Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi
❖Tulisan rumi berasal daripada tulisan Latin atau
Rumawi
❖Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu bermula pada
tahun 1904 dan disempurnakan pada tahun 1972
❖Sistem Ejaan Rumi yang pernah wujud di
Malaysia:
o Sistem Ejaan Wilkinson (1940)
o Sistem Ejaan Za’ba (1949)
o Sistem Ejaan Fajar Asia (1945-1954)
o Sistem Ejaan Kongres (1956)
o Sistem Ejaan Melindo (1959)
o Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Melayu (1972)
FUNGSI BAHASA MELAYU MODEN
a. Bahasa Ilmu (penghantar)
❖Bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa penghantar di semua peringkat
sekolah dari darjah 1 hingga tingkatan 6
pada tahun 1981.
❖Pada tahun 1983, semua kursus di
tahun pertama universiti menggunakan
bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar.
❖BM juga dijadikan satu mata pelajaran
di semua sekolah jenis Kebangsaan Cina
dan Tamil
b. Bahasa Komunikasi
❖Bahasa yang digunakan dalam semua
bentuk komunikasi (lisan dan tulisan)
❖BM menjadi alat untuk menyampaikan
perasaan dan fikiran sama ada secara lisan
mahupun tulisan
❖BM menjadi media dalam hubungan
perdagangan dalam pelbagai bidang
c. Bahasa Perpaduan
❖Bahasa yang digunakan sebagai alat
komunikasi atau alat perhubungan, baik
antara sesama rakyat atau antara rakyat
dengan kerajaan atau sebaliknya.
❖Apabila wujudnya komunikasi,
persefahaman dan perpaduan dapat dipupuk
❖Antara usaha ke arah menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa perpaduan ialah:
o Pengiktirafan BM sebagai bahasa
kebangsaan
o Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan
o Penetapan BM sebagai bahasa rasmi
SUMBANGAN INSTITUSI, PERSATUAN DAN
PERTUBUHAN
Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia
❖UKM ditubuhkan pada 18 Mei 1970 di
Lembah Pantai , Kuala Lumpur
❖Di UKM, bahasa kebangsaan digunakan
sepenuhnya sebagai bahasa pengantar
untuk semua kursus yang ditawarkan
❖Matlamat penubuhannya – mendaulatkan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa ilmu
Universiti Malaya
❖UM ditubuhkan pada 8 Oktober 1949 di
Singapura, kemudian berpindah ke Kuala
Lumpur pada tahun 1959
❖UM merupakan sebuah IPT yang
melaksanakan dasar bahasa kebangsaan
sebagai bahasa pengantar di IPTA untuk
semua kursus yang ditawarkan
❖ Kursus BM sebagai bahasa kedua ditawarkan
kepada mahasiswa bukan Melayu oleh
Jabatan Pengajian Melayu pada tahun 1964.
❖ Tujuannya untuk membolehkan pelajar
bukan Melayu menggunakan BM dengan baik.
Institut Bahasa
❖Asalnya daripada Maktab Bahasa –
ditubuhkan pada 1957 di Johor Bahru
❖Tujuan penubuhannya – melatih guru yang
bakal mengajarkan mata pelajaran BM di
sekolah-sekolah menengah dan di Maktab
Perguruan.
❖Maktab ini dipindahkan ke Lembah Pantai,
KL dan diberikan nama baharu iaitu
Maktab Perguruan Bahasa, kemudian
ditukar kepada Institut Bahasa
❖Pada 1998, Institut Bahasa dinaik taraf
dengan nama baharunya, iaitu Institut
Bahasa Melayu Malaysia.
❖Pada 2006 – Institut Perguruan Bahasa
Melayu Malaysia
❖ Pada 2015 – Institut Pendidikan Bahasa
MelayuPada 1998, Institut Bahasa dinaik
taraf dengan nama baharunya, iaitu
Institut Bahasa Melayu Malaysia.
❖ Pada 2006 – Institut Perguruan Bahasa
Melayu Malaysia
❖ Pada 2015 – Institut Pendidikan Bahasa
Melayu
Persatuan Penulis Nasional (PENA)
❖Sebuah badan penulis yang ditubuhkan
pada tahun 1961
❖Tujuan penubuhannya- memperkembang
bidang bahasa, sastera, dan ilmu
pegetahuan, bersesuaian dengan
kepentingan nasional.
Persekutuan Bahasa Melayu Universiti
Malaya (PBMUM)
❖ Berjuang untuk memperkembang
sastera dan bahasa Melayu,
memperkembang seni budaya Melayu
dan menjalankan kajian dan
penyelidikan tentang sastera dan
bahasa Melayu
Persatuan Pelajar-pelajar Maktab Perguruan
Bahasa (PPMPB)
❖Ditubuhkan oleh pelajar Maktab Perguruan
Bahasa yang tidak berpuas hai dengan
peranan maktab yang tidak menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
tunggal untuk mengajarkan kursus di
institusi tersebut.
❖Mencipta sejarah sebagai persatuan
pertama yang mengadakan satu tunjuk
perasaan untuk mendesak supaya kursus-
kursus dimaktab tersebut diajarkan dalam
bahasa Melayu.
Badan Bertindak Bahasa Kebangsaan (BBBK)
❖Ditubuhkan pada 19 Julai 1964
❖Tujuan penubuhannya:
o Memperjuangkan bahasa kebangsaan
dengan lebih berkesan
o Melaksanakan kehendak perlembagaan
(BM ialah bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi yang tungal menjelang tahun
1967)
o Menimbulkan dan meneguhkan
semangat perjuangan terhadap BM
o Menjaga kesucian dan kedaulatan bahasa
kebangsaan
o Membela dan memberikan sokongan
kepada pejuang bahasa kebangsaan
❖Membantah “rang undang-undang bahasa
kebangsaan 1967”
❖Mengusung “keranda 15” untuk
menyampaikan protes
SUMBANGAN TOKOH TEMPATAN ERA
PASCAMERDEKA
Asmah Haji Omar
❖Profesor Emeritus Dato’ Asmah Haji Omar
dilahirkan di Jitra, Kedah pada 5 Mac 1940
❖Pakar nahu (tatabahasa) bahasa Melayu dan
tokoh terkenal perancangan bahasa
❖Pernah menyandang jawatan Dekan Fakulti
Bahasa dan Linguistik, dan Timbalan Naib
Canselor UM, pengarah dan penyandang
pertama Kursi Za’ba, Institut Peradaban
Melayu UPSI
❖Anggota Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu
❖Banyak menjalankan penyelidikan
tentang bahasa orang asli di Sabah dan
Sarawak
❖Antara penulisan beliau:
o Nahu Melayu Mutakhir, BM Saintifik,
Aspek Bahasa dan Kajiannya, etia dan
Santun bahasa, Ensiklopedia BM, Nahu
Kemas Kini
Nik Safiah Karim
❖Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
dilahirkan di Kota Bharu pada 17 Disember
1939
❖Tokoh dan cendekiawan tanah air yang aktif
memperjuangkan kedaulatan BM
❖Pernah bertugas sebagai pensyarah di
Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM, pernah
dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah
DBP, pernah menjadi presiden Persatuan
Linguistik Malaysia selama 18 tahun.
❖Kepakaran beliau adalah dalam bidang
tatabahasa dan sosiolinguistik
❖Penulisan beliau antaranya:
o Tatabahasa Dewan, Yang Indah Itu
Bahasa, Liku-liku Bahasa
Hassan Ahmad
❖Dr. Hassan Ahmad dilahirkan di Muar,
Johor pada 8 Disember 1936
❖Bekas Ketua Pengarah DBP dan tokoh yang
berpengalaman luas dalam aspek
penerbitan buku, penyelidikan,
pengurusan, dan perancangan bahasa dan
sastera
❖Banyak menulis tentang esei bahasa,
sastera dan penerbitan.
❖Pernah menjadi Ketua I Persatuan Penulis
❖Banyak menulis tentang bahasa, sastera
dan penerbitan dalam akhbar, buku,
majalah dan kertas kerja.
❖Antara buku beliau:
o Syair Ke Luar Jendela