The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by akram010801, 2024-03-14 02:02:14

T2_AKRAM HAKIM BIN TAJUDIN_EDUP3143

T2_AKRAM HAKIM BIN TAJUDIN_EDUP3143

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN Nama : AKRAM HAKIM BIN TAJUDIN No. K/P : 010801060265 Angka Giliran : 2021202340257 Program : PISMP Ambilan : 2021 Unit : 08 Nama Pensyarah : ENCIK MOHD NASARUDDIN BIN ISMAIL Tarikh Hantar : 5 MAC 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar : AKRAM Tarikh : 13/3/2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar : AKRAM Tarikh :13/3/2024


Stratifikasi Sosial dan Institusi Sosial di Malaysia SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN EDUP3143 Prepared by AKRAM HAKIM BIN TAJUDIN


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T yang telah memberi taufik dan hidayah kepada saya untuk melaksanakan Tugasan Pentaksiran Berterusan Sosiologi Dalam Pendidikan (EDUP3143) ini dengan jayanya. Saya menyiapkan berdasarkan Maklumat Kursus(MK), soalan Pentaksiran Berterusan dan Rubrik yang disediakan oleh pensyarah. Kami juga telah diberi penerangan yang jelas tentang taklimat Pentaksiran Berterusan. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Mohd Nasarudin Bin Ismail pensyarah Kursus EDUP3143 yang telah memberikan penerangan lengkap, tunjuk ajar dan sokongan yang padu sepanjang saya menyelesaikan tugasan ini dari permulaan sehingga selesai sepenuhnya. Tanpa panduan dan tunjuk ajar tersebut saya tidak mungkin dapat menyiapkan tugasan ini. Selain itu, ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada Puan Nor Annisa binti Kadri iaitu Ketua Unit Pusat Sumber Al-Ghazali di IPG Kampus Pendidikan Islam. Pusat sumber merupakan tempat yang sering dijadikan pencarian bahan rujukan bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Tanpa adanya pusat sumber, saya tidak dapat menyiapkan tugasan dengan jayanya. Akhir sekali, saya juga ingin berterima kasih kepada ibu bapa saya iaitu Nafisah binti Omar dan Tajudin bin Ab Rahman yang telah banyak memberi sokongan daripada segi moral dan kewangan kepada saya. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi bantuan, bimbingan dan idea-idea yang bernas kepada saya. Terima kasih juga kepada mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melaksanakan tugasan ini. Sekian, terima kasih. ii PENGHARGAAN


HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSITITUSI SOSIAL 3.0 BUDAYA YANG DIAMALKAN DALAM SEKOLAH 4.0 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA DI SEKOLAH 4.1 Layanan terhadap murid-murid 4.2 Pencapaian murid 4.3 Perbezaan kaum 5.0 CARA GURU MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH 6.0 PENUTUP RUJUKAN LAMPIRAN ISI KANDUNGAN


Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa dengan majoriti masyarakat Melayu, Cina dan India. Menurut Ahmad (2017), terdapat pelbagai kaum etnik berbeza di Malaysia dengan identiti budaya mereka yang unik dan istimewa. Di sekolah, guru berpeluang untuk merasai dan mempelajari budaya yang wujud dalam kalangan murid di persekitaran sekolah yang mempunyai pelbagai etnik. Stratifikasi sosial dan institusi sosial memainkan peranan dalam perkembangan sesebuah budaya yang berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia dan boleh dilihat dalam perlakuan murid-murid di sekolah. 1.0 PENGENALAN


2.0 STRATIFIKASI SOSIAL DAN INSITITUSI SOSIAL STRATIFIKASI SOSIAL INSTITUSI SOSIAL Stratifikasi sosial boleh dikenal pasti dalam kehidupan bermasyarakat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), stratifikasi sosial merujuk kepada pembahagian masyarakat dalam lapisan-lapisan berdasarkan kriteria tertentu seperti status, kekayaan, pendidikan, atau kekuasaan. Stratifikasi sosial menjadi asas kepada ketaksamaan sosial wujud dalam tiga unsur iaitu status sosial, kelas sosial dan kuasa. Setiap unsur memainkan peranan tersendiri mengikut kepentingannya dalam sosial. Unsur-unsur ini juga mempunyai ciri-ciri dan nilai tersendiri yang bergantung dan bersaing antara satu-sama lain. Institusi sosial merupakan usaha seseorang individu dalam memenuhi keinginannya. Individu tersebut berusaha membentuk dan mengembangkan hubungan sosial dengan individu lain mengikut pola-pola tertentu. Menurut Abdullah (2024), institusi sosial ialah tatacara yang telah diciptakan untuk mengatur hubungan antara manusia yang tergabung dalam suatu kelompok masyarakat. Sistem sosial ini yang diciptakan melalui adat istiadat dan disesuaikan di setiap tempat yang berfungsi untuk mengatur pola mahupun tatacara agar menjadi suatu hubungan bermasyarakat yang memiliki satu tujuan utama.


Budaya di sekolah dibentuk untuk mendidik murid-murid menjadi seorang yang berdisiplin daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Terdapat banyak budaya yang diamalkan di sekolah seperti budaya membersihkan bilik darjah, budaya menghormati guru dan budaya beratur semasa membeli makanan di kantin. 3.0 BUDAYA YANG DIAMALKAN DALAM SEKOLAH


Stratifikasi sosial memberi kesan terhadap budaya di sekolah seperti perbezaan layanan guru terhadap murid dan antara murid itu sendiri. Kebiasaannya, guru akan memberi perhatian lebih kepada murid-murid daripada golongan berada dan memberi layanan istimewa kepada mereka berbanding dengan murid yang kurang berkemampuan. Contohnya, guru akan menegur sapa dengan murid kelas atasan terlebih dahulu berbanding dengan murid lain. Selain itu, murid-murid kelas atasan juga akan sentiasa menindas murid kurang berkemampuan kerana merasakan mereka boleh membuat apa-apa sahaja tanpa dikenakan tindakan. Contohmya, mereka tidak mahu beratur di kantin untuk membeli makanan dan menyuruh pelajar lain untuk menyapu sampah di dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka beranggapan perkara tersebut bukan keperluan mereka kerana sudah terbiasa dari rumah. 4.0 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA DI SEKOLAH 1.Layanan terhadap murid-murid


4.0 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA DI SEKOLAH 2. Pencapaian murid Menurut Sinar Harian (2022), suatu ketika dahulu sistem ranking sekolah diamalkan di Malaysia menyebabkan berlakunya budaya mengasingkan murid-murid mengikut kemampuan. Murid-murid yang pandai akan diletakkan di kelas pertama dan yang kurang pandai akan diasingkan di kelas yang lain. Sehingga kini, budaya ini masih diamalkan bagi menjaga nama baik sekolah. Apabila peperiksaan dimansuhkan, budaya ini tetap diteruskan bagi memudahkan guru memberi markah melalui penilaian berterusan. Muridmurid pandai diletakkan di kelas pertama untuk memudahkan guru memantau dan memberi markah yang lebih tinggi berbanding murid-murid di kelas bawah.


4.0 KESAN STRATIFIKASI SOSIAL TERHADAP BUDAYA DI SEKOLAH 3. Perbezaan kaum Menurut laporan Berita Harian (2023), terdapat diskriminasi yang berlaku di sekolah terutama dalam perbezaan kaum. Layanan guru terhadap murid-murid berbeza mengikut kaum dan latar belakang keluarga. Guru akan memberi layanan yang lebih istimewa kepada murid daripada golongan bangsanya sendiri dan mempunyai latar belakang keluarga yang berada. Murid-murid berbeza bangsa dengan guru pula dilayan seadanya. Contohnya, murid berbangsa Melayu selalu dimarahi oleh guru berbeza kaum kerana mereka beranggapan murid Melayu suka melakukan banyak masalah. Murid-murid tersebut akan hilang rasa hormat kepada guru. Hal ini demikian akan merendahkan rasa nilai dan keyakinan diri, menggugat pencapaian pembelajaran, melebarkan jurang antara satu sama lain dan memberi kesan psikososial seperti pengasingan diri dari komuniti serta masyarakat.


2. Mengelakkan Pengasingan Kelas Pengasingan kelas mengikut kemampuan muridmurid perlu dielakkan bagi meningkatkan prestasi pembelajaran murid-murid. Murid lemah perlu diletakkan bersama murid pandai di dalam satu kelas agar mereka boleh dibantu oleh rakannya jika tidak faham dalam sesuatu topik. Pembelajaran berlaku secara holistik kerana guru tidak hanya fokus mengajar bersungguh-sungguh untuk kelas pertama sahaja kerana murid-murid lemah di tempatkan bersama murid pandai secara seimbang di setiap kelas. 5.0 CARA GURU MEMBENTUK BUDAYA POSITIF DI SEKOLAH 1. Layanan Sama Rata Guru memberi layanan sama rata kepada semua murid agar tiada diskriminasi berlaku. Perkara ini perlu diterapkan sejak awal agar murid terbiasa dengan layanan yang sama dengan semua orang. Contohnya, murid-murid diberi jadual tugasan membersihkan kelas secara bergilir-gilir. Setiap murid perlu bertugas dan dipantau oleh guru setiap hari. 3. Menempatkan Pelajar Berbilang Kaum Dalam Satu Kelas Murid-murid berbilang kaum ditempatkan dalam satu kelas agar mereka boleh mengenali antara satu sama lain. Dengan cara ini, perpaduan dapat dipupuk apabila mereka melakukan tugasan yang diberikan bersama-sama dan belajar mengenali budaya kaum lain. Oleh itu, sifat perkauman dapat dielakkan dari sekolah rendah dan tidak dibawa semasa meningkat dewasa di tempat kerja.


6.0 PENUTUP Kesimpulannya, stratifikasi sosial dan institusi sosial saling berkait antara satu sama lain dalam membentuk masyarakat di Malaysia pada masa kini. Stratifikasi sosial boleh mendatangkan banyak impak yang positif dan negatif dalam budaya di sekolah. Oleh itu, guru-guru perlu memainkan peranan agar dapat menghindari budaya negatif terus berleluasa dan menerapkan impak yang positif dalam budaya yang ada di sekolah.


RUJUKAN Abdul Aziz. (21 Jun 2022). Pendidikan Adil dan Sama Rata Untuk Semua Murid. Sinar Harian. Ahmad, Y., & Yusof, N. M. (2017). Kompetensi Kepelbagaian Budaya dalam kalangan Guru Pelbagai Etnik di Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 2(2), 1-13. Anwar, N., Abdullah, S., & Muhammad, R. (2024). Konstruksi Sosial Pamali Pada Generasi Milenial: Studi Pada Mahasiswa Sosiologi Fisip Universitas Hasanuddin. Jurnal Pendidikan Sejarah dan Riset Sosial Humaniora, 4(1), 82-87. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka Zuati Hashim . (7 Februari 2023). Diskriminasi Pendidikan Sekat Pengembangan Potensi Pelajar. Berita Harian Online.


LAMPIRAN


Click to View FlipBook Version