EDUP 3153 E-PORTFOLIO LAPORAN PENILAIAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF DALAM BILIK DARJAH
0 PENGENALAN 1 PERANCANGAN PENTAKSIRAN PEMBINAAN INSTRUMEN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PEREKODAN PENTAKSIRAN 02 03 04 05 ISI KANDUNGAN 06 PELAPORAN PENTAKSIRAN 07 PENUTUP 08 RUJUKAN
PENGENALAN
PENGENALAN Pentaksiran alternatif merujuk kepada pendekatan penilaianyang memperluas kaedah penilaian dari hanya bergantungpada ujian bertulis atau peperiksaan tradisional kepada kaedahpenilaian yang lebih berpusatkan kepada tugas projek,portfolio, atau aktiviti penilaian lain yang memberi penekanankepada kebolehan pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuandan kemahiran mereka dalam konteks sebenar (Mohd Sukis et.al., 2023). Pendekatan ini memberikan peluang kepada pelajaruntuk menunjukkan pencapaian mereka dengan cara yang lebihbervariasi dan relevan dengan keperluan pasaran kerja dankehidupan sebenar. Pentaksiran alternatif juga mampumengukur pencapaian yang lebih holistik dan menyeluruh.Sebagai contoh, projek kolaboratif, penugasan refleksi, atauportfolio pembelajaran sering digunakan sebagai instrumenpenilaian alternatif yang dapat menyediakan maklum balasyang mendalam tentang kemajuan pelajar.
PERANCANGAN PENTAKSIRAN
PERANCANGAN PENTAKSIRAN
PERANCANGAN Rajah 1: Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang disediakan
PERANCANGAN Berdasarkan Rajah 1, berikut merupakan analisis: Guru telah menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian(RPH) yang berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum danPrestasi (DSKP) mengikut subjek dan tahun yang terkini. Beliau telah melakukan proses merungkai dan merangkai DSKP bagi subjek Pendidikan Muzik Tahun 5 dengan baik. Dalam proses ini, guru telah menyatakan dengan jelas beberapa elemen penting seperti standard kandungan, standard pembelajaran, objektif pembelajaran, jenis kemahiran yang ingin ditaksir serta aktiviti pengajaran danpembelajaran.
PERANCANGAN Berdasarkan Rajah 1, berikut merupakan analisis: Elemen-elemen di atas telah dinyatakan dengan jelas dalamRPHnya seperti standard kandungan dan standardpembelajaran berdasarkan dan selari dengan DSKP yangterkini (rujuk Rajah 1.1 dan Rajah 1.2) Rajah 1.1: Standard kandungan, standard pembelajaran, objektif yang dipilih Rajah 1.2: Standard kandungan, standard pembelajaran dalam DSKP
PERANCANGAN Berdasarkan Rajah 1, berikut merupakan analisis: Aktiviti PdP yang dirancang juga bersesuaian denganmasa yang diperuntukkan iaitu 30 minit untuk subjek Pendidikan Muzik ini. Guru juga telah menyediakan rubrik yang digunakanuntuk mentaksir murid yang bersesuaian denganstandard kandungan dan standard pembelajaran yangdipilih.
PERANCANGAN Berdasarkan Rajah 1, berikut merupakan analisis: Penambahbaikan: Namun, RPH ini boleh ditambahbaik dengan membinasoalan-soalan penting dalam pelan pembelajaranberdasarkan tahap keupayaan murid. Soalan-soalan penting ini digunakan untuk menguji tahap pengetahuan murid danmengasah daya pemikiran mereka. Selain itu, guru boleh menyatakan kaedah pentaksiran yang ingin dilakukan iaitu kaedah pemerhatian agar bersesuaiandengan jenis instrumen yang telah dipilih iaitu senarai semak. Kesimpulan: Secara keseluruhannya, guru tersebut sangat berkomiteddalam merancang pentaksiran yang beliau gunakan agar bersesuaian dengan objektif pembelajaran yang hendak dicapai dan bersesuaian dengan tempoh PdP yang telahditetapkan.
PEMBINAAN INSTRUMEN
PEMBINAAN Pembinaan instrumen dalam pentaksiran adalah proses yangpenting dalam merancang alat-alat penilaian yang berkesanuntuk mengukur pencapaian pelajar berdasarkan kepadapentaksiran berasaskan kriteria (Kakarot, 2023). Ia melibatkanperancangan dan penghasilan instrumen seperti rubrik, jadual penilaian, dan soalan peperiksaan yang relevan dengan objektif pembelajaran dan kurikulum yang ditetapkan. Kepentingannyaterletak pada kesesuaian instrumen tersebut dengan keperluanpelajar serta kebolehan mereka dalam menunjukkan pencapaiandalam pelbagai aspek pembelajaran. Pembinaan instrumen yangbaik memastikan bahawa penilaian dilakukan secara objektif, konsisten, dan teliti, memberikan maklum balas yang bermaknakepada pelajar, serta membantu guru dalam menyediakanpengajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar.
PEMBINAAN Rajah 2: Instrumen Penilaian (senarai semak)
PEMBINAAN Berdasarkan Rajah 2, berikut merupakan analisis: Instrumen yang digunakan dalam pentaksiran oleh guru ini adalah melalui senarai semak terhadap murid-murid. Guru telah membina sebuah senarai semak yang mengandungi beberapa standard pembelajaran iaitu standard pembelajaran 2.1.1 sehingga 2.1.4 untuk menguji standard kandungan 2.1 iaitu kemahiran nyanyian murid. Berdasarkan pembinaan instrumen pentaksiran yang telah guru tersebut lakukan, ianya adalah sesuai untuk digunakan dan dijalankan di dalam kelas semasa PdP dijalankan dengan mengambil kira jenis aktiviti PdP dan masa yang diperuntukkan untuk subjek ini. Guru telah menyediakan sebuah senarai semak yang bersesuaian dengan standard kandungan dan objektif yang telah dipilih.
PEMBINAAN Berdasarkan Rajah 2, berikut merupakan analisis: Guru juga telah menyediakan indikasi tahap penguasaan 1-6 sebagai penentu aras untuk memberikan tahap kepada murid dalam senarai semak tersebut. Hal ini penting untuk memastikan senarai semak tersebut sah dan telus. Menerusi instrumen senarai semak ini, murid akan dinilai secara seimbang dari segi tahap pengetahuan dan kemahiran yang mereka perolehi semasa mengikuti aktiviti PdP pada hari tersebut. Rajah 2.1: Indikasi tahap penguasaan
PEMBINAAN Berdasarkan Rajah 2, berikut merupakan analisis: Penambahbaikan: Namun, senarai semak ini boleh ditambah baik dengan hanyamenyatakan dan melibatkan standard pembelajaran 2.1.1 hingga2.1.3 sahaja. Hal ini kerana, guru telah memilih standardpembejalaran 2.1.1 dan 2.1.3, jadi elemen dalam senarai semaktersebut hendaklah sejajar dengan pemilihan standardpembelajaran dan objektif yang hendak dicapai. Keseluruhannya, guru ini telah membina instrumen pentaksirandengan baik dan bersesuaian dengan objektif pembelajaran yangtelah dibuat olehnya. Rajah 2.2: Standard pembelajaran dalam DSKP
PEMBINAAN Berdasarkan Rajah 2, berikut merupakan analisis: Kelebihan: Berdasarkan instrumen yang dibina oleh guru ini, instrumenini adalah pilihan yang tepat kerana bersesuaian dari kontekswaktu kelas ini dijalankan iaitu selama 30 minit sahaja dansesuai dengan kaedah yang digunakan iaitu kaedahpemerhatian. Guru menyediakan senarai semak yang selaras dengan topikpembelajaran dan standard kandungan yang dipilih pada hari tersebut.
PELAKSANAAN PENTAKSIRAN
PELAKSANAAN Pelaksanaan pentaksiran merujuk kepada pelaksanaan prosespenilaian dalam konteks pendidikan, yang melibatkanpenggunaan pelbagai instrumen dan kaedah penilaian untukmengukur pencapaian pelajar (KPM, 2019). Kepentingannyaadalah memastikan bahawa penilaian dilakukan secaraberkesan dan objektif untuk mendapatkan gambaran yangtepat tentang kemahiran, pengetahuan, dan keupayaanpelajar. Dengan pelaksanaan pentaksiran yang baik, gurudapat mengumpul data yang relevan untuk memberikanmaklum balas yang berkesan kepada pelajar, merancangpengajaran yang sesuai, serta membuat keputusan yangberasaskan bukti untuk menyokong perkembangan pelajar. Selain itu, pelaksanaan pentaksiran yang telus dan berkualiti juga membina kepercayaan dalam sistem pendidikan sertamenyokong pembangunan pendidikan yang holistik danberkesan.
PELAKSANAAN Berdasarkan senarai semak yang telah guru ini bina, beliau melaksanakan pentaksiran ini menggunakanpentaksiran secara pemerhatian sahaja. Pemilihan kaedah pentaksiran ini adalah bersesuaian danwajar kerana guru hanya ingin menilai kebolehan muriduntuk menyanyikan lagu yang ditentukan dalam satutempoh masa PdP yang singkat sahaja iaitu selama 30minit. Pemilihan kaedah ini juga rasional dengan rubrikpemarkahan yang telah disediakan agar setiap muridboleh mencapat tahap penguasaan yang diinginkan olehguru. Semasa pelaksanaan pentaksiran ini, guru akan menilai murid dari segi nyanyian dengan iringan vokal dan tanpairingan vokal serta mengikut iringan tempo.
PELAKSANAAN Selain itu, guru juga melaksanakan aktiviti secaraberperingkat dan membimbing mereka. Berdasarkanaktiviti yang disediakan dalam RPHnya, guru memastikanmurid dapat menguasai kemahiran secara berperingkatcontohnya dapat menyanyikan lagu dengan iringan vokaldan tanpa iringan vokal. Hal ini bagi memudahkan lagiguru untuk menilai kebolehan dan tahap penguasaanmurid bagi PdP pada hari tersebut. Bagi proses pelaksanaan pentaksiran, guru ini bijak dalammengatur strateginya untuk melaksanakan pentaksirandengan baik.
PELAKSANAAN Pemilihan kaedah pentaksiran: Guru ini hanya menggunakan kaedah pentaksiranpemerhatian sahaja semasa PdPnya berlangsung. Setelah dianalisis, pentaksiran pemerhatian ini sesuaidilakukan oleh beliau untuk mentaksir murid-muridnyadalam tempoh 30 minit mengajar Pendidikan Muzik. Ini membuktikan beliau memilih kaedah pentaksiran yangbersesuaian dengan PdPnya yang membawa kepadakeberhasilan mencapai objektif pembelajaran untuk sesiPdP pada hari tersebut.
PELAKSANAAN Rajah 3: Gambar semasa pelaksanaan aktiviti dan pentaksiran
PEREKODAN PENTAKSIRAN
PEREKODAN Perekodan pentaksiran adalah proses penting dalampendidikan yang melibatkan pengumpulan, penyimpanan,dan pengurusan data mengenai pencapaian pelajar (Zaara,2019). Kepentingannya adalah membolehkan guru danpihak berkepentingan lain untuk melihat secara terperincikemajuan pelajar dari semasa ke semasa, menilaikeberkesanan pengajaran dan pembelajaran, sertamembuat keputusan yang berasaskan bukti bagimenyokong perkembangan akademik pelajar. Denganrekod pentaksiran yang tepat dan teratur, guru dapatmenyediakan maklum balas yang berterusan, merancangintervensi yang sesuai, serta memantau prestasi pelajaruntuk memastikan mereka mencapai potensi penuh dalampembelajaran.
PEREKODAN Rajah 4: Senarai semak yang telah direkodkan
PEREKODAN Berdasarkan Rajah 4, berikut merupakan analisis: Guru telah menyediakan senarai semak untukmengenalpasti tahap penguasaan murid untuk sesiPdP hari tersebut. Bagi setiap elemen dalam senarai semak ini, gurutersebut meletakkan kriteria yang berbeza untuk diujidan ini menunjukkan guru tersebut merekod tahappenguasaan muridnya dengan baik kerana beliaumengambil kira kebolehan semua murid beliau. Beliau menggunakan tahap penguasaan 1 sehingga 6sebagai indikator untuk menilai penguasaan murid. Halini dapat membantu guru untuk mengesan kelemahanmurid khususnya dalam standard kandungan danstandard pembelajaran iaitu kemahiran nyanyian yangingin dinilai. Ini menjadikan proses perekodan pentaksiran beliauadalah telus.
PEREKODAN Cara merekod data: Bagi guru ini, beliau telah membuat perekodan danmenyimpan data dalam Google Docs dan Google Drivekerana fail tersebut lebih mudah untuk disimpan dandirujuk pada kemudian hari. Beliau membuat rekod tersebut dalam bentuk jadualdan beliau nyatakan tahap penguasaan murid tersebutdalam jadual tersebut. (Rujuk Rajah 4) Beliau telah menyediakan proses perekodan ini dalamkeadaan yang berstruktur dan sistematik agar datadata yang diperoleh kekal dan selamat.
PELAPORAN PENTAKSIRAN
PELAPORAN Pelaporan pentaksiran merupakan satu proses yangpenting dalam pendidikan kerana ia tidak hanyamemberikan maklum balas mengenai pencapaian muridkepada pelbagai pihak yang berkepentingan, tetapi jugamemainkan peranan penting dalam memandupembelajaran dan pengajaran yang berkesan (Badra,2024). Dalam pelaporan pentaksiran, maklum balas tidakhanya difokuskan pada pencapaian akhir murid, tetapijuga melibatkan proses penilaian yang berterusan danformatif sepanjang proses pembelajaran. Inimembolehkan guru mengenal pasti keperluan danpencapaian setiap pelajar secara individu, sertamemberikan bimbingan yang sesuai untuk memastikankemajuan setiap murid.
PELAPORAN Guru telah mensasarkan tahap penguasaan 6 bagi kesemua murid di akhir proses PdP. Pada pendapat saya, sasaran beliau adalah relevan kerana beliau ingin memastikan semua murid dapat menguasai kemahiran nyanyian dan menghasilkan persembahan muzik secara kreatif, ekspresif, konsiten dan natural berdasarkan tahap penguasaan yang telah ditetapkan. (Rujuk Rajah 5) RAJAH 5: TP 1-6
PELAPORAN Pada akhir pembelajaran ini, guru tersebut akan menilai murid berdasarkan penglibatan aktif, kemahiran menyanyi mereka yang distandardkan mengikut standard pembelajaran. Bagi pelaporan pula, beliau akan merujuk dan menunjukkan jadual pencapaian tersebut kepada ibu bapa sebagai rujukan ibu bapa tentang prestasi anakanak mereka di sekolah (Rajah 4). Selain itu, beliau turut membuat pelaporan melalui peneguhan positif apabila murid dapat menyanyi menggunakan dan tanpa iringan vokal dengan baik. Ini menjadikan murid lebih bersemangat untuk terlibat dalam setiap aktiviti pembelajaran di hari yang lain.
PENUTUP
PENUTUP Secara keseluruhannya, guru seharusnya memilihinstrumen pentaksiran yang bersesuaian kerana guruperlu mendapatkan maklumat penguasaan murid,mengenalpasti tahap penguasaan pembelajaran merekadan membuat pertimbangan dengan baik agar prestasimurid yang direkod serta dilaporkan mewakili prestasisebenar mereka (Roslan, 2023). Oleh itu, pentaksiran bilikdarjah memainkan peranan penting dalam membantuguru memahami pelajar dan menyediakan arahan yangsesuai untuk meningkatkan prestasi murid.
RUJUKAN
RUJUKAN