UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SADN1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES
BAJU TRADISIONAL
MELAYU JOHOR
DISEDIAKAN KEPADA DR ZULHILMI BIN PAIDI
KUMPULAN 4
1) NUR IMANINA NATASHA BINTI
MOHD AZLI (284212)
2) AHMAD AFIQUDIN BIN ABDUL
RAHIM (286322)
3) SHAMALAA DEVI A/P BALAN
(289592)
4) HUMAIRA BINTI GHAZALI
(289594)
5) SITI NUR MARDHAWIYAH BINTI
NOORAZIZI (289649)
PENGENALAN
Sebagaimana yang telah kita
ketahui, sekiranya kita
menyambut hari yang bermakna
contohnya seperti Hari Raya
Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha,
Tahun Baru Cina dan Hari
Deepavali, kita sudah semestinya
akan memakai baju tradisional
yang khas.
Hal ini menunjukkan bahawa
setiap kaum akan mempunyai
identiti yang tersendiri mengikut
kaum masing-masing.
Bagi kaum Melayu perempuan di Johor,
mereka akan mengenakan baju Kebaya
Belah Panjang yang amat sopan.
Terdapat juga keunikan baju Kurung yang
yang berbeza mengikut negeri contohnya
negeri Pahang, Kedah dan Johor tetapi kami
telah meilih pakaian Tradisional dari Johor
kerana keunikannya yang tersendiri.
Bagi kaum Melayu lelaki pula, baju Melayu
yang terkenal di Johor dikenali sebagai baju
Melayu Teluk Belanga (Dato Abdul Hamid).
NUR IMANINA NATASHA BINTI MOHD AZLI (284212)
Sebagaimana yang telah dibincang
pada bahagian pengenalan, baju
Melayu Tradisional Melayu lelaki bagi
Masyarakat di Johor dikenali sebagai
baju Melayu Teluk Belanga.
SEJARAH
BAJU MELAYU
TELUK BELANGA
Sejarah baju Melayu Teluk Belanga ini bermula di kawasan Teluk Belanga di
negara Singapura. Baju Tradisional ini kemudiannya menjadi terkenal dan
tersebar luas ke negara bersebelahan Singapura iaitu Malaysia. Kemudian,
baju Melayu Teluk Belanga ini tersebar luas ke negeri Johor dan akhirnya
menjadi pakaian khas kepada rakyat Johor pada abad ke-19. Baju Melayu
ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang)
dan seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok
(Lokman Ismail).
Baju Melayu Teluk Belanga ini juga dikenalkan
sebagai baju khusus untuk lelaki dan baju ini
juga telah direka pada tahun 1866 oleh Sultan
Abu Bakar. Sultan Abu Bakar telah mereka
baju ini untuk meraikan perpindahan ibu
negeri Johor dari Teluk Belanga yang terletak
di negara Singapura ke Johor Bahru.
Walaupun begitu, perkataan ini akhirnya
menjadi istilah yang khusus masyarakat
Melayu hingga dikenali selengkapnya
sebagai Baju Melayu. Kini, baju Melayu
dikenali sebagai pakaian Tradisional dan
Kebangsaan bagi kaum Melayu lelaki di
Malaysia.
NUR IMANINA NATASHA BINTI MOHD AZLI (284212)
Ciri-ciri Baju melayu Teluk
Belanga
Pakaian tradisional lelaki melayu yang
biasa di pakai oleh golongan lelaki di
Malaysia dan rumpun nusantara dipanggil
baju melayu. Baju melayu Teluk Belanga
mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri.
Banyak ciri-ciri yang terdapat pada baju
melayu Teluk Belanga ini yang berbeza
dengan baju melayu Cekak Musang
Ini antara ciri-ciri yang terdapat pada baju melayu
Teluk Belanga antaranya adalah:
1 Perbezaan antara baju Melayu 2 Potongan Teluk Belanga
Teluk Belanga dan baju potongan lehernya dijahit
Melayu Cekak Musang adalah secara sulaman.Terdapat
pada bahagian leher baju. berbagai bentuk sulaman yang
Baju Melayu Teluk Belanga dipadankan seperti Mata Lalat,
tidak mempunyai kolar seperti Tulang Belut dan sebagainya.
Baju melayu Cekak musang
yang mempunyai kolar
3 Cara memakai 4 Seluar yang dipakai 5 Baju Melayu terbahagi
baju Melayu Teluk disebut 'seluar kepada dua bahagian
Belanga biasanya kabul' yang iaitu baju (kemeja
samping dipakai bertongkah atau lengan panjang) dan
di sebelah dalam bertakak seperti seluar panjang serta
baju. seluar Cina dan dilengkapi dengan
kakinya lebih luas samping dan songkok.
dari seluar yang (Lokman Ismail).
dipakai dengan
pakaian barat
Perbezaan orang zaman
dahulu dan orang zaman
sekarang pakai baju melayu
Teluk Belanga
BAJU MELAYU
TELUK BELANGA TRADISIONAL
Baju melayu Teluk Belanga tradisional mempunyai ciri
yang berbeza dengan zaman sekarang. Cara
pemakaiannya juga berbeza dengan zaman sekarang.
Antara perbezaannya adalah baju melayu Teluk Belanga
tradisional ini longgar dan tidak mengikut bentuk badan.
Hal ini kerana ianya mempunyai jahitan pesak
dibahagian bawah ketiak.
Baju Melayu Teluk Belanga tradisional juga lebih selesa
dan tidak menonjolkan bentuk badan. Hal ini kerana
orang zaman dahulu mudah untuk melakukan kerja dan
lebih fleksibel.
Pemakaian samping yang tidak menunjukkan corak
yang berlebihan. Cara pemakaian samping pada zaman
dahulu juga memberi maksud tersendiri. Contohnya
pemakaian samping bawah lutut untuk orang yang
sudah berkahwin dan samping atas lutut untuk orang
bujang. Samping juga dipakai di dalam baju dan
mengikut adat orang johor dahulu. Baju melayu Teluk
Belanga selalunya dipakaikan dengan songkok pada
zaman dahulu bagi menampakkan anak jati Melayu.
Baju melayu Teluk Belanga moden pula dipakai
mengikut bentuk badan dan lebih nampak gah. Hal
ini bagi menampakkan lebih style dan bergaya.
Selain itu, baju melayu Teluk Belanga moden tidak
mempunyai pesak dan menggunakan kain sifon.
Kain sifon digunakan bagi lebih selesa pada zaman
sekarang kerana cuaca yang agak panas. Jenis
jahitan bagi baju melayu moden ini juga berlainan
daripada yang tradisional.
Penggunaan sampin biasanya tidak digunakan
untuk baju melayu Teluk Belanga ini. Mungkin ada
segolongan yang masih memakai sampin dan
songkok untuk baju melayu Teluk Belanga moden
ini.
Selalu meletakkan zip di bahagian lengan dan tepi
pinggang supaya senang untuk mengambil wuduk
dan senang untuk menyarung baju melayu
Asal-usul Baju
Kurung Teluk Belanga
Sejarah Baju Kurung Teluk Belanga adalah
sama dengan baju melayu Teluk Belanga.
Namun begitu, terdapat banyak perbezaan di
antara kedua-dua pakaian tersebut. Pada
awal kemunculan baju kurung Teluk Belanga,
ia mempunyai beberapa ciri khas
termasuklah labuhnya (bawah pinggang bagi
lelaki dan melebihi paras lutut bagi
perempuan), alas leher (lebar bagi lelaki dan
halus bagi perempuan) dan kocek ataupun
saku di mana bagi lelaki, baju itu akan
mempunyai 2 kocek dan tanpa kocek bagi
perempuan.
Ketika pemerintahan Sultan Ibrahim
ibni Abu Bakar, ciri-ciri tadi diubah di
mana labuh bagi lelaki adalah pada
paras pinggang manakala bagi
perempuan pula paras lutut. Leher
baju bagi kedua-dua jantina pula
halus dan 1 kocek tampil membuat
kemunculan di baju perempuan.
CIRI -CIRI
Pola baju belah panjang ini
masih bersifat ‘mengurungkan’
anggota badan. Secara tradisi
potongannya labuh sehingga
buku lali. ia berbelah dan
berpesak di hadapan baju,
biasanya dipakai sebagai pakaian
di luar rumah atau upacara
rasmi.
Tradisi itu berkembang
menjadi kebaya dan direka
dengan potongan bahagian
tangan lebih panjang,
berpesak lurus di depan,
berkekek serta dada
berbelah yang di tutup
dengan kancing atau
kerongsang tiga.
Perbezaan pakaian baju belah kebaya
panjang orang zaman dahulu dan
orang zaman sekarang di Johor
Walaupun wanita Johor terkenal dengan baju
kurung, tetapi dalam acara majlis, mereka muncul
juga dengan memakai kebaya, sebagai warisan
daripada Kerajaan Johor.Ia diperbuat daripada
kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik,
atau pakaian tradisional yang lain seperti songket
dengan motif warna-warni.Pola baju belah
panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’
anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh
sehingga buku lali dan orang zaman dahulu juga
memakai baju yang lebih gelobor.Cuma bezanya,
potongan baju kebaya zaman sekarang lebih
mengikut badan, ketat dan juga singkat daripada
dahulu. Pakaian masa sekarang, dihias tambah
ropol di bahagian lengan dan juga diletakkan zip
pada bajunya manakala dahulu masa mereka
tidak memerlukan hiasan tambahan yang banyak.
Terpisah daripada kebaya
tradisional, ahli fesyen sedang
mencari cara untuk memodifikasi
desain dan membuat kebaya
menjadi pakaian yang lebih
modern seperti untuk acara
wisuda, kebaya untuk pesta, dan
lain-lain.
Kesimpulannya, setiap baju tradisional
bagi setiap kaum masing-masing
seperti kaum Melayu, kaum Cina dan
kaum India akan mempunyai
keunikannya yang tersendiri
contohnya baju Kurung bagi
perempuan dari setiap negeri juga
akan berbeza. Kaum Melayu
perempuan di Johor akan
mengenakan baju Kebaya Belah
Panjang sebagai pakaian Tradional
negeri mereka.
Baju Melayu bagi lelaki juga
mempunyai kepelbagaian
yang dapat menarik minat
para lelaki untuk memakainya
yang mana terbahagi kepada
2 jenis potongan baju iaitu
Teluk Belanga dan Cekak
Musang. Di Johor, mereka
akan memakai baju Melayu
Teluk Belanga sebagai
pakaian Tradisional kaum
Melayu.
NUR IMANINA NATASHA BINTI MOHD AZLI (284212)
Perbezaan Baju Kurung Teluk Belanga
Tradisional dengan Baju Kurung Moden
BAJU KURUNG TELUK BELANGA
TRADISIONAL
Rekaan baju kurung direka dengan potongan yang
labuh baju bawah lutut atau separas lutut
Tidak Berpesak
Mempunyai Pengancing Baju ('rumah kancing") pada
bahagian pangkal belahan depan
Pakaian dikenakan dengan butang berbatu berlian
atau batu lain yang bernilai
BAJU KURUNG MODEN
Rekaan baju kurung direka dengan potongan yang
mengikut bentuk badan
Mempunyai jahitan kekek dan pesak pada bahagian
sisi baju
Sesetengan baju kurung moden menggunakan zip
pada belakang atau bahagian hadapan baju
Aksesori tambahan seperti manik, kerawang.
sulaman dan labuci berbanding rekaan lama yang
lebih ringkas
SENARAI RUJUKAN
1) Dato Abdul Hamid. (2017, September 3). Pakaian Tradisional Johor. Dicapai
daripada http://skyflorie.blogspot.com/2017/09/pakaian-tradisional-johor.html
2) Lokman Ismail. (2019, May 1). Ciri Baju Melayu Teluk Belanga. Dicapai
daripada http://bicaramentari.blogspot.com/2019/05/vfg.html
3)Ismail, L. (2019, May 1). Bicara Mentari: BEZA BAJU KURUNG TELUK
BELANGA CEKAK MUSANG. Bicara Mentari.
https://bicaramentari.blogspot.com/2019/05/hir.html
4) Razak, A. binti A. (n.d.). BAJU KURUNG TELUK BELANGA, BAJU
KURUNG JOHOR | Ceriasihat. Retrieved May 27, 2022, from
https://www.ceriasihat.com/baju-kurung-teluk-belanga-baju-kurung-johor/
1) NUR IMANINA NATASHA BINTI MOHD AZLI (284212)
2) AHMAD AFIQUDIN BIN ABDUL RAHIM (286322)
3) SHAMALAA DEVI A/P BALAN (289592)
4) HUMAIRA BINTI GHAZALI (289594)
5) SITI NUR MARDHAWIYAH BINTI NOORAZIZI (289649)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SADN1033 MALAYSIAN NATIONHOOD STUDIES
TERIMA KASIH!
KUMPULAN 4
1) NUR IMANINA NATASHA BINTI
MOHD AZLI (284212)
2) AHMAD AFIQUDIN BIN ABDUL
RAHIM (286322)
3) SHAMALAA DEVI A/P BALAN
(289592)
4) HUMAIRA BINTI GHAZALI
(289594)
5) SITI NUR MARDHAWIYAH BINTI
NOORAZIZI (289649)