AHLI KUMPULAN
PENGENALAN
KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MEMUPUK PERPADUAN
APA ITU DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
KEPENTINGAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
OBJEKTIF KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
PERANAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
OBJEKTIF PENGUBBALAN DASAR KEBUDAYAAN
STRATEGI DAN PERLAKSAAN DASAR KEBUDAYAAN
PEMBENTUKAN DASAR KEBUDAYAAN
KESIMPULAN
PENGENALAN
Dasar Kebudayaan Kebangsaan boleh didefinisikan sebagai
kebudayaan keseluruhan cara hidup manusia. Kebudayaan penting
dalam proses pembangunan negara kerana keperibadian Malaysia
mesti dipupuk melalui usaha meningkatkan pembangunan
sosioekonomi dan politik. Ianya memerlukan Kerjasama dan
penglibatan semua lapisan masyarakat. Malaysia merupakan
sebuah negara yang merangkumi slogan satu untuk semua iaitu
sebuah negara yang berbilang kaum.Proses pembentukan
kebudayaan nasional mestilah melakukan sebuah perancangan
yang teliti dan rapi agar dapat melahirkan cara hidup yang lebih
harmoni.
Kebudayaan Kebangsaan Memupuk Perpaduan
Buat pengetahuan semua pembaca :
Dasar kebudayaan Kebangsaan telah diperkenalkan pada tahun 1971 di
Malaysia. Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan. Dasar ini ditubuhkan sebagai garis panduan dalam
membentuk , mewujud dan mengekalkan identity negara. Penggubalan
dasar mestilah mempertimbangkan fakta perkembangan sejarah
serantau dan kedudukan negara . Contohnya seperti pusat pertemuan ,
pusat perdagangan dan pusat tamadun .Negara kita menjadi pusat-
pusat tersebut sejak dua ribu tahun lampau. Peranannya adalah sebagai
pusat pertemuan . Ia telah melahirkan beberapa prosese seperti
interaksi , pengenalan , penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur
yang sesuai kepada kebudayaan asas.
APAKAH ITU DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN?
DASAR :- Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, dasar dapat
didefinisikan sebagai suatu pertimbangan (cara, sisitem dan lain-lain) yang
pokok, bukan sesuatu, asas, prinsip atau teras.
KEBUDAYAAN :-Kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu
masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia yang
diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
KEBANGSAAN :-Maksud Kebangsaan merupakan suatu perasaan atau
semangat cinta dan taat setia yang mendalam terhadap bangsa dan tanah air.
KEPENTINGAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.
Berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana
keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah
meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya
memerlukan penggemblengan.
Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia,
proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan
rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama
bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.
OBJEKTIF DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN.
Mengukuhkan perpaduan negara menerusi satu
corak kebudayaan nasional.
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan
yang tumbuh dari satu kebudayaan kebangsaan.
Memperkaya dan meningkatkan nilai-nilai kehidupan
kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi.
Pembinaan negara bangsa merupakan asas dalam usaha negara untuk mencapai status negara
maju signifikan dengan fokus utama Transformasi Nasional 2050 yang menekan aspek identiti
nasional yang kukuh dan utuh. Berdasarkan definisi yang diberikan oleh Mohd Ashraf Ibrahim et
al.(2015), pembinaan negara bangsa merujuk kepada pembentukan berasaskan kepada proses
penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu sebagai
identiti yang mana penduduk sesebuah negara tersebut adalah multietnik. Menerusi konsep
tersebut, sesebuah negara akan menjadi lebih utuh dengan mentality dan kesepaduan yang
terdapat dalam diri penduduk negara tersebut. Perkara tersebut bertepatan dalam konteks
negara Malaysia kerana negara tersebut mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Dalam usaha untuk mewujudkan identiti nasional yang relevan dengan konsep negara
bangsa, semua pihak yang menjadi entiti penting dalam konteks negara Malaysia perlu
memainkan peranan masing-masing. Hal ini adalah perlu agar semangat perpaduan dalan
kalangan rakyat dapat dipertingkatkan kerana perkara tersebut amatlah penting ke arah
mewujudkan masyarakat Malaysia yang hidup dalam keadaan yang harmoni. Signifikan dengan
perkara tersebut, proses pembentukan kebudayaan nasional adalah penting untuk mewujudkan
identiti nasional bagi negara Malaysia yang mempunyai masyarakat bersifat multietnik.
Peranan utama kebudayaan kebangsaan seperti mana yang ditekankan dalam Dasar Kebudayaan
kebangsaan ialah mewujudkan satu identiti nasional bagi masyarakat berbilang kaum yang terdapat di
Malaysia. Dalam hal ini, kebudayaan kebangsaan memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan
identiti negara Malaysia pada peringkat antarabangsa. Dengan wujudnya identiti nasional, semangat
nasionalisme dalam kalangan rakyat di negara ini dapat diwujudkan menerusi perkongsian satu identiti
berasaskan Malaysia yang sama. Semangat nasionalisme memainkan peranan penting ke arah
pembentukan jati diri rakyat Malaysia. Menurut P. Sivarajan et al. (2015), identiti nasional merujuk
kepada satu lambang kepada sesuatu penduduk di sesebuah negara untuk membezakan penduduk di
negara tersebut dengan negara yang lain. Dalam konteks negara Malaysia, identiti nasional yang
diwujudkan menerusi dasar kebudayaan Kebangsaan adalah fundamental untuk mewujudkan satu
identiti Malaysia dalam kalangan masyarakat global. Dasar Kebudayaan kebangsaan yang telah
diperkenalkan adalah berteraskan kepada kebudayaan Melayu dan mengintegrasikan elemen
kebudayaan masyarakat lain yang terdapat dalam negara untuk mewujudkan satu kebudayaan nasional
yang dikongsi oleh rakyat di negara ini sebagai identiti nasional yang melambangkan Malaysia. Ini dapat
dibuktikan menerusi penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi persekutuan. Deduksinya,
kebudayaan kebangsaan memainkan peranan penting untuk mewujudkan satu identiti nasional
masyarakat Malaysia pada peringkat global berteraskan kebudayaan Melayu dan mengintegrasikan
kebudayaan kaum lain dalam usaha mewujudkan semangat nasionalisme.
Objektif
Penggubalan Dasar
Kebudayaan
Objektif Penggubalan Dasar
Kebudayaan
Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah
penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang
demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan
untuk mencapai tiga objektif penting iaitu :
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan
Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan
Kebangsaan
Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kerohanian yang seimbang
dengan pembangunan sosioekonimi.
Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara
melalui Kebudayaan
Pada hakikat sebenarnya di sini ialah perpaduan bangsa dapat disemat melalui
kebudayaan. Pengukuhan perpaduan ini dilakukan dengan memperkenalkan
budaya setiap komuniti yang berada di Malaysia baik melayu, cina, india
mahupun komuniti minoriti kepada seluruh rakyat Malaysia melalui media massa
dan media cetak. Pihak yang etrlibat untuk memperkenalkan budaya ini ialah
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan dibantu oleh agensi-
agensi kerajaan yang lain. Perkara ini dapat memupuk rasa hormat dan menerima
budaya dan agama kaum lain dan juga kaum lain dapat memberi ruang kepada
kaum lain mengamalkan budaya dan agama masing-masing tanpa cuba
mempengaruhi atau mengganggu antara satu sama lain.
Memupuk dan Memelihara Keperibadian Kebangsaan yang Tumbuh
daripada Kebudayaan Kebangsaan
Bagi objektif yang kedua ini iaitu memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang
tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. Ia adalah amat penting supaya identiti yang
tercipta dan terbentuk di Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, kaum dan agama
tidak akan hilang malah ia akan terus kekal sehingga hari ini. Secara tuntasnya di sini
adalah bahawa keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan lebangsaan
sewajarnya dipupuk dengan lebih banyak lagi dan ia dipelihara dengan baik agar ia
sentiasa segar. Memupuk dan memelihara ini kita boleh melihat dari sudut konsep integrasi
antara kaum, yakni kita menyentuh kesemua integrasi nasional yang dilakukan oleh pihak
kerajaan antaranya ialah ;
• Integrasi wilayah yang bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan
ekonomi dan sosial antara wilayah yang maju dengan yang mundur.
• Integrasi ekonomi yang boleh diertikan sebagai usaha-usaha untuk mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.
• Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan.
• Integrasi sosial merangkumi usaha-usaha menyatupadukan rakyat melalui program
sosial seperti sukan, pendidikan, perumahan dan kesihatan.
• Integrasi pendidikan bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak
kebangsaan dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani.
Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan
kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi
Apa yang ingin dicapai di dalam Dasar kebudayaan Kebangsaan adalah memperkayakan dan
mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohaniaan yang seimbang dengan
pembangunan sosioekonomi. Segala yang dimaksudkan dalam memperkayakan dan
mempertingkatkan adalah dengan menjadikan kebudayaan sebagai sumber pendapatan
kepada lapisan masyarakat di negara ini. Sekiranya pada hari ini masyarakat mencari sumber
pendapatan melalui industri-industri besar seperti perkilangan, pertanian, perladangan
mahupun industri kecil dan sekiranya hari ini Malaysia kaya dengan ekonomi seperti getah,
kelapa sawit dan sebagainya maka ditambahkan lagi sumber ekonomi negara iaitu
kebudayaan yang mampu mempertingkatkan kehidupan masyarakat di negara serta sedikit
sebanyak memberi ruang pekerjaan kepada masyarakat. Bukan itu sahaja, bahkan secara
tidak langsungnya membantu memupuk kebudayaan di negara ini dan dapat mengekalkan
kebudayaan identiti negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.
Strategi dan Perlaksanaan
Dasar Kebudayaan
1.Strategi dan perlaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan adalah pemulihan, pemeliharaan
dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas kebudayaan kebangsaan melalui
usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pemgembangan dan perhubungan
budaya. Kementeriaan kebudayaan, keseniaan dan pelancongan haruslah menguruskan
penyelidikan, pembangunan dan memajukan kebudayaan kebangsaan. Usaha kementerian
haruslah dicapai melalui aktiviti pembangunan dan persembahan seni oleh Kompleks Budaya
Negara yang bertindak sebagai urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa.
2. Strategi meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha membimbing
dan melatih peminat menggerakkan kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera
pembangunan yang berkesan. Pertumbuhan Swasta dan Badan ini memainkan peranan
menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan di peringkat organisasi masing-masing
dan seharusnya membiayai penajaan program kebudayaan, peringkat organisasi, negeri
dan kebangsaan. Disamping itu, penglibatan kementerian dan pelancongan serta pihak
lain juga adalah penting dalam perlaksanaan dasar ini.
3.Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan
dan nasionalisme Malaysia. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri
dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam pengurusan harian
dan perlaksanaan dasar-dasar semasa. Strategi yang terakhir ialah memenuhi
keperluan sosiobudaya dan meninggikan taraf dan mutu kesenian.
Pembentukan Dasar
Kebudayaan
Pembentukan Dasar Kebudayaan
• Berteraskan Kebudayaan rakyat Asal Rantau
Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea
serta Kepulauan Selatan Pasifik ( Pdynesia, Melanesia dan Oeania ) sehingga
Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun Melayu.
Rantau ini adalah pusat pemancaran, pemgembangan dan warisan Kebudayaan
Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula kegemilangan dan keagungan
tamadun Melayu berpusat di Melaka yang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa perhubungan antarabangsa ( linguafranca ).
Unsur-Unsur Kebudayaan yang Sesuai dan Ajaran Diterima
Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik sentiasa berubah melalui proses penyerapan dan
penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum.
Dengan adanya perayaan daripada setiap kaum ini dapat diraikan bersama supaya dapat membentuk
masyarakat yang saling hormat-menghormati sesama sendiri. Ketika perayaan mesti terdapat
makanan yang sedap-sedap yang akan dihidangkan seperti kuih bulan semasa perayaan Tahun Baru
Cina, ketupat semasa Hari Raya Aidilfitri, murukku semasa perayaan Deepavali dan lain-lain lagi.
Dengan unsur-unsur Cina, India, Arab, Barat danlain-lain yang sesuai dan wajar diberi perimbangan
dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Selain itu, bersukan juga dapat
memupuk kebudayaan dalam diri dan dapat mengeratkan hubungan seperti pertandingan sukan
antara taman dan lain-lain.
Agama Menjadi Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting
dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat
yang berakhlak dan keperibadian mulia.
Setiap agama memberi panduan kepada manusia dalam
mengimbang usaha bagi mengisi kehendak emosi dan fizikal
kerana ia patut menjadi unsur utama dalam pembentukan
Kebudayaan Kebangsaan.
Di Malaysia terdapat pelbagai agama dapat dilihat dan sesuai
mengikut kepercayaan masing-masing yang tidak melanggar
syarat. Selain itu, Malaysia tidak menghalang seseorang itu
melakukan ibadah masing-masing.
Kesimpulannya adalah dengan melestarikan dan
menjayakan pembentukan sebuah kebudayaan itu
melalui struktur kebudayaan negara yang telah
ditetapkan. Hal ini demikian kerana pembentukan
sebuah kebudayaan yang sistematik dan
berteraskan budaya di Malaysia adalah amat
dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat di
Malaysia.