisi tradisional yang
bersifat hiburan ianya juga dilihat sebagai medium untuk
masyarakat Iban mendokumentasi agama dan kepercayaan
mereka agar diwarisi oleh generasi seterusnya.
Prinsip yang terkandung dalam teori semiotik bertindak
menghubungkan sistem karya dan sistem luar karya. Oleh
itu, sistem karya ialah entelah manakala sistem luar karya
ialah kehidupan, persekitaran dan pemikiran masyarkat
Kepercayaan Peperangan Memburu
Pertanian
Perikanan Sistem luar karya
Sistem
Karya
(Entelah)
Memungut
hasil hutan
Penceritaan yang terkandung dalam entelah kaya dengan
tanda-tanda, manakala tanda-tanda pula
menginterprestasikan corak kehidupan masyarakat Iban.
Corak hidup inilah yang menjadi inspirasi kepada tukang
entelah untuk mencipta entelah. Oleh itu kandungan
penyataan entelah telah merakamkan pelbagai perkara yang
berkaitan dengan masyarakat Iban seperti kepercayaan dan
aktiviti seperti memburu, peperangan, pertanian, perikanan
dan memungut hasil hutan.
5.0 Sebab-Sebab Entelah
Semakin Dilupakan :
Kurangnya
pendedahan
daripada
keluarga dan
masyarakat
Dianggap tidak Sebab-Sebab Kepesatan
penting dan Entelah teknologi
Semakin maklumat dan
membosankan muktimedia
Dilupakan
Memperkasaka
n bidang
sastera Bahasa
Iban dalam
pendidikan
6.0 Usaha Dalam Mengekalkan
Entelah
Kini, entelah semakin dilupakan oleh masyarakat Iban sendiri
terutamanya dalam kalangan generasi muda kerana adanya
hiburan-hiburan yang moden. Perkara ini menyebabkan
mereka kurang tertarik dan berminat dengan puisi
tradisional ini sekali gus menyebabkan penghayatan dan
apresiasi terhadap entelah ini menjadi sukar. Oleh itu
terdapat beberapa cadangan dalam memartabatkan entelah.
Mengadakan satu
pertandingan
membuat konten
melalui media
sosial berkaitan
puisi entelah
Memantapkan lagi Menyiarkan
sistem 'Entelah of The
Day' setiap hati
pembelajaran melalui saluran
Bahasa Iban yang
berkaitan dengan Televisyen
Sarawak
tradisi warisan
puisi
Usaha Dalam
Mengekalkan
Entelah
6.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, puisi tradisi entelah ini merupakan salah
satu antara warisan budaya yang semakin dilupakan lebih-
lebih lagi dalam kalangan masyarakat Iban generasi
sekarang. Puisi tradisi entalah ini sememangnya mempunyai
nilai-nilai yang tersendiri yang bukan hanya sekadar untuk
hiburan. Oleh itu, warisan ini perlulah dilindungi supaya tidak
hilang dibawa arus pemodenan sekali gus dapat
menghilangkan bukan sahaja identiti malah nilai-nilai budaya
masyarakat Iban. Oleh hal yang demikian, pihak berwajib
hendaklah membuat tindakan supaya masyarakat lebih
menghayati dan menghargai nilai sesuatu warisan supaya tak
lapuk ditelan zaman secara tidak langsung membantu anak-
anak muda untuk mengetahi asal-usul dan kepentingan
warisan puisi tradisi entelah ini. Perkara ini sekali gus dalam
menyebarkan dalm memperluaskan lagi tentang puisi tradisi
bukan sahaja dalam negeri mahupun negara malah ke
peringkat global.
7.0 Rujukan
Jurnal:
Osup, C. (2006). Leka Main: Puisi Rakyat Iban-Satu Analisis
Tentang Bentuk Dan Fungsi [PL5333. 7. C517 2007 f rb]
(Doctoral dissertation, Universiti Sains Malaysia).
Osup, C. (2015). Bahasa etnik Iban di Sarawak. Rumpun Jurnal
Persuratan Melayu, 3(1), 100-113.
Amat, A. (2017). Watak Dewi Kumang Dalam Entelah (Teka-
Teki) Iban: Interpretasi Makna Kuasa Sakti. Jurnal Gendang
Alam (GA).
Sumber Internet:
Malaysia Now, Kulleh Grasi Leka Main,
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2021/06/22/k
ulleh-grasi-leka-main (tarikh diakses 20 December 2022
Palan Pengingat Kitai,, Adat enggan main,
https://tusunterabai.wordpress.com/adat-main-asal-leka-
main/ (tarikdh akses 20 December 2022)
Buku:
Amat, Asmiaty & Ganing, Patricia & SAMAD, LOKMAN. (2020).
Entelah Warisan dan Hubungannya dengan kepercayaan
Masyarakat Iban.
VInson and Joanne. (2001). The encylopedia of Iban and
studies, Iban History, Society and Culture