51
52
53
54
55
56
57
58
59
60
61
62
63
64
65
66
67
68
69
70
71
72
73
74 PERLEMBAGAAN KELAB POLIS DAERAH KOTA BHARU - -
75 PERLEMBAGAAN BAGI PERTUBUHAN INDUK KELAB POLIS DAERAH KOTA BHARU (BARU) ( PPM-004-03-14062015 ) FASAL 1 NAMA (1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama KELAB POLIS DAERAH KOTA BHARU. Selepas ini disebut "Pertubuhan". (2) Takrif Nama: Kelab Kebajikan Untuk Pegawai, Anggota Dan Pegawai Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu. (3) Taraf Pertubuhan: Negeri FASAL 2 TEMPAT URUSAN (1) Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA BHARU JALAN PADANG TEMBAK 16100 KOTA BHARU ,KELANTAN dan alamat untuk surat-menyurat adalah KELAB POLIS DAERAH KOTA BHARU, IBU PEJABAT POLIS DAERAH KOTA BHARU JALAN PADANG TEMBAK 16100 KOTA BHARU, KELANTAN atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; (2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu. FASAL 3 TUJUAN / MATLAMAT (1) Bagi mewujudkan semangat muhibbah, persefahaman dan mengeratkan persahabatan di kalangan ahli. (2) Bagi menyediakan alat-alat permainan sukan dan pertandingan untuk ahli-ahli. (3) Menyumbang derma kebajikan kepada hal yang difikirkan patut kepada ahli-ahli dan keluarga. (4) Menggalakkan kepada ahli-ahli untuk mempelajari Agama Islam. (5) Memberi galakan kepada isteri ahli-ahli untuk mempelajari hal ehwal rumahtangga dan pergaulan masyarakat.
76 (6) Bagi mengadakan perkara kebajikan dan kebudayaan kepada ahli-ahli dan anak isteri mereka. (7) Semua wang dan keuntungan yang diperolehi oleh kelab ini hasil dari penyertaannya dalam mana-mana perniagaan atau pelaburan akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan-tujuan kelab ini dan akan digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada sebarang ahli kelab. Sungguh pun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran yang dibuat dengan tujuan baik, untuk membayar gaji atau perbelanjaan atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja kelab. FASAL 4 KEAHLIAN (1) Keahlian kelab secara automatik kepada semua Pegawai Kanan Polis, Pegawai Pangkat Rendah Polis serta Pegawai Awam yang berkhidmat di IPD Kota Bharu. (2) Keahlian Kelab ini terbuka kepada Pegawai Polis, Pegawai Pangkat Rendah dan Pegawai Awam yang berkerja dalam perkhidmatan Polis dalam Daerah IPD Kota Bharu, Kelantan. (3) Apabila seseorang yang termasuk di dalam fasal 4(1) Undang-Undang Kelab Polis Daerah Kota Bharu, Kelantan (2015) adalah layak memohon menjadi ahli kelab. Takrif Pegawai Polis dalam fasal 4 (1) Undang-Undang ini adalah sama seperti takrif Pegawai Polis Dalam Akta Polis 1967. (4) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh seorang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. (5) Tiap-tiap permohonan yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar yuran bulan pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah sebagai ahli. FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI (1) Mana-mana ahli yang bersara,bertukar keluar dari Daerah Kota Bharu, Kelantan, berhenti kerja atau meninggal dunia maka terlucut secara automatik dari menjadi ahli kelab. (2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik persatuan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantungkan keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
77 (3) Mana-mana ahli yang tidak menjelaskan yuran bulanan selama 6 bulan berturut-turut, maka ia adalah dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli dan luputlah ia dari sebarang hak yang bersangkutan dengan kelab ini. FASAL 6 SUMBER KEWANGAN (1) Bayaran masuk tidak dikenakan bersesuaian dengan kehendak fasal 4(2) (2) Dalam mesyuarat Agung Kelab Polis Daeraah Kota Bharu bagi tahun 2023/2024 bayaran yuran bulanan yang perlu dibayar oleh ahli adalah seperti berikut:- 2.1. Yuran bulanan RM 11.00 ( Ringgit Malaysia sebelas ) bagi Pegawai Kanan Polis Pegawai Pangkat Rendah dan Pegawai Awam. (3) Hasil daripada yuran bulanan yang dibayar oleh ahli akan diagihkan ke saluran iaitu 3.1. Kelab Polis - RM 7.00 3.2 Surau - RM 2.00 3.3 PERKEP - RM 2.00 (4) Bayaran yuran bulanan ahli akan dibuat secara pemotongan gaji ahli dan dibayar kepada Bendahari Kehormat. (5) Pegawai Kanan yang diwartakan hendaklah membayar yuran bulanan kepada Bendahari Kehormat pada setiap bulan. (6) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua bulan akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh Setiausaha atau wakil Setiausaha dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dibayar. (7) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga bulan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli kelab dan jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan sah diambil terhadapnya. dengan syarat mereka berpuas hati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu. (8) Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang. (9) Yuran-yuran khas atau kutipan daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dijalankan dengan persetujuan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam masa yang ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan. FASAL 7 MESYUARAT AGUNG (1) Pengelolaan Kelab ini terserah kepada Mesyuarat Agung ahli-ahli. Sekurangkurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua (2) kali jumlah Ahli Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupkan korum untuk mesyuarat. (2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh
78 (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang Kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli. (3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31hb Mac pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Tahunan ialah: (a) Menerima laporan Jawatankuasa berkenaan perjalanan Kelab di dalam tahun yang lalu; (b) Menerima laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu; (c) Memilih Ahli Jawatankuasa dan Pemeriksa Kira-Kira satu tahun sekali. (d) Membincang dan mengesahkan sebarang usul yang telah diterima daripada ahli tidak lewat daripada (14) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung itu dijalankan. (e) Membincangkan pemindaan undang-undang kelab jika ada. (f) Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu. (4) Setiausaha hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 21 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan berserta penyata kira-kira kelab bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli- ahli di alamat tempat urusan kelab. (5) Mesyuarat Agung Khas bagi kelab ini boleh diadakan: (a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa; atau (b) Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha kelab. (6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu. (7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat. (8) Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.
79 (9) Setiausaha hendaklah menghantar kepada ahli satu salinan draf peringatan bagi setiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas setelah selesai mesyuarat tersebut. FASAL 8 JAWATANKUASA (1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Persatuan hendaklah dipilih setahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan: (a) Seorang Pengerusi (b) Seorang Naib Pengerusi (c) Seorang Setiausaha (d) Seorang Penolong Setiausaha (e) Seorang Bendahari (f) Seorang Penolong Bendahari (2) Semua Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai dalam daerah Polis Kota Bharu secara automatik dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Biasa Kelab. Senarai Ketua Bahagian dan Ketua Polis Balai adalah seperti berikut: a) Ketua Bahagian Pengurusan Daerah (KBPD) (b) Ketua Bahagian Cawangan Khas (KCKD) (c) Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah (KBPJKKD) (d) Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (KBSJD) (e) Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (KBSJND) (f) Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah (KBSJKD) (g) Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD) (h) Ketua Bahagian Sumber Strategik dan Teknologi (KBLog) (i) Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (KBIPS) (j) Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) (k) KPB Kota Bharu (l) KPB Kubang Kerian (m) KPB Pengkalan Chepa (n) KPB Nilam Puri (o) KPB Binjai (p) KPB Melor (q) KPB Ketereh (r) KPB Kok Lanas (s) KPB Badang (t) KPB Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa (3) Seramai tiga (3) orang yang mendapat undian terbanyak di dalam mesyuarat Agung Tahunan akan dilantik sebagai AJK Terbuka. AJK Terbuka tersebut hendaklah terdiri di kalangan anggota sahaja. (4) Seramai dua (2) orang yang mendapat undian terbanyak di dalam Mesyuarat Agung Tahunan akan dilantik sebagai AJK Bersama. AJK Bersama tersebut hendaklah terdiri daripada seorang wakil dari Pegawai Kanan Polis dan seorang wakil dari Pegawai Awam. (5) Pemegang-pemegang jawatan kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam kelab hendaklah terdiri daripada Warganegara Malaysia.
80 (6) Nama untuk jawatan di Fasal 8(1) diatas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihannya dijalankan setahun sekali dengan cara mengundi oleh ahli-ahli dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap setahun sekali. (7) Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian kelab dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Meyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung denganya dan jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan. (8) Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) bulan. pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Pengersui dengan bersendirian atau tidakkurang daripada 4 orang Ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnyasetengah (1/2) daripada Ahli Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupi korum mesyuarat. (9) Jika timbul perkara mustahak yang berkenaan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan maka Setiausaha bolehlah mendapat kelulusan Ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai telah diterima: (a) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa; (b) Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan Ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; (c) Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak; (d) Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada Mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan didalam peringatan mesyuarat. (10) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri Meyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut- turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan dalam jawatankuasa. (11) Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu, Jika calon yang sedemikan tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga pemilihan setahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan diadakan. (12) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan kelab, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan
81 mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai didalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Jawatankuasa atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan kelab. (13) Jawatankuasa boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberi kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI (1) PENGERUSI Kuasa-Kuasa dan tugas adalah seperti berikut:-- (a) Melantik seorang yang berkelayakan untuk menyandang jawatan sebagai Bendahari. (b) Menjaga keselamatan kewangan dan bertanggungjawab di atas perjalanan Kelab dan lain-lain yang bersangkut dengannya. (c) Mengeluar dan menandatangani cek-cek bersama-sama dengan Bendahari atau Setiausaha dengan mengikut jumlah angka-angka wang yang telah diluluskan oleh satu Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Jawatankuasa. (d) Memerintah Setiausaha untuk mengadakan Mesyuarat Agung atau Mesyuarat Jawatankuasa Khas pada bila-bila masa yang difikirkan patut. (e) Memecat sebarang Ahli Jawatankuasa yang tidak patuh kepada tatatertib atau dengan tidak mempunyai alasan yang munasabah tidak hadir dalam sebarang mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut. (f) Hendaklah menghadiri Mesyuarat Agung, Mesyuarat Jawatankuasa dan menjadi Pengerusi mesyuarat dan mempunyai undi pemutus. (g) Boleh membelanjakan wang bagi kegunaan kelab atau kebajikan ahlinya jika difikirkan patut dan mustahak tiada boleh lebih daripada RM 250.00 pada tiap- tiap satu masa perbelanjaan dengan tiada perlu mendapat kelulusan dari Jawatankuasa. Menjaga tatatertib didalam sebarang mesyuarat. (h) Memanjangkan segala butir-butir keputusan mesyuarat kepada Penaung. (i) Menurunkan tandatangan didalam buku butir-butir salinan mesyuarat yang telah disahkan oleh Mesyuarat. (j) Memberi nasihat dan buah fikirannya yang difikirkan patut di dalam sebarang mesyuarat. (k) Memberi undi pemutus sekiranya berlaku satu-satu usul yang undinya sama banyak dan memberi keputusan yang muktamad. (l) Mencegah atau menahan mana-mana ahli daripada bercakap luar usul atau melanggar tatatertib mesyuarat.
82 (m) Memberhentikan atau menangguhkan sebarang mesyuarat yang difikirkan mustahak kerana keselamatan umum. (n) Mengeluarkan sebarang ahli yang difikirkan boleh mendatangkan mudarat kepada majlis didalam sebarang mesyuarat. (o) Menggugurkan sebarang cadangan yang terkeluar daripada usul atau menangguhkan sebarang usul yang difikirkan patut pada masa yang lain. (p) Bekerjasama dengan Setiausaha dan Ahli Jawatankuasa di dalam sebarang urusan pentadbiran. (q) Bersifat adil, tenang, tegas di dalam mengambil keputusan diatas satu-satu perkara. (r) Bertanggungjawab dengan semua Ahli Jawatankuasa atas keselamatan harta-harta yang dipunyai oleh Kelab Polis Daerah Kota Bharu. (2) NAIB PENGERUSI Kuasa-Kuasa dan tugas adalah seperti berikut:- (a) Hadir di dalam sebarang mesyuarat sebagai wakil kepada Pengerusi atau bagi pihak dirinya sendiri. (b) Boleh dilantik menjadi Pengerusi mesyuarat tetapi ianya tidak boleh memberi undi pemutus. (c) Memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaan Pengerusi. (3) SETIAUSAHA Kuasa-Kuasa dan tugas adalah seperti berikut: (a) Bertanggungjawab kepada Pengerusi dengan melalui Jawatankuasa bagi segala tulis menulis dan bekerja dengan Ahli Jawatankuasa didalam urusan pentadbiran. (b) Memanggil dan menghadiri sebarang Mesyuarat Agung dan Mesyuarat Jawatankuasa. (c) Menulis butir-butir semasa mesyuarat ke dalam buku catitan serta menandatangani dan menyimpannya dengan sempurna. (d) Memberitahu segala keputusan dan perkhabaran daripada pihak berkuasa kepada yang berkenaan. (e) Menerima segala pengaduan ahli-ahli, menyiasat dan membawa ke dalam sebarang mesyuarat. (f) Memeriksa daftar barang-barang Kelab Polis Daerah Kota Bharu untuk menentukan keselamatan, kesempurnaan dan kebersihan.
83 (g) Memeriksa dan membuat anggaran perbelanjaan yang tidak disangka-sangka dengan syarat mendapat kebenaran Ahli Jawatankuasa. (h) Bertanggungjawab diatas kesempurnaan pentadbiran Kelab dan juga kawalankawalan yang sempurna terhadap Pegawai-Pegawainya. (i) Menyedia serta mengemaskini maklumat Penyata Tahunan untuk dikemukakan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. (j) Mengedarkan butir-butir Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung kepada AJK di Papan Kenyataan selewat-lewatnya tiga hari sebelum Mesyuarat Jawatankuasa dan 14 hari sebelum Mesyuarat Agung. (k) Menyimpan Buku Daftar Ahli yang mengandungi butir-butir berikut:- No.Bilangan Nama Ahli Tarikh Menjadi Ahli Umur (Tarikh Lahir) No. Kad Pengenalan Alamat/Pekerjaan Nama Tanggungan (Isteri dan Anak-anak) Umur Tanggungan Ahli (l) Dalam masa 30 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan, menghantar penyata tahunan Kelab kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di Bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966. (m) Menandatangani cek bersama Pengerusi atau Bendahari. (4) PENOLONG SETIAUSAHA Penolong Setiausaha hendaklah menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan Setiausaha semasa ketiadaannya. (5) BENDAHARI Kuasa-kuasa dan pekerjaan adalah seperti yang berikut di bawah:- (a) Menerima segala pembayaran dengan wang tunai, cek, money order dan postal order bagi pihak kelab. (b) Mengeluarkan resit-resit kepada ahli yang membayar yuran dengan secara bersendirian terus kepadanya. (c) Menyimpan wang di bank yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa.
84 (d) Menyimpan Buku Yuran dan Buku Kira-kira wang dan mencatat butir-butir dengan sempurna berkenaan dengan wang pendapatan dan perbelanjaan. (e) Membuat Penyata Kira-kira Bulanan dan Tahunan dalam tempoh tiga hari apabila dikehendaki oleh oleh Setiausaha. (f) Menghadirkan diri di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Tahunan untuk membentangkan Penyata Kira-kira. (g) Menyimpan, menjaga dan menulis buku-buku cek dan resit-resit dengan sempurna. (h) Menyerah buku kira-kira kewangan kepada pemeriksa kira-kira wang apabila diperintahkan oleh Jawatankuasa untuk berbuat demikian. (i) Menandatangani sebarang cek yang dikeluarkan oleh Kelab Polis bersama Pengerusi atau Setiausaha. (j) Sekiranya berlaku sesuatu pertukaran Bendahari, maka Pengerusi hendaklah menentukan samaada iaitu menyerahkan jawatan hendaklah dibuat dengan betul dan dengan persetujuan Jawatankuasa. (6) PENOLONG BENDAHARI Penolong Bendahari hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan Bendahari semasa ketiadaannya. (7) AHLI-AHLI JAWATANKUASA BIASA Kuasa-kuasa dan pekerjaan adalah seperti berikut:- (a) Membantu dan menjaga hal ehwal kelab serta harta dan kewangan. (b) Membantu menguruskan hal kebajikan kepada kakitangan yang bekerja dengan kelab. (c) Menghadirkan diri dalam sebarang mesyuarat Ahli Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung. FASAL 10 KEWANGAN (1) Tertakluk kepada peruntukkan-peruntukkan berikut dalam undang-undang ini wang kelab ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan- tujuan kelab, termasuk belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanpun, wang itu tidak boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. (2) Bendahari dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 5000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Kelab. Pembayaran dengan wang tunai tidak boleh
85 dibelanjakan lebih daripada RM 500.00 pada sekali pembayaran. Apabila hendak dibelanjakan lebih daripada itu, maka ianya hendaklah menggunakan cek. (3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Kelab hendaklah ditandatangani oleh 2 daripada 3 penerima iaitu Yang Dipertua, Pengerusi dan Bendahari. Semasa ketiadaan Yang Dipertua, Pengerusi dan Bendahari, Jawatankuasa boleh melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk mendatangani cek atau kenyataan pengerluaran wang kelab. (4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1000.00 (Ringgirt Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang lebih dari RM 5000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang dari RM 1000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari. (5) Penyata perihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira yang dilantik dibawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan oleh Meyuarat Agung Tahunan yang berrikut dan sesalinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli ditempat urusan Kelab. (6) Tahun Kewangan Pertubuhan ini bermula dari 1 hb Januari dan berakhir pada 31 hb Disember tiap-tiap tahun. FASAL 11 JURUAUDIT (1) Juruaudit dilantik dikalangan ahli kelab setahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai juruaudit. Mereka akan memegang jawatan untuk tempoh satu (1) tahun dan boleh dilantik semula. (2) Juruaudit adalah dikehendaki mengaudit kira-kira Kelab bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka harus juga jika dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi mengaudit kira-kira Kelab bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa. FASAL 12 PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH (1) Harta takalih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Kelab. Segala surat cara yang berkaitan dengan harta itu hendaklah disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan Kelab iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa itu dan pelantikan mereka adalah disahkan oleh suatu perakuan daripada Pendaftar dan dimeteri dengan meteri tubuhan. (2) Harta tak alih Kelab tidak boleh dijual, disewa, dipindahmilik atau digadai tanpa persetujuan dan kuasa yang diberi oleh Mesyuarat Agung.
86 (3) KBLog dilantik secara automatik sebagai pentadbir harta. FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN (1) Di antara berlangsungnya Mesyuarat Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini. (2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam Mesyuarat Agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung. FASAL 14 PENASIHAT / PENAUNG (1) Ketua Polis Daerah Kota Bharu dengan secara automatik akan menjadi Yang Dipertua Kelab Polis Daerah Kota Bharu dan Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu dilantik sebagai Naib Yang Dipertua. (2) Tanggungjawab Yang Dipertua adalah mengawasi dan memberi nasihat segala perkara berkaitan dengan kelab dan lain-lain yang berkaitan. Memberi teguran dan cadangan bagi menentukan pentadbiran dan kewangan Kelab berjalan dengan lancar. (3) Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu akan memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaan Ketua Polis Daerah Kota Bharu. FASAL 15 LARANGAN (1) Permainan yang disebutkan di bawah ini tidak boleh dimainkan di dalam rumah Persatuan: Roulette, Lotto, Fan Tan, Poh, Peh Bin, Belangkai, Pai Kau, Tau Ngau, Tien Kow, Chap Ji Kee, Sam Cheong, Dua Puloh Satu, Tiga Puloh Satu, Sepuloh dan setengah, semua permainan dadu,banker‟s game, permainan video dan semua permainanyang bergantung semata-mata kepada nasib; (2) Kelab atau ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam Gerakan Kesatuan Sekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959; (3) Kelab ini tidak boleh menjalankan loteri samaada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Persatuan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan; (4) “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya. (5) Dilarang sama sekali membawa, menyimpan atau minum sebarang minuman keras serta senjata api, peluru ke dalam serta senjata api dan Persatuan Penganut tidak boleh mengurus di dalam bangunan Kelab Polis Daerah Kota Bharu. (6) Seseorang tidak boleh memegang jawatan dalam kelab sebagai Penasihat atau Pekerja Kelab sekiranya beliau telah hilang kelayakan mengikut Seksyen 9A Akta Pertubuhan 1966. (7) Rumah Kelab tidak boleh digunakan sebagai tempat membahas mengenai perkara berkaitan dengan siasatan atau hal-hal lain yang berlawanan dengan tujuan kelab ini.
87 FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN (1) Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung ahli-ahli. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang- undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 30 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. FASAL 17 PEMBUBARAN (1) Kelab ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dan hadir dalam suatu Mesyuarat Agung yang dipanggil khas kerananya. (2) Sekiranya kelab hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan persatuan yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Agung berkenaan. (3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 14 hari dari tarikh pembubaran itu. FASAL 18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA 1. Bendera Keterangan 2. Lambang Keterangan 3. Lencana Keterangan FASAL 19 FAEDAH-FAEDAH AHLI (1) Memberikan sumbangan kepada setiap Pengelola Sukan bagi menganjurkan pertandingan di peringkat daerah mengikut acara yang dipertandingkan dan kelulusan dari Yang Dipertua Kelab atau tidak melebihi RM500.00. (2) Menghulurkan sumbangan bagi lawatan hospital bagi setiap ahli kelab sahaja yang menerima rawatan di hospital berjumlah RM100.00. Sumbangan tersebut diberikan hanya sekali setiap tahun bagi kemasukan ke hospital dan perlu bermalam di wad sekurang-kurangnya satu (1) malam. (3) Menyampaikan sumbangan berbentuk saguhati kepada semua ahli Kelab yang berpencen, bertukar keluar daerah atau luar kontinjen. Nilai akan diputuskan mengikut kesesuaian dan kelulusan daripada Yang Dipertua Kelab Polis. (4) Mengemukakan sumbangan kepada AJK Kelab yang terpilih iaitu:
88 (a) Setiausaha - RM300.00 (b) Bendahari - RM500.00 (c ) Juruaudit - RM200.00 (5) Sumbangan kepada mana-mana ahli kelab yang mewakili tugas kelab yang mana perbelanjaan tidak ditanggung oleh Polis Diraja Malaysia boleh membuat tuntutan sebagaimana kelayakan. (6) Pengerusi kelab boleh dengan budi bicara Ahli Jawatankuasa Kelab untuk memberi apa-apa sumbangan yang diperlukan kepada ahli Kelab. (7) Sumbangan Khairat Kematian juga dihulurkan bagi urusan pengebumian ahli dan keluarga ahli kelab. Senarai perbelanjaan adalah seperti berikut: (a) Ahli - RM500.00 (b) Isteri/suami - RM400.00 (c) Anak ahli yang dalam tanggungan - RM300.00 (Tidak lebih dari umur 18 tahun kebawah ) (d) Ibu bapa kandung – RM300.00 Bagi pasangan suami isteri yang merupakan ahli kelab layak membuat tuntutan kedua-duanya.
89 SENARAI HARTA KELAB KELAB POLIS DAERAH KOTA BHARU
90 SENARAI PERALATAN KELAB POLIS IPD KOTA BHARU BIL PERALATAN JUMLAH LOKASI PENYIMPANAN 1 MEJA BULAT ( VIP ) 13 BUAH DEWAN TAMING SARI 2 MEJA PANJANG ( 2X8 10 BUAH DEWAN TAMING SARI 3 MEJA KECIL ( 2X4 ) 3 BUAH DEWAN TAMING SARI 4 KERUSI BANQUET 125 BUAH DEWAN TAMING SARI 5 KERUSI PLASTIK BARU 50 BUAH DEWAN TAMING SARI 6 KERUSI PLASTIK LAMA 50 BUAH DEWAN TAMING SARI 7 SET ALAS MEJA BULAT 10 HELAI DEWAN TAMING SARI 8 ALAS MEJA PANJANG 8 HELAI DEWAN TAMING SARI 9 ALAS MEJA ( 2X 4 ) 6 HELAI DEWAN TAMING SARI 10 BUNGA MEJA KECIL 3 SET DEWAN TAMING SARI 11 BUNGA MEJA BULAT 1 SET DEWAN TAMING SARI 12 BUNGA KELADI 10 PASU DEWAN TAMING SARI 13 ALAS KERUSI BANQUET BARU 100 HELAI DEWAN TAMING SARI 14 KARPET MERAH ( 45,32,20 ) 3 KEPING DEWAN TAMING SARI 15 KARPET BESAR 3KEPING DEWAN TAMING SARI 16 KERUSI VIP 5 BUAH DEWAN TAMING SARI 17 MEJA KOPI VIP 5 BUAH DEWAN TAMING SARI 18 ALAS KAKI 3 KEPING DEWAN TAMING SARI 19 ROSTRUM 3 BUAH DEWAN TAMING SARI