PERMAINAN
TRADISIONAL
KETINTING / TENG-TENG
Teng-teng atau dikenali sebagai ketinting selalu di mainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan.Tetapi
, biasanya kanak-kanak perempuan lebih gemar memain permainan ini kerana ianya lembut dan sesuai
untuk kaum hawa
Di kampung-kampung , gelanggang di buat dengan
menuliskan garisan di atas tanah sahaja menggunakan hujung
ranting.Manakala , untuk di kawasan perumahan yang tiada
kawasan bertanah,mereka menggunakan kaput untuk
membuat gelanggang
Teng-teng di mainkan oleh sekumpulan kanak-kanak terdiri
dari 2 higga 4 orang setiap gelanggang.Tiada peraturan tetap
untuk jumlah pemain.Tetapi , ianya mendatangkan kesukaran
kepada pemain lain sekiranya lebih dari 4 pemain dalam satu
gelanggang untuk berteng-teng.
GELANGGANG
DAN GUNDU
Gelanggang teng-teng hanya di lukiskan petal-petak di atas tanah sahaja.Terdapat 9 petak
kosong bagi sebuah gelanggang
Gundu adalah perkakasan penting yang di mainkan bersama.Gundu
atau buah adalah objek berbentuk leper sebesar separuh tapak
tangan yang di perbuat daripada apa-apa sahaja.
Contohnya ; pecahan pinggan , kepingan besi , atau batu leper..
Gundu di gunakan untuk dijadikan penanda bagi para pemain untuk
menggerakkan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang
CARA BERMAIN
*Sebelum permainan di mulakan , undian di jalankan bagi menentukan pemain yang mana harus
memulakan permainan. Lai lai li tam plong adalah kaedah bagi menetukan pemain pertama , kedua dan
seterusnya.
Pemain perlu mencampak buah ke petak tangga pertama, kemudian melompat terus ke petak tangga ke-2 dengan sebelah
kaki. Pemain tidak boleh menukar kaki (kiri atau kanan) apabila sudah memulakan lompatan. Apabila tiba di sayap,
kedua-dua kaki perlu mencecah tanah serentak (petak 3 & 4), kaki kiri dalam petak sayap kiri dan kaki kanan dalam petak
sayap kanan. lompatan diteruskan ke petak tangga ke-4 dengan sebelah kaki dan diakhiri dengan dua kaki mencecah di
sayap ke-2 (petak 6 & 7). Untuk berpusing, satu lompatan dibuat dan kini kedua-dua kaki perlu mencecah sayap ke-2 (petak
7 & 6) tetapi arah badan memusing dan menghala ke petak tangga pertama.
Lompatan dibuat seperti mula-mula tadi dan apabila berada di satu petak sebelum petak buah, pemain perlu membongkok
dan mengambil buah, setelah itu satu lompatan dibuat di petak yang tadinya ada buah. Lompatan diteruskan hingga keluar
darigelanggang.
Aturan membaling buah teng-teng adalah seperti dalam turutan petak (1,2,..., dan 7). Apabila selesai membaling petak ke-7,
satu lontaran ke petak semi-D (petak 8) dibuat secara pandang ke belakang. Pemain tidak boleh melihat petak semi-D
sewaktu membaling buah teng-teng. Sekiranya buah jatuh dalam petak semi-D, dia akan melompat seperti biasa dan
bersedia untuk mengambil buah apabila telah melompat pusing (petak 7 & 6) dan membelakangkan petak semi-D. Pemain
boleh duduk di petak semi- D untuk mencapai buah dengan syarat tidak menyentuh garisan D. Dia dikira mati jika tersentuh
garisan. Setelah mendapatkan buah dia perlu menghabiskan lompatan seperti biasa.
Seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan. Setiap pemain juga
tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini
berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
membina rumah
bagi membina rumah , pemain perlulah berdiri
membelakangkan semua petak di garisan permulaan
dan mencampakkan ke mana-mana petak disitulah
kedudukan rumahnya.Sekiranya gumdu yang di baling
terkena garisan , maka pemainnya di kira kalah.
Pemain perlu memijak kedua-dua belah kaki di petak
rumah dan tidak di benarkan memijak petak rumah
lawan.Sekiranya pemain bijak atau lupa , ianya di kira
kalah.
PEMENANG
Pemenang di kira berdasarkan jumlah rumah terbanyak
yang di kumpulkan pemain.
PEMATI
Pemain di kira mati sekiranya buah yang di lontar atau kaki
terkena garisan petak.Pemain juga di kira mati apabila memijak dua
belah kaki serentak ke dalam sayap.
KESIMPULAN
Permainan Tradisional ini menyemai sikap nilai-nilai
murni yang perlu di pupuk dalam kalangan
masyarakat terutama pada zaman globalisasi ini.
Ianya dapat melatih jati diri dalam setiap individu.
Permainan tradisonal ini juga adalah satu warisan
yang di turunkan oleh nenek moyang kita terdahulu
hingga sekarang.
TERIMA KASIH
by : Syatira Najwa
sumber : Internet
MAKLUMAT PESERTA
NAMA : SYATIRA NAJWA BINTI KASSIM
KELAS : 2 AL-FARABIE
WAKIL UNIT SUKAN DAN PERMAINAN : PETANQ