The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROJEK DIGITAL BMMB1144 ANIS ZULAIKHA ROZAIMIE

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by anisrozaimie72, 2022-04-02 11:36:58

PROJEK DIGITAL BMMB1144 ANIS ZULAIKHA ROZAIMIE

PROJEK DIGITAL BMMB1144 ANIS ZULAIKHA ROZAIMIE

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 2 )

KESANTUNAN BERBAHASA
(BMMB1144)

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA ANIS ZULAIKHA BINTI ROZAIMIE
ANGKA GILIRAN 2021292310261
NO. KAD PENGENALAN
KUMPULAN 030407110496
KOD DAN NAMA KURSUS H1
TAJUK TUGASAN BMMB1144 - KESANTUNAN BERBAHASA
NAMA PENSYARAH DAN JABATAN PROJEK DIGITAL
TARIKH HANTAR ENCIK MUHAMAD AUFA BIN MOHD SANUSI
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS 3 APRIL 2022
DARIPADA PENSYARAH

Komputer Riba

Tujahan mentari pagi menerobos di celah-celah dinding bilik tidur Aira. Angin sepoi
bahasa menyapa rambut perangnya yang ikal mayang. Seketika dia termenung dan
membiarkan sejenak fikirannya menerawang mengenangkan peristiwa yang tidak
akan dia lupakan dalam kamus hidupnya. Ejekan yang dilontarkan kepadanya bagai
mencurahkan cuka di luka hatinya. Tanpa dia sedari, cecair jernih mulai membasahi
pipinya yang mulus itu. ‘Kenapa harus aku?,‘ dia membiarkan persoalan tersebut
terkubur di dasar hatinya. Bagi dirinya, bukan dia tidak bersyukur, tapi dia akur bahawa
ini adalah aturan oleh Allah untuk hambanya. Selagi hayat dikandung badan, dia akan
membuktikan bahawa dia akan berbakti kepada keluarganya.

Beberapa hari lepas...

Deruman enjin mengaum melanggar gegendang telinganya, Aira segera mengayuh
basikalnya dengan laju menuju ke pintu utama sekolah. Namun setibanya dia di
perkarangan sekolah, dia seolah-olah terkejut dan memasang telinga apabila
namanya sedang disebut oleh sekumpulan pelajar. “Dah tahu kita ni belajar akaun,
mesti kena guna laptop kan? Si Aira tu mana mampu nak beli.” “Betul jugak tu, ayah
dia kan kerja penoreh getah je, mak dia pulak tak kerja, bak kata orang kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang.“ Perbualan mereka terhenti di situ dek kerana
loceng sudah berbunyi menandakan kelas akan bermula sebentar sahaja lagi. Aira
masih kaku berdiri di situ. Perbualan yang baru didengari olehnya sebentar tadi
menikam terus ke jantungnya. Matanya mula terasa basah. Dia segera menepis
perasaan sedihnya dan berlalu pergi.

Kata-kata hinaan yang didengarinya bagai merobek semangatnya. Dia cuba untuk
memberi perhatian sepanjang kelasnya berlangsung. Namun, fikirannya jauh
melayang setelah terdengar perbualan tersebut. “Aira? Awak tak apa apa ke?,“ tanya
Puan Luna, guru akaun merangkap guru kelasnya. Aira tersedar dari lamunannya. Dia
menguntum senyuman kepada Puan Luna seraya berkata “Saya baik je puan,
maafkan saya sebab tidak bagi perhatian semasa puan tengah mengajar tadi ,“Namun
apakan daya, bagi Aira lain di mulut, lain di hati. Puan Luna menganggukkan
kepalanya. Senyuman yang terpalit di bibir mungil Aira tidak mampu untuk menutup
mendung yang menyeliputi hatinya. Firasat Puan Luna kuat mengatakan bahawa Aira
sedang bertarung dengan perasaannya. “Jika ada apa-apa masalah, maklumkan
kepada saya ya Aira, saya pergi dulu,“ pujuk Puan Luna sambil memegang bahu Aira.
Aira menganggukkan kepalanya dan melambaikan tangannya kepada Puan Luna.

Sayup dan pilu menghambat perasaan Aira. Tiba-tiba, matanya bergenang mengingati
peristiwa beberapa hari yang lepas. Segera dia mengesat kedua-dua matanya setelah
mendengar pintu biliknya diketuk bertalu-talu. “Boleh ibu masuk?,“ tanya ibu Aira,
Puan Yati kepada anak daranya. Aira bangun dan merapikan dirinya sebelum
menghampiri pintu biliknya. Pintu dikuak dan Aira mengulum senyuman tipis kepada
ibunya.“Aira anak ibu ni kenapa? Kenapa mata bengkak n? Aira nangis ke?,“ soalan
bertubi-tubi keluar dari mulut ibunya. Aira menundukkan kepalanya lalu memeluk
ibunya. Dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok. Puan Yati segera
menarik Aira ke dalam dakapannya dan menuju ke katil. Aira merenung ibunya. ‘Andai
ibu tahu apa yang Aira lalui di sekolah, ibu takkan benarkan Aira untuk ke sekolah
lagi,‘ rungut hati kecilnya. Hati ibu mana yang tidak remuk melihat anaknya dalam
kesedihan. “Aira, firasat ibu tak pernah salah, Aira dalam masalah kan sayang? Cuba
cerita dekat ibu,“ Puan Yati mengusap kepala Aira. Lama Aira merenung muka ibunya,
muka syurganya. “Sebenarnya ibu, beberapa hari lepas, Aira terdengar ada orang
cakap pasal Aira, Aira boleh tahan lagi ibu, tapi bila dia kaitkan dengan pekerjaan
ayah, ibu, Aira tak boleh ibu, Aira tak boleh. “ Bentak Aira. Puan Yati terkejut kerana
dia tidak pernah melihat Aira sebegini. “Macam ni Aira, apa kata malam ni Aira luah
semua dekat ibu dengan ayah? Kata sayang ibu dengan ayah kan? Nak atau tak nak
Aira kena luah semua isi hati Aira,” kata Puan Yati lalu mencium dahi anaknya.

Bintang-bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik. Aira membuka tingkap
membiarkan angin malam menerjah masuk ke dalam biliknya. Kesepian yang
mencengkam perasaan tidak mampu menutup hatinya yang pecah seribu.
Lamunannya terhenti apabila terdengar langkah kaki yang menuju ke arah biliknya.
Aira memusingkan badannya, “Oh ibu rupanya, kejap ya ibu nanti Aira keluar,” Aira
segera menuju ke tingkap dan menutupnya memandangkan hari sudah larut malam.
Perlahan-lahan kakinya melangkah ke ruang tamu. Ibu dan ayahnya sudah
menunggunya di sofa. Aira menghela nafasnya. Dia duduk di antara kedua ibu
ayahnya. “Aira okay ke? Kalau Aira tak bersedia nak luah, takpe kami faham Aira,”
kata Encik Yusuf, ayahnya. Aira tahu, kedua ibu ayahnya menyimpan harapan supaya
dia dapat meluahkan segala isi hatinya. “Sebenarnya ayah, ibu, Aira diejek sebab Aira
tak mampu nak beli laptop, bukan itu je, mereka ejek ibu ayah jugak sebab ayah kerja
penoreh getah, ibu tak bekerja, Aira sedih,” dia berasa lega kerana dapat meluahkan
segala isi hatinya yang dipendam. Kedua ibu ayahnya saling berpandangan namun
wajah mereka tenang-setenang air di kali. Aira mengangkat keningnya. “Nanti ayah
usahakan ya sayang? Jangan risau pasal laptop tu, untuk satu-satunya anak ayah,
ayah rela ikat perut untuk tengok Aira berjaya menghambat cita-cita Aira untuk menjadi

akauntan. Lagi satu, hiraukan mulut orang, usah dilawan kerana berapakah tajam
pisau parang, tajam lagi mulut manusia”, ujar Encik Yusuf. Cetusan kata-kata dari
ayahnya menusuk jauh ke sanubari. Dalam dia merenung dan mengucap syukur
kepada Allah kerana telah mengurniakan kedua ibu bapa yang tidak pernah berputus
asa untuk membahagiakannya. Tubir mata Aira mula bergenang dengan cecair jernih.
Cuba untuk menahan sepenuh hati bagi membuktikan bahawa dia kuat namun
bendungan air matanya pecah jua. Segera dia memeluk kedua ibu ayahnya dan
mengucapkan terima kasih. Usai menyalami dan mencium pipi mereka, Aira
melangkah menuju ke dalam bilik tidurnya.

Keesokan harinya, kuntum kegembiraan mengembang di hati Aira sekaligus
menghalau perasaan sedih yang menghantui hatinya. Sedang dia berjalan menuju ke
kantin, dia disapa oleh Puan Luna. “ Assalamaualaikum Aira, boleh ikut saya ke bilik
saya sekejap?” tanya Puan Luna kepada Aira. Aira yang sedang menghirup air sirap
tersedak mendengar pertanyaan yang ditanya oleh Puan Luna. Puan Luna segera
mengusap belakang Aira dengan perlahan. “Astarghfirullah Aira, puan bukan nak
makan kamu pun,” ujar Puan Luna sambil menggelengkan kepalanya. Aira mengekek
ketawa melihat Puan Luna. ‘Puan macam ibu’ seloroh hatinya. Sekejap fikirannya
memikirkan ibunya di rumah. “Aira? Amboi jauh mengelamun, dah jom ikut puan.”
Mereka berdua berlalu pergi ke bilik Puan Luna.

Deringan telefon Puan Luna memecahkan kesunyian biliknya. Aira memerhati
segenap ruang. “Baik puan, boleh datang dengan segera,” Puan Luna sempat
memerhati raut wajah Aira yang polos itu. ‘ Lepas ni, hidup Aira akan berubah ‘, ujar
hatinya. “Aira, boleh puan tanya? Memandangkan subjek akaun tingkatan lima ni
memerlukan laptop untuk kerja kursus, Aira dah ada laptop ke?” tanya Puan Luna
kepada Aira. Aira kaku dan menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Berkenaan laptop
tu, saya cuba usahakan puan, maafkan kekhilafan saya puan,” rayu Aira. Puan Luna
menganggukkan kepalanya. Tidak lama kemudian, suara yang tidak asing bagi Aira
memberi salam. “Assalamualaikum,” Puan Yati dan Encik Yusuf berkata serentak dan
berjalan seiringan menuju kearah Aira. Aira yang masih tercegat lantas menyalami
kedua ibu ayahnya dan menjemput untuk duduk di sofa bersamanya. ‘Kenapa ibu dan
ayah datang ek’ monolog hatinya. “Macam ni Puan Yati dan Encik Yusuf, saya ingin
menghulurkan sedikit sumbangan untuk Aira untuk membeli komputer riba” kata Puan
Luna sambil menampakkan segaris senyuman yang terukir di bibirnya. Puan Yati,
Encik Yusuf dan Aira seakan tidak percaya pada berita yang disampaikan oleh Puan
Luna. Kebahagiaan yang terasa saat ini belum ada bandingannya. Aira segera
memeluk Puan Luna. Menyedari perbuatan itu, Aira segera memohon maaf, “Minta

maaf puan, saya sangat teruja sampai memeluk puan.” Puan Luna menganggukkan
kepalanya seraya mengusap kepala Aira. Sempat Puan Luna mengeluarkan sepucuk
sampul surat dari laci mejanya untuk dberikan kepada Aira. “Nah ambil pemberian
saya ni, saya minta maaf sekiranya ada kekurangan,” Puan Luna menyerahkan
sampul surat tersebut kepada Aira. Kerana rasa ingin tahu menebal di dalam diri Aira,
dia segera membuka sampul surat tersebut di hadapan Puan Luna. Aira seakan tidak
percaya sejumlah wang yang diterimanya itu melebihi harga sebuah komputer riba.
“Tapi cikgu, tiga ribu ni banyak,” ujar Aira. Aira merenung Puan Luna dan tanpa dia
sedari, air matanya mula mengalir membasahi pipi. Dia tidak tahu bagaimana ingin
membalas jasa gurunya. “Janji dengan saya, awak belajar rajin-rajin, selagi hayat
dikandung badan, berjasalah kepada kedua ibu dan ayah awak,” Puan Luna memeluk
Aira dan mengusap belakangnya. “Terima kasih puan, jasa puan akan saya ingat
selalu” ucap Aira kepada Puan Luna dan meminta diri untuk pulang ke rumah
bersama-sama ibu dan ayahnya.


Click to View FlipBook Version