MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
TAJUK TUGASAN
RAJA BERPERLEMBAGAAN SIMBOL
PERPADUAN
NAMA PENSYARAH
EN. MOHD ASRI BIN ABD GHANI
NAMA PELAJAR
NAMA NO MATRIK
23DBS21F2034
NUR FATIN AIRINA BINTI SUHAIMEY
23DBS21F2027
ISAIAH ELVIN A/L FRANCIS 23DBS21F2010
SYAZA INSYIRAH BT MOHD ABDUL 23DBS21F2026
SATAR
KHAIRUNNISA BINTI ABDUL JABAR
1
UNIT ISI KADUNGAN MUKA
SURAT
1.0 OBJEKTIF
2.0 PENGHARGAAN 1-3
3.0 PENGENALAN 4
4.0 RAJA BERPERLEMBAGAAN 5
6-7
5.0 KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN 8-10
RAJA BERPERLEMBAGAAN
6.0 MAKSUD PARLIMEN 11-13
7.0 14-17
8.0 MAKSUD PILIHAN RAYA 18 -25
9.0 26-27
10.0 KUASA PEMERINTAHAN 21-31
11.0 MAJLIS RAJA-RAJA 32
12.0 33
13.0 BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG 34 -37
14.0 DALAM KONTEKS PERLEMBAGAAN 38 -39
15.0 APAKAH MAKSUD PERPADUAN? 40 -41
16.0 KEPENTINGAN PERPADUAN 42
17.0 43
KEBAIKAN MENGUKUHKAN PERPADUAN
MAKSUD SIMBOL PERPADUAN
SIMBOL PERPADUAN DALAM JALUR
GEMILANG MALAYSIA
KESIMPULAN
RUJUKAN
2
1.0 OBJEKTIF:
1)Memahami maksud keluhuran dan peruntukan-
peruntukan utama yang terkandung dalam
perlembagaan persekutuan.
2)Menghuraikan perlembagaan sebagai asas etika dan
peradaban di Malaysia
3) Menganalisis isu semasa perlembagaan.
4) Memahami sistem pemerintahan negara,
demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan,
pengasingan kuasa dan pilihan raya.
3
2.0 PENGHARGAAN
Assalammualaikum dan Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat
ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan
tugasan E-Folio ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh
penghargaan kepada En.Mohd Asri Bin Abd Ghani iaitu pensyarah
kami bagi subjek Peghayatan Etika dan Peradaban (MPU21302) , di
atas kesudian dan tunjuk ajar beliau memberi tugasan E-Folio ini
kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses
pembentukan tugasan ini.Tanpa dorongan dan tunjuk ajar , tidak
dapatlah kami menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Selain itu,
tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi
sokongan dan dan dorongan sepanjang penghasilan tugasan ini.Akhir
kata , kami juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang
banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses pembentukan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu
yang dapat kami rungkaikan sepanjang tempoh kami menyiapkan
tugasan E-Folio ini.. Ribuan terima kasih juga kepada rakan
sepasukan atas sikap Kerjasama dan komitmen yang diberikan dan
semangat berpasukan yang tinggi untuk kita bersama-sama
menyiapkan tugasan yang berikan ini. Tanpa bantuan dari semua
pihak , tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja tugasan E-Folio
ini dengan sempurna.
4
3.0 PENGENALAN
Raja berperlembagaan adalah (constitutional monarchy) timbul
sebagai implikasi tuntutan dan batasan demokrasi khususnya
kedaulatan rakyat yang mahukan kuasa ditentukan oleh rakyat
terbanyak. Dengan demikian ada beberapa ciri yang menjadikan
konsep tersebut bersifat sejagat. Bagaimanapun ada aspekaspek
tertentu yang menjadikan konsep raja berperlembagaan dalam
sesebuah negara itu unik dan tersendiri. Inilah yang terdapat di
Malaysia . Sebahagian besar daripada dasar dan kesahan (legitimacy)
institusi tradisi seperti sistem beraja atau monarki berkait rapat
dengan sejarah negara berkenaan. Selain tidak menyalahi demokrasi
ini semua, sebagaimana di negara-negara monarki lainnya,
memberikan negara ini identiti dan jati dirinya. Monarki juga adalah
lambang perpaduan negara dan kesinambungan masa lalu. Justeru itu
ruang-lingkup dan tumpuan artikel ini tidak hanya peruntukan-
peruntukan perlembagaan sahaja . Amalan-amalan perlembagaan
yang konsisten selama ini juga akan turut dibincangkan.
Di dalam undang-undang perlembagaan, amalan atau konvensyen
adalah penting kerana ia menjelaskan atau melengkapkan aspek-
aspek yang samar atau tidak jelas; sama ada yang berpunca dari
tidak wujudnya peruntukan perlembagaan atau apabila peruntukan-
peruntukan yang ada kabur atau saling bertentangan satu sama lain.
Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem
Perwarisan atau mewarisi takhta , manakala yang lain, adalah melalui
sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan
Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.
5
4.0 RAJA BERPERLEMBAGAAN
Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja
mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan
Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat
Perdana Menteri.
Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan
Malaysia ialah sebagai ketua negara. Yang di-Pertuan Agong mengetuai
tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan
Badan Kehakiman.
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur
Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan
Parlimen. Baginda juga merupakan Ketua Tertinggi Angkatan
Bersenjata. Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan
menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan
oleh Mahkamah Tentera.
Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan
dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-
Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan
keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja
Melayu.
6
Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam
bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka,
Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda
juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik
Perdana Menteri, berkuasa melantik dan melucutkan
jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah
mendapat nasihat Perdana Menteri.
7
5.0 KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN
DAN RAJA BERPERLEMBAGAAN
Sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan dengan
maksud Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan
syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem
Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga
bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan
Pentadbiran.
Setiap negeri dalam Malaysia yang terbabit telah menyerahkan
sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan,
pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah
tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan
Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri
akan mentadbirkan kuasa. Sebagai sebuah negara Raja
Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi
Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri
dan Majlis Raja-raja.
8
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi
Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi
Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas
dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau
Jemaah menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-
masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri
Besar atau Ketua-ketua Menteri.
Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan
Dewan Rakyat. Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-
Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk
bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk
memberhenti atau membubarkan Parlimen.
9
Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh
Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam
masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu
penggal yang kemudiannya. Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau
Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-
kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-
tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu.
Walaubagaimanapun, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh
mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
10
6.0 MAKSUD PARLIMEN
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab
menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri
daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi
dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara
mengandungi 69 orang ahli.
Ahli Dewan Negara yang digelar Senator ini mewakili
setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan
dalam pilihan raya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi
tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya
30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka
boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Keahlian Dewan
Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri
daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang
11
dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang
tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan
kebajikan, atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti
Orang Asli. Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana
ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
Suasana di dalam Parlimen.
Dewan Rakyat mengandungi 222 orang ahli yang mewakili
semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan
bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.
Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan
meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan
undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri
dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai
Ordinan.
12
➢ Sidang sampai 2 petang, hanya 80 Ahli Parlimen
dalam Dewan Rakyat
➢ Sidang Parlimen secara hibrid dijangka penuh inovatif
13
7.0 MAKSUD PILIHAN RAYA
Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah
sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan. Pemilihan ini
dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya
direkodkan. Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang.
Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.
Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen
di Malaysia. Pilihan raya di Malaysia dijalankan oleh Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR). Keanggotaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja Melayu.
Suruhanjaya Pilihan Raya ditubuhkan untuk menjamin pilihan raya
yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau
pembangkang. Tiga fungsi utama SPR adalah menentukan sempadan
bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran pemilih dan
mengendalikan pilihan raya soma ada pilihan raya umum atau pilihan
raya kecil. Pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan
14
Rakyat dan ahli Dewan Undangan Negeri secara serentak di seluruh
Semenanjung Malaysia.
Di Sarawak dan Sabah pula pilihan raya umum bagi Dewan Rakyat
dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan. Pilihan
raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana
kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Kekosongan itu
berlaku mungkin disebabkan hal-hal tertentu seperti kematian,
peletakan jawatan dan perlucutan jawatan. Pilihan raya kecil mesti
diadakan dalam tempoh 60 hari bagi 7 Semenanjung Malaysia dan 90
hari bagi Sarawak dan Sabah selepas kekosongan itu.
Warganegara Malaysia bebas memilih dan menganggotai
mana-mana parti politik yang mereka gemari. Mereka boleh menjadi
calon dan bebas untuk bertanding dalam pilihan raya. Seseorang yang
ingin menjadi calon dalam pilihan raya mestilah warganegara
Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna
akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam
perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan
oleh mahkamah.
15
Seseorang warganegara akan hilang kelayakannya sebagai
ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri jika dihukum penjara
tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang daripada
RM2000 dan belum mendapat pengampunan. Calon-calon dalam
sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama
individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas
penamaan calon pada hari penamaan calon. Seseorang pengundi yang
berkelayakan boleh mengundi jika namanya didaftarkan dalam
Senarai Daftar Pemilih. Menurut perkara 119 Perlembagaan Malaysia,
seseorang warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau
tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya
Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam
pilihan raya tersebut. Seseorang pengundi hanya boleh mengundi
dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja.
Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di
luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara
mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai
pengundi.
Di negara kita, sebelum proses pengundian dijalankan, sama ada
dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, calon daripada
pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh
berkempen adalah antara tujuh hingga lima belas hari sahaja. SPR
telah menubuhkan urus setia yang diketuai oleh seorang setiausaha
yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus
setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan awam. Urus setia
SPR diwajibkan mengikuti garis panduan dan dasar SPR.
16
Tujuannya untuk memastikan pilihan raya dijalankan dengan efektif
dan adil. Pilihan raya penting kepada semua warganegara dalam
sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warganegara perlu
bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.
Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara
serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi
melalui pilihan raya.
17
8.0 KUASA PEMERINTAHAN
Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang
mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa
pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan
perundangan atau legislatif, badan pelaksana atau eksekutif dan badan
kehakiman atau judisiari. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh
pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
➢ BADAN EKSEKUTIF
Jemaah Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana
dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi
Negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet adalah menggubal dasar-
dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri merupakan
Ketua Jemaah Menteri.
18
Biasanya, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga
mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap kementerian
bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan, merancang serta
menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita.
Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab
dalam semua perkara.
Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu
oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
Seseorang Menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian
tertentu dikenali sebagai Menteri Tak Berportfolio. Beliau akan
diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha
Negara. Beliau bertanggungjawab mengawasi perjalanan kementerian
dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya
diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau dibantu oleh
kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai
perkhidmatan awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab
melaksanakan dasar dan tugas yang ditetapkan oleh kerajaan.
19
Jabatan kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali
dengan gelaran Ketua Pengarah. Sesebuah kementerian biasanya
mempunyai jabatan pada peringkat pusat, negeri dan daerah.
Terdapat juga badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan
berkanun. Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yang
mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun mempunyai
peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh sebuah
Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang
berkenaan. Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan
tanggungjawab yang besar untuk mempercepat pentadbiran dan
program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.
Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian
Malaysia (MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Beberapa suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk
mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan pemantauan
disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan
Pendidikan, Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-undang dan
Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis Angkatan Tentera
➢ BADAN PERUNDANGAN
Perundangan merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan
perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan.
20
Fungsi badan perundangan adalah menggubal undang-undang bagi
menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab
menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada
Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam
sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mengandungi 70
orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator. Mereka mewakili
setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam
pilihanraya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga
tahun.
Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf
Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi
ahli Jemaah Menteri.
26 orang ahli Dewan Negara dipilih daripada 13 buah negeri
iaitu dua orang setiap negeri. Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan
Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli DUN.
21
Dua orang ahli dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk
mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang lagi
mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 44 ahli pula dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah
berjasa dan cemerlang dalam bidang professional.
Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan
cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional atau bidang
tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan
kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti
Orang Asli.
Dewan Rakyat pula merupakan dewan terpenting kerana ahlinya
dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum. Dewan Rakyat
mengandungi 222 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan
raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan
Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah
menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan
Rakyat.
Di Malaysia, sesuatu undang-undang yang hendak dilaksanakan
perlu melalui proses meluluskan undang-undang di Parlimen. Ianya
bermula dengan cadangan oleh pihak kementerian. Seterusnya,
penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam Negara. Di
Dewan Rakyat, pembacaan pertama akan dilakukan iaitu pembacaan
tajuk rang undang-undang sahaja. Diikuti dengan pembacaan kedua
dan rang undang-undang ini dibahaskan. Seterusnya, perbincangan
22
secara terperinci tentang rang undang-undang ini pada peringkat
jawatankuasa di Dewan Rakyat.
Pembacaan ketiga kemudiannya akan dilakukan di Dewan Rakyat
dan rang undang-undang ini dibahaskan sebelum diluluskan untuk
dikemukakan ke Dewan Negara. Sekiranya rang undang-undang
tersebut diluluskan, pembentangan rang undang-undang akan dibuat
di Dewan Negara dan melalui proses yang sama seperti di Dewan
Rakyat. Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara
akan diserahkan kepada DYMM Yang di-Pertuan Agong untuk
diperkenankan dan diturunkan cap Mohor Negara. Proses berakhir
dengan pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam
Warta Kerajaan.
➢ BADAN KEHAKIMAN
Badan Kehakiman mempunyai kuasa mendengar serta menentukan
perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman
23
biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula melibatkan
kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan
undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan
pelaksana. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir
Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia
untuk melaksanakan tugas kehakiman di negara ini. Mahkamah
mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan
undang-undang, mengisytiharkan undang-undang bertulis Kerajaan
Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-
undang. Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana
perkara itu merupakan kuasa badan perundangan atau Parlimen.
Sistem mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid.
Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang tidak berpuas hati
dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan ke
mahkamah yang lebih tinggi. Di Malaysia, mahkamah terbahagi
kepada dua iaitu Mahkamah Rendah dan
Mahkamah Atasan. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah
Majistret dan Mahkamah Sesyen.
24
Mahkamah Atasan pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi
Malaya, Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Mahkamah Rayuan
dan Mahkamah Persekutuan.
Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan
nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan
pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak
boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab
yang munasabah.
Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.
Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk
menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Penasihat
undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan
menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan.
Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang
dan Kehakiman.
25
9.0 MAJLIS RAJA-RAJA
Persidangan Durbar
Majlis Raja-raja bukan sahaja agung tetapi unik kerana Majlis ini
merupakan satu-satunya institusi yang sedemikian rupa wujud di
dunia pada masa kini. Apabila Negara mencapai kemerdekaan,
penubuhan Majlis Raja-Raja telah dikanunkan mengikut Perkara 38
Perlembagaan Persekutuan. Fungsi dan tugas-tugasnya mengikut
Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan adalah seperti Memilih
Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi
Persekutuan mengikut peruntukan - peruntukan Jadual Ketiga,
Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan,
amalan atau upacara agama meliputi seluruh Persekutuan,
Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan
membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang
menurut Perlembagaan ini memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja
26
atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan
Majlis Raja-raja, melantik anggota-anggota Mahkamah Khas di
bawah Fasal (1) Perkara 182 dan memberi ampun, tunda hukum dan
lega hukum atau meremitkan, menggantung atau meringankan
hukuman-hukuman di bawah Fasal (12) Perkara 42 dan boleh
menimbangkan soal-soal mengenai dasar negara (misalnya
perubahan-perubahan tentang dasar Imigresen) dan apa-apa jua
perkara lain yang difikirkannya patut.
Apabila Majlis Raja-raja menimbangkan perkara-perkara
mengenai dasar negara Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai
oleh Y.A.B Perdana Menteri dan Raja-raja yang lain dan Yang di-
Pertua-Yang di-Pertua Negeri disertai oleh Menteri-Menteri Besar
atau Ketua-Ketua Menteri mereka. Tiada apa-apa undang-undang
yang menyentuh secara langsung mengenai keistimewaan,
kedudukan, kemulian atau kebesaran Raja-raja boleh diluluskan
dengan tiada persetujuan Majlis Raja-raja.
Majlis Raja-raja hendaklah diminta fikirannya sebelum dibuat
apa-apa perubahan tentang dasar mengenai tindakan pentadbiran di
bawah Perkara 153 (mengenai kedudukan dan keistimewaan orang
Melayu, Bumiputera serta juga hak kaum-kaum lain).
Majlis Raja-raja juga melantik seorang wakil untuk
menganggotai Majlis Angkatan Tentera, menurut Perkara 137
Perlembagaan, seorang wakil sebagai Ahli Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa & Pustaka menurut Akta yang berkenaan.
27
10.0 BIDANG KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG
DALAM KONTEKS PERLEMBAGAAN
Mengikut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan
Agong adalah Ketua Negara. Jawatan Yang di-Pertuan Agong telah
diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah lambang perpaduan
rakyat Negara Malaysia. Peraturan perlantikan Yang di-Pertuan
Agong termaktub dalam Jadual III Perlembagaan Persekutuan. Semua
Raja Melayu layak dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong; kecuali
Raja yang tidak cukup umur, tidak mahu dipilih menjadi Yang di-
Pertuan Agong, atau difikirkan tidak layak oleh Majlis Raja-Raja
menerusi undi sulit atas sebab keuzuran akal dan badan atas sebab
yang lain. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong diadakan lima tahun
sekali. Majlis Raja-Raja Melayu yang terdiri daripada sembilan orang
Sultan berkuasa melantik Yang di-Pertuan Agong.
Mengikut Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-
Pertuan Agong telah diberi kuasa untuk menjamin keselamatan
negara dan ketenteraman awam. Perlembagaan Persekutuan juga telah
membekalkan peruntukan khas yang membolehkan Yang di-Pertuan
Agong memelihara dan melindungi hak dan kedudukan istimewa
Orang Melayu dan kaum pribumi Negeri Sabah dan Sarawak. Selain
dari kuasa yang telah disebutkan, Yang di-Pertuan Agong juga
memiliki kuasa istimewa untuk melantik Peguam Negara, Hakim-
Hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, Jemaah
Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri. Yang di-Pertuan Agong
juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan.
28
Dengan kedudukan ini, baginda berkuasa untuk menghukum dan
mengampun kes yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera.
Perlembagaan Persekutuan juga telah memberi kuasa kepada Yang di-
Pertuan Agong untuk mengampunkan pesalah-pesalah tertentu di
bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Yang di-Pertuan Agong mempunyai bidang kuasa yang luas seperti
yang ditetapkan oleh Perlembagaan. Ia dapat dilihat melalui 3 badan
pentadbiran Negara. Iaitu:
➢ BADAN EKSEKUTIF
Fasal 39 Perlembagaan memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-
Pertuan Agong. Walaupun terdapat beberapa pengecualian dalam
Perlembagaan mengenai kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan
Agong, secara lazim baginda menerima nasihat dari Kabinet atau
lebih khusus, Perdana Menteri. Walaupun bertindak atas nasihat
Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan
seseorang atau sesuatu pertubuhan (selain Kabinet), Yang di-Pertuan
Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam tiga fungsi
Perlembagaan iaitu Melantik seorang Perdana Menteri, Bersetuju atau
tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen, Meminta
mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan semata-mata mengenai
keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja dan
mengambil tindakan dalam mesyuarat itu
➢ BADAN PERUNDANGAN
29
Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen
yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis, iaitu
Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Yang di-Pertuan Agong adalah
sebahagian komponen Parlimen mempunyai kuasa berikut seperti
Memanggil Parlimen bermesyuarat dari semasa ke semasa,
Memberhentikan dan membubarkan Parlimen, Memberi ucapan
dalam mana-mana majlis Parlimen, Memperkenankan Rang Undang-
Undang.
Yang Di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa melantik dua orang
senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk
Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya serta mempunyai kuasa
melantik 40 orang senator lain.
➢ BADAN KEHAKIMAN
Yang di-Pertuan Agong mempunyai fungsi penting dalam bidang
kehakiman. Antaranya :
Melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden
Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya,
Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim
Mahkamah Agung, Hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi
atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis
Raja-Raja.
Melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim
Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang
30
mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat
Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara
Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan
tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).
Memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65
tahun. Bagaimanapun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam
bulan setelah mencapai umur 65 tahun.
Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau
Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri,
mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
menyingkirkan seorang hakim Mahkamah Persekutuan atas alasan
tertentu. Selepas menerima representasi itu, Yang di-Pertuan Agong
akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan dan mungkin
atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya.
Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda
untuk menerima atau menolak cadangan tribunal untuk
menyingkirkan atau mengekalkan hakim.
Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 150 Perlembagaan
Persekutuan boleh mengeluarkan Perisytiharan darurat apabila
berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku seperti
keselamatan, kehidupan, ekonomi atau ketenteraan awam dalam
Persekutuan atau negeri dalam keadaan terancam.
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa
Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak
membuat peruntukan yang menetapkan Yang di-Pertuan Agong
sebagai Ketua Agama Islam negeri berkenaan. Baginda juga adalah
Ketua Agama Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya
dan Labuan. Baginda juga melantik jawatan tertentu bagi Negeri-
negeri Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan atas nasihat
31
Majlis Agama Islam Negeri berkenaan. Di Sabah dan Sarawak, kuasa
pelantikan diturunkan kepada Yang Dipertua Negeri.
11.0 APAKAH MAKSUD PERPADUAN ?
Perpaduan ditakrifkan sebagai hubungan erat atau bersifat
toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan
kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat
bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan
adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta
dan banggakan negara. Malaysia merupakan salah satu
negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.
Antara kaum utama di Malaysia Melayu, Cina, India
Kadazandusun dan Iban. Perpaduan tidak akan tercapai jika
ada segelintir pihak yang cuba untuk menjadi batu api dan
menyemarakkan lagi isu perkauman dikalangan kaum di
Malaysia.
32
12.0 KEPENTINGAN PERPADUAN
Perpaduan masyarakat dapat mewujudkan masyarakat
yang harmoni dan isu perkauman ataupun 'Racism'
dapat dikurangkan. Selain itu, masyarakat harmoni dapat
membantu kerajaan untuk mencapai aspirasi
seperti Transformasi Nasional.
Transformasi Nasional 2050 (atau TN50) merupakan satu
inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020
hingga 2050. Ini merupakan satu inisiatif pembangunan
negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada
persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri
Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat
kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan
proses dengan menerajui ‘Perbincangan TN50’, siri
penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk
mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk
transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan
dan alam sekitar.
33
13.0 KEBAIKAN MENGUKUHKAN PERPADUAN
MASYARAKAT
HIDUP BERSATU
PADU
DAPAT EKONOMI NEGARA
MENGEKALKAN SEMAKIN MAJU
KESTABILAN KEBAIKAN PEMBANGUNAN
POLITIK MENGUKUHKAN YANG DIRANCANG
MASYARAKT AKAN PERPADUAN DAPAT
MENGAMALKAN MENGEKALKAN
KEKALKAN
TOLERANSI KEAMANAN KESTABILAN
NEGARA DAN POLITIK
MENINGKATKAN
PERPADUAN
NEGARA
34
➢ ISU PERKAUMAN SEJAK TAHUN 1969
Perpaduan juga dapat mengamankan negara dan ini dapat
mengelakkan pergaduhan ataupun perbalahan seperti peristiwa huru-
hara yang berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia pada 13 Mei.
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku
dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah
meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat
dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik
hitam dalam sejarah negara Malaysia.
Di samping itu, industri pelancongan dapat dipertingkatkan. Hal ini
kerana peduduk Malaysia yang hidup dengan aman dan harmoni serta
berbudi bahasa dapat menarik pelancong asing dari luar negara untuk
datang melancong dan mengenali pelbagai adat resam kaum-kaum
yang ada di Malaysia. Ini dapat menjayakan Program Kerajaan
35
Malaysia seperti Visit Malaysia seperti yang diadakan pada tahun
2014 dan akan diadakan pada tahun 2020 anjuran pihak Tourism
Malaysia.
➢ KESAN TIDAK MENGAMALKAN KONSEP PERPADUAN
MASYARAKAT
YANG
BERPECAH-
BELAH
TUJUK PERASAAN KESAN DAN KESELAMATAN
PERHIMPUNANAN APABILA TIDAK DAN
YANG TIDAK SIHAT MENGAMALKAN
KEAMANAN
AKAN KONSEP NEGARA AKAN
BERTERUSAN PERPADUAN
BERLELUASA TERANCAM
PERBALAHAN
DAN
PERGADUHAN
ANTARA KAUM
AKAN TERJADI
36
➢ Masyarakat dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni
walaupun berbeza agama
kepelbagaian agama di Malaysia juga perlu diberi keutamaan demi
mengekalkan kukuhan perpaduan antara kaum dengan mengamalkan semangat
perkongsian, saling menghormati dan menanam sikap toleransi sesama rakyat
Malaysia. Dengan itu, masyarakat akan lebih terbuka untuk mengenali dan
memahami kepelbagaian agama di negara ini demi menguatkan lagi
kesefahaman antara kaum dan agama.
Tambahan pula, sambutan pelbagai hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari Gawai dan Kaamatan boleh
dijadikan platform untuk mengenali budaya dan adat resam sesama masyarakat
sambil memperbaharui ikatan persahabatan. Keharmonian demi kesatuan ini
juga merupakan keunikan yang bukan sahaja memperteguhkan lagi perpaduan
antara kaum, malah menjadi penanda aras bagi Malaysia dalam mencapai
matlamat sebagai negara yang aman dan harmoni.
37
14.0 MAKSUD SIMBOL PERPADUAN
Simbol perpaduan pula merupakan simbol bagi menunjukkan halatuju
sesebuah negara untuk menjadikan sesuatu negara mencapai harmoni.
Bendera Rencana utama: Jalur Gemilang Jalur Gemilang Warna kuning
dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam ialah agama rasmi
Malaysia. Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas
negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia. 14 jalur melambangkan
negeri-negeri Malaysia dan ibu negara, Kuala Lumpur. Warna biru
melambangkan perpaduan. Warna putih melambangkan kesucian. Warna
merah melambangkan keberanian.
JATA MALAYSIA
Rencana–rencana utama: Lambang Negara Malaysia dan Jata Negara
Malaysia
• Bulan sabit serta bintang yang berwarna kuning melambangkan agama
Islam.
• Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas buah negeri
termasuk ibu negeri di Malaysia.
• Harimau yang berada di kedua-dua belah melambangkan kewibawaan
Malaysia.
• Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
• Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang(enggang), dan jata
Sabah melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak
dan Sabah.
• Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu,
warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning
warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah,
hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.Empat buah negeri iniialah
Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
• Lima bilahkeris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
38
➢ CONTOH SIMBOL PERPADUAN DAN JATA
NEGARA MALAYSIA
39
➢ SIMBOL PERPADUAN DALAM BENDERA KEBANGAAN
DAN JALUR GEMILANG MALAYSIA
Bendera sebagai simbolik persetujuan untuk hidup bawah satu identiti iaitu rakyat Malaysia
ini dapat membangkitkan semangat perpaduan antara bangsa dan negara. Wujudnya
semangat untuk bersatu padu di bawah satu identiti dan sedar bawaha apabila hidup di
bawah satu identiti Rakyat Malaysia seharusnya hidup bersatu padu
Bendera Malaysia merupakan lambang kedaulatan,lambang kempipinan,simbol
penghormatan martabat dan kedaulatan negara yang berkait rapat dengan semangat
patriotik dan perpaduan antara bangsa dan negara SIMBOLIK DAN KEDAULATAN
Terdapat 14 jalur merah dan putih yang melintang dengan saiz yang sama lebar yg bermula
dengan jalur yang bewarna merah serta berkahir dengan warna putih.Jalur jalur ini
menunjukkan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan persekutuan.Ini menunjukkan perpaduan
yang terdapat dalam Malaysia terdiri dari 13 negeri serta satu kerajaan persukutuan yang
setiap tempat tersebut mempunya masyarakat yang berbeza dan bangsa yang berbeda tapi
dalam satu perpaduan yang sama.
40
Warna merah pada jalur membawa makna gagah berani dan warna putih pula
membawa maknan suci murni.warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang
adalah warna Diraja yang melambangkan raja raja melayu . Gabungan tiga warna ini
iaitu merah , putih, biru menunjukkan perasaan setia kawan serta perpaduan yang
kuat diantara negara dan bangsa.
➢ LIRIK LAGU NEGARAKU
➢ Maksud Di Sebalik Lagu
1. Menyeru rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan sosiobudaya,
hidup bersatu padu dan mengejar pelbagai kemajuan.
2. Memohon rahmat dan kebahagiaan daripada Tuhan untuk
kesejahteraan raja, rakyat dan negara Malaysia.
3. Berdoa kepada tuhan untuk keselamatan negara.
4. Menuntut kita supaya bersyukur, taat kepada raja dan sanggup
berkorban demi mempertahankan negara.
5. Menggambarkan kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bagi
kepada tanah air.
41
KESIMPULAN
Agak jelas bahawa meskipun konsep raja berperlembagaan
mempunyai ciri-ciri yang tertentu ia tidak statik. Konsep itu terus
berkembang dan tidak terhenti dengan peruntukan-peruntukan yang
ada di dalam perlembagaan. Bagaimanapun penyesuaian itu perlu
dilakukan dengan berhati-hati tanpa melupakan kesahan dan fungsi
asal sistem beraja itu sendiri. Sistem beraja, umpamanya memang
perlu seiring dengan arus kemodenan, tetapi perubahan ke arah itu
tidak harus keterlaluan sehingga Raja -Raja kelihatan seperti ahli
politik atau birokrat yang cuba hendak memperagakan kemodenan
atau kerelevanan mereka . Perkembangan semasa dan minat yang
kelihatan menunjukkan bahawa raja berperlembagaan mempunyai
peranan di dalam pentadbiran dan pembangunan negara. Kita telah
melihat bagaimana pertubuhanpertubuhan NGO (Badan Bukan
Kerajaan) mengadap atau menyerahkan memorandum kepada Raja-
Raja apabila mereka berasa bahawa pihak yang berkuasa gagal
menangani keadaan. Terbaru kita melihat Pertubuhan Pembela Islam
menyerahkan memorandum mengenai gejala murtad dan langkah-
langkah menanganinya kepada Majlis Raja-Raja. Contoh ini
menandakan bahawa ada aspek-aspek yang tidak dapat di tangani oleh
parti-parti politik atau kerajaan yang memerintah. Selain itu beberapa
institusi perlembagaan tertentu seperti parlimen dan badan kehakiman
ada kalanya tidak sepenuhnya berkesan. Inilan antara keadaan yang
menyebabkan institusi penting dalam mempastikan proses semak dan
imbang berjalan.
Krisis-krisis yang berlaku selama ini jelas mempunyai signifikan
tertentu. Paling tidak keteganganketegangan itu menandakan bahawa
ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem yang ada. Walaupun ini
tidak bermakna bahawa sistem tersebut perlu ditukar krisis-krisis itu
menandakan perlunya penyesuaian dilakukan. Seperti yang
disebutkan di atas institusi berkenaan perlu menyesuaikan diri dengan
perkembangan dan kehendak semasa. Persoalan yang timbul ialah
42
apakah krisis-krisis itu melemahkan institusi beraja dan menguatkan
cengkaman eksekutif? Sekali imbas ini mungkin benar.
Bagaimanapun secara jangka panjang tanggapan itu tidak semestinya
benar. Apatah lagi mengingat bahawa Raja yang sebenar tidak
memerlukan kuasa formal untuk memainkan peranan. Di peringkat
nasional beberapa inisiatif oleh Majlis Raja -Raja mengesahkan
pendapat ini. Antara contoh-contoh yang boleh disebut ialah beberapa
tahun lalu majlis berkenaan tidak bersetuju dengan pendapat kerajaan
bahawa nama Islam tidak boleh digunakan dalam pertubuhan atau
parti politik.
43
B SUMBER RUJUKAN
IL
1 http://mysejarahgempak.blogspot.com/p/blog-page.html?m=1
2 http://mysejarahgempak.blogspot.com/p/blog-page_17.html?m=1
3 http://mysejarahgempak.blogspot.com/p/blog-page_37.html?m=1
4 https://ms.wikipedia.org/wiki/Lambang_Malaysia
5 http://jgd.uum.edu.my/images/vol2_2006/3.rekayasa-2006-abdul%20aziz-ed%20pz-
1.pdf
6 http://www.myhealth.gov.my/perkauman/
7 https://www.google.com/search?q=diagram+kepentingan++perpaduan+negara&tbm=i
sch&ved=2ahUKEwihmILG8t_3AhVzT3wKHToiDGMQ2-
cCegQIABAA&oq=diagram+kepentingan++perpaduan+negara&gs_lcp=CgNpbWcQAzoE
CCMQJ1CiDVi3P2CtQWgAcAB4AIABSIgBswaSAQIxNJgBAKABAaoBC2d3cy13aXotaW1n
wAEB&sclient=img&ei=vRmAYuHFEfOe8QO6xLCYBg&bih=592&biw=1366&hl=en#imgr
c=wpTIijw3WJZvvM
8 https://harianpost.my/lagu-negaraku/
9 https://www.google.com/search?q=JATA+JATA++NEGARA&hl=en&sxsrf=ALiCzsYGeWSi
4lyUb7MCWH2F9yimGafAMA:1652557537348&source=lnms&tbm=isch&sa=X&ved=2a
hUKEwiw7e_H4N_3AhXDS2wGHSgBA4AQ_AUoAXoECAIQAw&cshid=16525576935956
08&biw=1366&bih=592&dpr=1#imgrc=634r5vTlMvAHjM
44
SEKIAN
TERIMA
KASIH
45
46