68 Lakaran Idea Hal Benda Mari hasilkan model wau bulan yang menggabungkan bidang mengenal kraf tradisional dengan membuat corak dan rekaan. A. PERKEMBANGAN IDEA Daun bunga seri pagi Daun keladi Daun betik Pemilihan Hal Benda Pemilihan hal benda bertemakan flora. Wau Bulan sirih pinang Produk: Wau bulan Fungsi: Permainan Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D) Media: Kadbod, kain felt, kad busa, gam kuat Teknik dan proses: Kolaj, gunting dan tampal Kemasan: Cantuman kertas krep dan batang aiskrim Pandangan belakang Ayuh, mari kita lihat daun sirih dan buat lakaran idea! Daun sirih (hal benda yang dipilih)
2.1.3 3.2.1 (i, ii, iii) NOTA GURU • Bimbing murid memilih contoh hal benda yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka. • Bimbing murid membuat lakaran idea berdasarkan pemilihan hal benda. • Bimbing murid mengolah idea untuk mempermudahkan proses lakaran hal benda. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi Kemahiran Abad Ke-21: Bersikap Ingin Tahu 69 NOTA GURU • Bimbing murid memilih contoh hal benda yang sesuai dengan motif wau bulan. • Bimbing murid membuat lakaran idea berdasarkan pemilihan hal benda. • Bimbing murid mengolah idea untuk mempermudah proses lakaran hal benda. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir 2.1.3 3.2.1 (i, ii, iii) KARYA GABUNGAN Lakaran Perkembangan Idea Lakaran Idea Susunan Corak Olahan idea 1 Susunan cerminan 1 Susunan cerminan 2 (susunan corak yang dipilih) Susunan cerminan 3 Olahan idea 2 (olahan idea yang dipilih) Mari kita buat lakaran dan pilih susunan corak. Lakaran perkembangan idea boleh dihasilkan dengan media kering seperti pensel, pen dan pen penanda melalui teknik lukisan.
70 KARYA GABUNGAN Bahagian-bahagian Wau Bulan Lakaran Idea Motif Kepala Sayap Leher Bulan penuh Pinggang Templat rupa wau bulan Bilah ekor Lakaran Rangka Wau Bulan Bahagian sayap Bahagian sayap Bahagian sayap Bahagian bilah ekor Bahagian bilah ekor Bahagian bilah ekor Motif 1 Motif 2 (motif yang dipilih) Motif 3 Motif flora biasa digunakan dalam menghias wau bulan. Motif ini menjadikan wau bulan kelihatan unik dan menarik. Corak susunan cerminan sering digunakan untuk mewujudkan imbangan simetri pada keseluruhan hasil karya wau bulan.
71 2.1.3 3.2.1 (i, ii, iii, iv, v) NOTA GURU • Bimbing murid membuat lakaran idea motif dan reka letak corak wau bulan. • Bimbing murid mengenal bahagian-bahagian wau bulan. • Bimbing murid membuat kajian warna pada wau bulan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir Penentuan Media dan Bahan KARYA GABUNGAN • Kertas krep • Manik • Dawai hiasan • Batang aiskrim • Kadbod • Kad busa • Kain felt Lakaran Idea Reka Letak Kajian Warna Reka letak 1 Warna 1 Media: pen warna (warna yang dipilih) Reka letak 2 (reka letak yang dipilih) Warna 2 Media: pensel warna Pemilihan bahan yang sesuai seperti penggunaan bahan mudah lentur dan mudah dipotong amat dititikberatkan supaya wau bulan dapat dihasilkan dengan lebih tepat dan kemas.
72 B. PENGHASILAN KARYA Lakarkan rupa wau bulan menggunakan templat pada kadbod dan gunting secara teliti dan kemas. Lukis dan gunting motif daun sirih berdasarkan lakaran yang telah dipilih pada kad busa. Ulang langkah 1 pada kain felt tebal untuk lapisan atas wau bulan. Lipat dua kain felt untuk mendapatkan bukaan yang sama. 1 3 2 Tampalkan motif daun sirih mengikut corak susunan cerminan pada sayap dan ekor wau bulan. Pastikan tampalannya seimbang pada bahagian kiri dan kanan untuk mendapatkan imbangan simetri. 4 KARYA GABUNGAN Karya model wau bulan ini menggabungkan bidang mengenal kraf tradisional dengan bidang membuat corak dan rekaan yang menarik.
NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan wau bulan berdasarkan lakaran idea yang telah dibuat. • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai untuk menghasilkan karya. • Utamakan aspek keselamatan dan bimbing murid memotong kadbod secara kemas. • Bersoal jawab dengan murid tentang prinsip imbangan dalam menghasilkan wau bulan. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Berdaya Tahan 73 Tampalkan manik pada bahagian sayap dan bilah ekor wau bulan. Susun secara kemas untuk mewujudkan jalinan pada karya wau bulan. Tampalkan dawai bulu warna di sekeliling motif daun sirih secara teliti. Kebiasaannya, warna terang digunakan dalam menghasilkan wau bulan untuk mewujudkan kesan kontra pada motif corak dan menjadi daya tarikan. 6 5 Gunting kertas krep secara selari untuk dijadikan rambu wau. Cantumkan tiga jenis warna untuk mewujudkan kesan kontra pada kemasan karya. 7 Alat dan bahan Kadbod Kain felt tebal Templat wau bulan Kad busa Pensel Gam kuat Gunting Dawai bulu warna Manik hiasan Kertas krep Pengokot Batang aiskrim KARYA GABUNGAN 3.2.2 (i, ii, iii, vi, vi) 73
74 KARYA GABUNGAN Karya Wau Bulan Sirih Pinang telah siap. Contoh karya lain Cantumkan rambu wau pada kadbod wau bulan dengan pengokot pada bahagian kiri dan kanan wau bulan. 8 Tampalkan kain felt yang telah dihiasi motif corak cerminan pada kadbod wau bulan. Cantuman ini akan membuatkan struktur dan bentuk wau bulan lebih kukuh. 9 Tampalkan rambu pada bahagian kepala wau bulan. 10 Cantumkan batang aiskrim pada bahagian bawah wau bulan sebagai pemegang semasa bermain. 11 TIP Pilih kertas yang bersifat tahan lasak untuk membuat rambu pada kemasan wau bulan supaya kertas tidak mudah koyak semasa wau bulan dimainkan atau digunakan dalam persembahan tarian.
75 KARYA GABUNGAN 3.2.3 4.1.1 (i, ii, iii, iv, v) NOTA GURU • Bimbing murid membuat kemasan dan mengamalkan disiplin semasa berkarya. • Bimbing murid membuat lakaran semula hasil karya dengan teknik lukisan untuk pameran. • Bimbing murid membuat apresiasi seni menggunakan bahasa seni visual, teknik dan proses penghasilan karya. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Menilai PAK-21: Kongsi Cendekia (Sages Share) Lukis wau bulan yang telah dihasilkan pada kertas lukisan. Warnakan lukisan wau bulan dengan pelbagai media berdasarkan hasil karya yang sebenar. Bingkaikan hasil lukisan dengan potongan kadbod supaya kemas. C. PENGHASILAN GAMBAR KARYA D. APRESIASI SENI 2 Karya ini menggabungkan bidang membuat corak dan rekaan dengan bidang mengenal kraf tradisional. Teknik tampalan dan cantuman digunakan dalam proses menghasilkan karya ini. Hasil karya ini sangat menarik dengan penggunaan pelbagai bahan yang mewujudkan jalinan sentuh. Penggunaan pelbagai bahan bagi menimbulkan jalinan sentuh seperti kad busa, dawai bulu warna, manik hiasan dan kertas krep akan memberikan tarikan pada hasil karya. Imbangan simetri wujud pada corak susunan dan keseluruhan hasil karya wau bulan. TIP Kamu juga boleh merakamkan gambar hasil karya wau bulan dengan kamera digital atau kamera telefon pintar. 1 3