The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by katrinbato185, 2023-03-28 11:53:19

PSV T6 SK semakan2017-84-84

PSV T6 SK semakan2017-84-84

76 Mari hasilkan sebuah beg batik yang menggabungkan bidang mengenal kraf tradisional dengan bidang membuat corak dan rekaan. A. PERKEMBANGAN IDEA Bunga raya (hal benda yang dipilih) Teratai Orkid Rafflesia Lakaran Idea Hal Benda Produk: Beg Batik Fungsi: Penyimpanan alatan seni Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D) Media: Kain kapas, pewarna batik, gam PVA dan kain felt Teknik dan proses: Batik, tampalan dan cantuman Kemasan: Tampalan manik BEG BATIK REKAANKU Pemilihan Hal Benda Pemilihan hal benda bertemakan flora. INFORMASI Bunga raya atau nama saintifiknya Hibiscus rosasinensis ialah bunga kebangsaan Malaysia yang menjadi lambang perpaduan bangsa, agama dan negara. Lima kelopak bunga merupakan lambang Rukun Islam dan Rukun Negara. Stigma Batang Kelopak Daun Ayuh, mari kita lihat bunga raya dan buat lakaran idea!


EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: 77 Pemikir 3.2.1 (i, ii, iii, iv) NOTA GURU • Bimbing murid membuat lakaran perkembangan idea berdasarkan pemilihan hal benda. • Bimbing murid membuat olahan idea motif untuk proses menghasilkan karya gabungan. Olahan motif 2 Lakaran Perkembangan Idea Lakaran Idea Motif Pandangan hadapan Pandangan belakang Pandangan sisi Pandangan sisi Olahan motif 1 (olahan motif yang dipilih) KARYA GABUNGAN Olahan 1 Olahan 1 Olahan 2 Olahan 2 Olahan akhir Olahan akhir Lakaran perkembangan idea dan lakaran idea motif boleh dihasilkan dengan menggunakan pensel, pen dan pen penanda secara teknik lukisan. Olahan idea yang dipilih akan diaplikasikan pada kain kapas untuk menghasilkan batik.


78 Lakaran Idea Susunan Corak Kajian Warna KARYA GABUNGAN Mari kita buat susunan corak dan kajian warna berdasarkan olahan motif yang telah kamu pilih. Susunan corak 1 Susunan ulang sekata Susunan corak 2 Susunan dam (susunan corak yang dipilih) Susunan corak 3 Susunan cerminan Warna 1 Media: cat poster Warna 3 Media: pewarna batik (warna yang dipilih) Warna 2 Media: cat air Warna 4 Media: pewarna makanan


79 3.2.1 (i, ii, iii, iv, v) EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir NOTA GURU • Bimbing murid membuat lakaran jenis susunan corak dan kajian warna untuk proses menghasilkan karya gabungan. • Bimbing murid membuat penentuan rekaan produk yang akan dihasilkan berdasarkan jenis dan fungsi. • Bimbing murid membuat lakaran penentuan bahan bahagian luar dan bahagian dalam beg. Penjanaan Idea Sumber idea untuk penentuan rekaan produk. Penentuan Bahan dan Media KARYA GABUNGAN Rekaan beg 1 Bahagian luar beg Bahagian dalam beg Rekaan beg 2 Rekaan beg 3 (rekaan beg yang dipilih) • Kain kapas • Gam PVA • Pewarna batik • Kain felt • Reben • Pita velkro Bahan seperti krayon, oil pastel dan gam boleh digunakan untuk menggantikan lilin cair dalam menghasilkan batik. IMBAS KEMBALI Batik Batik canting dikenali sebagai batik lukis. Proses melukis batik menggunakan canting berisi campuran lilin cair yang dilakarkan pada kain dan diwarnakan dengan pewarna batik.


80 B. PENGHASILAN KARYA AWAS! Berhati-hati semasa menggunakan pengokot. Minta bantuan guru untuk meregangkan kain pada pemidang kayu. Potong kain kapas mengikut pemidang kayu bersaiz A3. Pastikan saiz kain lebih besar daripada pemidang kayu untuk memudahkan proses meregangkan kain. Lipat dan regangkan kain pada pemidang kayu dengan menggunakan pengokot. Lukis motif bunga raya pada kertas lukisan. Olahan motif bunga raya yang berulang dapat menghasilkan corak. Selitkan kertas lukisan motif bunga raya pada bahagian belakang pemidang kayu. 1 2 3 4 KARYA GABUNGAN Proses Menghasilkan Batik Bunga Raya Motif bunga raya secara susunan dam dapat mewujudkan kesatuan pada keseluruhan karya.


81 3.2.2 (i, ii, iii, vi) EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Bersifat Ingin Tahu NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan karya batik menggunakan media dan teknik yang sesuai. • Utamakan aspek keselamatan dan bimbing murid menggunakan pengokot untuk meregangkan kain pada pemidang kayu. • Bersoal jawab dengan murid tentang proses menghasilkan karya gabungan. TIP Kamu juga boleh menekapkan motif batik di atas meja berlampu. Tekapkan dan lakarkan motif bunga raya pada kain kapas. Keluarkan kertas lukisan dari pemidang. Kemudian, lukis semula motif bunga raya dengan gam PVA. Pastikan garisan gam dilukis secara teliti dan tidak putus. KARYA GABUNGAN INFORMASI Gam PVA digunakan kerana mempunyai kadar kelikatan tinggi untuk menolak warna dengan lebih berkesan. Alat dan bahan Kain kapas Pemidang kayu bersaiz A3 Kertas lukisan Pensel Gunting Pengokot Gam PVA muncung tirus 7 Keringkan hasil lukisan batik. Pastikan gam kering sepenuhnya sebelum mewarnakan kain. 5 6 Garisan tebal berfungsi untuk memudahkan sapuan warna supaya lebih kemas dan tidak bercampur.


82 4 3 Titikkan warna kuning pada bahagian tengah kelopak supaya bercampur dengan warna merah untuk menghasilkan ton warna. KARYA GABUNGAN TIP Warnakan motif bunga raya terlebih dahulu sebelum mewarnakan latar kain batik. AWAS! Pastikan kamu menjaga kebersihan dan memakai apron semasa mewarnakan batik. Proses Mewarnakan Batik Bunga Raya Media yang digunakan ialah pewarna batik. Warnakan bahagian daun dengan warna hijau kekuningan. 1 2 Bancuh pewarna batik di dalam bekas air. Pilih warna batik berdasarkan pemilihan warna yang telah dibuat. Warnakan bahagian kelopak bunga raya dengan warna merah yang telah dipilih. Warna merah dapat menimbulkan kesan kontra pada latar.


83 3.2.2 (i, ii, iii, vi) NOTA GURU • Bimbing murid mewarnakan batik berdasarkan lakaran idea yang telah dipilih. • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai semasa menghasilkan karya gabungan. • Utamakan keselamatan dan terapkan nilai murni semasa proses menghasilkan karya. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Berdaya Tahan 6 7 KARYA GABUNGAN AWAS! Berhati-hati semasa menanggalkan kain daripada pemidang kayu. Mohon bantuan guru untuk menanggalkan dawai pengokot. Hasil karya batik bermotifkan bunga raya telah siap. Jemur kain sehingga kering. Alat dan bahan Bekas air Pewarna batik Tanggalkan hasil batik dari pemidang kayu dengan menggunakan bahagian belakang pengokot atau alat khas untuk menanggalkan dawai kokot. 5 Warnakan bahagian latar kain dengan warna biru. Pastikan warna latar tidak bercampur dengan warna motif bunga raya. Warna biru pada latar kain batik memperlihatkan kesan kontra yang dapat memberikan daya tarikan pada keseluruhan karya. Berus


84 KARYA GABUNGAN Proses Menghasilkan Rekaan Beg Alatan Seni Terbalikkan kain batik. Kemudian, lipat bahagian tepi kain dan tampalkan pita pelekat dua muka di sekeliling kain dengan kemasnya. Tampalkan kain felt yang telah dipotong pada kain batik dengan kemasnya. Potong kain felt mengikut saiz kain batik. Potong dua helai reben untuk dijadikan tali pemegang beg dan tampalkan pada bahagian sisi kanan dan kiri kain batik. Ukur dan potong kain felt kuning bersaiz A4 kepada dua bahagian untuk dijadikan poket beg. 1 4 2 3 5


85 3.2.2 (i, ii, iii, vi, v, vi) NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan rekaan beg batik menggunakan pelbagai media dan teknik yang sesuai berdasarkan sumber idea. • Bimbing murid memastikan rekaan beg dapat ditutup rapat dan kemas. • Galakkan murid membuat kemasan karya dengan mengamalkan disiplin dan nilai murni. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Tanda Bicara (Talking Chips) KARYA GABUNGAN Alat dan bahan Kain felt Gunting Pita pelekat dua muka Reben Pita velkro Bahan hiasan Tampalkan kedua-dua kain felt kuning pada bahagian kanan dan kiri beg dengan pita pelekat dua muka. Pastikan kedudukan bahagian yang tidak ditampalkan pita pelekat dua muka berada pada bahagian atas. Hias bahagian dalam dan luar beg dengan manik hiasan mengikut kreativiti kamu. Contoh karya lain Tampalkan pita velkro di sekeliling beg supaya beg dapat ditutup rapat dan kemas. 6 8 7 Tahniah, kamu telah berjaya menghasilkan karya beg batik dan sedia untuk dipamerkan!


86 Rakamkan gambar hasil karya menggunakan telefon pintar atau kamera digital. Pamerkan gambar foto yang telah dibingkaikan bersama-sama karya kamu. Cetak gambar foto hasil karya pada kertas A4. Bingkaikan gambar foto hasil karya yang telah dicetak dengan menampalkannya pada kad keras. C. PENGHASILAN GAMBAR KARYA 4 3 KARYA GABUNGAN 2 1 TIP Kamu juga boleh memaparkan hasil karya pada skrin LCD. BEG BATIK ALATAN SENI


87 D. APRESIASI SENI 3.2.3 4.1.1 (i, ii, iii iv, v) Mari kita jalankan sesi apresiasi berdasarkan hasil karya kamu bersama-sama rakan. Buat ulasan tentang bahasa seni visual, media, teknik dan proses semasa menghasilkan karya ini. Hasil karya beg batik ini menggunakan teknik batik lukis dengan bahan gam PVA. Karya beg batik ini mempunyai nilai estetik dan berfungsi sebagai beg penyimpanan alatan seni. Karya ini dihasilkan daripada gabungan bidang mengenal kraf tradisional dengan membuat corak dan rekaan. Nama: Xxxxxxxx xxx xxxxxxxxx Kelas: X Xxxxxxx Tajuk: Xxxxxx Xxxxxx xxxxxxxxx Kelas: X Xxxxxxx Xxxxxx xxxxxxxxx Pengulangan motif bunga raya secara susunan dam menimbulkan kesatuan pada gubahan karya. Gabungan warna sejuk sebagai warna latar dengan warna panas pada motif kelopak bunga raya menimbulkan kesan kontra serta menarik perhatian. KARYA GABUNGAN NOTA GURU • Bimbing murid merakamkan foto dan mencetak gambar hasil karya masing-masing untuk pameran. • Minta murid membuat apresiasi tentang bahasa seni, teknik dan proses menghasilkan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid tentang nilai estetik dan inovasi yang terdapat pada karya beg batik. EMK: Teknologi Maklumat dan : Menilai PAK-21: Giliran Robin Komunikasi (Rally Robin)


88 Mari kita hasilkan sebuah folio, iaitu buku foto seni untuk mengumpulkan gambar hasil karya kamu sepanjang penggal satu dan penggal dua. TIP Kamu juga boleh menulis bahasa seni visual dan eksplorasi yang terdapat pada hasil karya untuk dijadikan kapsyen. TIP Kamu boleh mencetak gambar pada kertas glos untuk mendapatkan hasil gambar yang berkualiti. Cetak semua gambar hasil karya pada kertas putih. Tampalkan gambar proses dan hasil karya pada kertas warna. Gunting gambar yang telah dicetak. Tulis tajuk karya, media dan teknik di bawah gambar proses dan hasil karya dengan menggunakan pen. 1 3 2 4 BUKU FOTO SENI


89 3.1.1 (i, ii) NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan buku foto seni dengan pelbagai bahan secara kreatif. • Bimbing murid mencetak gambar hasil karya seni mereka. • Ingatkan murid supaya merakamkan gambar hasil karya seni mereka semasa membuat aktiviti penerokaan dan penghasilan karya. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Ulas Gilir (Rotating Review) Alat dan bahan Gambar yang dicetak Gam Gunting Penebuk kertas Pengikat gegelang Bahan hiasan Kad keras Kertas warna Pen Hias halaman gambar dan kulit buku dengan bahan hiasan mengikut kreativiti kamu. Pasang pengikat gegelang pada kertas yang telah ditebuk untuk menjilid buku foto seni. Tampalkan pelekat huruf pada kad keras untuk dijadikan kulit buku. Tebuk semua kertas warna dan kulit buku dengan penebuk kertas. 6 8 5 7 Syabas, kamu telah berjaya menghasilkan buku foto seni untuk dipamerkan bersama-sama hasil karya kamu! IMBAS SAYA Katalog digital


90 GLOSARI apresiasi Pengiktirafan dan penghayatan nilai sesuatu karya seni. bentuk ilusi Imej yang bersifat dua dimensi (2D) yang digambarkan melalui ilustrasi, gambar foto dan catan. Sifatnya rata, hanya boleh dilihat dan tidak dapat dirasa oleh deria sentuh. canting Sejenis alat bermuncung yang diperbuat daripada tembaga. Digunakan untuk mengalirkan lilin panas pada permukaan kain semasa melukis corak batik. coret Garis-garis yang tidak menentu yang telah diringkaskan untuk membentuk suatu imej visual secara dirancang atau spontan. estetik Suatu penghargaan, keindahan dan kecantikan dalam bidang seni. gegantung Lembaran kain yang digunakan untuk membuat hebahan dan perkongsian maklumat secara visual bagi sesuatu kegiatan seni. komposisi Susunan reka letak bahan untuk membentuk satu rekaan pada karya atau produk seni. lancip Sesuatu yang berbentuk tirus ke hujung dan runcing. lukisan digital Sesuatu lakaran yang dihasilkan dengan menggunakan bantuan alatan teknologi tinggi seperti komputer. olahan idea Sesuatu perkembangan dan eksplorasi daripada buah fikiran manusia untuk menghasilkan karya yang terbaik. paksi Satu garis lurus yang membahagikan suatu bentuk atau rajah kepada dua bahagian yang sama saiz dan seimbang. pemidang kayu Bingkai yang diperbuat daripada kayu untuk meregangkan kain. perspektif Teknik lukisan tiga dimensi (3D) untuk menunjukkan suasana ruang dan gambaran sebenar sesuatu objek melalui jarak jauh dan dekat. portfolio Suatu alat untuk menyimpan dan mengumpulkan maklumat, bahan bercetak dan koleksi gambar bagi bidang seni. produk Sesuatu barangan yang dihasilkan bagi memenuhi keperluan pengguna. ruang ilusi Ruang yang terdapat pada permukaan dua dimensi (2D) dalam hasil karya seperti lukisan, catan, poster dan cetakan. ukiran timbul Seni mengukir sesuatu pada permukaan bahan seperti emas, tembaga dan kayu untuk menghasilkan corak timbul.


Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya, serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan. Nombor Perolehan: ______________________________ Tarikh Penerimaan: ______________________________ BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah _______________________________________ Tahun Darjah Nama Penerima Tarikh Terima


BT18001 RM7.70


Click to View FlipBook Version