34 Mari hasilkan karya arca yang menggabungkan bidang menggambar dengan membentuk dan membuat binaan. Lakaran Idea Hal Benda Pemilihan Hal Benda Pemilihan hal benda bertemakan fauna. Produk: Arca stabail (berfungsi) Fungsi: Alat permainan Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D) Media: Kadbod, penggulung tisu, cat poster dan pistol perekat panas Teknik dan Proses: Binaan, cantuman dan catan Kemasan: Semburan pengilat A. PERKEMBANGAN IDEA Mari kita lihat struktur ikan koi bagi menghasilkan karya seni ini. Ikan arowana Ikan emas Ikan laga Ikan koi (hal benda yang dipilih) SI CILIK KOI INFORMASI Ikan koi atau nama saintifiknya Cyprinus carpio dianggap ikan yang istimewa kerana mempunyai corak yang menarik pada badannya. Kepala Sirip Sisik Insang Ekor
35 Pandangan atas Pandangan belakang Pandangan sisi Pandangan sisi 3.2.1 (i, ii, iii, iv) NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk dalam proses menghasilkan karya gabungan. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik semasa menghasilkan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam lakaran idea dan reka bentuk. Lakaran Perkembangan Idea Penentuan Media dan Bahan Badan ikan daripada botol minuman. Sirip dan ekor daripada kad manila. Botol 500 ml Penggunaan modelling clay untuk mendapatkan bentuk ikan koi yang bersifat tiga dimensi. Lipatan kertas origami untuk membentuk ikan koi. Cantuman penggulung tisu dan kulit telur untuk membentuk badan dan kepala ikan. (penentuan bahan yang dipilih) EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir KARYA GABUNGAN
36 Lakaran Reka Bentuk Ikan Lakaran Reka Bentuk Tapak Arca Lakaran Idea Catan Kad busa sebagai sirip dan ekor. Manik sebagai jalinan pada badan ikan. KARYA GABUNGAN Bahagian hadapan Lakaran idea 1 Lakaran idea 3 (lakaran idea yang dipilih) Lakaran idea 2 Bahagian belakang Kadbod Bahagian tapak menggunakan bahan yang lebih berat, kukuh dan rata. Permukaan rata untuk aktiviti menggambar (catan). Penutup botol sebagai roda untuk menggerakkan lidi arca stabail. Pemusing roda untuk menggerakkan roda pada arca stabail dengan mudahnya.
37 Lakaran Reka Bentuk Akhir Susun atur batu dan cangkerang. 3.2.1 (ii, iii, iv, v) NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan lakaran idea dan reka bentuk berdasarkan sumber idea. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan bahan semasa menghasilkan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual yang diaplikasikan dalam lakaran idea dan kajian warna. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir Susun atur 2 (susun atur yang dipilih) KARYA GABUNGAN Warna 1 Media: pen warna Susun atur 1 Lakaran reka bentuk akhir Warna 2 Media: oil pastel Warna 3 Media: pensel warna (warna yang dipilih) Lakaran perkembangan idea menggunakan media kering seperti pensel dan pen melalui teknik lukisan. Kajian Warna
38 B. PENGHASILAN KARYA Proses Membina Tapak Arca Stabail 2 Tebuk dan cantumkan penutup botol pertama dengan lidi untuk dijadikan roda 1. Kemudian, lekatkan lidi pada penutup botol kedua sebagai roda 2. KARYA GABUNGAN Potong kadbod menjadi empat bukaan untuk dijadikan tapak arca. Kadbod akan dicantumkan menjadi kotak separa terbuka. Tebuk lubang pada sisi kotak secara selari. Masukkan roda 1 pada lubang sisi kotak dan pastikan kedudukannya di tengah-tengah kotak. Cantumkan bukaan kadbod dengan pistol perekat panas untuk menghasilkan kotak separa terbuka. AWAS! Berhati-hati semasa menebuk penutup botol dan menggunakan pistol perekat panas. Roda 2 3 4 1 Roda 1
39 Alat dan bahan 3.2.2 (i, ii, iii, vi, vi) NOTA GURU • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai semasa menghasilkan karya gabungan. • Utamakan aspek keselamatan dan bimbing murid menggunakan pistol perekat panas dengan betulnya. Selain itu, bahan lain seperti gam kuat juga boleh digunakan untuk menghasilkan tapak arca stabail. • Bersoal jawab dengan murid tentang prinsip imbangan dalam menghasilkan kotak dan roda bagi menggerakkan arca stabail. Penutup botol minuman Kadbod Lidi tebal Pistol perekat panas Gunting Modelling clay Penyedut minuman kertas EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Bersifat Ingin Tahu Lekatkan modelling clay sebagai pengunci bagi mengawal pergerakan lidi roda 1. Buat pemusing roda untuk memudahkan proses pergerakan arca ini. Tebuk dan tampalkan penyedut minuman pada bahagian atas kotak sebagai paksi untuk memasukkan lidi roda 2. Selaraskan roda 1 supaya bersentuhan dengan roda 2 pada bahagian atas. Kedudukan ini akan menghasilkan daya untuk menggerakkan arca ikan koi dengan lancarnya. KARYA GABUNGAN Roda 1 Roda 2 6 Hasil tapak arca stabail 7 5
40 Proses Menghasilkan Catan pada Tapak Arca Stabail Warnakan sekeliling kotak dengan cat poster putih untuk lapisan pertama. Lukis rupa objek berdasarkan lakaran idea catan yang telah dipilih. Kemudian, warnakan rupa objek dengan menitikberatkan penggunaan ton warna bagi mewujudkan kesan visual dua dimensi pada karya. Lakarkan latar belakang keseluruhan kotak berdasarkan lakaran idea catan yang telah dipilih. Warnakan latar belakang dengan ton warna yang lebih gelap di hadapan dan terang di belakang untuk mewujudkan unsur ruang jauh dan dekat. 1 4 2 3 KARYA GABUNGAN
41 3.2.2 (i, ii, iii, vi, v, vi) NOTA GURU • Bimbing murid membuat catan tapak arca stabail berdasarkan lakaran idea yang telah dipilih. • Galakkan murid mengembangkan idea komposisi dalam penghasilan catan. • Bimbing murid membuat kemasan pada tapak arca stabail dengan menekankan disiplin pengkaryaan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Berdaya Tahan Tampalkan kad busa pada bahagian atas kotak sebagai kemasan pada tapak arca. Alat dan bahan Pensel Cat poster Berus warna Palet Gam kuat Kad busa Cawan kertas Bahan hiasan Penyembur pengilat 5 Tebuk lubang pada bahagian tapak cawan kertas dan masukkannya pada penyedut minuman sebagai tapak ikan. Sebagai kemasan, sembur karya dengan penyembur pengilat supaya karya tahan lebih lama dan tidak pudar. Hasil catan pada tapak arca stabail. Tampalkan cangkerang dan batu hiasan pada permukaan kotak supaya lebih kemas dan menarik. 6 8 7 KARYA GABUNGAN AWAS! Pastikan kamu menjaga kebersihan dengan mengalas tapak arca sebelum mewarna dan membuat semburan.
42 Proses Membentuk Ikan bagi Arca Stabail KARYA GABUNGAN Tebuk dan warnakan kulit telur dengan cat poster untuk dijadikan kepala ikan. Kemaskan bahagian hujung badan ikan yang membentuk ekor ikan. Lakarkan dan gunting bahagian ekor dan sirip ikan pada kad busa. Kemudian, cantumkan kepala, ekor dan sirip pada badan ikan. Leperkan hujung penggulung tisu dan balut dengan kain felt sebagai badan ikan dengan kemasnya. Tampalkan mata dan mulut pada permukaan telur sebagai muka ikan. 1 4 3 2 5 TIP Tebuk kulit telur dengan hujung gunting dan keluarkan telur secara berhati-hati.
43 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Tanda Bicara (Talking Chips) NOTA GURU • Bimbing murid membentuk arca ikan koi dengan pelbagai media yang sesuai berdasarkan sumber idea. • Bimbing murid memastikan arca stabail boleh berpusing dan berfungsi dengan baiknya. 3.2.2 • Bimbing murid mengamalkan disiplin dan nilai murni semasa menghasilkan karya. (i, ii, iii, vi, v, vi) Tampalkan manik pada badan Alat dan bahan ikan sebagai corak untuk mewujudkan jalinan sentuh. Ikat dawai halus pada mulut ikan dan hias manik sebagai buih yang kelihatan terapung di dalam air kolam. Tebuk lubang kecil pada bawah badan ikan untuk dicantumkan dengan lidi roda 2. Ikan ini akan digerakkan dengan menggunakan sistem roda. Contoh karya lain Penggulung tisu Kulit telur Kad busa Kain felt Gam kuat Gunting Cat poster Dawai halus Bahan hiasan 6 7 8 KARYA GABUNGAN Hasil karya ikan yang telah siap. Berus warna Tahniah, kamu berjaya menghasilkan karya gabungan arca stabail dan catan! Pastikan ikan boleh berpusing dengan stabil apabila pemusing roda digerakkan.
44 Alat dan bahan Bingkai gambar Pensel Kertas lukisan Pensel warna C. PENGHASILAN GAMBAR KARYA Berdasarkan karya yang dihasilkan, lukis semula karya tersebut pada kertas lukisan. 1 3 Warnakan lukisan 2 dengan merujuk kajian warna pada karya sebenar. Kamu boleh menggunakan pelbagai media kering untuk mewarna. Letakkan hasil karya lukisan kamu pada bingkai gambar sebagai kemasan. Syabas, karya akhir Si Cilik Koi dengan teknik lukisan siap untuk dipamerkan! KARYA GABUNGAN TIP Selain lukisan, kamu boleh merakamkan gambar dengan menggunakan kamera telefon pintar.
45 3.2.3 4.1.1 (i, ii, iii, iv, v) NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan gambar karya dengan teknik lukisan bagi membuat promosi pameran dan menyebarkan maklumat tentang hasil karya masing-masing. • Bimbing murid membuat kemasan karya sebelum pameran seni dijalankan. • Minta murid membuat apresiasi dan bersoal jawab dengan mereka tentang hasil karya yang dihasilkan. EMK: Bahasa : Menilai PAK-21: Jalan Galeri (Gallery Walk) Mari lakukan sesi apresiasi seni untuk menilai hasil karya kamu dan rakan-rakan. Sesi apresiasi boleh dilakukan di dalam kelas atau semasa pameran seni visual penggal satu dijalankan. D. APRESIASI SENI Hasil karya ini sangat menarik kerana prinsip imbangan simetri berfungsi dengan baiknya. Arca dapat berpusing dengan seimbang pada paksinya. Hasil karya ini menerapkan ritma dan pergerakan. Susunan manik pada dawai halus seakan-akan buih bergerak bersama-sama ikan yang berenang di dalam air. Bahan utama karya ini ialah kadbod sebagai tapak arca, manakala gabungan penggulung tisu, kulit telur dan kad busa sebagai arca ikan. Karya ini ialah gabungan dua bidang, iaitu bidang menggambar teknik catan dengan bidang membentuk dan membuat binaan teknik stabail. KARYA GABUNGAN IMBAS SAYA Video Si Cilik Koi
46 PROJEK SENI VISUAL PENGGAL DUA Pada penggal satu yang lalu, kamu telah berjaya mempamerkan hasil karya melalui pameran seni visual berskala kecil. Pada penggal kedua, pamerkan hasil karya kamu pada skala yang lebih besar seperti di kantin atau di dewan sekolah. Pameran seni ini diadakan bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada hasil seni kamu melalui penggabungan bidang. Kamu harus menggunakan teknik yang telah dipelajari dengan mengaplikasikan bahasa seni visual dalam semua hasil karya sepanjang penggal kedua. Lantik ahli jawatankuasa pameran dan buat perbincangan secara berkumpulan dengan membuat borang senarai semak sepanjang pameran, iaitu sebelum, semasa dan selepas pameran. Pilih tema pameran dan tentukan lokasi pameran yang sesuai. Kumpulkan hasil karya serta maklumat bahasa seni visual seperti borang cerakin di dalam portfolio seni visual. 1 2 3 Perancangan dan Persediaan Pameran IMBAS SAYA Contoh carta organisasi
47 Sediakan kapsyen pada hasil karya yang akan dipamerkan. Tentukan harga hasil karya kamu untuk jualan semasa hari pameran. Hasilkan bahan promosi pameran seperti poster, brosur, kain rentang atau gegantung untuk mempromosikan pameran seni visual. 4 5.1.1 (i, ii, iii, iv, v, vi, vii) NOTA GURU • Bimbing murid merancang persediaan pameran seni visual dalam jawatankuasa masing-masing. • Bimbing murid membuat persediaan pameran seni visual. • Bimbing murid menulis kapsyen, melabel dan membuat kemasan karya supaya mencapai standard pameran seni yang sebenar. • Bimbing murid membuat promosi pameran seni dengan menggunakan teknologi dan aplikasi digital. EMK: Keusahawanan : Menganalisis PAK-21: Kongsi Cendekia (Sages Share) Sediakan buku atur cara dan buat hebahan secara dalam talian dengan menayangkan video pendek promosi pameran yang dimuat naik melalui laman rasmi sekolah. 6 7 5 Nama pengkarya: ..................................................................... Tajuk karya: ............................................................................... Media: ........................................................................................ Saiz karya: ................................................................................. Tahun: ........................................................................................ Harga: ........................................................................................ USAHA TEKUN JAYA SEKOLAH KEBANGSAAN DESA ALAM SKDA Tentukan tempat dan susun atur karya serta bahan pameran secara individu.
Apresiasi Seni Visual • Bercerita tentang karya sendiri kepada guru, rakan dan pengunjung pameran. • Berikan pendapat dan pandangan secara bertatasusila. Sedia mendengar ulasan tentang hasil karya yang dipamerkan oleh pengunjung. • Kamu perlu menerangkan harga karya jika terdapat pengunjung yang ingin membeli hasil karya kamu. Semasa Pameran 48
NOTA GURU • Bimbing murid urus karya dan alatan pameran supaya selamat semasa pameran dijalankan. • Bimbing murid menyimpan, menyusun alatan dan hasil karya selepas pameran tamat. • Bimbing murid supaya membuat apresiasi karya dengan teknik bercerita dan berkongsi pendapat mengenai karya rakan yang lain. • Bimbing murid membuat laporan bertulis sepanjang pameran berlangsung. EMK: Keusahawanan : Menilai PAK-21: Jalan Galeri (Gallery Walk) • Sediakan label penyimpanan hasil karya dengan menulis maklumat pada kotak supaya tidak hilang dan terpelihara. • Hasil jualan karya semasa hari pameran boleh dikumpulkan dan disumbangkan kepada kelab sekolah. Selepas Pameran 5.1.2 5.1.3 5.1.4 5.1.5 49 • Susun semula hasil karya di tempat yang dikhaskan secara teliti. • Bersihkan tempat pameran yang telah digunakan. • Berikan sijil penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa pameran. • Buat perbincangan bersama-sama semua ahli jawatankuasa tentang kelebihan, kelemahan dan penambahbaikan pameran yang telah diadakan.