26 CIK LEBAH DAN MADU Lakaran Idea Hal Benda Mari hasilkan kotak yang menggabungkan bidang menggambar dengan membentuk dan membuat binaan. Produk: Kotak makanan Fungsi: Pembungkusan Reka bentuk: Tiga Dimensi (3D) Media: Kad manila, pen dan pen penanda Teknik dan proses: Lukisan, lipatan dan cantuman A. PERKEMBANGAN IDEA Kemasan: Ikatan reben Pandangan hadapan Lebah (hal benda yang dipilih) Pandangan atas Pandangan sisi Pemilihan Hal Benda Pemilihan hal benda bertemakan serangga. Kupu-kupu Kumbang Pepatung Ayuh, kita lihat badan dan sarang lebah untuk membuat lakaran idea!
27 3.2.1 (i, ii, iii, iv) NOTA GURU • Bimbing murid memilih contoh hal benda yang sesuai dengan tahap kebolehan mereka. • Bimbing murid membuat lakaran idea berdasarkan pemilihan hal benda. • Bimbing murid mengolah idea untuk mempermudah proses lakaran hal benda. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Bersifat Ingin Tahu Lakaran Perkembangan Idea Olahan idea badan lebah Olahan 1 Olahan 2 Olahan 3 Olahan 4 KARYA GABUNGAN Olahan idea sarang lebah Lakaran perkembangan idea menggunakan media kering seperti pensel dan pen melalui teknik lukisan. Olahan idea yang dipilih akan diaplikasikan pada kotak untuk dijadikan produk pembungkusan. Pertemuan antara permulaan dengan penghujung garisan akan menghasilkan rupa. Olahan rupa yang berulang boleh menghasilkan corak. Olahan 1 Olahan 2 Olahan 3 Olahan 5 Olahan 4
28 Lakaran Idea Reka Letak Kajian Warna Reka letak 1 Warna 1 Media: pensel warna Reka letak 3 (reka letak yang dipilih) Warna 3 Media: oil pastel Reka letak 2 Warna 2 Media: pen penanda (warna yang dipilih) KARYA GABUNGAN Media lain seperti pen warna, cat air dan cat poster boleh digunakan untuk menghasilkan kajian warna.
29 2.1.3 3.2.1 (i, ii, iii, iv, v) NOTA GURU • Bimbing murid memilih jenis kotak dan membuat lakaran hamparan kotak. • Bimbing murid menentukan bahan yang akan digunakan untuk penghasilan karya. • Minta murid merujuk hasil eksplorasi bentuk kotak pada pembelajaran lepas. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta Kemahiran Abad Ke-21: Pemikir IMBAS SAYA Penjanaan Idea Sumber idea untuk penentuan rekaan produk. Penentuan Bahan KARYA GABUNGAN Lakaran templat hamparan kotak. Kotak 1 Lakaran kotak Templat kotak bersaiz A3 Templat hamparan kotak Cantuman Bahagian tapak Bahagian hadapan Kotak 3 (rekaan yang dipilih) Kotak 2 Kad manila Pen Pen penanda Pen warna Penghasilan karya menggabungkan rekaan kotak dengan lukisan lebah dan sarangnya. Imbangan simetri wujud pada bahagian kanan dan kiri kotak supaya lebih stabil dan kukuh.
30 KARYA GABUNGAN B. PENGHASILAN KARYA Mari hasilkan kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dibuat. Lakarkan hamparan kotak berdasarkan templat pada kad manila bersaiz A3. 1 Lukis motif lebah dengan pensel berdasarkan lakaran reka letak yang telah dipilih. Coret pelbagai jenis garisan pada lebah mengikut kreativiti dengan menggunakan pen. Pelbagai garisan akan menimbulkan jalinan tampak. 2 3 Buat garisan beralun, tebal, sendeng, silang pangkah dan titik-titik pada motif sarang lebah dengan pen warna. Warnakan bahagian lelehan madu dengan pen warna berdasarkan warna yang telah dipilih. 4 5 AWAS! Pastikan kamu menjaga kebersihan dan menggunakan media dengan baiknya semasa menghasilkan karya. Warnakan latar belakang dengan pen penanda secara teliti dan kemas. 6
31 3.2.2 (i, ii, iii, vi, vi) NOTA GURU • Bimbing murid menghasilkan karya kotak berdasarkan lakaran idea yang telah dipilih. • Bimbing murid menggunakan media dan teknik yang sesuai untuk penghasilan karya. • Bimbing murid mengamalkan disiplin dan nilai murni semasa berkarya. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mencipta PAK-21: Ulas Gilir (Rotating Review) Alat dan bahan KARYA GABUNGAN Templat kotak Kad manila Pensel Pen penanda Pen Pen warna Gunting Gam Reben Potong hasil karya mengikut lakaran yang telah dibuat. Hias kotak dengan ikatan reben sebagai kemasan karya. 7 TIP Selain gam, kamu juga boleh menggunakan pita pelekat untuk mencantumkan hasil karya kamu. Tahniah, kotak hasil karya gabungan menggambar dengan membentuk dan membuat binaan telah siap! Tampalkan bahagian cantuman dan buat lipatan untuk menghasilkan kotak. Hasil kotak yang telah siap. 9 10 Lipat bahagian sisi dan kenal pasti bahagian yang ingin dicantumkan berdasarkan lakaran templat. 8
32 C. PENGHASILAN GAMBAR KARYA 2 3 4 KARYA GABUNGAN 1 Cetak gambar foto hasil karya pada kertas A4. Pindahkan salinan gambar foto pada komputer untuk dicetak. TIP Selain kamera digital, kamu boleh menggunakan kamera telefon pintar untuk merakamkan gambar. Bingkaikan gambar foto yang telah dicetak dengan menampalkannya pada kad keras bersaiz A3. AWAS! Minta bantuan guru untuk mencetak gambar foto hasil karya Cik Lebah dan Madu. Rakamkan gambar hasil karya menggunakan kamera digital.
33 D. APRESIASI SENI Mari kita jalankan sesi apresiasi berdasarkan hasil karya kamu bersama-sama rakan. Baiklah, murid-murid. Hasil karya ini sangat kreatif dan menarik. Kongsi dengan cikgu dan rakan-rakan, apakah bahasa seni visual, media, teknik dan proses semasa menghasilkan karya kotak ini? Pelbagai jenis media kering seperti pensel, pen, pen penanda dan pen warna digunakan untuk menghasilkan karya ini. Karya ini mempunyai nilai gunaan dan boleh dijadikan kotak pembungkusan madu. 3.2.3 4.1.1 (i, ii, iii, iv, v) NOTA GURU • Bimbing murid merakamkan gambar foto dan mencetak gambar hasil karya untuk pameran. • Bimbing murid membuat apresiasi seni menggunakan bahasa seni visual, teknik dan proses penghasilan karya. EMK: Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Menilai PAK-21: Jalan Galeri (Gallery Walk) KARYA GABUNGAN Teknik lukisan, lipatan dan cantuman digunakan dalam penghasilan karya kotak ini. Karya ini menggabungkan bidang menggambar dengan membentuk dan membuat binaan. Karya ini mengandungi prinsip kesatuan yang dapat dilihat melalui gabungan rupa organik dan pengulangan susunan rupa geometri.