The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 1231-15-atiekah, 2024-03-05 20:39:31

RISALAH SOSIOLOGI

RISALAH SOSIOLOGI

SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP 3143 “HARMONI DALAM KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA, KESEJAHTERAAN BERSAMA” NUR ATIEKAH BINTI ANWAR Disediakan oleh : 2021292340402


01 Latar Belakang Sekolah 02 Konsep Sosiobudaya 03 Faktor-faktor Kepelbagaian Budaya 04 Kesan-kesan Stratifikasi Sosial Terhadap Pendidikan 05 Implikasi Peranan Guru Sebagai Agen Sosiolisasi 06 Rumusan Isi Kandungan


LATAR BELAKANG SEKOLAH SK DATO’ UNDANG KAMAT Sekolah Kebangsaan Dato' Undang Kamat atau nama ringkasnya SK Dato' Undang Kamat, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Nuri. MAKLUMAT SEKOLAH Sekolah ini diasaskan oleh Almarhum Dato' Undang Kamat bin Sulaiman atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Almarhum (termasuk Tanah Perkuburan di belakang sekolah). Sekolah asal atas tanah, berdinding pelupoh dan beratapkan rumbia. Semasa dibuka pada 19 November 1941 terdapat 40 orang murid mendaftar dengan seorang guru bernama Cikgu Yusof Bin Buruk. Kemudian dihantar beberapa guru termasuk Cikgu Mat. Cikgu Sari Abdullah dan Cikgu Abdul Malek Sitam serta Cikgu Yusof Burk selaku Guru Besar. Pada 30 Jun 1952, sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Undang Kamat sempena nama Undang Luak Johol ketika itu Dato’ Undang Kamat bin Sulaiman.


EDUP 3113 SOSIOLOGI Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum pastinya akan mewujudkan corak sosiobudaya yang berbeza. Perbezaan yang wujud tidak harus dijadikan sebagai tembok untuk mewujudkan pelbagai jurang dalam sistem masyarakat demokrasi di negara kita. Murid di sekolah haruslah didedahkan kepada kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat agar mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif. Kepelbagaian sosiobudaya boleh ditinjau dari segi aspek bangsa, struktur masyarakat, kelas sosial,kepercayaan, bahasa ,adat resam dan jantina. KONSEP SOSIOBUDAYA Budaya mencakupi aspek yang luas dalam kehidupan masyarakat. Budaya memperlihatkan keperluan masyarakat untuk mengatur hidupnya dari aspek pemikiran dan tingkah lakunya (Norshahera & Yuszaidy, 2022). Budaya adalah satu konsep yang merangkumi banyak dimensi dalam kehidupan manusia, termasuk bahasa, norma, nilai, agama, seni, dan pelbagai lagi. Lebih daripada warisan tradisional, budaya mencerminkan keperluan masyarakat untuk menyediakan hala tuju dan struktur kepada cara mereka berfikir dan bertindak. Melalui budaya, orang mengekspresikan identiti, nilai bersama, dan cara melihat dunia di sekeliling mereka. Dengan memperincikan aspek pemikiran dan tingkah laku, budaya menjadi asas interaksi sosial, pembentukan norma, dan penciptaan makna dalam kehidupan seharian. Oleh itu, pemahaman budaya memainkan peranan utama dalam menganalisis dan menyerap kerumitan kehidupan manusia. BUDAYA ni bermakna ia merangkumi semua aspek kehidupan masyarakat, termasuk norma, nilai, adat istiadat, gaya hidup, dan peradaban yang muncul dari keyakinan dan kecenderungan masyarakat itu sendiri. Ini melibatkan cara masyarakat berinteraksi, membentuk struktur sosial, dan membentuk identitas budaya. Sosiobudaya mempengaruhi ekspresi seni, norma sosial, sistem nilai, dan membentuk corak tingkah laku masyarakat, menjadi asas untuk memahami kehidupan harian dan identiti bersama suatu masyarakat. SOSIOBUDAYA


Dalam konteks kepelbagaian budaya dan sosial manusia, bahasa memainkan peranan utama dalam kehidupan harian manusia. Tiada satu pun aktiviti manusia yang tidak melibatkan penggunaan bahasa. Di Sk Dato’ Undang Kamat, semua pelajar di sekolah ini berbangsa Melayu tetapi terdapat variasi dalam etnik guru. Terdapat guru berbangsa Melayu dan beberapa guru yang berbangsa India. Namun begitu, Bahasa Melayu menjadi bahasa utama pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam pengajaran dan pembelajaran mencerminkan kedudukan pentingnya dalam mengekalkan identiti budaya Melayu. Di sekolah ini, guru berbangsa India mungkin mempunyai loghat yang membezakannya dengan loghat biasa yang terdapat dalam persekitaran majoriti bangsa Melayu. Sebagai contoh, sebutan bunyi atau intonasi tertentu dalam pertuturan bahasa Melayu boleh menimbulkan perbezaan yang menimbulkan cabaran kefahaman bagi sesetengah pelajar. Ini boleh mewujudkan keunikan dalam cara perkataan diungkapkan atau dituturkan yang boleh mengambil masa untuk pelajar menyesuaikan diri. Bahasa Faktor kepelbagaian budaya di sekolah majoriti Melayu mungkin menjadi kurang terlihat secara langsung namun masih ada beberapa faktor yang mempengaruhi dinamika sekolah tersebut. FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN BUDAYA


FAKTORFAKTOR KEPELBAGAIAN BUDAYA Dengan adanya guru berbangsa India di sekolah ini, pelajar berpeluang untuk memahami dengan lebih mendalam tentang kehidupan berkeluarga dan nilai yang diterapkan dalam konteks keluarga mereka sendiri. Ini boleh memperkayakan perbincangan bilik darjah tentang perbezaan dan persamaan budaya. Sebagai contoh, guru di sekolah ini mendorong pelajar untuk berkongsi pengalaman dan pandangan mereka mengenai kehidupan keluarga Melayu. Ini boleh menjadi platform untuk membincangkan persamaan dan perbezaan antara nilai-nilai keluarga India dan Melayu, memberikan peluang untuk pelajar memahami dan menghormati kepelbagaian budaya. Selain itu, guru berbangsa India mungkin menganut agama yang berbeza daripada majoriti pelajar Melayu. Ini boleh menjadi peluang kepada pelajar untuk memahami dan menghormati kepelbagaian agama serta meningkatkan toleransi antara agama. Guru India membawa bersama mereka kekayaan budaya India, yang boleh memperkayakan persekitaran pembelajaran. Mereka mungkin membawa tradisi, adat resam dan nilai budaya yang berbeza, mewujudkan suasana pelbagai budaya di dalam bilik darjah. Bangsa Kelas sosial sering dikaitkan dengan tahap pendidikan ibu bapa pelajar. Dalam persekitaran luar bandar, sesetengah keluarga mungkin menghadapi cabaran dalam akses kepada pendidikan tinggi, yang mungkin memberi kesan kepada sokongan dan penyertaan mereka dalam pendidikan anak-anak mereka. Pelajar akan membawa pandangan yang berbeza berdasarkan pengalaman hidup mereka dalam keluarga. Contohnya, pelajar yang berasal dari keluarga yang berfokus pada pendidikan mungkin memiliki pandangan yang berbeza tentang pentingnya pendidikan berbanding dengan pelajar yang tidak memiliki sokongan serupa di rumah. Kelas sosial


KELUARGA KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP PENDIDIKAN Hampir keseluruhan ibubapa pelajar di sekolah ini bekerja secara sendiri. Kelas ekonomi keluarga pelajar di sekolah ini mungkin menjadi faktor utama stratifikasi sosial. Keluarga yang berpendapatan tinggi boleh menyediakan sumber tambahan seperti buku, peralatan atau bantuan pendidikan tambahan kepada anak-anak mereka manakala keluarga yang berpendapatan rendah menghadapi cabaran dalam hal ini. Oleh itu, berlakunya sedikit perbezaan dalam peluang pembelajaran dan pengalaman pendidikan. Ini menunjukkan bahawa latar belakang ekonomi dan pekerjaan ibubapa boleh mempengaruhi akses dan pengalaman pendidikan anak-anak mereka. Pelajar dari kelas sosial rendah cenderung mempunyai persepsi kendiri yang rendah dan aspirasi yang terhad kerana persekitaran mereka kurang menyokong untuk mencapai tahap pendidikan yang tinggi. Dalam persekitaran yang tidak menyokong, mereka mungkin menghadapi halangan psikologi, seperti kurang keyakinan diri atau motivasi, kerana mereka tidak melihat banyak contoh dalam persekitaran mereka yang telah berjaya mengatasi sempadan sosial dan ekonomi yang sedia ada. Hal ini dapat dibuktikan melalui pelaksanan kuiz di sekolah. Terdapat pelajar dari kelas sosial rendah yang kurang yakin menjawab soalan walaupun jawapannya betul berbeza dengan pelajar dari kelas sosial tinggi yang berusaha berkali-kali untuk menjawab walaupun jawapan mereka kurang tepat.


Walaubagaimanapun, fasiliti ini tidaklah selengkap dan sebesar fasiliti sekolah-sekolah yang terletak di kawasan bandar. Pada setiap kelas turut disediakan televisyen mudah alih. Penggunaan televisyen mudah alih dalam setiap kelas menunjukkan usaha sekolah untuk mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini membolehkan pelajar untuk mengakses kepada pelbagai sumber maklumat dan pembelajaran visual yang boleh meningkatkan pengalaman pendidikan pelajar. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah kecil yang terletak di kawasan pedalaman. Namun begitu, sekolah ini tidak menghadapi sebarang masalah atau cabaran dalam menyediakan akses tambahan dalam pendidikan seperti perpustakaan, makmal sains, bilik komputer dan sebagainya. Selain itu, kekurangan pelajar menjadi satu batasan untuk mereka melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum atau sukan. Hanya terdapat satu unit beruniform sahaja di sekolah ini iaitu kelab pengakap. Pelajar tidak mempunyai pilihan melainkan perlu juga menyertai unit beruniform tersebut tanpa mengambil kira minat dan kesukaan pelajar. Dalam bidang sukan pula, pelajar hanya berpeluang untuk menyertai sukan acara padang sahaja. Ini secara langsung boleh mempengaruhi perkembangan kemahiran sosial dan kepimpinan pelajar kerana mereka tidak dapat terlibat dalam sukan berkumpulan atau sukan berpasukan seperti bola jaring, bola tampar, hoki dan sebagainya. Pihak sekolah hanya menghantar wakil dalam permainan catur. Oleh itu, kesan daripada kekurangan pelajar ini menyebabkan kurangnya peluang bagi pelajar untuk memperkukuhkan kemahiran sosial dan kepimpinan melalui pengalaman berkumpulan dan kerjasama. SEKOLAH


Peribadi Rasa kasih sayang perlulah diwujudkan di dalam diri seorang pendidik terhadap anak didiknya (Siti & Azlina, 2019). Guru di sekolah ini sangat prihatin. Ini dapat dibuktikan apabila guru-guru di sekolah ini seringkali makan bersama-sama pelajar di kantin pada waktu rehat. Secara langsung, guru akan lebih mengenali pelajar dengan lebih rapat serta mengetahui latar belakang pelajar. Ini dapat merapatkan jurang antara guru dan pelajar. Amalan guru makan bersama-sama pelajar di kantin sekolah boleh menjadi satu cara yang baik untuk memupuk hubungan yang lebih dekat antara guru dan pelajar. Ini dapat memberi peluang kepada guru untuk lebih memahami kehidupan dan keperluan pelajar di luar bilik darjah, serta memperkuatkan hubungan antara guru dan pelajar. Pada masa yang sama, ada juga guru yang bermurah hati untuk belanja pelajar yang dalam kesusahan. Profesion IMPLIKASI PERANAN GURU SEBAGAI AGEN SOSIALISASI Amalan 3S (Senyum, Salam dan Sapa) bukanlah sesuatu yang baharu. Amalan ini merupakan sebahagian daripada amalan yang dipraktikkan dalam program guru penyayang. Amalan 3S ini sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif serta harmonis (Azhar, 2022). Amalan 3S yang telah diperkenalkan bertujuan untuk memperbaiki hubungan antara pelajar dan guru serta antara murid dengan sesama pelajar. Konsep ini termasuk saling menghormati, kasih sayang, dan prihatin terhadap keadaan sekeliling. Dengan mengamalkan nilai-nilai ini, diharapkan akan tercipta suasana yang kondusif dan harmoni di sekolah. Guru tidak hanya mengajar di dalam bilik darjah, tetapi juga berperanan sebagai mentor dan pembimbing bagi pelajar. Mereka perlu menjadi contoh yang terbaik untuk ditunjukkan kepada pelajar. Memulakan amalan 3S (senyum, sapa, salam) adalah langkah yang sangat baik untuk guru mewujudkan suasana mesra di dalam dan luar bilik darjah. LAMAN SOSIAL SEKOLAH


RUMUSAN Kesimpulannya, keadaan sekolah yang mempunyai bilangan pelajar yang terhad boleh menjejaskan aktiviti sosial dalam kalangan pelajar. Interaksi interpersonal cenderung lebih mendalam dan peribadi, membolehkan pembentukan hubungan rapat. Sehubungan dengan itu, penguasaan etnik Melayu mungkin mewujudkan budaya dan tradisi yang unik dalam kehidupan sekolah seharian. Ini dapat dicerminkan dalam aktiviti seperti upacara keagamaan, acara kebudayaan dan perayaan yang mencerminkan identiti Melayu. Pada masa yang sama, kekurangan pelajar boleh mewujudkan cabaran tertentu dalam organisasi pembelajaran dan pembangunan kemahiran sosial. Walau bagaimanapun, ini juga boleh mewujudkan peluang untuk pendekatan pembelajaran yang lebih diperibadikan dan tumpuan kepada keperluan individu. RUJUKAN


Click to View FlipBook Version