CABARAN
GLOBALISASI
TERHADAP
PERADABAN DI
MALAYSIA
Kumpulan 1
PENDAHULUAN
GLOBALISASI DAN KESAN KE ATAS AGAMA PENGENALAN KONSEP DAN DEFINISI
Globalisasi pada masa kini sudah tidak menjadi perkara baharu bagi masyarakat di
Malaysia. Jika dahulu, proses globalisasi ini adalah satu perkara yang pelik dan sukar
diterima oleh setengah masyarakat khususnya masyarakat yang sangat berpegang
teguh kepada budaya dan agama kumpulan masyarakat tertentu. Pelbagai pendapat,
persepsi dan pandangan dilontarkan bagi membahaskan isu globalisasi lebih-lebih
lagi isu-isu yang menyentuh sensitivity agama tertentu.Pelbagai takrifan dapat
diberikan bagi menghuraikan maksud globalisasi. Dari segi bahasa, globalisasi
bermaksud proses yang membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dan
sebagainya) disebarkan atau diperluas keperingkat antarabangsa atau ke seluruh
dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi (Kamus Dewan
edisi keempat).Menurut Chee Ping Lee (1997), globalisasi ditakrifkan sebagai proses
pembuangan sempadan bagi Negara-negara di dunia bagi merapatkan hubungan dan
bergabung antara satu sama lain.
Mittlen (1996) pula menyatakan bahawa globalisasi suatu fenomena sejagat yang berlaku
kepada semua negara di dunia. Ia merupakan proses rentas sempadan yang
membolehkan politik,ekonomi, budaya dan ideologi sesebuah Negara menembusi
negara lain.Manakala Prof. Chandra Muzaffar (2010) pula mendefinisikan globalisasi
sebagai proses yang melibatkan Negara, modal, perkhidmatan sebahagian pekerjaan
merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahanbersifat. nasiona
menurut Princeton N. Lyman, Felo Kanan di Institut Keamanan, AmerikaSyarikat dan
bekas Duta negara itu ke Afrika Selatan, globalisasi biasanya
Dalam terbitan yang menjelaskan agenda penyelidikannya, Pusat Kajian
Globalisasi dan Regionalisasi, Universiti Warwick, England juga menolak pengertian
globalisasi yang yang terhad kepada fenomena ekonomi. Di samping itu, ia tidak dapat
menerima pandangan yang mengatakan bahawa apa yang disebut globalisasi
hanyalah merupakan fenomena Amerika Utara, bukannya fenomena Eropah. Insitut itu
menekankan pendiriannya bahawa kefahaman tentang globalisasi mengambil
pelbagai dimensi, iaitu politik, ideologi, ekonomidan budaya. Globalisasi ialah suatu
himpunan proses pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan
pelbagai bidang aktiviti manusia.Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal atau
bukan fizikal. Boleh jadi ia dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi, atau sistem.
Isi forum
Satu fenomena yang menjadikan dunia seakan mengecil,pantas dan
bergerak dengan laju.Dunia tanpa sempadan , perkampungan dunia
dan langit terbuka ialah globalisasi merentas sempadan dan juga
lingkaran jadi dunia yang dikatakan semakin mengecil ini maksudnya
perhubungan antara satu komponen dengan satu komponen berlaku
dengan begitu pantas iaitu satu proses serba luas
CONTOHNYA PERHUBUNGAN KOMUNIKASI
Teknologi Moden Teknologi Maklumat Teknologi Internet
-gadget,handphone -dunia sekarang berada
serba canggih seperti di hujung jari
whatsapp , video call
dan live
Impak Positif dan
Negatif
Terutamanya cara berfikir dan cara
bertindak
Cara hidup berubah
Contohnya sekarang kita mempunyai kemudahan seperti
foodpanada dan grabfood untuk memesan makanan tanpa
perlu keluar dari rumah kita
Zaman sudah berubah tidak seperti dahulu
manusia hidup dalam keadaan yang tidak
canggih dan sekarang sudah berubah kepada
keadaan yang baru
Berlaku perubahan secara
maya
Semua orang menggunakan media
sosial
Contohnya:pembelajaran secara online
-google meet
-Msteams
-Zoom
Ledakan teknologi dan
tamatnya sekatan ideologi
Globalisasi adalah satu proses pengaliran global
yang menghubungkan pelbagai aspek
Globalisasi dalam islam ● Ilmu
● Ekonomi
● Agama
● Sains
MAKSUD GLOBALISASI
• Globalisasi bererti dunia tanpa sempadan akibat kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi
• Globalisasi juga berkaitan dengan proses pembaratan ataupun
amerikanisasi
Definisi globalisasi menurut pemikiran islam Amerika
● Campuran bebas muda mudi
● Kegilaan kepada muzik barat
● Tidak mahu terikat dengan institusu keluarga
● Anti budaya dan agama
● Susah menyesuaikan diri dengan masyarakat
• Globalisasi ialah proses penyebaran idea yang meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia
• Globalisasi juga membawa banyak kebaikan dan keburukan
Kesan baik globalisasi Kesan buruk globalisasi
● Memajukan ekonomi negara ● Menyebabkan penjajahan ekonomi
● Mewujudkan persefahaman sejagat ● Pencemaran budaya
CABARAN MENGHADAPI GLOBALISASI PERADABAN DI MALAYSIA
PEMAHAMAN KEPADA AGAMA ISLAM:
● Islam yang membawa kebahagian hidup manusia didunia dan
diakhirat.
● Keinsafan dan keinginan umat Islam perlu diperteguhkan
dengan pemantapan ilmu pengetahuan tentang agama Islam.
● Perlu memahami keadaan reality yang ditempuhi supaya
cabaran yang akan mendatang dapat ditempuhi dengan
mempunyai prinsip hidup yang tetap.
CABARAN –CABARAN GLOBALISASI MASA KINI
• Menyediakan keperluan terhadap pembelajaran berterusan
• Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat dalam
pendidikan
• Pembentukan jati diri pelajar
• Kualiti guru dalam pendidikan
6 JENIS BENTUK KEROSAKAN PADA ZAMAN KINI
TENTANG PENGARUH GLOBALISASI.
Kerosakan muda mudi :
● pembunuhan
● rompakan
● Dadah
● Hubungan songsang
● Muzik barat
● Susah untuk menyesuaikan diri dengan
kerohanian.
KESAN GLOBALISASI DARI SUDUT KEKELUARGAAN
DALAM ISLAM (POSITIF)
Dapat Pengurangan
mengurangkan kadar
kebergantungan
kadar
pengangguran Terhadap tenaga
mahir asing
Peningkatan bil. wanita
Yang berpendidikan
tinggi dapat
memenuhi pasaran
pekerjaan
KESAN GLOBALISASI DARI SUDUT KEKELUARGAAN
DALAM ISLAM (NEGATIF)
Peningkatan kes Berlaku gejala
penceraian sosial dlm
kalangan remaja
Masalah sosial Peningkatan kes
penderaan
terhadap wanita
& kanak-kanak
KESAN GLOBALISASI DARI SUDUT PEMAKAIAN
PEMAHAMAN KEPADA AGAMA ISLAM:
1. Berpakaian menjolok mata tanpa mengira adat
2. Pakaian tidak mencerminkan akhlak
3. Merasa bangga mendedahkan aurat
KESAN GLOBALISASI DARI SUDUT PEMAKANAN
Membuka banyak Mengurangkan
peluang pekerjaan gejala sosial dalam
kalangan belia
Mengurangkan
kadar
pengangguran
Langkah-langkah untuk menangani
cabaran globalisasi.
1. Menguasai ilmu pengetahuan kontemporari terutamanya bidang sains dan teknologi .
-sekiranya ilmu fardu kifayah ini diabaikan maka ilmu ini akan diambil oleh orang bukan
islam.
2. Mendidik para pelajar tentang cara pencegahan dadah di sekolah dengan memberikan
maklumat yang jelas .
-menyedarkan para pelajar dengan segala cara supaya dapat memberi kesan keada para
pelajar.
3. Bijak merancangkan program pembinaan industri dan tidak bersikap keterlaluan
dalam menjalankan aktiviti pembalakan
-menjaga kepupusan flora dan fauna dapat memastikan keindahan alam sekitar
sentiasa dikekalkan sepanjang hayat .
4. Bijak dalam penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat dalam pendidikan.
- mereka berkemahiran tinggi terhada penggunaan computer akan mudah memberi
kerjasama dan lebih proaktif berbanding dengan yang kurang mahir dalam
penggunaan komputer .l
PENGISLAMAN ILMU
Sejak 1970-an hingga kini, kalangan para sarjana muslim masih
membahaskan gagasan ‘pengislaman ilmu’. Mengapakah ia
begitu penting? Hal ini berasal daripada dua sebab utama.
Pertama, dunia Islam tidak mempunyai suatu tradisi ilmu
kemasyarakatan yang berkembang sezaman dengan ilmu- ilmu
selainnya seperti falsafah, ilmu fiqah, ilmu tasawuf dan ilmu
kalam. Kedua, ilmu-ilmu dari barat tidak menunjukkan
kemampuan dalam menyelesaikan pelbagai masalah
social,pollitik dan ekonomi yang melanda terutamanya negara-
negara kurang maju, termasuk masyarakat Islam.
KEFAHAMAN BERKONSEPKAN TAUHID
6 PERKARA YANG PERLU DIFAHAMKAN
● Sentiasa positif
● Elakkan isu penafian
● Siapkan strategi menghadapi masalah globalisasi dalam
islam
● Berkonsepkan ‘balancing’
● Cara merawat penyakit yang dihadapi oleh umat
MENGUKUHKAN SEFAHAMAN ILMU
ISLAM
o Pengetahuan ilmu kalam akan membawa penjelasan dan pengukuhan akidah
serta pemikiran Islam, sekali gus membolehkan kita mengenali aliran pemikiran
bertentangan dengan Islam supaya boleh menjauhinya
o Ilmu perlu dihargai, sebaliknya wajib disuburkan sebagai persiapan
menghadapi cabaran akidah dan pemikiran manusia yang terus berlangsung
hingga kiamat
PEMAHAMAN KEPADA AGAMA ISLAM:
• Tidak bersikap terumbang-ambing dalam menghadapi cabaran.
• Setiap manusia hendaklah mempunyai sasaran,dasar dan prinsip dalam kehidupannya.
• 3 prinsip utama dalam Islam ialah;
1. Keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT.
2. Setiap perlakuan dan pergerakan hendaklah mengikut syariat Allah SWT.
3. Ikhlas kepada Allah SWT dan agama Islam.
ISI TAMBAHAN
Cabaran-cabaran Globalisasi masa kini Setelah negara mencapai kemerdekaan,
pembangunan bertambah pesat. Kemajuan dinikmati dalam segenap aspek.
Perubahan demi perubahan berlaku dan membentuk satu identiti baru masyarakat
baru. Masyarakat Melayu semakin bersikap terbuka untuk bersaing dengan tamadun
dan bangsa lain. Ramai yang belajar dan bekerja diluar negara. Malah ramai juga
rakyat dari pelbagai negara berkunjung dan menetap di negara ini dengan pelbagai
tujuan. Interaksi antara Tamadun Melayu dan tamadun asing yang berlaku di dalam
dan luar negara sedikt sebanyak memberi kesan dan mengubah identiti masyarakat
Melayu.
Sudah semestinya cabaran utama dalam pendidikan di
Malaysiasecara khusus dan dalam Tamadun Melayu umumnya
ialah melahirkan generasi yang mempunyai potensi diri seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta patuh dengan
Tuhan. Prinsip tersebut sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara
yang dirangka sebagai panduan dalam sistem
pendidikan.(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2013).
Menurut Som (1990), terdapat beberapa cabaran perlu
dihadapi dalam dunia pendidikan termasuk Tamadun
Melayu, antaranya:
1 Menyediakan Keperluan terhadap pembelajaran
berterusan.
2. Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat
dalam pendidikan.
a. Cabaran Pertama: Menyediakan Keperluan terhadap
pembelajaran berterusan. Budaya mencari dan cintakan ilmu telah
sebati di dalam diri Masyarakat Tamadun Melayu. Ia sama ada
diterapkan melalui pendekatan agama atau amalan budaya
setempat itu sendiri. Sejarah juga merekodkan beberapa pusat
penyebaran ilmu yang menjadi tumpuan di dalam Tamadun
Melayu.Walaupun secara umumnya masyarakat melayu kini telah
pandai membaca, menulis, mengira tetapi semangat dan
kecenderungan untuk meningkatkan dan meluaskan penguasaan ilmu
ke tahap yang lebih tinggi masih kurang (Ramlan, Ahmad, & Wan
Mohd. Rashid Wan Ahmad, 2008).
Perkembangan sains dan teknologi menyebabkan
penyelerakan dan limpahan maklumat berlaku secara terbuka
tanpa kawalan. Maklumat yang merangkumi semua bidang
dan aspek kehidupan manusia dilhat mampu menjadi agen
yang membantu dan meruntuh proses pendidikan. Oleh yang
demikian satu usaha perlu dilakukan agar situasi tersebut
dapat digunakan untuk menyemarakan proses pembelajaran
dalam kalangan masyarakat meningkat dan berterusan.
Masyarakat bukan sahaja perlu mendapat asas pendidikan
disekolah bahkan perlu mendalami ilmu dalam setiap bidang
yang mereka ceburi. Hal ini bagi mewujudkan kumoniti
masyarakat kompeten dan dinamik yang mampu bersaing di
peringkat global(Nornazlina, 2016).
Di Malaysia pelbagai usaha telah dilakukan menjurus ke arah itu,
salah satunya ialah dengan penubuhan Unversiti Terbuka Malaysia
(OUM). OUM merupakan satu ruang alternatif bagi mereka yang
mempunyai masalah untuk melanjutkan pelajaran di institusi
pengajian tinggi biasa. Ia menawarkan pelbagai kursus profesional
untuk golongan eksekutif dalam pelbagai bidang termasuk
pentadbiran, pemasaran, kemahiran bahasa dan program
pendidikan awal kanak-kanak.Peningkatan permintaan terhadap
pusat pengajian seumpama ini telah mendorong UOM membuka
beberapa cawangan di seluruh negara menawarkan pelbagai kursus
profesional untuk para eksekutif dalam bidang pentadbiran,
pemasaran, kemahiran bahasa dan program pendidikan awal
kanak-kanak di mana jumlah peserta sentiasa meningkat dari setahun
ke setahun(Som, 1990).
Bagi mengukuhkan lagi pembudayaan Pembelajaran Sepanjang
Hayat kerajaan telah menjadikannya salah satu agenda dalam
Strategi Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi 2007- 2020
dan Pelan Induk Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat
2011-2020(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Dengan
menyenaraikannya dalam agenda pembangun ekonomi lebih
banyak usaha dapat dilakukan seperti kempen, penyediaan
prasarana, pengaturan program dan sebagainya.
b. Cabaran Kedua: Penggunaan teknologi
telekomunikasi dan maklumat dalam pendidikan
Globalisasi telah mewujudkan satu paradigma dalam
dunia pendidikan antarabangsa. Kebanyakan negara
mula mencari erti sebenar kualiti pendidikan dan nilai
kurikulum yang ditawarkan melalui sistem pendidikan.
Anjakan pradigma tersebut wujud disebabkan
kebimbangan sekiranya penyemakan semula kurikulum
sedia ada tidak dilakukan maka ia menyebabkan hilang
daya saing di peringkat global.
Oleh yang demikian pendidikan di Malaysia telah
mangalami proses transformasi secara radikal sejak tahun
1990 an. Maka wujudlah beberapa jenis program di
peringkat sekolah yang mempunya aliran baru seperti
Sekolah Bestari, Projek sekolah Net, Projek Smart Lab,
Projek Sekolah Vista dan sebagainya. Begitu juga
program-program seperti penggunaan Bahasa Inggeris di
dalam subjek Sains dan Matematik dan iTems sebagai
pengukuhan Bahasa Inggeris yang menjadi pehubungan
antarabangsa.
Setelah beberapa inovasi dan penambahbaikan dibuat
terhadap kurikulum dan sistem pengurusan pentadbiran,
terdapat cabaran sampingan yang perlu diatasi iaitu
kesediaan guru untuk melaksanakan perubahan.
Sebahagian guru masih selesa dengan cara lama ketika
mengajar. Mereka merasakan perubahan yang dilakukan
merupakan bebanan baru yang perlu
ditanggung. Begitu juga tahap penguasaan dan
pemahaman guru terhadap sesuatu inovasi berbeza, guru
yang berkemahiran tinggi terhadap penggunaan
komputer akan mudah memberi kerjasama dan lebih
proaktif berbanding dengan guru yang kurang mahir
dalam penggunaan komputer.
JENIS PENYAKIT YANG MENYEBABKAN AKHLAK TIDAK
BAIK (MENURUT ISLAM)
Terlalu Terlalu bangga Berebut- menipu bergaduh dengki
berseronok dengan harta rebut
KEBAIKAN
Dapat berhubung dengan orang yang berada di jauh seperti Amerika, England dengan mudah.
Letusan sistem komunikasi telah menyemarakkan lagi dasar globalisasi. Cabaran tersebut
semakin besar apabila teknologi telekomunikasi sosial berkembang dengan pantas dan
mampu digunakan oleh semua lapisan masyarakat.
KEBURUKAN
- Satu alat yang digunakan oleh orang barat yang
menguasai negara-negara kelas ke3.
- Satu bentuk penjajahan moden
Penutup
Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan makmur mestilah melengkapkan
masyarakatnya dengan standard etika yang cemerlang bagi melayari alam siber yang
penuh dengan cabaran dan dugaan. Islam sebagai agama yang membawa rahmat
hendaklah dijadikan rujukan utama di dalam penggubalan standard etika kepenggunaan
Internet, sesuai dengan ciri Islam itu sendiri yang membawa perubahan menyeluruh
samada dari sudut sosial, ekonomi dan sebagainya. Islam mewajibkan kepada seluruh
kaum muslimin agar yang satu menghormati yang lainnya, yang seorang menjaga
kemuliaan diri dan kawannya, keharuman namanya, kebagusannya dengan hati yang
seikhlas-ikhlasnya.Adalah menjadi harapan besar negara dengan adanya ketelusan dan
ketulusan dalam zaman siber ini maka masyarakat akan lebih beruntung dan sejahtera.
Tiada lagi unsur yang yang boleh merosak dan menghancurkan keutuhan masyarakat
disebar melalui jaringan maya yang akan diakses oleh manusia sejagat. pengaruh ICT
dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai
pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda. Ianya telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan
pengaruhnya dari masa ke semasa.