The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by katrinbato185, 2023-03-28 10:56:22

PSV T6 SK semakan2017-58-58

PSV T6 SK semakan2017-58-58

50 INSPIRASI CORAK REKAAN Corak terancang ialah aktiviti menyusun motif secara terancang dengan corak tertentu. Mari kita lihat bahasa seni visual dan teknik yang terdapat pada susunan corak terancang dalam rekaan karya seni. SUSUNAN KREATIF Susunan Corak Terancang Kusyen Susunan sisik ikan Susunan dam Susunan cerminan Susunan orgee Susunan turun separa Susunan berpancar Susunan rupa geometri dan garisan titik-titik yang berulang mewujudkan ritma dan pergerakan pada corak ini. Selain teknik stensilan, teknik lain seperti lukisan, kolaj dan capan juga boleh menghasilkan susunan corak terancang. Olahan rupa yang sama boleh menghasilkan corak dan memperlihatkan kesatuan. Penggunaan warna kontra dapat menarik perhatian serta mengelakkan kebosanan.


51 Mari kita cerakinkan bahasa seni visual pada susunan corak sisik ikan. 1.1.1 1.1.2 (i, ii) 1.1.3 (ii) NOTA GURU • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya dalam bidang membuat corak dan rekaan. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Kongsi Cendekia (Sages Share) • Jenis corak: Corak terancang • Jenis susunan: Sisik ikan • Teknik: Kolaj • Rekaan: Kulit buku nota IMBAS SAYA Borang cerakin bahasa seni visual Kamu boleh menggunakan borang cerakin yang telah disediakan dalam kod QR. Rupa Hasil karya menampilkan rupa geometri, iaitu separa bulatan yang berulang dapat menghasilkan corak sisik ikan. Kepelbagaian Kepelbagaian warna yang diaplikasikan dalam karya ini memberikan gaya dan menjadi daya tarikan. Ruang Ruang wujud melalui susunan antara motif bunga dengan latar belakang susunan corak sisik ikan. Harmoni Saiz rupa yang sama dan disusun sekata dapat mewujudkan kesan harmoni dan memberikan keseimbangan pada keseluruhan karya. Jalinan Susunan rupa separa bulat dan motif bunga dengan teknik kolaj dapat memberikan kesan jalinan sentuh pada keseluruhan karya.


52 GERAK BERITMA Lakarkan pelbagai jenis rupa dengan saiz yang berbeza pada kertas warna. Kemudian, gunting dengan kemasnya. Lakarkan pelbagai arah garisan untuk menghasilkan corak berpancar pada kertas lukisan. Kemudian, lorek dengan pen penanda. Tampalkan rupa dan susun pada garisan yang telah dilorek bagi mewujudkan pergerakan. Pastikan rupa di hadapan bersaiz lebih besar daripada rupa di belakang. TIP Pastikan susunan rupa berbeza saiz mengikut kedudukan ruang dan jarak bagi mewujudkan ritma dan pergerakan. Mari kita teroka bahasa seni visual dalam menghasilkan susunan corak terancang melalui olahan unsur ruang, warna, garisan dan rupa. Mari kita buat karya yang menggabungkan bidang membuat corak dan rekaan dengan membentuk dan membuat binaan. 1 2 3 Corak 1 Corak 1 Corak 2 Corak 2


53 2.1.1 2.1.2 (i, ii) 2.1.3 NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui lakaran. • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti fungsi bahasa seni visual yang ada pada karya. • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: Mahir Berkomunikasi Saiz rupa yang berbeza disusun pada garisan beralun mewujudkan ruang ilusi. Karya 1 Bakul sampah mini Tabung Beg kertas Karya 2 Karya 3 Perbezaan rupa bulat dengan garisan berpancar mewujudkan kontra dan menarik perhatian. Penggunaan warna sejuk dan panas pada rupa bulat yang disusun secara sekata memberikan kesan tumpuan dan pergerakan.


54 Mari hasilkan rekaan dompet daripada susunan corak terancang melalui teknik resis. DOMPET LEMON KESAYANGANKU Lakarkan motif lemon secara susunan berselang-seli pada kertas lukisan. Warnakan motif dengan pewarna makanan. Aplikasikan warna primer, iaitu kuning pada buah lemon dan warna sekunder, iaitu hijau pada daun. Sapukan warna tertier, iaitu biru kehijauan pada bahagian latar untuk menimbulkan kesan kontra. Hasil corak lemon telah siap. Susunan motif secara berselang-seli dan warna yang kontra dapat memperlihatkan kesan kesatuan dari segi tema pada keseluruhan karya. Lukis motif semula dengan oil pastel untuk menghalang sapuan warna daripada bercampur. 1 3 4 2


55 2.1.1 2.1.2 (i, ii) 2.1.3 NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui penghasilan corak. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan. • Bimbing murid menentukan jenis rekaan berdasarkan motif yang telah dihasilkan. • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. Alat dan bahan Kertas lukisan EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Tanda Bicara (Talking Chips) Berus Kad busa Pita pelekat dua muka Pita velkro Bahan hiasan Pensel Pewarna makanan Palet Syabas, rekaan dompet kamu telah siap! Hasil karya ini menggabungkan bidang membuat corak dan rekaan dengan membentuk dan membuat binaan. Tampalkan hasil karya pada kad busa dengan pita pelekat dua muka. Lipat dan tampal bahagian bawah kad busa untuk dijadikan poket dompet serta bahagian atas kad busa untuk dijadikan penutup dompet. Lekatkan pita velkro pada bahagian dalam supaya dompet dapat ditutup rapat dan kemas. Tampalkan pita pelekat dua muka pada bahagian belakang kad busa untuk tampalan bahagian poket dompet. Hias dompet dengan bahan hiasan mengikut kreativiti kamu. 6 9 5 7 8 Oil pastel


Click to View FlipBook Version