The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by d100333, 2023-01-18 22:36:24

BUKU LOG KRS

BUKU LOG KRS

Keywords: KRS

BUKU LOG Universiti Pendidikan Sultan Idris KADET REMAJA SEKOLAH


1.0 PENGENALAN 2.0 SEJARAH PERTUBUHUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH TKRS 3.0 TUJUAN PENUBUNHAN KRS 4.0 LAMBANG DAN COGAN KATA 5.0 BENDERA DAN LAGU KRS 6.0 PAKAIAN SERAGAM DAN PEMIMPIN 7.0 SIMPUL DAN IKATAN 7.1 SIMPUL TINDIH KASIH 7.2 SIMPULAN ANGKA 8/ FIGURE OF 8 7.3 SIMPUL BUKU SILA 7.4 SIMPUL MANOK 7.5 LILIT DUA SIMPUL 7.6 LILIT PERMATI BIASA 7.7 IKATAN SIMPUL MATI 7.8 IKATAN PENGAIL 7.9 IKATAN BUNGA GETI 8.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS 8.1 PENGERTIAN PERTOLONGAN CEMAS 8.2 TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS 8.3 PRINSIP PERTOLONGAN CEMAS ISI KANDUNGAN 1 2 3 4 5 6-8 9 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 18 18 18


9.0 B A L U T A N D A N A N D U H 9.1 J E N I S B A L U T A N A N D U H 9.2 C A R A M E M B A L U T A N D U H 1 0.0 A S A S K A W A D K A K I K R S B I B L I O G R A F I 1 9 2 0 - 2 1 1 9 2 2 - 2 9


MAKLUMAT DIRI NAMA : SHAMISA BINTI REJAB NO. MATRIKS : D20211100333 NO. TELEFON : 01114094707 EMAIL : [email protected] NAMA PENSYARAH : ENCIK SHAHARUDDIN BIN OTHMAN


1.0 PENGENALAN Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) telah ditubuhkan dan diasaskan oleh En. Muhammad Thani Bin Sha'aban di Sekolah Menengah Raja Abdullah, Jalan Kepong , Kuala Lumpur pada 27 Jun 1987 Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan beruniform kepada Persatuan Pelajar-Pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya adalah seramai 20 orang pelajar sahaja iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan I dan 2. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang yang BERILMU, BERIMAN, DAN BERAMAL , berakhlak mulia , bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020. Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan . Setiap aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan ISLAM SEBAGAI CARA KEHIDUPAN (AD DEEN). Mulai tahun 1989 beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya ialah Sek. Men. Tmn Tun Dr Ismail di bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazilla Bin Abdul Ghani , Sek. Men Seri Titiwangsa di bawah pimpinan En. Anuar Bin Abd Aziz dan Sek. Men. Agama Ma'ahad Hamidiah , Kajang , Selangor di bawah pimpinan En. Abu Hassan Bin Morad. Pada tahun 1993, sebanyak 53 buah Sekolah Menengah di seluruh negara telah menubuhkan KPIM. Usaha untuk menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid Bin Wan Mohd Nordin iaitu Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan ini tesis mengenai KPIM telah dibentangkan. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet . Jawatankuasa ini mencadangkan agar pasukan ini diberi nama KADET PUTERA - PUTERI ISLAM ( KPIM ) . Walau bagaimanapun nama pasukan ini kemudiannya ditukar kepada KADET REMAJA ISLAM (KRIS) Sementara itu taklimat dan pendedahan kepada Pengarah-Pengarah Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada bulan Oktober 1993 dan dipengerusikan oleh yang berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid telah membuat keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada KADET REMAJA SEKOLAH ( KRS ) yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum sama ada pelajar lelaki atau perempuan. Upacara Pelancaran KADET REMAJA SEKOLAH Peringkat Kebangsaan telah diiaksanakan pada 20 Jun 1995 bersamaan 21 Muharam 1416 oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di Sekolah Menengah Raja Abdullah , Jalan Kepong, Kuala Lumpur. 1


Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) telah mula diasaskan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (perintis ) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur yang sekarang ini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Setapak Indah. Tunas Kadet Remaja Sekolah ditubuhkan oleh En. Wan Mohd. Ariffin bin Wan Hussin khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajarpelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah ( KRS ). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah (TKRIS). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah. Penubuhan Tunas Kadet Remaja Sekolah secara rasminya telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran YB Dato’ Noh b. Omar di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah Darul Aman pada 26 Mac 2006. 2.0 SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH (TKRS) 2


3.0 TUJUAN PENUBUHAN KRS Membentuk generasi pelajar yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya, saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Menangani masalah salah laku di kalangan pelajar remaja seperti salah guna dadah, budaya lepak dan juvana. Mempelbagaikan kegiatan pasukan beruniform di sekolah bagi menyediakan pelajar-pelajar memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi menjayakan Wawasan 2020. Membina generasi pelajar patriotik yang menjiwai semangat cintakan agama, bangsa dan Negara Malaysia. Melahirkan generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di kalangan pelajar serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya. 3


4.0 LAMBANG DAN COGAN KATA benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat. PERISAI agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia. BULAN & BINTANG Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan DUA TANGKAI PADI BERSILANG rasional dalam semua tindakan Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara BUKU YANG TERBUKA DAN REHAL Alam skitar yang sihat. WARNA HIJAU Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara tercinta WARNA MERAH warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia. WARNA KUNING Keikhlasan serta kesucian WARNA PUTIH Cogan kata KRS ialah Ilmu, Iman dan Amal. Huraian maksud cogan kata ini ialah: Ilmu - asas keintelektualan dan ketrampilan ahli KRS Iman - keimanan yang mendalam ialah asas pembinaan diri Amal - penghayatan dan perlakuan gaya hidup sihat yang berterusan merupakan natijah daripada kekuatan intelektual dan disiplin diri. 4


Kadet Remaja Sekolah Menuju satu ikatan bersaudara Bersatu menjulang keamanan negara Menjayakan Ilmu, Iman dan Amal Marilah kita membina peribadi Membentuk insan yang kreatif Ke arah kecemerlangan diri Sepanjang masa yang berterusan Remaja, sambutlah cabaran Menjadi bangsa Malaysia Maju dan cemerlang Remaja berwawasan Jangan kita lupa kepada pencipta Remaja, hayati budaya Ilmu, Iman dan Amal Kekalkan di hati dan jiwamu Wawasan Kadet Remaja Sekolah 5.0 BENDERA DAN LAGU KRS Tunas muda/remaja yang masih boleh dibentuk. Laluan hidup yang jelas untuk masa depan. Alam sekitar merupakan sebahagian daripada kurikulumKRS/TKRS. Warna Hijau melambangkan:- https://youtu.be/WeByX49-t9I - LINK LAGU KRS 5


6.0 PAKAIAN SERAGAM DAN PEMIMPIN 6


7


8


7.0 SIMPULAN DAN IKATAN 7.1 SIMPULAN TINDIH KASIH Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut. Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan mangsa. Fungsi Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan. Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut. Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam bulatan tersebut. Teknik 1. 2. 3. 9


7.2 SIMPULAN ANGKA 8 / FIGURE OF 8 Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah. Untuk menahan tali tidak tercabut dari Blok Takal Lebih berguna kerana mudah dibuka. Fungsi Ikat satu simpulan Figure 8 di bahagian hujung longgar tali memanjat. Tali akan melalui gelung kaki, kemudian mula retracing simpul pertama Figure 8. Selepas selesai retrace original Figure 8, berhati-hati berikutan helaian tali untuk membuat klon bagi simpulan asal. Akhir sekali, tinggalan tali untuk mengikat Fisherman's Backup Knot, dari simpulan utama untuk tujuan ilustrasi. Teknik 10


7.3 SIMPUL BUKU SILA Menyambungkan dua tali yang sama besar. Mengikat bungkusan Mengikat atau mematikan anduh. Fungsi: i. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain. ii. Masukkan hujung A dibawah B. iii. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di bawah. Teknik 11


7.4 SIMPUL MANOK Mengikat tali pada batang kayu atau mengikat tail sampan atau bot semasa berlabuh Mengikat khemah pada tiang kayu Memulakan ikatan pada kayu. Fungsi: i. Mulakan simpul pada kayu. ii. Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi. iii. Tarik hujung tali. Teknik 12


7.5 LILIT DUA SIMPUL Mengikat tali pada pancang khemah Fungsi 13


7.6 LILIT PEMATI BIASA Diguna untuk mematikan hujung tali supaya hujung tali itu nampak kemas dan tidak terbuang Fungsi 14


7.7 IKATAN SIMPUL MATI Digunakan untuk mematikan hujung tali supaya nampak kemas dan tidak terbuang. FUNGSI -Letakkan tali kecil Kemudian lilitkan dengan kemas supaya tali kecil tidak mudah terburai. Lilitan tali kecil boleh dibuat sebanyak 10-15 lilitan sebelum memasukkan hujung kedalam hujung kedua. Seterusnya, tarik hujung tali kecil kebawah. Setelah siap hujung tali kecil hendaklah dipotong supaya kelihatan kemas. TEKNIK : 15


7.8 IKATAN PENGAIL Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang. Ikatan ini kuat dan kukuh. Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling. FUNGSI Buat 2 gulung tali. Kemudian masukkan hujung tali. Lakukan 2 lingkaran tali. Pada hujung tali itu boleh diikat. Teknik 16


7.9 IKATAN BUNGA GETI Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz. Mengikat tali kesuatu tanjul. Fungsi Mulakan simpul. Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk simpul. Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul. Teknik 17


Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsayang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yangterdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsamendapat rawatan perubatan yang sempurna. 8.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS 8.1 Pengertian pertolongan cemas 8.2 Tujuan Pertolongan Cemas Membantu menyelamatkan nyawa mangsa. Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk. Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa. 8.3 Prinsip Pertolongan Cemas Bertindak segera, cekap dan penuh keyakinan.2. Longgarkan pakaian jika perlu3. Hentikan darah jika berdarah4. Kurangkan kejutan dan tenangkan pesakit5. Jangan gerakkan pesakit melainkan perlu.6. Dapatkan rawatan segera jika keadaan teruk atau mencemaskanberhubung dengan doctor di klinik atau rumah sakit yang terdekat 18


9.0 BALUTAN ANDUH KEGUNAAN : - mengampu bahagian cedera - menahan darah - membalut bahagian cedera/patah Terdapat 3 jenis anduh - anduh besar / lebar - anduh leher dan lengan - anduh segi tiga. 9.1 JENIS BALUTAN ANDUH a) PEMBALUT CINCIN - Balutan ini digunakan apabila cedera tekena atau tertusuk objek tajam. - Diperbuat daripada pembalut tirus. - Digunakan untuk menutup luka. b) ANDUH KECIL / ANDUH PERGELANGAN TANGAN - Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh , kemudian tarik dan letakkan - bucu atas kain anduh di atas tangan. - Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah. - Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan. - Bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang cedera. - Kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas bahu. - Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam supaya nampak lebih kemas. Fungsi: - mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. - mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas. c) ANDUH BESAR / ANDUH LENGAN 19


9.2 CARA MEMBUAT ANDUH a) ANDUH LENGAN - Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang tercedera . - Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu. - Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan atau dilipat kebahagian dalam untuk lebih kemas. b) BALUTAN LUKA DADA HADAPAN C) BALUTAN LUKA DADA BELAKANG 20


D) BALUTAN LUKA BAHU E) BALUTAN LUKA SIKU F) BALUTAN LUKA PAHA G) BALUTAN LUKA LUTUT H) BALUTAN LUKA KEPALA SEMUA BALUTAN MENGGUNAKAN IKATAN BUKU SILA 21


10.0 ASAS KAWAD KAKI KRS Jadikan tiga barisan Hukuman: Skuad masuk baris Kesalahan biasa: - datang beratur tiada berlari - bercakap-cakap -barisan terlalu jauh atau terlalu rapat daripada jurulatih Paras Hukuman : Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan.........paras/ Yang tinggi ke kiri, rendah ke kanan, dalam satu barisan.........paras 22


Nombor Hukuman : Skuad! Dari kanan ......Nombor! Hukuman : Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, nombor genap satu langkah ke belakang......gerak Hukuman : Orang kanan sekali, Diam, Nombor ganjil ke kanan, nomb0r genap ke kiri. Barisan kanan dan kiri......Pusing Hukuman : Jadikan tiga barisan......Cepat jalan. Hukuman : Ke kanan lurus. Kesalahan biasa : - tidak bilang nombor dengan cepat - menyebut nombor dengan suara yang perlahan - lupa nombor masing-masing Sedia Hukuman : Skuad,skuad......sedia Kesalahan biasa : -kedudukan yang keras dan menyukarkan pernafasan -berdiri tidak tegap dan mata bergerak -kaki dan badan tidak lurus serta tumit tidak rapat -tangan bengkok dan terlunjur ke hadapan -belakang tangan menghala ke hadapan -badan senget ke kiri atau kanan dan badan tidak sama rata -tidak memandang 200m ke hadapan -semasa tumit atau hujung kaki dijatuhkan terdapt dua bunyi 23


Senang diri Hukuman : Senang ......diri Kesalahan biasa : -siku bengkok -lutut tidak tegap dan tiada bertahan -jarak kaki kanan dan kaki kiri tidak cukup 12 inci atau seluas ukuran bahu -menggerakkan kaki kiri -pinggang bengkok sewaktu mengangkat kaki kanan -jatuh tumit atau hujung kaki dahulu Rehatkan diri Hukuman : Rehatkan ...... diri Kesalahan biasa : -kedua-dua tapak kaki bergerak -menggeliat dan bercakap-cakap Membetulkan barisan Hukuman : Ke kanan...... lurus Pandang......depan Kesalahan biasa : -kaki dan bahu tidak sama rata dan badan condong ke hadapan semasa mengambil lurus -pinggang lemah semasa kaki bergerak -badan dan kepala tidak tegak -siku bengkok -turun tangan dengan lambat 24


Buka dan tutup barisan Hukuman : Buka barisan......gerak Tutup barisan......gerak Kesalahan biasa: -kedua-dua badan tidak rapat ke badan -tidak mengambil cukup langkah ke hadapan atau belakang -tangan dan bahu bergerak -mata pandang ke bawah -badan tidak tegak Berpusing Hukuman : Bergerak ke kanan, kanan......pusing ; bergerak ke kiri, kiri ......pusing; menghadap ke belakang, belakang .......pusing; menghadap ke hadapan, belakang ......pusing ; bergerak ke kiri, belakang ......pusing; bergerak ke kanan, belakang......pusing; menghadap ke belakng, kanan/kiri......pusing ; menghadap ke hadapan, kanan/kiri......pusing Kesalahan biasa : -badan berlonjak semasa berpusing -tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing -tumit bergerak dari tempatnya semasa berpusing -kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki -keberatan badan di atas kaki yang belakang -menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang di belakang -membongkokkan badan semasa merapatkan kaki yang di belakang 25


Bersurai dan keluar baris Hukuman : Ber......surai Hukuman : Keluar......baris Kesalahan biasa ; -bersurai tanpa memberi hormat kepada ketua dalam baris Berjalan Jarak langkah( ukuran dari tumit ke tumit ) ~ Perlahan dan cepat jalan- setiap satu langkah 30 inci ~ Panjangkan langkah- setiap satu langkah 33 inci ~ Pendekkan langkah- setiap satu langkah 21 inci ~ Berlari- setiap satu langkah 40 inci Masa berjalan ~Perlahan jalan- 65 langkah dalma satu minit ~Cepat jalan- 120 langkah dalam seminit ~ Cepat jalan 140 langkah dalam satu minit bagi semua pelatih ~ BErlari- 180 langkah dalam satu minit 26


Cepat jalan Hukuman : Skuad, dari kanan/ kiri .......cepat jalan Ingatan: - Langgang tangan itu ialah daripada pangkal bahu hinggga ke hujung tangan, tingginya separas bahu. - Langkah itu ialah dari pangkal paha hingga ke kaki. Kesalahan biasa : -lutut kendur -lenggang tidak lurus -hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit -pinggang lemah, pandang ke bawah, dada terjengok dan semasa berjalan mengheret tumit. -apabila berjalan dalam 3 barisan, jarak di antara barisan tidak sama dan turun naik tangan juga tidak sama Berhenti Hukuman : Skuad, skuad...... henti Kesalahan biasa : - bergoyang selepas berhenti -badan tidak cukup tegak dan tetap selepas berhenti -lurus, jarak , bersetentangan tidak betul selepas berhenti -turun tangan terlalu lambat - menangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan 27


Pusing ke belakang Hukuman : Bergerak ke kanan/kiri, ke belakang......pusing Kesalahan biasa : - lutut bengkok semasa pusing -membiarkan tangan berayun-ayun -tidak mengangkat kaki cukup tinggi -pergerakan berpusing tidak sama dengan masa berjalan Tukar langkah (cepat jalan) Hukuman : tukar langkah semasa berjalan. Tukar langkah(ikut keperluan) Kesalahan biasa : -melenggangkan bahu dan tangan - tidak membongkokkan lutut -tidak melangkah penuh bagi pergerakan yang ketiga (semasahentak kaki sahaja) Hukuman : tukar langkah Kesalahan biasa : -badan seolah-olah mengeliat -terlalu pantas 28


Hormat semasa berjalan Ke kanan hormat Hukuman : Hormat, hormat ke kanan ...... hormat hadapan hormat Hukuman : Hormat, hormat ke hadapan......hormat Kesalahan biasa : -melenggangkan tangan dan bahu serta berjalan tidak lurus ke hadapan. 29


BIBLIOGRAFI Ahmad Syaqireen. (2011, February 3). Logo krs Dan pengertiannya. Kadet Remaja Sekolah (K.R.S)Ilmu,Iman,Amal. https://farashuhshaq.blogspot.com/p/logo-krs-danpengertiannya_03.html Kadet Remaja Sekolah. (2016, February 22). Pengertian Bendera KRS. KADET REMAJA SEKOLAH. https://krssmksaspj.wordpress.com/pengertian-bendera-krs/ Khairul Farez Nahrawi. (2017). Tujuan Penubuhan KRS. KRS SMK ABC. https://krsabc.weebly.com/tujuan-penubuhan-krs.html Lai Leng. (2011, September 9). Pengenalan krs - Smkbs krs. SMKBS KRS. https://sites.google.com/site/smkbskrs/pengenalan Mohammad Daud. (2015, August 20). Pakaian Pegawai KRS. Share and Discover Knowledge on SlideShare. https://www.slideshare.net/MohamadDaud1/pakaianpegawai-krs Musleh. (2012, July 27). Objektif , Misi & visi serta moto Dan Cogan kata KRS. KRSMusleh2012. https://krsmsmiaag.blogspot.com/2012/07/objektif-penubuhankrs.html SerembanTimur. (2019, June 5). Balutan anduh. PPM 01 Seremban Timur Negeri Sembilan. https://01serembantimur.blogspot.com/p/balutan-anduh.html SerembanTimur. (2021, March 24). Simpulan Dan ikatan. PPM 01 Seremban Timur Negeri Sembilan. https://01serembantimur.blogspot.com/p/simpulan-dan-ikatan.html Shahril Nazri AJ. (2013, June 15). Asas Pertolongan Cemas KRS. Scribd. https://www.scribd.com/doc/148002436/Asas-Pertolongan-Cemas-KRS


Click to View FlipBook Version