20 Pemandangan taman bunga yang luas dan lapang merupakan ruang terbuka. Penegasan wujud pada bunga yang berwarna merah. Terdapat pelbagai jenis garisan pada karya lukisan ini. Kesan garisan yang dilukis secara rapat akan mewujudkan bentuk ilusi. Kedudukan dua objek yang saling bertindih dan mempunyai bayang akan menimbulkan kesan bentuk dan ruang antara objek. Ruang tamu ini merupakan ruang tertutup kerana kawasannya sempit dan terhad. Kepelbagaian wujud pada bentuk perabotnya. ILUSI DAN REALITI REALITI ALAM Mari kenal pasti bahasa seni visual yang terdapat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual. INFORMASI Bentuk ilusi bersifat dua dimensi yang digambarkan melalui ilustrasi, gambar foto, catan atau poster.
21 Lukisan merupakan antara aktiviti menggambar yang menghasilkan imej dengan menggunakan media kering seperti pensel, pensel warna, pen penanda dan oil pastel. Cerakinkan bahasa seni visual menggunakan borang cerakin yang telah disediakan dalam kod QR. 1.1.1 1.1.2 (i, ii) 1.1.3 (i) NOTA GURU • Bimbing murid menyatakan istilah dan pengertian bahasa seni visual. • Bimbing murid mencirikan dan mencerakinkan bahasa seni visual berdasarkan karya dalam bidang menggambar. • Bersoal jawab dengan murid tentang unsur seni dan prinsip rekaan berdasarkan karya seni visual. EMK: Bahasa : Menganalisis PAK-21: Ulas Gilir (Rotating Review) IMBAS SAYA Borang cerakin bahasa seni visual Ruang Kedudukan dua objek yang bertindih akan menimbulkan kesan ruang. Burung kakak tua yang berada di hadapan nampak lebih jelas dan besar berbanding dengan pokok yang berada jauh di belakang. Penegasan Penegasan wujud pada bentuk dan warna burung kakak tua yang berwarna merah dan dapat menarik perhatian berbanding dengan objek lain. Warna Penggunaan warna sekunder, iaitu hijau memberikan rasa damai. Warna tertier, iaitu warna merah kekuningan pada burung kakak tua menjadi daya tarikan dalam karya ini. Kepelbagaian Kepelbagaian wujud melalui olahan pelbagai jenis garisan, rupa dan jalinan tampak. Pemandangan menenangkan melalui bentuk objek flora dan fauna.
22 Mari teroka media, teknik dan bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni. LIHAT DAN SENTUH TIP Kamu juga boleh menggunakan teknik gosokan dan cetakan untuk menghasilkan kesan jalinan tampak. Cat air Pembalut gelembung Daun plastik Kacang hijau Teknik Capan Teknik Kolaj Bahan Bahan Jalinan sentuh terhasil melalui teknik kolaj yang menggunakan tampalan bahan alam semula jadi dalam karya. Teknik capan dan teknik lukisan menggunakan garisan silang pangkah dapat mewujudkan jalinan tampak pada karya.
23 2.1.1 2.1.2 (i, ii) 2.1.3 Teknik Montaj Senaraikan bahan serta jalinan yang terdapat di sekeliling kamu. Gambar bercetak Kepelbagaian teknik dan bahan dalam menghasilkan karya dapat menimbulkan daya tarikan dan mewujudkan variasi. Bahan Pen warna Teknik Lukisan Bahan Hasil karya bidang menggambar juga boleh digabungkan dengan bidang membentuk dan membuat binaan seperti hiasan dinding. NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui aktiviti menggambar. • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya. • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Menilai Kemahiran Abad Ke-21: Bersifat Ingin Tahu
24 Mari kita lakukan penerokaan dengan pelbagai media dan bahasa seni visual untuk menghasilkan komposisi karya melalui pelbagai teknik. Pemilihan bentuk pokok kaktus yang pelbagai mewujudkan kesatuan dalam gubahan karya. 1 2 3 KAKTUS KHATULISTIWA Cari gambar pasu yang besar daripada sumber Internet dan cetak. Gunting dan tampalkannya pada kertas lukisan. Penggunaan bentuk, jalinan dan warna yang disusun secara seragam menimbulkan harmoni dan memberikan ketenangan. Teknik lipat dan gunting digunakan dalam membentuk pokok kaktus dengan kertas warna mengikut kreativiti. Gunting imej pokok kaktus. Susun pokok kaktus pada gambar pasu dengan menerapkan unsur ruang yang harmoni dalam karya dengan teknik montaj. A D E B C
25 Contoh karya lain 2.1.1 2.1.2 (i, ii) 2.1.3 NOTA GURU • Bimbing murid meneroka pelbagai media dan mengaplikasikan bahasa seni visual melalui aktiviti menggambar. • Bimbing murid mengeksplorasi media dan teknik untuk rujukan penghasilan karya gabungan. • Bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti bahasa seni visual yang ada pada karya. • Minta murid mengumpulkan bahan aktiviti penerokaan dan simpan di dalam portfolio seni. EMK: Kreativiti dan Inovasi : Mengaplikasi PAK-21: Giliran Robin (Rally Robin) 4 5 Pensel warna Bahan gambar bercetak Kertas lukisan Kertas warna Kain felt Gam Gunting Teknik kolaj pada kain felt dapat membentuk pokok kaktus yang mempunyai jalinan sentuh. Teknik lukisan diaplikasikan dengan melukis gambar pokok kaktus menggunakan pensel warna. Garisan yang dibuat akan menimbulkan kesan jalinan yang harmoni. Alat dan bahan Kamu boleh menggabungkan hasil karya ini dengan membentuk dan membuat binaan seperti kad ucapan dan buku nota. A A B B C C