The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by katrinbato185, 2023-03-28 11:05:55

PSV T6 SK semakan2017-70-70

PSV T6 SK semakan2017-70-70

62 Cucuk sanggul Gelang tangan Gelang kaki Dokoh SENI KRAF WARISAN Kraf tradisional merangkumi pelbagai seni kraf yang dihasilkan oleh masyarakat tempatan. Mari kenal pasti bahasa seni visual yang terdapat pada seni kraf tradisional, iaitu alat perhiasan diri. AKSESORI HIASAN DIRI Loket ini diukir secara tebuk tembus dan menimbulkan jalinan sentuh yang dapat memberikan nilai estetik. Penegasan wujud pada saiz motif bunga yang besar di bahagian tengah loket yang menjadi fokus utama keseluruhan loket ini. Kesatuan wujud pada ukiran motif dan susunan batu permata yang terdapat pada karya ini. Harmoni dapat dilihat melalui penyatuan bentuk dan komposisi loket ini. Koleksi Alat Perhiasan Diri INFORMASI Loket ialah hiasan yang bergantung di rantai leher dan diperbuat daripada emas atau perak serta batu permata. Loket


63 1.1.1 1.1.2 (i, ii) 1.1.3 (iv) EMK: Patriotisme : Menganalisis Kemahiran Abad Ke-21: Bermaklumat NOTA GURU • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya dalam bidang mengenal kraf tradisional. • Bersoal jawab dengan murid tentang bahasa seni visual berdasarkan karya. Pending ialah perhiasan pada bahagian bawah dada dan pinggang bercorak kerawang yang diperbuat daripada emas atau perak. Permukaan pending diukir timbul dengan pintalan tali emas. Pending ini berbentuk lancip, mempunyai bentuk konkrit, dapat disentuh dan dilihat dari pelbagai arah. Ukiran timbul dan tampalan batu permata menampilkan unsur jalinan sentuh pada keseluruhan pending. Imbangan simetri pada rekaan pending memberikan keteguhan yang sama di kiri dan di kanan. Kesatuan wujud melalui komposisi dan penggunaan bahan seperti pintalan tali emas dan batu permata pada keseluruhan pending. Kawan-kawan, apakah bahasa seni visual lain yang boleh kamu cerakinkan dalam karya ini? Gunakan borang cerakin yang telah disediakan dalam kod QR. IMBAS SAYA Borang cerakin bahasa seni visual INFORMASI Pending berperanan sebagai lambang kuasa bagi masyarakat Melayu. Kaum lelaki memakai pending untuk mengikat kain atau samping. Pending juga berfungsi sebagai alat perlindungan diri. Pending


64 CUCUK SANGGUL SANG PUTERI Mari teroka media dan teknik untuk menghasilkan cucuk sanggul bermotifkan rupa bunga. INFORMASI Pada zaman dahulu, wanita memakai cucuk sanggul sebagai perhiasan diri dan juga senjata untuk melindungi diri. Bunga Cantum Cucuk sanggul Cendawan Tampal Cucuk sanggul Pucuk ubi Potong dan lilit Cucuk sanggul lintang Daun Potong dan cantum Cucuk sanggul lintang Hal Benda Teknik Hasil Kepingan kerongsang Butang dan manik Kad gelugur Kain felt Bahan


65 Alat dan bahan Cekak rambut Kertas krep Dawai hiasan Gam Manik hiasan Gunting Tampalkan dawai hiasan pada motif bunga dan cantumkannya dengan motif yang lain. Pastikan kedudukan cantuman bunga sama. Lipat kertas menjadi empat bahagian. Hias cucuk sanggul mengikut kreativiti agar menimbulkan kesan jalinan. Syabas, kamu boleh menggayakannya bagai Sang Puteri! Kamu juga boleh menghasilkan alat perhiasan diri kraf tradisional dengan gabungan bidang membuat corak dan rekaan. Lilitkan bunga bermula pada bahagian tengah cucuk sanggul agar kedudukannya seimbang kiri dan kanan. Lukis dan gunting motif bunga yang sama saiz. Lilitkan dawai hiasan pada cekak rambut. Pastikan keseluruhan cekak rambut dililit secara kemas dan teliti. 3 1 6 5 2 4 NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui aktiviti mengenal kraf tradisional. • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam folio seni. 2.1.1 2.1.2 (i, ii) 2.1.3 EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Main Peranan (Role Play)


66 TANJAK SERI KENCANA Mari jalankan aktiviti penerokaan untuk menghasilkan alat perhiasan diri, iaitu tanjak dengan teknik origami. Kamu boleh menggunakan bahan yang terdapat di sekeliling kamu dengan menerapkan jalinan dan penegasan pada karya tersebut. INFORMASI Tanjak ialah kain yang diikat untuk menutup kepala sebagai pelengkap pakaian masyarakat Melayu. Tanjak turut dikenali dengan nama destar atau tengkolok. Kain felt tebal Bahan Bentuk Tanjak Cara Kemasan Hasil Tanjak Kad manila Kertas krep IMBAS SAYA Maklumat tanjak


Lipat kertas bunga kepada rupa segi tiga. Lipat bahagian bawah secara berselang-seli sebanyak empat kali. Pastikan lipatan sama dan kemas. Lakarkan dan gunting rupa bintang dan bulan pada kad busa sebagai hiasan tanjak. Tampalkan bulan dan bintang di bahagian tengah tanjak. Hias tanjak dengan bahan hiasan mengikut kreativiti kamu. Hasil karya ini boleh digabungkan dengan bidang membuat corak dan rekaan. Kamu boleh memperagakan dan main peranan sebagai raja yang sedang bersemayam di atas takhta. Cantumkan hujung lipatan kertas mengikut saiz kepala dengan pengokot. Lipat bahagian yang tirus ke hadapan. 1 3 4 2 Alat dan bahan Kertas bunga Kad busa Pensel Gam kuat Gunting Manik hiasan Pengokot NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui aktiviti mengenal kraf tradisional. • Bimbing murid meneroka media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan. • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam folio seni. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Main Peranan (Role Play) 67 2.1.1 2.1.2 (i, ii) 2.1.3


Click to View FlipBook Version