SK FELCRA SUNGAI ARA 81900 KOTA TINGGI, JOHOR ( JBA3050 ) MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU ( PIBG ) KALI KE - 34 ( 2023/2024 ) TARIKH : 22 JUN 2023 HARI : KHAMIS MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SINAR CAHAYA, SK FELCRA SUNGAI ARA DIRASMIKAN OLEH : EN. AHMAD SUKRI BIN MAMAT PENGURUS LADANG RISDA ULU SEDILI
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK. FELCRA SUNGAI ARA, 81900 KOTA TINGGI, JOHOR. SEPATAH DUA KATA DARIPADA YDP PIBG Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana diberi peluang kepada saya untuk menerajui Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK. Felcra Sungai Ara bagi sesi 2023/2024. Sepanjang saya menerajui persatuan, saya dapati persatuan ini telah diuruskan dengan begitu sempurna dan teratur. Persatuan ini juga merupakan satu wadah perjuangan seluruh ahlinya dalam menjana aktiviti dan program-program yang dapat menjamin kecemerlangan murid-murid di dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Segala aktiviti sepanjang 2023/2024 telah dijalankan dengan lancar dan sempurna di atas kerjasama yang diberikan oleh AJK guru dan ahli PIBG sendiri. Kerjasama yang mantap daripada setiap ahli dan pihak sekolah amatlah diharapkan dari masa ke semasa bagi membolehkan segala aktiviti dan program dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Di sini juga, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Pengelola Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kerana telah berjaya mengelola perjalanan majlis ini dengan baik dan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada dif-dif jemputan, ahli-ahli PIBG serta semua pihak yang dapat meluangkan masa menghadiri majlis ini. Akhirnya, saya ingin menyatakan kepada ibu bapa dan guru-guru bahawa persatuan ini akan terus kukuh, disegani dan berjaya seandainya interaksi, kerjasama dan permuafakatan di kalangan kita dapat dijalankan dengan matang dan rasional. Sekian, terima kasih. Salam hormat daripada saya, ………………………………………………………….. ( MOHD IDRIS BIN A RAHMAN ) Yang Di Pertua PIBG, SK Felcra Sungai Ara, 81900 Kota Tinggi, Johor
SK. FELCRA SUNGAI ARA 81900 KOTA TINGGI, JOHOR KATA-KATA ALUAN GURU BESAR Sekapur sirih pembuka bicara……. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia kepada semua hadirin dan hadirat yang saya hormati sekelian. Ahamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan izinNya maka dapatlah kita bersama-sama megatur strategi dalam melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab tahun 2023/2024 dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara. Sepanjang tahun 2022 Sekolah Kebangsaan Felcra Sungai Ara telah menunjukkan prestasi yang membanggakan, sekolah telah memperolehi pencapaian yang baik hasil daripada komitmen yang tinggi dan jitu dari semua warga sekolah. Bertulangbelakangkan kepimpinan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang mantap dan proaktif serta kerjasama ibu bapa dan masyarakat yang sentiasa membantu dan menyokong usaha-usaha ke arah mempertingkatkan lagi kebajikan dan kecemerlangan murid, maka sewajarnyalah, gandingan yang baik ini iaitu PENTADBIR yang cekap, GURU yang komited dan PIBG yang mantap menghasilkan pencapaian status yang tinggi ini. Oleh yang demikian, saya amat berharap semoga barisan guru dan ibu bapa di sekolah ini akan mempertingkatkan usaha dan khidmat bakti mereka untuk menjanakan kecemerlangan sekolah ini ke mercu kejayaan. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan guru berkemampuan menabur bakti untuk memperkasa sekolah ini. Saya sangat yakin bahawa dengan dedikasi, usaha yang bersungguh-sungguh, semangat kerja berpasukan serta komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang semakin mencabar masa kini. Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang fikiran dan tenaga dalam usaha menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34 ini. "Sekolah didahulukan pencapaian diutamakan'” ………………………………................... ( RAFIDAH BINTI MUSA ) Guru Besar, SK. Felcra Sungai Ara 81900 Kota Tinggi, Johor.
ATURCARA MAJLIS 2.00 petang Pendaftaran Kehadiran Ahli PIBG 2.30 petang Ketibaan Perasmi Bacaan Doa Persembahan Ucapan Yang Dipertua PIBG Ucapan Guru Besar SKFSA Ucapan Perasmi AHMAD SUKRI BIN MAMAT ( Pengurus Ladang Risda Ulu Sedili) Penyampaian Hadiah & Cenderamata Jamuan VIP 3.30 petang Mesyuarat Agung PIBG 4.30 petang Cabutan Bertuah Jamuan Bersurai
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 34 SK FELCRA SUNGAI ARA KOTA TINGGI, JOHOR. 1.Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat Agung kali ke- 33. 2.Membentangkan dan mengesahkan penyata kewangan PIBG. 3.Perkara berbangkit. 4.Membahaskan usul. 5.Hal-hal lain. 6.Pemilihan AJK 7.Ucapan Penangguhan.
AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2023/2024 SK FELCRA SUNGAI ARA PENASIHAT PN. RAFIDAH BINTI MUSA ( GURU BESAR SKFSA ) YANG DIPERTUA EN. MOHD IDRIS BIN A RAHMAN NAIB YANG DIPERTUA EN. MOHD FAUZI BIN TUKIRAN GURU PENOLONG KANAN EN. KHAIRUL ANUAR BIN OMAR PN. SITI HAJAR BINTI BAHALLUDIN EN. MUHAMMAD FIKRY BIN ZAHRY SETIAUSAHA EN. AHMAD FADZLILLAH BIN GHAZALI PENOLONG SETIAUSAHA CIK NURAIN SHAHIRAH BINTI SULONG BENDAHARI PN. NOOR NASEFFA BT MOHD NASIR PENOLONG BENDAHARI PN. SITI SUHAIDAH BINTI SUHANA AJK GURU AJK IBU BAPA EN. MOHD ZULKIFLI BIN MOHAMAD NAWAWI EN. MOHD FADZLEY B. MOHD NADZIM EN. SUNDERESAN A/L KRISHNAN EN. MUSA B. MASUDA EN. ZAM HARRIS B. BUANG EN. MOHAMAD AZRI B. DUL JAIS PEMERIKSA KIRA-KIRA PN. NORIZANA BT MD NAIM PN. NOR AZIZAH BT ABU BAKAR PN. SITI MILISA BT MOHD. JAMIL PN. HADIJAH BT WAHAB PN. SITI MISLIHA BT MOHD. JAMIL PN. ROSLINA BT JEMALI PN. NORLIANA BT TAMAM PEMEGANG AMANAH PN. NOOR EZZAH BT DAUT PN. NORAZURA BT MOHAMAD PN. INTAN NURFARHANA BT MOHAMAD
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TARIKH : 27 JUN 2022 HARI : ISNIN MASA : 2.00 PETANG TEMPAT : DEWAN SINAR CAHAYA, SK FELCRA SUNGAI ARA AGENDA MESYUARAT 1. UCAPAN PENASIHAT ( PN. NORLELA BINTI SELAMAT ) 1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir. 1.2 Mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat ADUN Sedili kerana sudi menerima jemputan sebagai perasmi Mesyuarat Agung PIBG SK Felcra Sungai Ara pada kali ini. 1.3 Mengucapkan terima kasih juga kepada jemputan yang hadir sebagai rakan strategik sekolah.( Felcra Sungai Ara, Ladang RISDA, Sekolah Agama Felcra Sungai Ara dan lain-lain ) 1.4 Memberitahu bahawa sebelum ini orang luar tidak dibenarkan masuk dalam sekolah. 1.5 Menyatakan tanda penghargaan kepada YDP,NYDP, AJK serta guru-guru yang bersama-sama mengelolakan mesyuarat kali ini. 1.6 Memaklumkan tentang peranan Ibubapa dan komuniti setempat sepertimana yang terkandung dalam PPPM 2013-2025. 2. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG ( EN. MOHD IDRIS BIN ABD. RAHMAN) 2.1 Mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir. 2.2 Mengucapkan tahniah kepada AJK dan guru atas kerjasama dalam mengelolakan mesyuarat kali ini. 2.3 Memaklumkan hadirin tentang jasa dan sumbangan sekolah kebangsaan kepada generasi akan datang. 2.4 Memberitahu tentang cabaran-cabaran yang dihadapi ibubapa, guru serta murid semasa PdPR sebelum ini.
2.5 Turut mengucapkan terima kasih kepada guru dan ibu bapa yang berjuang dan memainkan peranan masing-masing dalam menjayakan PdPR dan sama-sama berusaha dalam menghadapi norma baharu. 2.6 Memaklumkan bahawa ibu bapa perlu bersama-sama membantu pihak sekolah dalam kemenjadian murid. 2.7 Memaklumakan kepada YB ADUN Sedili tentang keperluan sekolah dan memohon agar segala permohonan pihak sekolah serta PIBG dapat pihak beliau tunaikan. 2.8 Memberitahu program Maulid Nabi dapat libatkan penduduk setempat. 2.9 Memaklumkan bahawa ibu bapa/penjaga perlukan takwim persekolahan untuk mengetahui maklumat aktiviti/program sekolah untuk anak-anak mereka. 3. UCAPAN PERASMI ( YB TUAN MUSZAIDE BIN MAKMOR – ADUN SEDILI ) 3.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. 3.2 Mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput beliau untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. 3.3 Mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG kerana dapat menabur bakti dan sama-sama membantu pihak sekolah. 3.4 Memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan Guru Besar dan telah memaklumkannya tentang adanya peruntukan bantuan untuk sekolah. 3.5 Memaklumkan kepada semua hadirin tentang pentingnya pendidikan, yang mana pendidikan sangat perlu diutamakan. 3.6 Bercerita tentang isu-isu yang dihadapi pihak FELCRA serta penduduknya. 3.7 Mengucapkan terima kasih pihak sekolah dan beliau akan cuba sedaya upaya dalam membantu pihak sekolah untuk kepentingan murid-murid. 4. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-31 4.1 En. Ahmad Fadzlillah bin Ghazali membentangkan minit mesyuarat agung yang lepas untuk disahkan. 4.2 Pengesahan minit mesyuarat agung PIBG kali ke – 32 : - Cadangan : En. Musa Bin Masuda Sokongan : En. Ahmad Yusuf Bin Mohamad
5. MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN PIBG 5.1 Pn. Noor Naseffa bt Mohd Nasir membentangkan penyata kewangan untuk disahkan. 5.2 Pengesahan penyata kewangan PIBG : - Cadangan : En. Mohd Nazim Bin Mohd Yusuf Sokongan : En. Musa Bin Masuda 6. PERKARA BERBANGKIT 6.1 En. Mohd Idris mencadangkan kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2022 dikekalkan RM30 ( 1 keluarga ). 6.1.1 Semua ahli yang hadir dalam meysuarat agung telah sebulat suara bersetuju. 7. PERBAHASAN USUL 7.1 Mencadangkan agar pihak sekolah dapat memaklumkan ibu bapa tentang program/aktiviti yang akan sekolah jalankan dari semasa ke semasa atau sentiasa ( update ) kepada ibu bapa. 7.1.1 Pihak sekolah menerima usul yang dicadangkan dan akan melaksanakannya. 8. PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2021/2022 8.1 En. Mohd Idris Bin Abd. Rahman ( YDP PIBG ) memaklumkan bahawa tiada pembuburan AJK pada tahun ini kerana ianya akan dibuat 2 tahun sekali seperti mana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat agung PIBG sebelum ini. 8.2 En. Mohd Idris Bin Abd. Rahman ( YDP PIBG ) memberitahu walaupun tiada pemilihan AJK PIBG yang baharu tetapi beliau mencadangkan agar dilantik AJK yang baharu bagi menggantikan AJK yang tidak dapat memberi komitmen kepada tugas AJK PIBG dan meminta untuk digugurkan atau ditukarkan kepada orang lain. 8.2.1 Ahli mesyuarat telah mencadangkan 2 orang nama untuk dilantik menjadi AJK PIBG dan telah bersetuju untuk melantik 1 orang AJK yang
baharu bagi menggantikan AJK yg lama. AJK PIBG yang baru dilantik : 1. En. Mohd Nazim Bin Mohd Yusuf AJK PIBG yang meminta untuk digugurkan : 1. En. Mariman Bin Asli 9. HAL-HAL LAIN 9.1 Sesi pengumuman tentang anugerah ikon sepanjang PdPR berlangsung kepada murid-murid serta ibu bapa yang dikendalikan oleh Puan Noor Naseffa bt Mohd Nasir. 9.1.1 Sekalung tahniah kepada murid-murid dan ibu bapa yang mendapat anugerah tersebut. 10. UCAPAN PENANGGUHAN ( YANG DIPERTUA PIBG – EN. MOHD IDRIS BIN ABD. RAHMAN ) 10.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua diatas sokongan dan kepercayaan yang diberikan kepada beliau bagi menggalas tugas Yang Dipertua PIBG sesi 2022/2023. 10.2 Mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali ini. MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 5.30 PETANG. Disediakan Oleh ; Disemak & Disahkan Oleh ; …………………………………………....... …………………………………….... ( EN. AHMAD FADZLILLAH BIN GHAZALI ) ( EN. MOHD IDRIS BIN A. RAHMAN ) Setiausaha Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Persatuan Ibu Bapa Dan Guru
SK Felcra Sungai Ara SK Felcra Sungai Ara
PENYATA KEW SK FELCRA SUNGAI ARA, 8 BERAKHIR 31 D BIL PENERIMAAN TUNAI BANK BUTIRAN RM RM 1. 2 Baki di bawa ke hadapan Sumbangan Individu Sumbangan PIBG 130.30 100.00 6431.00 3300.00 JUMLAH 230.30 9731.00 Di …… (HA Pe SK Ko Di sediakan oleh, ……………………… (NOOR NASEFFA BT MOHD NASIR) Bendahari PIBG SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Di semak oleh, ……………………… (NOR AZIZAH BT ABU BAKAR) Pemeriksa Kira-kira 1 PIBG SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor
WANGAN PIBG 1900 KOTA TINGGI, JOHOR. DISEMBER 2022 BIL PENGELUARAN TUNAI BANK BUTIRAN RM RM 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Program Gotong Royong SOP Pertandingan Solar Truck Hadiah Guru Pindah Jamuan Guru Pindah Speaker Bangunan Sfera Jamuan Mesyuarat AJK Sumbangan Untuk MGB Hadiah PdPR Untuk Murid dan Ibu Bapa Pengeluaran Baki 100.00 100.00 130.30 600.00 170.00 360.00 450.00 130.00 50.00 800.00 2560.00 7171.00 230.30 9731.00 semak oleh, ……………………… ADIJAH BT WAHAB ) meriksa Kira-kira 2 PIBG K Felcra Sungai Ara, ta Tinggi, Johor Baki di bank = RM 7171.00 Baki di tangan = RM 130.30 Jumlah = RM 7301.30 Di sahkan oleh, ……………………………………… (MOHD IDRIS BIN ABD. RAHMAN) YDP PIBG SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor
PENYATA KEW SK FELCRA SUNGAI ARA, 8 BERAKHIR 3 BIL PENERIMAAN TUNAI BANK BUTIRAN RM RM 1. 2 3. 4. 5. Baki di bawa ke hadapan Sumbangan Alumni Bantuan Awal Persekolahan Bantuan MAIJ Sumbangan Maulidurrasul Sumbangan PIBG 130.30 543.00 7171.00 6150.00 2100.00 200.00 3480.00 JUMLAH 673.30 19101.00 Di …… (HA Pe SK Ko Di sediakan oleh, ……………………… (NOOR NASEFFA BT MOHD NASIR) Bendahari PIBG SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Di semak oleh, ……………………… (NOR AZIZAH BT ABU BAKAR) Pemeriksa Kira-kira 1 PIBG SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor
WANGAN PIBG 1900 KOTA TINGGI, JOHOR. 31 MEI 2023 BIL PENGELUARAN TUNAI BANK BUTIRAN RM RM 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Bayaran Tong Murid Jamuan Makan Murid Mesyuarat Agung PIBG Bantuan Awal Persekolahan Bantuan MAIJ Sumbangan Pasukan Ragbi Sumbangan Maulidurrasul Hari Apresiasi dan Hari Graduasi 2022 Pengeluaran Baki 250.00 200.00 450.00 223.30 1300.00 357.00 2140.00 6150.00 2100.00 1000.00 13047.00 6054.00 673.30 19101.00 semak oleh, ……………………… ADIJAH BT WAHAB ) meriksa Kira-kira 2 PIBG K Felcra Sungai Ara, ta Tinggi, Johor Baki di bank = RM 6054.00 Baki di tangan = RM 223.30 Jumlah = RM 6277.30 Di sahkan oleh, ……………………………………… (MOHD IDRIS BIN ABD. RAHMAN) YDP PIBG SK Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor
Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Felcra Sungai Ara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: Guru Besar, Penolong-penolong Kanan dan Guru-guru serta Staf SK Felcra Sungai Ara. Semua waris yang telah memberi kerjasama dan sumbangan dalam menjayakan majlis kita serta Semua pihak yang terlibat dalam membantu kami dari segi kewangan, material dan sokongan moral dalam melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya. Semoga Tuhan memberi keberkatan atas segala usaha kita. Sekian, terima kasih. PENGHARGAAN