The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Adriana Aisy Family, 2024-03-29 11:16:47

Safinatun Najah

Kelas Be Daie

Hendaklah didirikan dalam perbatasan daerah. Hendaklah jemaah seramai 40 orang yang merdeka, lelaki, baligh dan bertaraf mastautin. Hendaklah ia didahului dengan dua khutbah. Hendaklah dikerjakan semuanya dalam waktu Zuhur. Dilakukan secara berjemaah. Hendaklah tidak ada solat Jumaat lain yang mendahului Jumaat itu atau tidak dilakukan serentak dalam satu daerah tersebut. Syarat Sah Solat Jumaat 36


Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam khutbah pertama dan kedua. Memuji Allah dalam khutbah pertama dan kedua. Berdoa untuk Mukminin dan Mukminat pada khutbah kedua. Membaca sekurang-kurang satu ayat daripada Al-Quran dalam salah satu khutbah. Berwasiat untuk bertaqwa dalam khutbah pertama dan kedua. Rukun Khutbah 01 02 03 04 05 37


Syarat Sah Khutbah Berdiri bagi orang yang mampu. Menutup aurat. Hendaklah khutbah tersebut semuanya dilakukan dalam waktu Zuhur. Suci dari kedua-dua hadas: besar & kecil Duduk diantara dua khutbah lebih lama dari kadar thoma'ninah dalam solat. Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat berkhutbah. Muwalat di antara khutbah pertama dan kedua. Hendaklah (rukun-rukun) khutbah itu dibaca dalam Bahasa Arab. Hendaklah rukun-rukun khutbah itu didengari oleh 40 orang. Muwalat antara dua khutbah dengan solat. 38


SAFINATUN NAJAH BAHAGIAN JENAZAH


Kewajipan Orang Hidup Kepada Orang Mati Memandikannya Mengkafankannya Mensolatkannya Menguburkannya Cara Memandikan Jenazah Membersihkan qubul & dubur jenazah. Membuang kotoran yang ada didalam hidung jenazah. Mewudukkannya. Menggosok badannya dengan daun bidara. Menyiramkan tubuh badannya dengan air sebanyak 3 kali. Cara paling ringkas dalam memandikan jenazah itu dengan meratakan seluruh badannya dengan air. Cara paling sempurna adalah: 39


Cara yang paling sempurna bagi jenazah lelaki adalah dengan tiga helai kain. Cara Mengkafankan Jenazah Cara yang paling ringkas untuk mengkafankan jenazah adalah dengan satu pakaian yang cukup untuk menutup seluruh badannya. Bagi jenazah perempuan adalah dengan sehelai kain iaitu untuk baju kurung (baju jenazah), sehelai kain tudung, sehelai kain izar (kain yang menutup anggota tubuh jenazah di bawah pusat ) dan dua helai kain pakaian (untuk menutup keseluruhan badannya). Rukun Solat Jenazah 1 2 5 6 7 Niat. Empat kali takbir. Berselawat ke atas Nabi SAW setelah takbir kedua. Berdoa untuk si mati setelah takbir ketiga. Salam. 3 4 Berdiri bagi orang yang mampu. Membaca Surah al-Fatihah. 40


Cara paling ringkas mengebumikan jenazah : memadai dengan lubang yang dapat menghalang bau mayat dan dapat melindungnya daripada binatang buas. Cara paling sempurna adalah ukuran dalamnya sedalam orang yang berdiri dan mengangkat tangan. (kemudian) pipi mayat diletakkan di tanah dan wajib dihadapkan mukanya ke arah kiblat. Cara Mengebumikan Jenazah Untuk dimandikan jika jasadnya belum berubah. Untuk dihadapkan mukanya ke arah kiblat. Untuk mengambil harta yang tertanam bersama mayat. Untuk menyelamatkan kandungan janin yang dikubur bersama mayat (perempuan) apabila ada kemungkinan janin masih hidup. Keadaan yang Dibolehkan Untuk Penggalian Semula Kubur 41


Hukum Meminta Pertolongan Dalam Bersuci 1 Harus (ja'iz) iaitu meminta pertolongan untuk mendekatkan air. 2 3 4 Khilaf Aula (meninggalkan yang lebih utama) iaitu meminta pertolongan untuk menuangkan air kepada orang yang berwuduk. Makruh iaitu meminta kepada orang lain untuk membasuh anggotanya. Wajib iaitu bagi orang yang sakit jika dia tidak mampu. 42


SAFINATUN NAJAH BAHAGIAN ZAKAT


Harta yang Wajib Dikeluarkan Zakat Binatang ternakan. Emas dan perak. Buah-buahan dan tanaman makanan asasi. Galian. Harta rikaz. Harta perniagaan : Kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu per empat daripada 10 (iaitu 2.5%) daripada jumlah harta perniagaan. 43


SAFINATUN NAJAH BAHAGIAN PUASA


Keadaan yang Mewajibkan Puasa Ramadan Cukup 30 hari bulan Syaaban. 1 Melihat anak bulan bagi orang yang melihatnya sendiri walaupun dia seorang yang fasiq. 2 Yakin tentang adanya anak bulan tersebut bagi orang yang tidak melihatnya kerana persaksian orang yang menyampaikan berita itu adalah adil (boleh diterima). 3 Melalui berita atau riwayat yang disampaikan oleh seseorang yang adil dan dipercayai sama ada timbul dalam hati orang yang menerima berita itu sama ada orang yang menyampaikannya benar atau tidak. Atau berita itu datang dari orang yang tidak boleh dipercayai, tetapi dalam hati orang yang menerima berita itu, orang itu benar. 4 Berasa zhon (ragu-ragu) akan masuknya Ramadan dengan cara berijtihad bagi orang yang ragu-ragu tentangnya. 5 44


Syarat Sah Puasa Islam Berakal Suci daripada darah haid, nifas dan wiladah. Mengetahui tentang waktu tersebut memang dibolehkan berpuasa. Syarat Wajib Puasa Islam Mukallaf Mampu berpuasa Sihat Bermukim 45


Niat pada malamnya iaitu pada setiap malam dalam bulan Ramadan. Rukun Puasa Meninggalkan segala perkara yang membatalkan puasa dalam keadaan sedar (yang dia sedang berpuasa) dan boleh memilih (tidak ada paksaan) serta bukan jahil yang ma'zur (dimaafkan oleh syarak). Orang yang berpuasa Diwajibkan mengqadha puasa, membayar kaffarah besar dan ta'zir ke atas orang yang membatalkan puasanya pada bulan Ramadan satu hari penuh dengan sebab berjimak yang sempurna lagi berdosa bagi orang yang berpuasa. Melakukan Jimak pada siang hari dalam bulan Ramadan. Apa yang Wajib Dilakukan Oleh Orang yang Membatalkan Puasanya 46


Dalam bulan Ramadan, tidak pada bulan selain Ramadan, kepada orang yang dengan sengaja membatalkan puasanya. Wajib Imsak Kerana Berpuasa Serta Qadha Orang yang tidak berniat pada malam hari bulan Ramadan. 47 Orang yang bersahur kerana menyangka masih ada lagi malam, kemudian (selepas itu) jelaslah sebaliknya (iaitu sebenarnya fajar telah terbit). Orang yang berbuka kerana menyangka matahari telah tenggelam, kemudian (selepas itu) jelaslah sebaliknya (iaitu sebenarnya matahari belum tenggelam). Orang yang menyakini bahawa hari tersebut adalah 30 Syaaban, kemudian (selepas itu) diketahui bahawa ia adalah awal Ramadan. Orang yang terminum air kerana berlebih-lebihan ketika berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung (ketika berwuduk).


Perkara yang Membatalkan Puasa Keluar darah haid. Wiladah (Melahirkan). Pengsan atau mabuk yang disengajakan jika kedua-duanya terjadi sepanjang hari. Murtad. Keluar darah nifas. Gila walaupun hanya satu lahzhah (sekejap). 48


Hukum Berbuka Puasa pada Bulan Ramadan WAJIB kepada wanita yang haid dan nifas. HARUS (jaiz) seperti untuk orang yang bermusafir dan orang sakit. TIDAK DIWAJIBKAN DAN TIDAK DIHARUSKAN untuk orang yang gila. HARAM untuk orang yang menundanunda qadha’ Ramadan sedangkan dia boleh mengerjakannya sampai sempit waktu (tidak sempat) untuknya mengqadhakannya. Kumpulan-kumpulan yang Terbatal Puasanya 01 02 Orang yang wajib qadha dan membayar fidyah, seperti perempuan hamil yang membatalkan puasanya kerana bimbangkan bayi yang dikandungnya atau disusukannya, dan orang yang menunda qadha’ puasanya sampai tiba Ramadan berikutnya. Orang yang diwajibkan qadha’ tanpa membayar fidyah, seperti orang yang pengsan. O 03 rang yang wajib membayar fidyah tanpa qadha’, seperti orang yang terlalu tua yang tidak larat berpuasa. Orang yang tidak wajib membayar fidyah dan tidak wajib mengqadha’ seperti orang yang gila yang tidak disengajakan untuk gila. 49 04


1 2 3 4 5 6 7 Apa-apa yang masuk ke dalam mulut kerana lupa. Tidak tahu hukumnya. Dipaksa oleh orang lain Air liur yang mengalir di antara gigi-giginya sedangkan dia tidak mampu untuk mengeluarkannya. Yang masuk ke dalam rongga mulut seperti debu di jalan raya Atau yang masuk ke dalamnya adalah debu tepung yang diayak seperti debu tepung Lalat yang terbang atau yang seakan-akan dengannya. Keadaan yang Tidak Membatalkan Puasa walaupun sudah sampai ke rongga mulut 50


NOTAKULIAH


NOTAKULIAH


NOTAKULIAH


NOTAKULIAH


KINIDIPASARAN Buku ini menekankan perihal fiqh wanita iaitu tentang hukum hakam haid, nifas dan istihadhah.


KINIDIPASARAN Judul buku bermaksud "Penampilan Muhammad". Kitab ini adalah sebagai langkah untuk kita mencintai Nabi SAW.


KINIDIPASARAN Buku ini menekankan lebih mendalam tentang adab-adab di dalam Islam melibatkan sesama masyarakat, keluarga dan kawan-kawan.


KINIDIPASARAN Buku ini membahaskan kaedah-kaedah yang digalakkan untuk membersihkan mulut dan gigi mereka dengan bersugi.


KINIDIPASARAN Buku ini menyediakan 100 doa-doa khas untuk kanak-kanak yang boleh diamalkan seharian. Buku ini berkaitan dengan hukum dan adab di antara majikan, pekerja dan rakan sekerja


KINIDIPASARAN Buku ini menerangkan 100 sunat-sunat yang boleh dilakukan dalam solat. Buku ini menceritakan secara ringkas tentang perihal rukun iman & rukun islam


KINIDIPASARAN Buku ini berkaitan dengan hukum hakam dalam fiqh perubatan mengikut 6 fasa. Buku ini mengkongsikan surah, doa , dalil dan selawat yang sesuai dibaca ketika sakit


Click to View FlipBook Version