The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ibrahim bin Yusoff, 2020-05-01 23:55:25

4.2019 MANUAL GURU KK SV 9703

4.2019 MANUAL GURU KK SV 9703

TERHAD
TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus
Projek Kajian Seni Visual

Kertas 3 (970/3)

Semester 3 Tahun 2019

PERINGATAN :
Manual ini khusus untuk penggunaan guru/calon sahaja

Buku panduan ini terdiri daripada 25 halaman bercetak.
© Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

1

TERHAD Halaman

KANDUNGAN 3
Bil. Perkara 3–4
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 4
2.0 Objektif 4
3.0 Pelaksanaan Kerja Projek 5–4
5–8
3.1 Arahan Umum 8– 9
3.2 Tanggungjawab Pengetua 10– 12
3.3 Tanggungjawab Guru 13
3.4 Tanggungjawab Calon 14– 19
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
5.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual 20 – 21
Lampiran 22 – 24

BAHAGIAN II : CALON 25
6.0 Tanggungjawab Calon
7.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus
8.0 Penyediaan Projek Kajian Seni Visual

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

2

TERHAD

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan
Panduan ini disediakan untuk guru/pemeriksa dan calon bagi melaksanakan Projek
Kajian Seni Visual bagi semester 3. Setiap calon STPM sekolah kerajaan dan calon
sekolah bantuan kerajaan wajib melaksanakan kerja projek ini sebagai satu daripada
komponen pentaksiran untuk semester 3. Penyediaan kerja projek ini mestilah dijalankan
mengikut tempoh yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

2.0 Objektif
Panduan ini bertujuan untuk memberikan arahan dan rujukan bagi guru/pemeriksa dan
calon untuk melaksanakan Projek Kajian Seni Visual dan cara pentaksirannya. Objektif
kerja projek ini disediakan adalah untuk mentaksir keupayaan calon dalam :

(a) Menganalisis permasalahan dan penyelesaian visual menerusi cadangan
pengkaryaan

(b) Mengemukakan keaslian idea dan konsep menerusi kajian, eksperimentasi,
eksplorasi, rujukan, dan sumber

(c) Menentukan pendekatan aspek formal yang dipilih yang melibatkan elemen,
media, dan teknik

(d) Menentukan gaya penghasilan atau penampilan karya
(e) Mengaplikasikan pendekatan penyelidikan dan penyelesaian masalah dalam proses

penghasilan karya
(f) Menghasilkan lakaran yang menjurus kepada yang konkrit
(g) Menggunakan kepelbagaian kajian, eksperimentasi, dan eksplorasi terhadap media

dan teknik
(h) Menjalinkan aspek formal dengan idea dan mesej
(i) Menunjukkan kekuatan gaya yang tersendiri
(j) Mengenengahkan idea-idea yang asli dan baharu dalam pengkaryaan dan perekaan
(k) Berhujah terhadap konsep, bentuk, dan sumbangan karya dalam konteks yang

dipilih
(l) Mendokumentasikan proses penghasilan karya secara penulisan dan visual
(m) Mengorganisasikan persembahan dan peragaan karya

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

3

TERHAD

(n) Mengaplikasi kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran
berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan
menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika.

3.0 Pelaksanaan Kerja Projek

3.1 Arahan Umum

3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan projek kajian daripada dua
soalan yang diberikan.

3.1.2 Soalan Projek Kajian Seni Visual terdiri daripada bidang pengkaryaan
dan perekaan.

3.1.3 Calon perlu menghasilkan karya seni berdasarkan soalan yang dipilih.

3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja projek ini adalah sepanjang semester 3.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Kursus Tingkatan
Enam peringkat sekolah.

3.2.2 Memastikan ahli jawatankuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail
Induk Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik
tingkatan enam mempunyai Fail Kerja Kursus bagi mata pelajaran
masing-masing.

3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 970/3 mendapat
bimbingan dan penyeliaan kerja projek daripada guru
yang berkelayakan dalam bidang Seni Visual.

3.2.4 Menyediakan kemudahan asas yang diperlukan untuk melaksanakan
kerja projek Seni Visual STPM di sekolah.

3.2.5 Memastikan bahawa calon tidak menghadapi masalah dalam penyediaan
semua peralatan dan bahan yang diperlukan untuk menjalankan tugasan
kerja projek. MPM tidak menyediakan sebarang peruntukan kepada
sekolah untuk membiayai penyediaan keperluan berkenaan.

3.2.6 Memastikan bahawa pelaksanaan kerja projek ini diserapkan
dalam strategi pengajaran dan bukan merupakan kerja tambahan
yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan. Kerja
projek merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran.

3.2.7 Mendapatkan maklumat daripada Guru Seni Visual tentang tahap
kemajuan kerja projek calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh
calon.

3.2.8 Memastikan bahawa kerja projek ini dilaksanakan dengan teratur dalam
tempoh yang ditetapkan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

4

TERHAD

3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan hasil kerja projek
calon di sekolah.

3.2.10 Memastikan guru menyimpan evidence kerja projek calon dalam
tempoh enam bulan daripada tarikh penghantaran markah kepada MPM.

3.2.11 Memastikan evidence kerja projek dilupuskan dalam tempoh enam
bulan selepas tarikh keputusan STPM diumumkan.

3.3 Tanggungjawab Guru

3.3.1 Memastikan bahawa calon memahami kehendak Sukatan Pelajaran Seni
Visual sebaik-baiknya.

3.3.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan Projek
Kajian Seni Visual.

3.3.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus (Kerja Projek) Seni Visual
dari portal MPM.

3.3.4 Menyediakan tempat yang sesuai untuk calon menjalankan tugasan
kerja projek mereka di sekolah. Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
tidak menyediakan peruntukan untuk membiayai penyediaan tempat
berkenaan.

3.3.5 Memberikan penjelasan kepada calon dan berbincang dengan mereka
tentangSoalan Kerja Kursus Seni Visual Kertas 3 (Projek Kajian Seni
Visual) 970/3 STPM 2018 secara terperinci.

3.3.6 Memastikan bahawa calon mempunyai peralatan dan bahan yang sesuai
untuk menghasilkan karya. MPM tidak menyediakan peruntukan untuk
membiayai penyediaan peralatan dan bahan berkenaan.

3.3.7 Mengingatkan calon bahawa kerja kursus ini merupakan
sebahagian daripada peperiksaan, dan dengan yang demikian,
kerja projek ini terikat dengan peraturan peperiksaan.

3.3.8 Memastikan bahawa calon menjalankan kerja projek masing-
masing secara individu tanpa bantuan dari pihak luar.

3.3.9 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

(a) Memilih soalan untuk menjalankan kerja projek

(b) Memahami kehendak soalan Projek Kajian Seni Visual

(c) Mengenal pasti buku, majalah, artikel, dan dokumen rujukan

yang sesuai

3.3.10 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan
dalam Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni
Visual.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

5

TERHAD

3.3.11 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam setiap proses
kerja projek mengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran
Seni Visual

3.3.12 Mengingatkan calon agar setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti
percubaan media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku
lakaran (sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium
yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan
sebagainya)

3.3.13 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta sesiapa sahaja
untuk menghasilkan kerja projek calon

3.3.14 Menyelia dan membimbing calon dalam melaksanakan kerja projek
sebagaimana yang diperlukan. Walau bagaimanapun, guru Seni Visual
tidak dibenarkan sama sekali memberikan bantuan amali kepada
calon bagi setiap proses yang dilaksanakan oleh calon.

3.3.15 Memantau perkembangan proses kerja projek setiap calon dari semasa
ke semasa sepanjang tempoh pelaksanaan kerja projek

3.3.16 Memastikan calon sentiasa membawa dan mengisi Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 1) setiap kali
pertemuan/perbincangan bersama guru dalam pelaksanaan proses
kerja projek

3.3.17 Guru Seni Visual hendaklah memberikan ulasan, cadangan, dan tunjuk
ajar secara berterusan kepada calon agar calon berpeluang membuat
penambahbaikan pada hasil kerja masing-masing

3.3.18 Memastikan bahawa tidak terdapat unsur sensitif yang menyentuh aspek
budaya, kaum, jantina, agama, dan politik dalam kerja projek setiap
calon

3.3.19 Memastikan bahawa aspek keselamatan diberikan perhatian sepanjang
masa kerja projek dilaksanakan

3.3.20 Membimbing calon dalam persembahan dan peragaan kerja projek
kajian seni visual yang ditetapkan oleh guru/pihak sekolah

3.3.21 Memastikan semua calon menghantar kerja projek untuk disemak dan
dinilai kepada guru Seni Visual pada masa dan tarikh yang telah
ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Muka hadapan Projek Kajian Seni
Visual (pendokumentasian) hendaklah digunakan muka hadapan yang
telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2).

3.3.22 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus
(Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja
kursus (Projek Kajian Seni Visual) dan tidak mengambil kertas
970/3, seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran
Seni Visual STPM.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

6

TERHAD

3.3.23 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang
Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang dilampirkan bersama kerja
projek.

3.3.24 Menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3) yang
telah diisi dan ditandatangani oleh calon, dan mengisi markah pada
Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) serta menandatanganinya.

3.3.25 Mengisikan markah keseluruhan setiap calon pada Borang Rumusan
Markah Kerja Kursus Calon (BRuMKK) (Lampiran 5) serta
menandatanganinya. Mendapatkan perakuan/pengesahan daripada
pengetua untuk Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) tersebut.

3.3.26 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh
MPM ketika mentaksir kerja projek kajian seni visual calon.

3.3.27 Memasukkan markah kerja projek kajian seni visual calon dengan
menggunakan aplikasi e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM.
Kegagalan menghantar markah kerja projek kajian seni visual calon
akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja projek
kajian seni visual dan tidak mengambil kertas 970/3, seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.

3.3.28 Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC) (Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon
(BRuMKK) (Lampiran 5) hendaklah dihantar ke alamat yang berikut:

Ketua Eksekutif
Majlis Peperiksaan Malaysia
Persiaran 1, Bandar Baru Selayang,
68100, Batu Caves, Selangor
(u/p: Setiausaha Bahagian Pengendalian Peperiksaan STPM dan MUET)

Guru perlu menyimpan salinan borang tersebut BMKKC dan
BRuMKK di dalam fail kerja kursus. Borang BMKKC dan BRuMKK
perlu dihantar sebelum 31 Oktober 2019, manakala markah dari e-
submission (yang telah dihantar) perlu dicetak dan disimpan fail kerja
kursusnya.

3.3.29 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah
oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon
perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari
9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada
umum.

3.3.30 Menyimpan evidence kerja projek calon di tempat yang tidak terdedah
dan selamat dari tarikh memasukkan markah ke e-submission tamat
hingga keputusan STPM diumumkan

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

7

TERHAD

3.3.31 Melupuskan evidence kerja projek calon dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh keputusan STPM diumumkan (rujuk lampiran).

3.4 Tanggungjawab Calon

3.4.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk
melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual)

3.4.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh
yang ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek
Kajian Seni Visual)

3.4.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa,
dan selepas kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan

3.4.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu

3.4.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu :
(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan
Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual yang disediakan
(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang
jelas akan soalan yang dipilih
(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan
oleh guru/pihak sekolah

3.4.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan
media atau teknik) disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran
(sketch book)/kertas lukisan (drawing block)/sebarang medium yang
digunakan secara spontan (seperti lakaran pada buku note pad dan
sebagainya).

3.4.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk
kepada guru di tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru
(fail/dijilid/drawing folder dan sebagainya).

3.4.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk
menghasilkan kerja projek calon.

3.4.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC)
(Lampiran 1) dan sentiasa membawanya setiap kali
pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana kerja projek

3.4.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual
(pendokumentasian) yang telah ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)

3.4.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni
Visual pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah. Kegagalan menghantar kerja kursus (Projek Kajian Seni
Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan menyebabkan
calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan
gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

8

TERHAD

3.4.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil
kerja calon sendiri dengan menandatangani Borang Perakuan Calon
(BPC) (Lampiran 3).

3.4.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi
persembahan dan peragaan kerja projek. Calon perlu mengikut
peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada pengetua jika ingin
mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas.

3.4.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah
oleh guru, ia perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon
perlu menjaga dan mempamerkan kerja projek kajian seni visual dari
9 – 20 September 2019 untuk persembahan/peragaan kepada
umum.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

9

TERHAD
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual

4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek
kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang
disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

4.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
adalah seperti berikut :

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
Pelaksanaan Aktiviti Tidak berkenaan
 Memuat turun Manual
22 April MPM memuat naik bahan Kerja Kursus Seni Visual
2019 berikut dalam portal MPM STPM 2019
(www.mpm.edu.my)
 Memuat turun Soalan
(a) Manual Kerja Kursus dan Kriteria Penilaian
yang mengandungi dan Pemarkahan
Bahagian I : Guru,
Bahagian II : Calon

(b) Soalan Kerja Kursus
Seni Visual STPM
2019

(c) Kriteria Penilaian dan
Pemarkahan

10 – 21 Cadangan pengkaryaan  Memperbanyak Manual  Calon menerima
Jun 2019 Bahagian II:Calon serta soalan dan manual.
(a) Penulisan (idea perlu soalan kerja kursus
(minggu disokong dengan  Calon memilih soalan
pertama – visual)  Mengedarkan soalan dan dan mendapatkan
manual kepada calon idea untuk soalan
ke-2) (b) Pembentangan (untuk yang dipilih
tujuan perbincangan  Memberi penerangan
dan memantapkan tugasan kepada calon  Calon perlu memberi
proposal) penerangan/
 Guru perlu memastikan pembentangan idea
pelajar sudah kepada guru.
mempunyai pilihan dan
idea  Calon perlu
menyiapkan
 Guru perlu memberi cadangan
markah pada borang pengkaryaan
BMKKC (Lampiran 4a mengikut tarikh yang
atau Lampiran 4b) ditetapkan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

10

TERHAD

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
Pelaksanaan Aktiviti
 Guru perlu membimbing  Calon perlu
24 Jun – 6 Penghasilan karya/perekaan calon dalam penghasilan menghasilkan karya
September karya berdasarkan
(a) Kajian visual idea/kemahiran
2019 (b) Lakaran  Guru tidak dibenarkan sendiri
(c) Lukisan akhir untuk membantu calon
(minggu (d) Kajian media melakukan/  Calon perlu
4 – 14) (e) Kajian teknik menyiapkan tugasan mendapatkan
(f) Karya akhir calon bimbingan daripada
10 minggu (g) Ketepatan subjek guru untuk setiap
(h) Kekuatan aspek formal  Setiap pertemuan atau proses pelaksanaan
*Minggu 10 (i) Gaya penampilan perbincangan antara guru kerja kursus agar
– cuti dengan calon, guru perlu kesilapan tidak
sekolah 10 – tersendiri merekodkannya dalam dilakukan.
18 Ogos (j) Kekuatan borang BRKKC
2019 (Lampiran 1)  Bagi setiap
kandungan/fungsi pertemuan atau
(k) Keaslian  Bagi setiap proses yang perbincangan antara
(l) Kemasan calon laksanakan, guru guru dengan calon,
(m) Dokumentasi tatacara perlu memberi markah calon perlu
pada borang BMKKC merekodkannya
penghasilan karya (Lampiran 4a atau dalam borang
(n) Kemasan dokumentasi Lampiran 4b) BRKKC (Lampiran
1)
* dokumentasi perlu disokong  Guru perlu membimbing
dengan gambar/foto calon untuk mengadakan  Calon perlu
peragaan hasil karya menyiapkan proses
9 – 20 (a) Persembahan dan calon penghasilan karya
September peragaan mengikut tarikh yang
 Guru perlu memastikan ditetapkan.
2019 (b) Peragaan semasa persembahan
(c) Pameran dan kemasan secara lisan/  Calon perlu
(minggu 15 (d) Apresiasi pembentangan calon, ia memperagakan hasil
– 16) (e) Penyataan karya secara tidak diadakan secara karya dalam pameran
terbuka. mini dengan
e- bertulis dan bimbingan guru.
submission pembentangan lisan
 Calon perlu
dibuka * e-submission dibuka pada membentangkan/
bermula 21 selama tempoh sebulan. mempersembahkan
September hasil karya secara
lisan dan bertulis.
– 21
Oktober

2019

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

11

TERHAD Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
Pelaksanaan Aktiviti
Tarikh  Setiap persembahan dan  Calon perlu menjaga
peragaan yang calon pameran mini jika
laksanakan, guru perlu ada warga sekolah
memberikan markah (bukan calon seni)
pada borang BMKKC yang ingin melihat
(Lampiran 4a atau pameran pada luar
Lampiran 4b) waktu
pembentangan/
 Guru perlu memasukkan persembahan dengan
markah keseluruhan guru
setiap pelajar pada
borang BRuMKK
(Lampiran 5).

 Guru perlu menghantar
borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan
borangBRuMKK
(Lampiran 5) ke MPM.
Salinan borang-borang
tersebut perlu disimpan
di dalam fail kerja
kursus.

 Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
pelajar ke dalam e-
submission sebelum 21
Oktober 2019. Guru
perlu mencetak markah
e-submission dan simpan
di dalam fail kerja
kursus.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

12

TERHAD
5.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya

5.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau
tiga dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja
projek.

5.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun
(toksid), bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk
menghasilkan kerja projek.

5.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.

5.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan
bergambar tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.

5.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,
gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.

5.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah
disertakan dalam pendokumentasian.

5.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan
penyeliaan oleh guru Seni Visual.

5.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak
dibenarkan sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.

5.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut
kreativiti sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut
spesifikasi yang ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.

5.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar
itu bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi
mata pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

13

TERHAD

Lampiran 1
BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
SEMESTER 3 TAHUN 2019

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

No. pusat/angka giliran: .............................. No. kad pengenalan:................................................

Tarikh Aktiviti dalam Projek Kajian Ulasan guru Tandatangan Tandatangan
Calon guru
aktiviti Seni Visual (Untuk diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Seni Visual
Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam Projek Kajian Seni
Visual STPM 2019 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru Seni Visual: ................................................
Nama Guru Seni Visual: ...........................................................
Tarikh: .............................................

Catatan: Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara guru-calon dan dilampirkan pada bahagian
depan (sebelum pendokumentasian kerja projek) apabila kerja kursus dihantar kepada guru untuk dinilai

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

14

TERHAD

Lampiran 2

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2019

Projek Penghasilan Karya Seni Visual
SEMESTER 3 TAHUN 2019

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA
GURU/PENILAI

TANDATANGAN
GURU/PENILAI

TARIKH

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

15

TERHAD

Lampiran 3
BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PROJEK KAJIAN SENI VISUAL
SEMESTER 3 TAHUN 2019

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)
BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja projek calon, dan
dilampirkan bersama dengan kerja projek yang dihantar kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani
borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja projek yang dihasilkan.

Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja kursus Calon

Makluman kepada Calon:
Kerja projek yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja projek calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja projek calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja
projek yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan
kerja projek tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Projek Calon:
Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja projek penghasilan karya
Seni Visual (970) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan oleh pihak yang
dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Seni Visual di sekolah.

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:
Saya mengesahkan bahawa kerja projek Seni Visual (970) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja projek calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya,
kerja projek tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh
Alamat

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

16

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PENGK

Nama Calon : …………………………..........………...........
No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..

Format/Kriteria Pernyataan Penentuan Penentuan Pernya
penilaian permasalahan konsep, pendekatan keaslia
kajian subjek, dan aspek
Penilai berdasarkan kandungan formal dan
tema [20] [30] gaya
penghasilan
[20]

Cadangan Guru
pengkaryaan Penyelaras

Format/Kriteria Penilai Lakaran Kajian Lakaran Proses
penilaian proses komposisi akhir berdasa
Guru perkembangan dan warna [10] pemilih
Penghasilan Penyelaras idea [20] [20] daneks
karya

Format/kriteria Penilai Pameran hasil karya dan Pernyataan Pelu
penilaian kemasan (Artist Statem
[50]

Persembahan Guru
dan peragaan Penyelaras

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….………………..
Nama : …………………………………………………….……………..
No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

STPMN2ot0a1: 9 J-u9m7la0h/m3/aKrkKah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan
tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek1K7aji

Lampiran 4a
BMKKC (PENGKARYAAN)

KARYAAN)

Angka Giliran : ………......……………

ataan kepentingan projek dan Sumber dan rujukan Jumlah Markah
an [20] [10] [100] selepas

faktor [20]

pengkaryaan Karya akhir Pendokumentasian proses Jumlah Markah
arkan kajian [20] penghasilan karya secara [100] selepas
han media, teknik, penulisan dan visual faktor [60]
sperimentasi, [20] [10]

Apresiasi [50] Jumlah Markah
[100] selepas
ukis [10] Lisan [40]
ment) faktor [20]

PENGESAHAN PENYELARAS
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..
Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

Malaysia dengan mengguTnaEkRanHpeArisDian e-submission mengikut

ian Seni Visual).

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
PROJEK KAJIAN SENI VISUAL (970/3)
BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON (PER

Nama Calon : …………………………..........………...........
No. Kad Pengenalan : ………………………..........………..

Format/Kriteria Penilai Design Brief Pernyataan Penentuan konsep re
penilaian [15] permasalahan dan jalan penceritaa
kajian [15]

Cadangan Guru
perekaan Penyelaras

Format/Kriteria Penilai Lakaran kenit Kajian watak- Kajian reka Luk
penilaian (thumbnail) watak [20] letak, imej, kom
Guru [15] dan tipografi [15
Penghasilan Penyelaras [20]
reka bentuk

Format/kriteria Penilai Pameran perekaan model dan kemasan Pernyat
penilaian [50] (De

Persembahan Guru
dan peragaan Penyelaras

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA
Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………….………………..
Nama : …………………………………………………….……………..
No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

STPMN2ot0a1: 9 J-u9m7la0h/m3/aKrkKah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan
tarikh yang telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek K1a8jia

Lampiran 4b
BMKKC (PEREKAAN)

REKAAN)

Angka Giliran : ………......……………

eka bentuk Pernyataan Sumber dan rujukan Jumlah Markah
an [45] kepentingan [10] [100] selepas
projek dan
keaslian faktor [20]

[15]

kisan Penghasilan Pendokumentasian Jumlah Markah
mprehensif Dummy lengkap proses perekaan secara [100] selepas
5] [20] penulisan dan visual
[10] faktor [60]

Apresiasi [50] Lisan [40] Jumlah Markah
[100] selepas
taan reka bentuk [10]
esign Statement) faktor [20]

PENGESAHAN PENYELARAS
Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar.

Tandatangan Penyelaras:………………………………….…….……..……..
Nama : ……………………………………………………….…..…………..
No. Kad Pengenalan : ………………………………
Tarikh : ……………………………………….
No. Telefon (sekolah) : ………………………

(bimbit) : ………………………

Malaysia dengan mengguTnaEkRanHpeArisDian e-submission mengikut

an Seni Visual).

TERHAD

Lampiran 5
BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

SEMESTER : TAHUN: ____________

MATA PELAJARAN/KOD: SENI VISUAL 3 (970/3)

NAMA SEKOLAH/NO.PUSAT:

(Uutuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran Saya memperakui bahawa markah dan butiran di
di atas adalah benar. atas adalah benar.
Tandatangan Guru:………………………......... Tandatangan Pengetua :…………….........
Nama:………………………………………..... Nama:…………………………………………….
No. Kad Pengenalan:………………………….. No. Kad Pengenalan:…………………………….
Tarikh:……………………………………........ Tarikh:…………………………………………...
No. Telefon(sekolah):………………………... No. Telefon (sekolah):…………………………...

(bimbit):………………………… (bimbit):………………………….....

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia mengikut tarikh yang
telah ditetapkan (rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual).

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

19

TERHAD

BAHAGIAN II : CALON

6.0 Tanggungjawab Calon

6.1 Memahami sukatan pelajaran Seni Visual dan tugasan untuk melaksanakan kerja kursus
(projek kajian seni visual)

6.2 Melaksanakan kerja kursus (projek kajian seni visual) dalam tempoh yang ditetapkan
(rujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual)

6.3 Mematuhi semua prosedur dan peraturan keselamatan sebelum, semasa, dan selepas
kerja kursus (projek kajian seni visual) dijalankan

6.4 Menghasilkan kerja kursus (projek kajian seni visual) secara individu

6.5 Berdasarkan soalan tugasan yang dipilih, calon perlu:

(a) Memahami skop tugasan dan merujuk Jadual Perancangan dan Pelaksanaan
Projek Kajian Seni Visual yang disediakan

(b) Mendapatkan bimbingan daripada guru bagi kefahaman yang jelas akan soalan
yang dipilih

(c) Menyiapkan tugasan mengikut masa/tempoh yang ditetapkan oleh guru/pihak
sekolah

6.6 Menyimpan setiap kajian/eksplorasi/percubaan (seperti percubaan media atau teknik)
disimpan dengan baik dalam fail/buku lakaran (sketch book)/kertas lukisan
(drawing block)/sebarang medium yang digunakan secara spontan (seperti lakaran pada
buku note pad dan sebagainya)

6.7 Menyimpan kesemua kajian/eksplorasi/percubaan yang telah dirujuk kepada guru di
tempat penyimpanan yang ditetapkan oleh guru (fail/dijilid/drawing folder dan
sebagainya)

6.8 Mengelak diri daripada menciplak atau meminta sesiapa untuk menghasilkan kerja
projek calon

6.9 Mengisi maklumat Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKCC) (Lampiran 1) dan
sentiasa membawanya setiap kali pertemuan/perbincangan dengan guru dalam melaksana
kerja projek

6.10 Menggunakan muka hadapan Projek Kajian Seni Visual (pendokumentasian) yang telah
ditetapkan oleh MPM (Lampiran 2)

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

20

TERHAD

6.11 Menghantar kerja projek untuk disemak dan dinilai oleh guru Seni Visual pada masa dan
tarikh yang telah ditetapkan oleh guru/pihak sekolah. Kegagalan menghantar kerja
kursus (Projek Kajian Seni Visual) pada tarikh yang ditetapkan oleh guru akan
menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus (Projek Kajian
Seni Visual) dan tidak mengambil kertas 970/3 seterusnya akan gagal dalam
keseluruhan mata pelajaran Seni Visual STPM.

6.12 Mengakui kerja projek kajian seni visual yang dihasilkan ialah hasil kerja calon sendiri
dengan menandatangani Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 3)

6.13 Berkerjasama dengan rakan untuk menetapkan tempat bagi persembahan dan peragaan
kerja projek. Calon perlu mengikut peraturan sekolah dan meminta kebenaran daripada
pengetua jika ingin mengadakan persembahan dan peragaan (mini pameran) di luar kelas

6.14 Untuk pembentangan/persembahan pelajar yang diberikan markah oleh guru, ia
perlulah dilakukan secara tertutup. Guru dan calon perlu menjaga dan mempamerkan
kerja projek kajian seni visual dari 9 – 20 September 2019 untuk
persembahan/peragaan kepada umum.

6.15 Sentiasa bersedia untuk membentangkan (persembahan dan peragaan) sebanyak dua kali
jika kerja projek dipilih untuk pemantauan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

21

TERHAD Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
7.0
7.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus (projek
kajian seni visual) bagi semua calonnya berdasarkan tugasan yang
disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia

7.2 Cadangan Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Projek Kajian Seni Visual
adalah seperti berikut :

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
Pelaksanaan Aktiviti Tidak berkenaan
22 April  Memuat turun Manual
2019 MPM memuat naik bahan Kerja Kursus Seni Visual
berikut dalam portal MPM STPM 2019
(www.mpm.edu.my)
 Memuat turun Soalan
(d) Manual Kerja Kursus dan Kriteria Penilaian
yang mengandungi dan Pemarkahan
Bahagian I : Guru,
Bahagian II : Calon

(e) Soalan Kerja Kursus
Seni Visual STPM
2019

(f) Kriteria Penilaian dan
Pemarkahan

10 – 21 Cadangan pengkaryaan  Memperbanyak Manual  Calon menerima
Jun 2019 Bahagian II:Calon serta soalan dan manual.
(b) Penulisan (idea perlu soalan kerja kursus
(minggu disokong dengan  Calon memilih soalan
pertama – visual)  Mengedarkan soalan dan dan mendapatkan
manual kepada calon idea untuk soalan
ke-2) (b) Pembentangan (untuk yang dipilih
tujuan perbincangan  Memberi penerangan
dan memantapkan tugasan kepada calon  Calon perlu memberi
proposal) penerangan/
 Guru perlu memastikan pembentangan idea
pelajar sudah kepada guru.
mempunyai pilihan dan
idea  Calon perlu
menyiapkan
 Guru perlu memberi cadangan
markah pada borang pengkaryaan
BMKKC (Lampiran 4a mengikut tarikh yang
atau Lampiran 4b) ditetapkan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

22

TERHAD

Tarikh Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
Pelaksanaan Aktiviti
 Guru perlu membimbing  Calon perlu
24 Jun – 6 Penghasilan karya/perekaan calon dalam penghasilan menghasilkan karya
September karya berdasarkan
(o) Kajian visual idea/kemahiran
2019 (p) Lakaran  Guru tidak dibenarkan sendiri
(q) Lukisan akhir untuk membantu calon
(minggu (r) Kajian media melakukan/  Calon perlu
4 – 14) (s) Kajian teknik menyiapkan tugasan mendapatkan
(t) Karya akhir calon bimbingan daripada
10 minggu (u) Ketepatan subjek guru untuk setiap
(v) Kekuatan aspek formal  Setiap pertemuan atau proses pelaksanaan
*Minggu 10 (w) Gaya penampilan perbincangan antara guru kerja kursus agar
– cuti dengan calon, guru perlu kesilapan tidak
sekolah 10 – tersendiri merekodkannya dalam dilakukan.
18 Ogos (x) Kekuatan borang BRKKC
2019 (Lampiran 1)  Bagi setiap
kandungan/fungsi pertemuan atau
(y) Keaslian  Bagi setiap proses yang perbincangan antara
(z) Kemasan calon laksanakan, guru guru dengan calon,
(aa) Dokumentasi tatacara perlu memberi markah calon perlu
pada borang BMKKC merekodkannya
penghasilan karya (Lampiran 4a atau dalam borang
(bb) Kemasan dokumentasi Lampiran 4b) BRKKC (Lampiran
1)
* dokumentasi perlu disokong  Guru perlu membimbing
dengan gambar/foto calon untuk mengadakan  Calon perlu
peragaan hasil karya menyiapkan proses
9 – 20 (f) Persembahan dan calon penghasilan karya
September peragaan mengikut tarikh yang
 Guru perlu memastikan ditetapkan.
2019 (g) Peragaan semasa persembahan
(h) Pameran dan kemasan secara lisan/  Calon perlu
(minggu 15 (i) Apresiasi pembentangan calon, ia memperagakan hasil
– 16) (j) Penyataan karya secara tidak diadakan secara karya dalam pameran
terbuka. mini dengan
e- bertulis dan bimbingan guru.
submission pembentangan lisan
 Calon perlu
dibuka * e-submission dibuka pada membentangkan/
bermula 21 selama tempoh sebulan. mempersembahkan
September hasil karya secara
lisan dan bertulis.
– 21
Oktober

2019

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

23

TERHAD Perancangan dan Tindakan JU/Guru Tindakan Calon
Pelaksanaan Aktiviti
Tarikh  Setiap persembahan dan  Calon perlu menjaga
peragaan yang calon pameran mini jika
laksanakan, guru perlu ada warga sekolah
memberikan markah (bukan calon seni)
pada borang BMKKC yang ingin melihat
(Lampiran 4a atau pameran pada luar
Lampiran 4b) waktu
pembentangan/
 Guru perlu memasukkan persembahan dengan
markah keseluruhan guru
setiap pelajar pada
borang BRuMKK
(Lampiran 5).

 Guru perlu menghantar
borang BMKKC
(Lampiran 4a atau
Lampiran 4b) dan
borangBRuMKK
(Lampiran 5) ke MPM.
Salinan borang-borang
tersebut perlu disimpan
di dalam fail kerja
kursus.

 Guru perlu memasukkan
markah keseluruhan
pelajar ke dalam e-
submission sebelum 21
Oktober 2019. Guru
perlu mencetak markah
e-submission dan simpan
di dalam fail kerja
kursus.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

24

TERHAD

8.0 Penyediaan Projek Penghasilan Karya
8.1 Projek kajian seni visual hendaklah dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga
dimensi (3D) mengikut spesifikasi yang ditetapkan bagi setiap soalan kerja
projek.

8.2 Bahan berbahaya seperti kaca, besi atau dawai yang tajam, bahan beracun (toksid),
bahan cecair, dan bahan mudah pecah tidak boleh digunakan untuk menghasilkan
kerja projek.

8.3 Unsur sensitif yang menyentuh aspek budaya, kaum, jantina, agama, dan politik
tidak dibenarkan sama sekali digunakan dalam kerja projek.

8.4 Pendokumentasian hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis dan bergambar
tentang keseluruhan proses pengkaryaan atau perekaan.

8.5 Pendokumentasian hendaklah mengandungi perihalan, ilustrasi, dan lakaran,
gambar, dan rujukan seperti yang dikehendaki oleh soalan kerja projek yang
berkenaan.

8.6 Gambar langkah-langkah semasa melaksanakan kerja projek hendaklah disertakan
dalam pendokumentasian.

8.7 Kerja projek hendaklah dijalankan secara individu dengan bimbingan dan penyeliaan
oleh guru Seni Visual.

8.8 Dalam proses pelaksanaan kerja projek kajian seni visual, calon tidak dibenarkan
sama sekali mendapatkan bantuan amali daripada orang lain.

8.9 Calon hendaklah melaksanakan kerja projek kajian seni visual mengikut kreativiti
sendiri. Walau bagaimanapun, saiz hasil karya mestilah mengikut spesifikasi yang
ditentukan bagi soalan kerja projek yang dipilih.

8.10 Sekiranya terdapat bukti bahawa kerja projek kajian seni visual yang dihantar itu
bukan hasil kerja calon yang sebenar, keputusan peperiksaan calon bagi mata
pelajaran Seni Visual akan dibatalkan.

STPM 2019 - 970/3/KK TERHAD

25


Click to View FlipBook Version